Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

my beautiful Ramadhan

Lamanya tak update blog.

Hye all..lama tak bersembang kan? How's your ramadhan so far? Mine is great :)

Alhamdulilah..harini dah nak masuk hari ke-10 terakhir puasa pun kan..
Bulan puasa tahun ni agak berbeda sedikit..
First year sambut puasa bersama seorang yang bernama suami, memang tersgtlah best!

Bersahur, berpuasa dan bertarawikh..semuanya kami lakukan bersama-sama bila ada kesempatan..
Dan saya dapat rasakan, kehidupan kini menjadi jauh lebih  baik daripada sebelum ni..
Insyaallah :)

Well, bulan puasa ni saya kurang gemor makan benda yang berat-berat sgt..
Tapi, saya sgt suka makan lompat tikam dan taufufa..
Kalau hari-hari buka dengan 2 benda ni je pun takpe.. sedappp

Setakat ni saya adalah try 2-3 menu baru utk berbuka, boleh tahan jugaklah sedapnye..hohoho :D



Apam Coklat

Saya dapat resepi  ni dari kak ummi..
Mintak izin c&p ye ummi..thanks :)

APAM COKLAT
Bahan:- (kuranglebih 16 biji)
• 1 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 1/2 cawan susu pekat
• 1/2 cawan minyak masak
• 1/2 cawan air
• 1bj telur
• 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara-Caranya:-

1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit atau sampai masak.

* Saya tabur hirisan badam sebagai hiasan..tak tabur pun takpe..masih sedap bila makan..rasa mcm moist chocolate cake.


Puding Caramel

Resepi saya dapat dari Lady Of Leisure..
Mula-mula mcm tak berapa nak jadi, sebab masa nak cairkan gula tu die tetiba jadi keras kematu..
Then, bila 3 kali try baru jadi..
And my husband loves to eat this.. tapi tak boleh makan selalu nt kena kencing manis!

Puding Karamel
Bahan-bahan(untuk puding):-
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
8 sudu besar gula(secukup rasa la)
2 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan(untuk caramel):-
6-7 sudu besar gula
3-4 sudu air
Cara-cara:

1. Untuk caramel, masak gula di atas api sampai cair. Masukkan air dan kacau sampai gula jadi keperangan dan pekat skit. Tutup api dan tuang dalam bekas yang nak dipakai untuk mengukus.
2. Untuk puding, satukan kesemua bahan untuk membuat puding hingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam bekas kukusan yang dituang caramel tadi. Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit. Bila dah masak, boleh disejukkan sebab lebih sedap mkn masa sejuk.
TIPS: Puding ni agak lembik, kalau nak keraskan skit boleh masuk sekeping roti gardenia(ambil bahagian putih saja) kemudian carik-carikkan dan masukkan sekali dalam adunan puding.



Chocolate Chips Cookies

and semalam saya buat Chocolate Chips Cookies ala-ala mcm Famous Amos tu..

Tapi saya punye biskut lagi sedap tau.. hehehehe
Resepi saya pun tak ingat dapat dari mana..
Trylah..tak dan raya confirm dah habis :D
Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 s/k soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 12 oz. chocolate chips
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (saya ganti dengan serbuk koko)
  • 2 biji telur
  • 1 s/k baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (walnut, almond & hazel) - saya tambah kismis
  • 1 s/k vanilla
Cara:

 1. Pukul butter dan gula hingga gebu.

 2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, garam, baking powder dan soda bikarbonat.

 3. Masukkan chocolate chips, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

 4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.

 5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.


Ok, sape nak order bolehlah call fatenton ye..hehehe


It's 1.00 pm already.. and i feel sleepy.. till then, good day everyone XOXOXO



Sunday, July 18, 2010

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

Sebelum puasa ni haruslah melantak dulukan..
Nanti dah puasa kena sekat2 nafsu sikit..(yelah tu!)

Last Sunday i made Nasi Lemak with Sambal Sotong Kembang..
Selama ni tak pernah try buat pun cuma tahu beli pastu telan..
So, masa saya masak nasi lemak ni, saya terkedu sikit bila tengok santan tu bercampur dengan nasi..
Mak aiii patutlah lemak kat badan ni makin menjadi-jadi..

