Coretan iLham Fatin Farehah
Saturday, 15 June 2013
I'm Back =)
Fuh...lamanya blog ni menyepi. Dah setahun berehat panjang dari menulis. Lamanya! Alhamdulillah...sudah kembali menulis semula. menyambung cerita-cerita yang terbiar sepi berbulan lamanya di dalam lappy. Mencari penyudah pada setiap karya saya. In sha Allah....kerja keras dan berusaha untuk siapkan cerita yang selama ni menjadi impian si penulis kerdil. Doakan saya =)
Thursday, 14 June 2012
Bercuti Untuk Jangkamasa Yang Panjang
Asssalammualaikum...first sekali saya nak minta maaf sangat-sangat. Mohon ampun pada semua followers & readers yang sedang menunggu (kalau ada yang masih menunggu) sebarang update dari saya di sini. Saya sedang bercuti panjang dari menulis sebarang novel. Bukan sebab minat tu sudah tiada tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Insya-Allah....bila sudah selesai semuanya blog ini akan beroperasi seperti biasa. Saya mohon maaf sekali lagi dan juga moga semuanya faham. Insya-Allah...moga kesabaran saya dan kalian kita beroleh manfaat. Mungkin jalan saya dalam dunia penulisan ni tak semudah yang saya sangka. Adakalanya, saya rasa down sangat-sangat. Bagai tak mampu meneruskan lagi semuanya. Yang saya ada, cuma sabar. Ada waktunya, untuk membaca comments readers dekat blog personal sayapun, saya takut. Berdegup jantung sebab selalu sangat dah kena perli atau sindir. Saya tak kuat semangat tapi saya try untuk kuat semangat dan anggap semua tu cabaran untuk saya. Tak tahu sejauh mana saya mampu melangkah di sni.. Tetapi, andai sudah takdir dan rezeki dari-nya, saya masih akan terus wujud di sini. Menulis dan terus menulis....Pada yang pernah mengkritik saya, terima kasih banyak-banyak kerana kritikan itu walaupun pahit ditelan tapi banyak memberi pengajaran untuk saya. Salam kasih dari saya buat semua =)
Monday, 9 April 2012
Novel Kerana Cinta Itu 5
BAB
5
ALFIRA HANIM masih tidak mampu
menghentikan tangisannya. Dia cuba menahan air matanya tetapi air itu laju
sahaja mengalir bagaikan empangan yang pecah. Usai solat subuh tadi sewaktu
menadahkan tangan memohon doa dalam esak tangisnya dia memanjatkan doa agar
ditabahkan hatinya, dikuatkan semangatnya. Ya Allah batapa terlalu lemahnya dia
saat ini….
“Fira”
Nadia yang baru muncul dari muka
pintu menggeleng-gelengkan kepala bila melihat Alfira masih menangis. Alfira hanya
memandang dengan pandangan kosong. Dia masih tidak percaya dengan apa yang
berlaku didalam hidupnya saat ini. Sungguh, hatinya terasa sangat sakit.Sampai
hati Amir…
“Fira,kau demam ni. Badan kau
panas…jom kita ke klinik” Ujar Nadia sebaik sahaja tangannya mendarat ke dahi
Alfira. Suhu badan Alfira yang panas buat hatinya diterpa risau.
Alfira mengelengkan kepalanya. Dia
sudah tidak peduli lagi apa yang akan berlaku pada dirinya selepas ini. Kalau
ke klinik sekalipun doktor takkan mampu merawat luka yang berdarah dihatinya.
Sakit hatinya ini belum tentu ada penawarnya.
“Fira..please jangan macam ni. Kau demam tu. Nanti kalau dibiarkan, makin
melarat sakit tu. Cubalah bawa bersabar sama. Kalau kau ada masalah sekalipun,
kesihatan tetap kena jaga” Tegur Nadia.
“Sakit aku tak mungkin sembuh Nad. Tak
ada apa yang dapat merawatnya…biarlah Nad. Aku okey. Kau tak payah risau” Balas Alfira dengan suara yang
tersekat-sekat.
