Klik Jommm

Showing posts with label homemade. Show all posts
Showing posts with label homemade. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Moh buat pizza

Salam,

Ni kira kali kedua aku buat pizza, serius senang je sebenarnya nak buat pizza ni, tapi barang nak buat pizza agak mahal la kan, sepeket cheese dia je dah dekat RM30, tapi kalau korang buat masa ramai-ramai adik beradik balik kampung, memang berbaloi sebab boleh makan puas-puas, topping dia pun suka ko la nak letak apa dan banyak mana, pendek kata lagi berbaloi dari makan kat luar.

Ok mari mulakan, ni aku kasi resepi untuk 1 adunan tau, 1 adunan tu aku boleh buat 5 biji pizza size sederhana, cukuplah makan untuk 11 orang dewasa, cukup makan je la idoklah dapat sampai kenyang..hihuhi, rasa 3-4 slice sorang. Cost untuk satu adunan semalam dalam RM100.00 jugaklah.

BAHAN-BAHAN

Base pizza
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
Satu peket mauripan
Satu sudu gula
Satu sudu garam
Suku cawan olive oil

Topping
Mozarella cheese (nak campur pun boleh)
Sos pasta tradisional
Capsicum
Cendawan butang
Nenas tin
Daging cincang or apa bahan pun yang ko suka as topping




Ok, mula-mula ayak 4 cawan tepung tu ye, jangan tak ayak, wajib diayak ye, kalau nak sedap beli tepung untuk buat roti tu, macam aku punya ni, suamiku beli tepung khas untuk buat pizza, RM9.00 1 kg (lap peluh)..miahahaha.

Lepas tu jangan lupa ambik 1 1/2 cawan air suam letak gula satu sudu, kacau-kacau kasi sebati pastu masukkan sepeket mauripan, peram kejap bagi dia naik berbuih-buih, kalau buih tak naik, sila buat yang lain, mihihi, semalam air aku panas sikit, meninggal semua yis dalam mauripan tu, so buih tarak naik, dia keruh je, so terpaksa bancuh lain.

Dah berbuih mauripan mu itu, buat lubang sikit kat tengah tepung, masukkan suku cawan olive oil pas tu tuang semua air mauripan tu, pastu gaul kasi sebati, kalau lembik sangat ko uli lagi dengan tepung kasi dia ngam-ngam, tak lembik dan tak keras sangat, agak-agaklah ye. Jangan lupa buh garam jugak, agak kalau tawar tambah lagi garam, aku letak 1 1/2 sudu garam, so terpulanglah kat tahap kemasinan korang. Dah siap uli semua, sapu tepung tu dengan olive oil sikit, lepas tu tutup dengan kain lembab setengah jam, kasi dia naik gebu-gebas gitu.



Dah naik gebu macam ni, haa dah boleh la uli dia jadi pizza, hamboiii setapak tangan aku tampo tepung yang gebu ni..miahahaha.



Aku bulat-bulat kan dia, lepas tu gelek dengan roller tu kasi bulat, aku buat nipis je, sebab dah masuk oven kang dia naik gemuk sket.



Ni topping ikut selera sendiri, daging cincang tu mak mertua aku dah tumis sesiap



Sebelum letak atas pan pembakar ni, pastikan ko sapu butter dulu ye, kang melekat acik tak tau. 



Mula-mula sapu dengan sos prego tradisional dulu, aku letak banyak-banyak kasi sedap, sapu rata. 




Lepas tu boleh start susun topping, letak la apa pun ko nak letak. Aku suka letak capsicum banyak-banyak, bila makan krap krup krap tu yang buat sedap tu. Mak mertua aku nak hawaiian, so aku buh nenas bebanyak untuk dia..hihi.



Pizza yang first aku buat ikut citarasa aku, capsicum, bawang, dengan daging, lepas tu cheese bebanyak kasi leleh.



