The loved ones..
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts
Monday, December 28, 2015
Monday, May 4, 2015
Second Car?
Kami memang mencari second car utk famili kami.. bukan kerana nak keta besar.. tapi terpaksa..as family member yang dah bertambah.. dan kerana kesukaran untuk daku bergerak andai nya kereta sekarang ni.. digunakan untuk transport ke tempat penggambaraan..amboi ayat.. haha..
Barula daku boleh bergerak bersama enam hero ni ke mana2 tempat disukai.. dan bolehla bila bila masa ke rumah nenek di SGB..
Tidakla pandang dinding macam cuti panjang kali ni.. kesian anak2..
Barula daku boleh bergerak bersama enam hero ni ke mana2 tempat disukai.. dan bolehla bila bila masa ke rumah nenek di SGB..
Tidakla pandang dinding macam cuti panjang kali ni.. kesian anak2..
Arap dipermudahkan.. yalah kena ada ongkos nye juga,., sekarang semua duit matters.. even love is more matters.. em... renung2kan dan selamat beramal.. eh ke situ plak.. haha..
Sunday, September 29, 2013
Hujung minggu saya... yang sedih...
Dan juga alhamdullilah ari2 saya di hujung minggu tak la sunyi sebab umah ni banyak bising ooo...sebab ada insan2 istimewa di bawah ini...:)
| Adam Mustaqim aka Abang |
| Abid Mursyaffa aka Cabid |
| Anas Muyassar aka Anas |
| Afif Muazzam aka Adik Besar |
| Afiq Muayyad aka Adik Kecik |
Tuesday, January 1, 2013
Cuti Tahun Baru.. Cutikah??
Hari ni 1 Januari 2013.. dah tahun baru.. ada azam baru?? mesti adakan.. Tapi bukan nak cerita pasal azam tapi nak citer pasal cuti.. Cuti ni kena siapkan barang anak2 ke sekolah baru.. Bukan tahun baru jer, sekolah anak baru, cikgu baru kawan2 baru.. serba serbi bagi anak2 itu baru..
Jadi arini cuti tahun baru, menyiapkan barang2 anak ke sekolah.. Kena siap gosok baju sekolah, kasut sekolah dan stokin Cabid semua ditulis nama.. (pesanan dari cikgu prasekolah). Barang2 lagi nak tulis nama.. buku2 tak de tulis.. semua cop.. haha.. Ada siap list lagi takut ada tertinggal barang2 esok.. em.. nak wat camna mama dorang ni jenis pelupa.. jadi kena la tulis semua, agar tak terlupa..
Camna ye esok? Risau ada, gembira ada, semua bercampur2.. arap sumer berjalan lancar.. Insyallah..
Thursday, March 29, 2012
Hari Menjaga Kaunter Sedunia ~ Bab 3~ Ma, Anas & Afif journey to Klinik Kesihatan P3 Putrajaya...~ backdated post~
| Sebelum pergi ke Klinik, Afif susu dulu.. |
| Anas yang maintain jer.. suka senyum kalau good mood.. |
| Mata pandang mama tu.. |
| Comel jer mata nampak sebelah jer |
| Dlu Anas dikendong, sekarang Afif pulak.. |
| Masa ni memang sangat good mood |
| Afif duk jela dengan mama yer.. |
Tuesday, April 5, 2011
Mc..
Ari ni mc.. sebab apa mc..? Tak sakit pun.. cuma letih sikit jer sebab jaga Anas yang sakit.. sebab dia malam2 rengek2 sakit la.. nak air la.. macam2.. tapi biasala orang sakit.. manja pun lebih.. Jadi mamanyer sakit kepala sebab kurang tidur.. dah la makin susah nak tidur.. banyak betul menda nak pikir.. Nak pikir orang di luar, nak pikir orang di dalam perut lagi.. iskh.. doakan la semua selamat dan berjalan lancar.. kena banyak rest ni.. nati takde tenaga pulak.. k la..
Sunday, March 27, 2011
Selamat pagi dan Selamat berhujung minggu..