“Fira, bagitau aku apa yang Amir dah
buat dekat kau. Jangan diam macam ni. Aku risau” Desak Nadia.
“Nad..aku jahat ke Nad? Apa yang
orang tak suka dekat aku?”
“Apa kau merepek ni. Kalau kau jahat
takkanlah aku nak kawan dengan kau. Kau baik sangat Fira. Bagitau aku,apa yang
berlaku?” Balas Nadia lagi. Hatinya sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang
terjadi antara Amir dan Alfira.
“Amir..dia..dia..dia dah tinggalkan
aku…” Berderai lagi air mata Alfira saat mengeluarkan kata-kata itu. Dia tidak
mampu untuk membendung kesedihan
hatinya. Dia sangat menyintai Amir Firdaus. Selama ini dia selalu berharap
hidup dan matinya bersama lelaki itu. Namun, ternyata semuanya hanyalah impian
kosong. Amir sudah tidak menyintainya lagi.
Nadia yang terkejut dengan kata-kata
Alfira segera memeluk tubuh sahabatnya itu. Dia membiarkan Alfira menangis
semahunya di bahunya. Melihat kesedihan yang ditanggung Alfira, dia juga turut
berasa sebak. Betapa kejamnya Amir Firdaus! Dia tak tahu benda apa yang telah
merasuk fikiran Amir sehingga sanggup meninggalkan Alfira begitu saja. Bukan
sebulan dua mereka bersama. Sudah tujuh tahun! Kenapa baru sekarang Amir hendak
berubah hati?
“Nad…aku tak tahu apa salah aku. Mir..Mir
nak putuskan pertunangan kami. Lagi sebulan je Nad aku nak kahwin. Aku tak tahu
nak buat apa…aku sedih sangat Nad…Hati aku sakit sangat..”
“Fira,aku faham perasaan kau…tapi kenapa
Mir buat macam ni? Aku macam tak percaya yang…..”
“Dia dah ada perempuan lain Nad. Dia
dah tak sayangkan aku..dia dah buang aku…” Potong Alfira sebelum sempat Nadia
menghabiskan ayatnya. Mengigatkan pengakuan Amir semalam, semakin lebat air
mata yang menghujani pipinya. Sendunya semakin jelas kedengaran.
Alfira teresak-esak menangis. Dia
benar-benar rasa kehilangan. Amir Firdaus adalah segala-galanya untuknya. Sewaktu
lelaki itu tidak mengendahkan dirinya sejak enam bulan yang lalu, dia masih
boleh bertahan, masih mampu bersabar kerana dia yakin cinta Amir Firdaus hanya
untuknya. Tetapi kini, bukan sahaja dia kehilangan perhatian Amir Firdaus
tetapi cintanya juga! Dia telah kehilangan segalanya…
“Aku tak tahu apa salah aku Nad…kalau
aku tahu nak jadi macam ni, aku takkan pergi Jerman. Aku sayangkan Mir. Aku
sayang dia sangat-sangat. Bertahun aku rindukan dia, aku setia dekat dia. Tapi
ini yang aku dapat. Hati aku hancur..hancur Nad..”
Alfira bagaikan sudah hilang pedoaman.
Raungannya saja boleh meruntun sesiapa sahaja yang mendengar. Nadia yang
memerhati turut menangis. Betapa tersiksanya Alfira. Alfira mersakan dirinya terlalu
lemah. Dia tidak pernah terfikir lansung yang akan kehilangan Amir Firdaus.
Lelaki itu sangat sayangkannya dulu. Mustahil semuanya lakonan Amir semata-mata!
Tujuh tahun mereka bercinta, masakan semudah itu Amir merobohkan impian yang
mereka bina selama ini. Hanya kerana wanita lain!
“Fira..kau jangan macam ni. Kuatkan
semangat. Kita cuba bincang perkara ni dengan Amir. Dia dah salah buat
pilihan..”