Yang second, En. Syg buat ikut citarasa dia, ni dia yang buat sendiri, aku gelek tepung je, pastu buh la sukatimu abang. Amboiiiii cheese ko bangg, lawan tokeyyyy nampak!! Tapi yang En. Syg punya ni lagi sedap dari aku punya yg first tadi tu, sebab yang ni kitaorang campur cheese, mozarella dengan apantah satu lagi tu, cheesy sangat jadinya.



Sebelum bakar, jangan lupa panaskan oven dulu tau, aku buat 200c 10 minit, pastu bakar pun 200c 15 minit, tapi kejap-kejap kena intai takut kang hangit pulok, agak-agak la ye korang, kalau tengok macam dah masak tu takpe keluarkan je walaupun belum cukup 15 minit, macam semalam En. Syg jaga oven, so agak-agak dah masak dia keluarkan je, gambar pizza dah masak takde ye, sebab siap je masak macam piranha, sekejapan licin, aku pun lupa nak ambik gambo T_T sebab aku pun masa tu dah bertuko jadi piranha, piranha mana reti nak ambik gambo...:p..oklah bye, selamat mencuba kawan-kawan. Dah cuba nanti update blog yeh...hahahaha



Wednesday, May 7, 2014

Homemade

Salam,

Entry pantas buat tatapan korang, sebab mood malas melabel gambar sudah mari..gambar cameron, gambar birthday Aish, gambar wedding bff, gambar Aish main belon air, gambar ehhhh macam2 gambar la..pinor mata, esok kita sambung cerita yeh.





Lamb chop versi pantas dan tuntas

Ku rebus sayur, suamiku marinate dan bakar kambing..settle boleh ngap.

Ok, bye!!

Eh, hari ni last order untuk barang Autumnz ye, sape lambat next month boleh order lagi..hehe

Jangan lupa like page aku Gobok Mommy & Baby

Macam-macam ada :) dengan harga murah dari pasaran


Wednesday, December 4, 2013

Pecal

Salam,

Korang pernah makan pecal? Alaaa makanan jawa yang semuanya sayur tu, kalau korang tak suka sayur confirm korang tak pernah makan. Aku ni nasib baiklah dari kecik Pa aku suka paksa makan sayur, so bila dah besar, kebanyakan sayur aku memang boleh makan dan suka, ada jugaklah yang aku kurang suka, tapi masih boleh makan. Dalam family aku, pecal ni biasanya Ma aku akan buat masa bulan puasa je, itu pun request dari Pa, dan selalunya aku memang tak makan sangat sebab ntahhh, bila aku tengok..hmmmm macam tak sedappp jeee.

Baru ni kan MIL aku pergi Perak, so tinggallah aku, En. Syg and pak mertua je dirumah. Pak mertua aku ni rajin sikit bab dapur, dia cakap dia teringin nak makan pecal, so dia ajak En. Syg buat pecal..muahahahaha, dia ajak anak dia buat pecal ok, dia tak ajak pun menantu ni buat (kihkihkih menantu plan dalam otak, masa diaorang buat pecal nanti aku nak tidur dengan Aish laa..wahaha) Eh tapi memang betul kebetulan time tidur Aish, so aku buaikan dia sampai aku pun tertidur, sedar-sedar En. Syg kejut ajak makan.













Masa aku makan ni, En. Syg dengan Pak Mertuaku dah siap makan, tapi aku tengok kemain kemas sayur tu, macam takde kesan kena godak pun (ye lah kalau dah makan, confirm la sayur tu bersepah sikit kan) Bila aku tanya En. Syg..jawapan dia "Ohhh saya kemas balik sayur tu tadi, saya ambik gambar nak suruh awak update dalam blog" T_T kenapa comel sangat ni??

Kemain sedap pecal ni aku makan, tetiba terfikir kenapalah dulu aku tak suka pecal, kalau balik minggu ni nak request pecal kat mertua ok dok?