Selamat pagi.. Bukan selalu bangun pagi ari2 minggu ni.. Tapi sebab si kecik Anas yang demam ni pepagi lagi dah kejut.. "Ah Ma, nak air..." itula yang dia kata.. so, ku yang kesiankan dia.. bangun ler.. dan buatkan susu untuk dia.. Yalah semalaman dia tak makan sangat sebab demam.. so walaupun pagi ni suhu badan dia masih lagi rasa suam2 tapi dia dah nampak aktif dan nak makan.. pas jer minum susu, dia kata lagi;"Ma nak kut..." (Ma nak biskut..) Ambil pula biskut bagi kat dia.. dan masa menaip ni pun sibuk minta biskut lagi.. ku cuma bleh kata "Jap.. ye ye.. jap yer.. sikit jer.. jap2.." Takleh tinggi suara sikit dah rengek.. haha.. cian lak.. Dahla muka sangat kiut.. tak leh nak marah.. em.. okayla.. nak gi berkemas2 sebab semalam tak wat apa..sebab kul 6 petang lebih baru balik dari umah mak.. Oh ya, Jumaat tu tidur umah mak dan bersantai2 sampai Sabtu petang sebab pa ada organise pertandingan CBS sempena Earth Day.. Risau kot2 terbersalin lak bila duk kat umah.. payah juga kan.. k la.. dah makin bising mulut si kecik ni.. hehe.. chow ya..
Wednesday, March 9, 2011
El lagi...
Ari ni ku El sebab pa semalam jatuh motor.. Di persimpangan nak masuk ke Restoran Mamak Berkembar Presint 9.. jalan disitu baru jer ditar semula lepas dikorek beberapa hari lepas.. dan tar semula itu nampaknya tak sekata.. jadi motor pa terbalik.. dia balik petang semalam dalam keadaan yang luka di tangan dan kaki.. handle motor pun senget.. tapi alhamdullilah takde yang serius.. jadi ari ni kaki bengkak.. baru la nak ke klinik.. semalam ajak tak mo pergi kata okay.. Itulah ego seorang lelaki...
Thursday, February 17, 2011
Malam hari Tahun Baru di Dataran Putrajaya...
Monday, February 14, 2011
Cuti hari Wilayah di Lumut
Aritu masa cuti hari wilayah & CNY, kami suami isteri telah mengambil cuti pada 31 Januari 2011 dan 2 Februari 2011.. so kami dapat direct cuti selama 9 hari!!! Dasat kan... tapi oleh kerana sekolah pa ada program pada Sabtu & Ahad 29-30 Januari 2011 tu, kami hanya dapat pulang ke Teluk intan pada 30 Januari 2011 n waktu malam.. selepas melawat kawan ku Siti Latifah yang melahirkan baby keduanya, baby boy di Hospital Putrajaya.. ada entrinya di sini. ------> sila klik.
N masa kami gi ke Lumut ni pada Isnin 31 Januari 2011 ni, pa ada pinjam kamera Nikon kawan dia.. so gambar2 nyer amat cantik sikit.. (Walaupun Lumix dan Sony pun gambar memang dah cun..) so.. mehla kongsi2 tengok pics anak2.. di sana.. mereka suka la, sebab yang paling utama --------------------------> KAMI DAPAT MANDI SWIMMING POOL!! Sapa letih?? Papa, Mama & Pak Su la.. sebab kena jaga dorang dalam air.. meh2 saksikan..
N masa kami gi ke Lumut ni pada Isnin 31 Januari 2011 ni, pa ada pinjam kamera Nikon kawan dia.. so gambar2 nyer amat cantik sikit.. (Walaupun Lumix dan Sony pun gambar memang dah cun..) so.. mehla kongsi2 tengok pics anak2.. di sana.. mereka suka la, sebab yang paling utama --------------------------> KAMI DAPAT MANDI SWIMMING POOL!! Sapa letih?? Papa, Mama & Pak Su la.. sebab kena jaga dorang dalam air.. meh2 saksikan..
Tuesday, January 25, 2011
Demam..
Semalam demam.. hingga sangat sakit badan, takleh nak bangun.. Dari Sabtu dah rasa lain macam.. Ahad pagi masih ok cuma batuk dah teruk sikit.. Bila balik ke Putrajaya terus down.. petang tu terus demam.. Makan panadol.. okayla kuar peluh sikit.. Pagi bangun saja menggigil tak ingat.. dah demam.. sangat sakit badan, tak larat angkat badan.. selamatla pa sanggup cuti.. bukannya apa, kesian kat anak2 kalau ku sakit tinggal sorang2 dirumah, sapa nak tengokkan dorang..?? Makan minum, mandi sumer.. ?? em.. Thanks pa..
Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)