“Nad..dia dah cakap yang dia tak
cintakan aku. Kenapa nak tanya dia lagi? Dia dah mengaku depan aku yang dia tak
cintakan aku dah..dia tak sayangkan aku lagi Nad….”
Alfira terasa kepalanya sakit, terasa
berdenyut denyut. Banyak bebanan yang terpaksa dipikulnya. Apa yang mesti
dijawabnya bila mak bertanya tentang Amir nanti? Macam mana pulak dengan nenek
yang sangat menyayangi Amir? Dia tidak tahu bagaimana untuk berterus terang. Mengapa
Mir? Mengapa Mir buat Fira macam ni?
“Fira..sudahlah tu. Jangan fikirkan
sangat. Kau tak sihat tu..” Pujuk Nadia. Bukan dia tidak menyebelahi dan
menyokong Alfira, tetapi dengan keadaan Alfira sekarang, dia tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan dengan kata-katanya yang mungkin membuat Alfira lebih
tertekan. Alfira perlu berehat. Gadis itu tampak lemah sekali.
“Nad…sakit hati aku ni bila
ditinggalkan tetapi aku lagi terluka bila kehilangan cinta orang yang pernah
cintakan aku. Dia pernah cintakan aku. Dia pernah buat aku bahagia…Tujuh tahun
hubungan kami tapi dia boleh lupakan aku dalam masa beberapa bulan je. Aku
sedih sangat-sangat Nad. Aku cuba buat dia bahagia dengan aku, tapi dia tak
bahagia Nad. Dia bencikan aku…”
“Fira..kau tak salah pun. Sudahlah
Fira. Jangan cakap lagi. Kau demam tu. Tidurlah..” Pujuk Nadia. Dilapnya air
mata Alfira yang tak henti-henti mengalir. Mata Alfira sudah membengkak.
“Aku cintakan Amir tapi dia dah tak
cintakan aku. Dia dah ada orang lain. Apa aku nak buat ni Nad? Tolong aku……”
Alfira memegang kejap tangan Nadia. Kepalanya terasa berpusing pusing.Tidak
lama kemudian, Alfira terjelepok jatuh
tidak sedarkan diri disisi Nadia.
“Fira!” Nadia menjerit.
DARI satu kedai ke satu kedai mereka masuk tetapi Zarina masih belum
puas membeli belah. Sudah penuh tangan Amir Firdaus dengan beg jinjit yang
memuatkan pelbagai jenis barangan peribadi Zarina termasuk tas tangan dan
pakaian baru. Kakinya terasa penat menurut jejak Zarina yang kaki shopping itu.
“Sayang, sudahlah tu. Dah macam-macam
you beli ni. Takkan nak beli lagi
kot” Ngomel Amir Firdaus. Kakinya sudah terasa lenguh, namun dia masih setia
menemani teman wanitanya itu.
“Ala..I nak cari belt yang boleh matching
dengan baju yang I beli tadi. Sekejap je lagi sayang. Jomlah..I promise ni last kedai kita masuk lepas ni kita pergi lunch okey?” Pujuk Zarina
sambil tersenyum senyum.
Dia rasa bertuah kerana Amir Firdaus
sanggup melayan kerenahnya yang agak shopaholic
itu. Bekas teman lelakinya sebelum ini tidak suka melayan minatnya. Berjalan sekejap
pasti dia akan diseret ke tempat lain. Tetapi Amir Firdaus lain. Walaupun
penat, lelaki itu masih setia menemani. Malah, Amir Firdaus tidak jemu
memberikan pandangan tentang setiap barang yang dipilihnya.
“Sebab tu lah you layak jadi model..”
Kata Amir Firdaus.