Korang selalu tak masak kat rumah mertua? Aku pernah sekali je sebab masa tu memang takde orang, so aku masak sambal ikan bilis dengan sawi putih masak lemak putih. Kemain bangga suamiku bila dia tengok ayah dia makan bertambah..wahahaha kesiannnn. Aku segan nak masak sebenarnya, aku takut terkulat-kulat pak mertua aku makan nanti, kalau dengan En. Syg aku beranilah, dah kata suami sendiri, aku masak tak sedap dan dia komplen pun, aku takde hal. Tapi rasanya sejak kahwin sampai hari ni, masakan aku sedap belaka..tak gitu banggg???? hahahaha. Ok, bye!




Tuesday, November 12, 2013

Resepi KFC Homemade

Salam,

Update lelaju, kalau ikutkan segan woh nak kasi resepi ayam goreng..hahaha. Tapi ni special request punya resepi, marilah kita berkongsi ilmu. Sila maklum resepi ini datang dari suamiku, bukan dariku, aku tak tolong pun dia buat hari tu, aku tolong makankan je. Pagi-pagi lagi dia dah whatsapp bagi resepi, jenuh bergaduh sebab aku tak faham resepi dia, kalau mak hincik tak faham camne nak update ye dok, kang jadi ayam lain pulak doh. Ok-ok resepinya ye anak-anak

Ayam Goreng

Ayam
Putih telur
Tepung Kentucky (kitaorang pakai brand Nona, sebab kurang masin)

Rendam ayam dalam air garam 30-45 minit
Angkat dan keringkan ayam (lap dengan towel)
Celup ayam dalam putih telur dan golek atas tepung rata-rata
Goreng dalam minyak yang banyak sampai tenggelam
Angkat bila ayam dah golden brown

Coleslow

Bawang Besar
Kobis
Carrot
Mayonis
Thickened Cream (kitaorang pakai brand Paul's)
Garam

Potong semua sayur halus-halus, letak dalam peti kasi sejuk
Dah nak hidang nanti baru campurkan dengan mayonis, thickened cream dan garam (kalau buat awal-awal nanti takut tak sedap). Make sure korang letak mayo and thickened cream tu dalam peti ais jugak, barulah semuanya pun sejuk-sejuk je di tekak nanti.

Mashed Potato

Russet potato (kentang jenis russet tau)
Bawang besar (sebelah je)
Garam
Butter
Cayenne Pepper
Paprika
Black Pepper
Thickened Cream

Rebus kentang (potong nipis so cepat masak), bawang besar dan garam sampai kentang lembut
Toskan
Tunggu sampai sejuk sikit baru korang blend dengan butter, cayenne pepper, paprika, black pepper and thickened cream, kalau blender susah nak jalan, tambah air sikit.

Brown Sauce

Chicken Stock (kitaorang pakai brand Maggi)
Mixed herbs
Butter
Worcestershire sos
Sedikit air
Tepung Jagung

Masukkan semua bahan dalam kuali dengan sikit air kecuali tepung jagung, balancekan rasa, dah ok baru tuang tepung jagung yang dah dibancuh untuk pekatkan sos.

Ok, selesai masak, boleh ngap, jangan lupa bismillah. Sukatan tu korang agak-agak la ye, ikut naluri masing-masing, suami aku tu kalau masak dia main agak je, takde sukatan yang betul-betul punya. Worcestershire sos tu ada brand yang tak halal, kalau nak yang halal klik link tu je yeh.

Biasanya herbs untuk western food ni aku beli brand Tesco je, ada dia jual bekas kecik-kecik je, suami aku suka buat western so banyak la herbs-herbs tu kat rumah, aku je yang tak kenal.



Ni rupa thickened cream yang aku punya, banyak brand, ko pilih je lah, tengok kat tempat jual cheese tu mesti ada.



Masterchef saya..kena letak gambar sekali, kasi bodek barulah senang nak order selalu, KFC set A satuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Ok, bye...berdesup buat kerja balik..serius bertingkek-tingkek dah ni..fengsaaannnn