Nasi lemak saya menjadi, cuma sambal tu agak kurang pedas..
Maybe sebab tak cukup cili kot..
Tapi papepun mcm biasalah sedap mmg sedap pun :8)
Saya tambah 2 pinggan ye harap maklum.
Recipe from kak Ummi..
Mintak izin copy paste ye ummi..




Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang
Bahan-bahan:

Bahan untuk nasi:-
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air( saya letak santan lebih sikit)
2 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam

Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili kering mesin (saya pakai cili boh je)
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka) (saya tak masuk pun)
garam n gula

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-caranya:

1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2. Untuk sambal, tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang  yg ditumbuk, cili boh, hingga sedikit garing dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam tadi..then baru masukkan sotong.

4. Masukkan garam n gula secukup rasa. Biarkan menggelegak & masak sehingga agak pekat.


Sambil saya masak, saya suruh husband lepak dekat dining table sebab die pun nak buat keje.. sambil masak sambil sembang dan sambil nyanyi duet lagi.. best :)


*my jeans is getting tighter.. well done fatenton!

Sunday, July 11, 2010

mee goreng basah senang nak buat & donut FnF

Holla Amigas! :)

Mentang-mentanglah Spain menang..terus nak tukar language.

Weekend baru ni saya dah punya semangat nak masak Mee Bandung Muar..
Dah lama tak makan mee bandung..
Tapi akibat penangan bola sepak akibatnya dekat pukul 12 tghari baru bangun..
Perut dah lapar sgt-sgt, so lain kalilah ye mee bandung..
Menu simple untuk orang yang dah lapar (lagi-lagi pae) ialah mee goreng basah senang nak buat.


Bahan-bahannya:
Sebungkus mee kuning
1 biji bawang besar - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
1 sudu besar cili giling (boleh tambah kalau nak pedas)
Isi ayam - potong kecik-kecik
1/2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
3 cawan air
Sebiji telur
Sawi
Carrot
Gula
Daun sup & tauhu goreng untuk hiasan


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak,  tumis bawang besar dan bawang putih

2. Masukkan cili giling, tumis sampai naik bau. Masukkan ayam tumis sampai garing.

3. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat.

4. Masukkan air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak.

5. Kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee, tunggu sekejap akhir sekali masukkan carrot & sawi.  Kacau hingga sebati dan pecahkan telur jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan. Boleh makan untuk 4 orang.



Mee Goreng Basah Senang Nak Buat



Untuk dessert, saya buat Donut FnF..ceh poyo je bunyiknye.
Senang je nak buat.. saya pakai icing sugar sebab nak buat konon-konon mcm Big Apple punye donut..
Cubalah..sedap :D

Bahan-Bahan:

1/2  kg Tepung Gandum
1/2  tin Susu Cair
1/2  paket Yis Mauripan
1/2  ketul Buttercup
1 sudu kecil garam
Sedikit pelembut roti
Sedikit air
Gula icing

* Campurkan Yis Mauripan bersama 3 sudu besar air suam dan 1 sudu teh gula. Biarkan selama 5 minit atau sehingga berbuih.

Cara-caranya :

1. Campurkan semua adunan kedalam bekas uli termasuk yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.
2. Biarkan selama 1 jam.
3. Uli dan canai doh tadi kemudian diterap dengan acuan doh.(saya tak pakai acuan pun buat bentuk sendiri je).
4. Biarkan selama 10 minit dan donut tadi naik 2x ganda.
5. Kemudian bolehlah digoreng. Bila dan agak-agak kuning dan masak, angkat dan biarkan sejuk kejap, then baru tabur gula icing.


* Masa menggoreng, api kena perlahan je.. dan biarkan donut tadi betul-betul tenggelam dalam minyak, kalau tak takut tak masak.



Donut FnF yang rupe bentuknya tak berapa nak menawan hati


*berpuasa lagi hari ini.. alhamdulilah.