“Hah? What do you mean? Layak jadi model..?” Soal Zarina kurang faham. Terasa
pelik bila tiba-tiba Amir Firdaus ingin bercakap tentang dunia modellingnya sedangkan dia tahu Amir
Firdaus tidak suka dia terlalu aktif dalam bidang itu. Malah, Amir Firdaus
turut memintanya berhenti menjadi model bila mereka berkahwin kelak. Tetapi dia
tidak sanggup. Dia bukan seperti Alfira yang hanya tahu menurut kata. Dia punya
impian dan matlamat sendiri.
“You
suka shopping, jaga penampilan, cantik…sukakan
fesyen, memang layaklah you jadi model”
“Mestilah” Jawab Zarina bangga. Dia
sudah acapkali dipuji begitu sejak dari kecil lagi. Dia bangga dilahirkan
sebagai Nur Zarina Shazrin Datuk Lokman.
Ketika Zarina sibuk memilih tali
pinggang yang digemarinya Amir Firdaus hanya memandang. Dia lebih selesa duduk
di sofa yang ditempatkan didalam butik mewah itu kerana kakinya juga terasa
lenguh. Sesekali dia menggelengkan kepala melihat telatah Zarina yang sangat
cerewet dalam bermacam macam hal terutamanya tentang pemilihan pakaiaan. Zarina
tak seperti Alfira yang sangat berserderhana dalam semua hal. Tiba-tiba sahaja
jantungnya berdegup saat nama tunangnya itu terlintas difikiran.
Masih jelas di igatannya saat dia
meninggalkan Alfira keseorangan semalam. Bukan dia tak ingin mencari. Tetapi, dengan
keadaan Alfira waktu itu, dia yakin Alfira akan menolak kehadirannya
mentah-mentah. Hatinya sayu melihat air mata Alfira tetapi dia tidak mampu
mengubah keadaan. Dia tak mungkin menjadi milik Alfira lagi walaupun dia masih
sayangkan gadis itu. Cintanya pada Zarina sangat kuat.
Semalaman dia tidak dapat tidur bila
dihambat rasa bersalah kepada Alfira. Dia ingin menghubungi Alfira tetapi dia
tidak tahu kenapa setiap kali dia ingin berbuat demikian, tangannya seakan
kaku. Dia rasa bersalah dan berdosa. Biarlah Alfira mengubati lukanya sendiri. Dia
yakin Alfira akan tabah.
“Sayang..you ni berangan ke? Tak
nampak ke I lambai tangan dekat you tadi? Mata you tengok I tapi otak dah pergi
England..” Suara lunak Zarina mematikan lamunan Amir Firdaus tentang peristiwa
semalam.
Amir Firdaus tersenyum. “Dah siap
beli? Jom kita pergi makan. Perut I dah lapar ni” Tangan Zarina digenggamnya.
Amir cuba menyembunyikan rasa tidak
enak yang bertamu di sudut hatinya. Dia masih teringatkan pertemuannya dengan
Alfira semalam. Wajah Alfira yang ayu, senyumannya yang manis…segala-gala
tentang Alfira masih sempurna dimatanya. Malah, gadis itu masih mampu
menggetarkan hati lelakinya. Namun, dia tidak tahu mengapa rasa cinta yang
telah bertahun bermukim di sudut hatinya itu begitu mudah pudar. Kalaulah
Alfira tidak meninggalkannya dulu, mungkin mereka sedang meniti bahagia saat
ini.
Amir Firdaus mengeluh kesal. Alfira
tidak boleh menyalahkan dirinya sahaja atas keruntuhan cinta mereka. Dia
lelaki…dia berhak untuk tergoda dengan mana-mana perempuan yang mampu
mencairkan hatinya. Hakikatnya, dia sudah lelah menanti. Hidupnya yang sunyi
dan kosong perlu diisi.
“You dah bagitau Fira pasal kita?”
Soal Zarina ketika mereka masuk kedalam kereta.
“Dah..I dah bagitau dia semalam”
“So..dia
mcam mana? Dia cakap apa?”