Sunday, July 4, 2010

Nasi Maqlubah & Khudar

Weekend baru ni saya agak terlebih rajin sikit untuk masak..
Dah lama sebenarnya tak masak, sebab dah lama tak balik Melaka..
Sepatutnya last week saya di KL saja, ada kenduri bertandang Farah Diyana di Keramat yang baru je kahwin minggu lepas..
Tapi apakan daya, husband kena standby pulak tak boleh tidak..
Sorry farah nanti kita jumpe ye.. Hugs

Ok, actually i've been surfing about Middle East food recipes for many times..
Cuma baru-baru ni baru ada kesempatan nak buat..
Kalau weekend baru mood nak masak dtg, sebab weekdays balik rumah mummy dah siapkan makanan pun..

Mulanya i was not very confident to try sebab takut tak jadi..
Tapi bukan nak angkat bakul sendiri, setakat ini apa yang saya try mesti jadi that's why saya beranikan diri untuk cuba..

Nasi Maqlubah adalah nasi yang popular di Jordan..
Maqlubah bererti 'diterbalikkan'..
Memang agak leceh sikit nak buat, but definitely worth because it tasted sooo good..

Nasi Maqlubah

Bahan-bahannya (untuk 5 orang)  :

Beras Basmathi (pakai beras biasa pun boleh cuma Basmathi lebih sedap)
Satu kilo ayam (saya pakai bahagian dada je potong sederhana)
5 biji kentang (saya pakai Australian Potatoes)
5 biji terung
Bunga kobis
2 sudu besar rempah beriyani
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
3 batang kayu manis
2 sudu teh garam
Bahan hiasan seperti kismis & gajus

Caranya :

1. Goreng ayam yang telah dilumurkan sedikit dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sampai garing.

2. Goreng kentang sehingga agak garing, diikuti terung dan sayur kobis sehingga warna kekuningan.

3. Basuh beras seperti biasa, sukat air yang perlu untuk masak beras (mcm masak nasi biasa, nasihat saya lebihkan sedikit air supaya tak terlalu kering), asingkan air yang telah disukat tadi ke dalam bekas lain.

4. Asingkan  beras yang telah dibasuh tadi.

5. Campurkan air yang telah disukat untuk masak nasi tadi bersama rempah beriyani, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis,garam,kismis & gajus.

6. Susun bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam periuk (i'm using rice cooker je). Susun kentang dahulu, diikuti terung, kobis dan seterusnya susun ayam goreng.

7. Taburkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk, tabur rata-rata (periuk akan jadi penuh sikit)

8. Masukkan air yang telah dicampur dengan rempah tadi ke dalam periuk dan tanakkan atas api sehingga masak.

9. Bila tengah masak nanti satu rumah bau nasi ni harummm sgt. Bila dah masak, terbalikkan periuk ke atas dulang. (pakai pinggan pun boleh tapi make sure pinggan besar). Memang akan ada kentang dan terung melekat kat periuk tu, korek je jangan buang sayang. Siap dan sedia untuk dimakan.



maqlubah sebelum dimasak

maqlubah sebelum diterbalikkan

dah siap..saya deco dgn tomato sebagai penambah selera :)


Nasi Maqlubah ni boleh dimakan pelbagai cara..nak makan dgn ayam kari ke, masak merah ke..
Ikut sukalah.. tapi saya makan dengan Khudar..
Khudar adalah salah satu resepi yang berasaskan tomato..
Saya suka sebab bahan-bahannya sgtlah berkhasiat..sesuai untuk orang yang selalu je sakit mcm saya :D
Resepi saya dapat dari Mesra.net.


Khudar

 
Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji tomato masak yg lembik-lembik - diblender dengan air sehingga hancur.
4 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu (saya tak masuk pun sebab lupa beli)
2 sudu teh lada hitam
1/2 ekor ayam (bahagian dada) di goreng 5 minit
garam secukup rasa

Caranya :

1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan

2. Masukan tomato yang telah diblender Biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3. Siap untuk dihidangkan.

Tambahan :
Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.



khudar ketika masih di dlm periuk

Khudar sgt sedap dimakan dengan Nasi Maqlubah


Kami makan bersila je atas lantai sebab nak dptkan 'feel' mcm kat Arab..hehehe..
Saya buat lebih sebab nak bawak bekal ke ofis harini & untuk husband.
Cubalah.. sedap gila weh :8)