“Dia nangis Rina. Dia susah nak
terima. Tapi I yakin Fira tabah orangnya. Dia pasti boleh terima semua ni”
Keluh Amir Firdaus. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi mengingati wajah Alfira
yang basah dengan air mata. Dia dihambat rasa bersalah. Dari dulu lagi dia
tidak betah melihat gadis itu menangis.
“You cakap macam memuji dia
je..macamlah I tak tabah. I pun tabah
tau sebab sanggup buat hubungan sulit dengan you walaupun tahu you tu
tunang orang. I tebalkan muka bila
orang tuduh I perampas..” Protes Zarina. Dia tidak suka Amir Firdaus memuji
Alfira dihadapnnya. Seingatnya belum pernah sekalipun Amir Firdaus mengutuk
kelemahan tunangnaya itu walaupun mengaku sudah tidak menyintai Alfira.
“Hey..siapa cakap you tak tabah? I
tahu dear. You sangat tabah sebab tulah I
cintakan you sangat-sangat..”
“I
know it”
“Kalau dah tahu, jangan persoalkan
lagi hal ni. I akan tetap sayangkan you Rina..” Pujuk Amir Firdaus sambil
menghidupkan enjin kereta. Zarina tersenyum manis. Puas hati dengan jawapan
Amir Firdaus.
DATIN Faridah mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Wajah pucat
Alfira Hanim ditatap sayu. Begitu juga dengan wajah sugul Puan Hasnah. Sebaik
mendapat panggilan telefon dari Puan Hasnah tadi, dia dan Datuk Ir. Suffian
segera datang ke sini. Terkejut Datin Faridah
bila diberitahu Hajjah Kalsom mendapat serangan jantung dan ditempatkan
di ICU. Dia rasa bersalah kerana membuatkan hati keluarga kecil itu tersayat
dengan sikap anak sulungnya. Kalau apa-apa terjadi dengan Hajjah Kalsom, dia
tidak akan maafkan Amir Firdaus. Anaknya sudah semakin melampau! Mengambil
tindakan melulu tanpa memikirkan perasaan orang lain.
“Hasnah..kami minta maaf” Ujar Datuk
Ir. Suffian. Datin Faridah disinya turut mengangguk.
“Datuk dengan Datin tak salah. Saya
yang salah. Kalau saya berhati-hati bercakap tadi mungkin mak tak jadi macam
ni. Dia tak boleh terima kejutan.”
Puan Hasnah mengesat air yang
merembes keluar di tubir matanya. Sepatutnya dia beringat akan hal itu. Hajjah
Kalsom tidak boleh menerima khabar buruk. Sewaktu melihat wajah anaknya yang
pucat lesi dipimpin Nadia tengahari tadi dia jadi panik. Lebih-lebih lagi bila
diberitahu yang Alfira pengsan kerana tekanan perasaan. Ketika Nadia sibuk
bercerita tentang perihal Amir Firdaus dia terlupa yang ibunya itu turut
mendengar. Dia hanya tersedar bila terdengar bunyi pinggan kaca jatuh berderai
di dapur dan ibunya sudah terlantar kesakitan dengan nafas yang
tercungap-cungap. Segera mereka bertiga membawa wanita itu ke sini.
“Semua ni salah Amir. Kalau dia tak
buat macam ni, Hajjah takkan terkejut..maafkan kami Hasnah, Fira” Datin Faridah
kesal dengan apa yang berlaku. Dipandangnya sayu wajah Alfira yang dari tadi
hanya mendiamkan diri. Gadis itu bagaikan hilang suara. Tiada lagi senyuman
manis yang sering menyejukkan hatinya.
“Fira,mama…”
“Mama tak salah. Fira faham mama. Fira
tak boleh paksa perasaan Mir…” Alfira cuba menguatkan semangatnya untuk
bersuara. Dia tidak mahu mereka sering menyalahkan diri sesama sendiri. Dia
sudah tidak peduli lagi dengan hatinya yang remuk berkecai. Yang penting
sekarang adalah nyawa neneknya. Dia tidak mahu lagi kehilangan orang yang dia
sayangi. Cukuplah hanya Amir sahaja. Dia tak kuat mengharungi semuanya
serentak.
“Maafkan mama, Fira. Maafkan mama kerana
gagal mendidik Mir jadi lelaki yang berguna untuk Fira..” Datin Faridah memeluk
Alfira Hanim. Betapa murninya hati gadis itu tetapi mengapa Amir Firdaus tidak
tahu menilai?
“Saya janji Hasnah. Apapun rawatan
yang akan diterima Hajjah, saya akan tanggung..”
“Tapi Datuk saya…”
“Saya ikhlas Hasnah.Saya dah lama
anggap Fira ni macam anak saya. Awak dan Hajjah pun dah jadi sebahagian dari
keluarga kami” Balas Datuk Ir. Suffian lagi.
“Terima kasih Datuk..” hanya itu yang
mampu Puan Hasnah katakan. Dia tidak mampu berpikir apa-apa lagi. Nyawa ibunya
lebih penting. Selama dia menjadi ibu tunggal, hanya ibunya sahaja yang dia ada
untuk menemaninya dan memberi semangat untuk dia terus membesarkan Alfira Hanim
tanpa suami disisi.
Ya Allah..selamatkan mak aku..” desis
hati kecilnya.
Sebaik sahaja melihat pintu wad ICU
dibuka, Puan Hasnah segera mendapatkan doktor yang merawat ibunya.
“Doktor macam mana dengan keadaan mak
saya, Hajjah Kalsom?” Dia bertanya dalam nada suara yang sayu. Dadanya turut
berdegup kencang. Dia sangat risaukan keadaan ibunya.
Alfira Hanim, Datuk Ir Suffian, Datin
Faridah dan Nadia juga turut berada disinya.
“Bertenang Puan. Keadaan Hajjah
Kalsom agak kritikal. Degupan jantungnya agak laju dan tekanan darahnya juga
tinggi. Kami terpaksa lakukan pembedahan segera.” Jawab Doktor wanita yang
memakai tag nama Aida itu.
“Segerakan pembedahan itu. Saya akan bayar..” Celah
Datuk Ir Suffian.
“Esok pagi kami akan lakukan
pembedahan. Diharap Tuan dan Puan semua bersabar. Kalau nak melawat, saya benarkan.
Tapi saya minta kerjasama semua supaya tidak menganggu pesakit. Dia perlukan
rehat yang cukup. Dia masih belum sedarkan diri”
Alfira Hanim sudah teresak esak
menangis. Dipeluknya tubuh Puan Hasnah erat. Ya Allah, mengapa begitu berat
dugaan yang terpaksa ditangungnya?
“Fira…”
Dada Alfira berdegup kencang saat
namanya dipanggil. Dia kenal suara itu. Teramat kenal. Tetapi untuk apa lagi
dia kesini?
Tuesday, 3 April 2012
Novel Kerana Cinta Itu 4
AMIR Firdaus menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Alfira
Hanim disebelahnya hanya mendiamkan diri. Sepi ! Itulah yang dirasakannya saat
ini. Hendak memulakan bicara bibirnya seakan kaku. Dua tahun tidak bertemu
sepatutnya banyak perkara yang boleh mereka bualkan, tetapi dia tidak tahu
mengapa dia tidak mampu mengeluarkan walau sepatah ayatpun ketika ini.
Sesekali ekor matanya menjeling ke arah tunangnya disebelah. Cantik!
Itulah ayat pertama yang terdetik dihatinya sewaktu melihat Alfira Hanim tadi.
Dia tahu gadis itu memang cantik tetapi hari ini dia merasakan Alfira lebih
cantik dari hari hari yang lalu. Dengan dress
labuh berwarna biru laut, penampilan Alfira tampak anggun sekali. Bibirnya
tersenyum sendirian mengingatkan betapa dia begitu gila bayang sewaktu pertama
kali menatap wajah itu dulu.