*Argentina dah kalah dah.. nak sokong german lah pulak. :D

Sunday, May 16, 2010

Moist Chocolate Cupcakes

Khamis lepas saya buatkan cupcakes untuk my sis Farahgoblog..
Dia sangat suka makan kek coklat..
Apa je yang berkaitan dengan coklat dia suka..
Ini bukan first time saya buat cupcakes coklat..
Tapi saya tukar topping menggunakan coklat masakan..
Topping cupcakes jadi lebih keras dan nampak lebih cantik..
Saya jugak tambah chocolate chips kat dalam cupcakes..
So rasanya lebih sedap and moist..

Penat mmg penat sebab balik je dari kerja terus buat..
Tapi penat tu sgt berbaloi bila semua cakap sedap..
Mmg sedap pun.. tak salahkan puji diri sendiri..hihihih

Bagi yang nak try, cubalah..tak susah pun..senang je sebab bahan-bahannya pun simple.. Good luck :)

Moist Chocolate Cupcakes

Bahan-bahan:

250 gm butter/1 buku
300gm gula halus
220gm tepungkek/superfine flour
5 biji telor
60gm serbuk coklat
1 sudu kecik baking pwder
1/2 sudu kecik baking soda
5 sudu besar susu kotak coklat

Cara-caranya:

  • Pukul butter dan gula sampai kembang(5-8minit)
  • Masuk telor satu persatu dan  pukul sampai rata lebih kurang satu minit
  • Masukkan baking pwder dan baking soda yg dah ditapis(jgn bagi berketul2)
  • Mixed semua adunan pakai kelajuan tinggi (no 5) then, slowkan mixer ( no 1) baru masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Masukkan coklat powder dan  kacau
  • Masukkan 5 sudu bsr susu coklat (sblum tu panaskan oven 200 c/10-12minit..bila nak bakar turunkan suhu (150c atau 180c selama 25 minit)
  • Tekan dgn lidi/garfu kalau lidi licin maknanya dah masak
  • Tuang adunan dlm cup ..tuang sampai setengah atau kurangkan sedikit.
topping coklat

1 cawan susu cair
1 cwn gula
1/2 cwn coklat pwder
1 kotak kecik susu coklat(dutch lady/magnolia etc)
1/4 tepung jagung

*blend dalam blender..masak dengan api perlahan dan kacau jgn berenti sampai jadi likat. Sapukan atas cupcake yang dah siap dibakar.


Kalau nak lagi cantik buatlah deco sikit, mcm saya letak M&M je dah nampak cute.

Selamat mencuba :)



 *happy birthday gedik.. aku penat buatkan kau cupcakes ni..harap maklum.


Wednesday, March 17, 2010

Strawberry Chocolate Cupcakes for mommy and bombok

Yesterday was my mom's birthday..
So, i decided to make her cupcakes..
Saya taklah pandai sgt..

Tapi, saya jenis yang rajin dan suka mencuba..
Besides, saya mmg dah lama nak buat utk bombok my youngest sis..
She got straight 9A's for her SPM result..
Jadi i got two reasons to make it for them..

Haritu saya dah pernah try buat Strawberry Muffin..
Tapi tak berapa nak jadi..
Saya tak give up..
And i'm so happy sebab cupcakes saya semalam boleh tahan jugak..
Walaupun takdelah semolek mana..bombok ckp 7/10..
Tapi rasanya ok.. errr ok je lah tapinye.. hehehe

Happy birthday mommy..
Walaupun semakin hari semakin bertambah umur tapi mommy tetap nampak muda lagi remaja..
Maybe sebab mommy selalu senyum and suka bercakap dan bercerita..
Orang cakap klu nak tau rupa kita sepuluh tahun akan datang, tgk ibu kita sendiri..
And saya harap saya mcm mommy jugak nanti.. maintain cantik and maintain kurus :)

Congratulations bombok..
I knew that she can make us proud of her..
Habislah kopak duit saya kena pau dgn dia.. huhuhu



my first trial
* harini dah hari khamislah.. :)