Dia memakirkan kereta Honda City nya di tempat parkir kereta Taman
Tasik Shah Alam. Sengaja dia memilih untuk makan di Restoran Tasik Indah yang
seakan-akan terapung di tengah tasik Shah Alam itu. Dia tahu kesukaan Alfira
yang gemar menikmati keindahan alam. Dulu, sewaktu mereka masih menuntut di
UiTM Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam ini selalu menjadi pilihan mereka untuk
aktiviti beriadah. Kadang-kadang mereka datang berdua dan adakalanya bersama
teman-teman yang lain. Yang pasti, tasik ini banyak menyaksikan memori indah
antara mereka berdua.
Tanpa sepatah kata, Amir Firdaus turun dari kereta. Dibukakan pintu
untuk Alfira Hanim dan gadis itu melemparkan senyuman manis untuknya. Terpana
dirinya seketika. Lama diperhatikan wajah yang manis dengan senyuman itu. Sungguh
dia sangat merindui Alfira tetapi mengapa hatinya tidak kuat untuk terus
bersama tunangannya itu?
“Kenapa pandang Fira macam tu?” Soalan yang meletus dari bibir
Alfira buat Amir kaget sebentar. Malu rasanya merenung Alfira begitu. Namun,
semua itu berlaku di luar kesedarannya. Senyuman gadis itu buat dia rasa tidak
berpijak di bumi nyata. Indah dan begitu memukau matanya.
“Err..Ehmm…jom kita masuk” Balas Amir Firdaus, cuba menutup
kegugupan diri sendiri. Alfira sekadar menganguk. Senyuman manis masih meniti
dibibirnya membuatkan Amir semakin disapa rasa debar.
Mereka beriringan masuk kedalam Restoran. Sudut penjuru restoran
yang mengadap pancuran air ditengah tasik menjadi pilihan mereka berdua. Amir
Firdaus sudah awal-awal lagi membuat tempahan makanan untuk mereka berdua malam
itu. Sebaik mereka tiba, dua gelas orange
juice sudah siap tersedia di atas meja.
“Mir nampak makin kurus. Kulitpun dah gelap sikit. Banyak main panas
ya?” Teguran Alfira memecah kebisuan antara mereka berdua.
Sejak tadi dia mendiamkan diri kerana memberi peluang untuk Amir memulakan bicara tetapi lelaki itu hanya
membisu. Memikirkan mungkin Amir sedang memikirkan masalah yang dihadapinya,
akhirnya Alfira mengalah. Sampai bila mereka harus meneruskan sesi pandang
memandang tanpa sebarang kata? Dia mahu berbual dengan lelaki itu seperti dulu.
Dia rindukan kemesraan yang pernah terjalin antara mereka berdua.
Malam itu, dia sengaja memilih baju lama yang dihadiahkan Amir
Firdaus semasa hari lahirnya yang ke-21. Malah, petang tadi habis semua
baju-baju di dalam almari digeledahnya. Dia mahu mencari baju yang terbaik
untuk digayakan malam ini. Pertemuan pertama selepas dua tahun, dia ingin
nampak cantik di mata Amir Firdaus. Biarpun dadanya ini sarat dengan pelbagai persoalan tentang
perubahan sikap Amir kebelakangan ini dia tetap ingin Amir berasa teruja saat
melihatnya.
“Mir banyak kena keluar site.
Itu yang hitam ni..”Amir Firdaus menjawab sambil tersenyum. Terserlah wajah
tampan yang dimilikinya itu.
Alfira tersenyum. Masih membelek wajah tampan dihadapannya. Segenap
ruang wajah itu ditatapnya puas-puas. Wajah lelaki inilah yang dirinduinya
selama bertahun tahun. Setelah lama tidak bertemu, penampilan Amir tampak lebih
kemas dan segak. Sesuai dengan kerjayanya sebagai Pengurus Besar di syarikat.
Walaupun susuk tubuh lelaki itu sedikit susut berbanding dulu, namun tetap
nampak sempurna di mata Alfira. Yang tidak berubah tentu saja renungan matanya.
Panahan mata itu selalu membuatkan hatinya terasa berdebar debar seperti
sekarang.
“Fira pun makin kurus je Mir tengok. Banyak kerja ya dekat sana?
Atau Fira tak cukup makan ni?” soal Amir Firdaus. Direnungnya lagi wajah Alfira
Hanim .Seperti dulu, dia tidak pernah jemu menatap wajah cantik itu. Dengan
sepasang mata bundar dan bibir mungil itu, hati lelaki manalah yang tidak
tertawan bila melihatnya. Namun, kecantikan Alfira sekarang takkan mampu
mengubah pendiriannya. Dia sudah nekad dengan keputusannya.
“Taklah. Bukan sebab tak makan tapi sebab Fira rindukan Mir…” Perlahan
nada suara Alfira Hanim tetapi tetap jelas dipendengaran Amir. Alfira menundukkan
wajahnya. Entah mengapa,dia terasa malu pula mengungkapkan kata-kata itu
dihadapan Amir Firdaus sedangkan sebelum ini dia tidak pernah pula rasa begitu.
Mungkin kerana sudah terlalu lama mereka tidak bersua muka menyebabkan
timbulnya rasa malu.
Amir Firdaus terdiam mendengar kata-kata yang baru dilafazkan Alfira
sebentar tadi. Dia tahu tentang itu tetapi dia tidak tahu apa yang patut
dijawabnya. Rindukah dia pada Alfira? Entahlah…dia tak mengerti tentang
perasaannya sekarang. Mungkin ada sedikit kerinduan dihatinya dulu tetapi rindu itu sudah lama terubat sebaik
sahaja Zarina hadir dalam kehidupannya. Sejak itu, dia bagai melupakan
kewujudan Alfira di hatinya. Gadis itu sudah makin jauh dari ingatannya.
Ketika pelayan datang menghantar makanan, mereka masih lagi mendiamkan
diri. Amir meramas jari jemarinya. Melihatkan raut wajah Alfira yang masih
menanti jawapannya, dia rasa bersalah. Dia tahu Alfira mahukan balasan ungkapan
yang sama darinya. Dia mengerti tentang itu tetapi dia tak mampu untuk
mengeluarkan sepatah ayatpun ketika ini. Lebih dari itu, dia khuatir
kata-katanya nanti akan menghiris hati Alfira. Dia tak mahu menipu Alfira lagi.
Cukuplah apa yang dilakukannnya selama ini.
Wajah Alfira ditatap lagi. Walaupun Alfira masih lagi mampu
mempersonakan hatinya tetapi Zarina lebih dari itu! Dia cintakan Zarina
sangat-sangat! Walaupun dia yakin pilihannya nanti akan melukai hati Alfira
tetapi dia terpaksa. Perasaannya bukan boleh dipaksa. Kalau sudah begitu
kehendak hatinya, dia tak mampu berbuat apa-apa. Memang rasa cinta untuk Alfira
telah mati. Itu hakikat yang harus mereka terima.
“Mir tak rindukan Fira kan?” Soal Alfira setelah lama berdiam diri.
Sedih kerana Amir Firdaus lansung tak membalas ungkapannya. Pilu kerana Amir tidak
merasai apa yang dirasakan saat ini. Lelaki itu bagai tidak mahu berkongsi rasa
yang sama lagi dengannya.
Amir Firdaus mengeleng-gelengkan kepalanya. “Mana ada..” Balasnya.
Dipandangnya jari jemari Alfira Hanim yang sedang bermain-main
dengan sudu dan garfu. Ada cincin pertunangan mereka di jari manis gadis itu.
Melihatkan cincin itu buat hati lelakinya diterpa rasa sayu. Alfira benar-benar
menyintainya dan menjaga ikatan pertunangan antara mereka tetapi dia? Cincin
pertunangan mereka yang tersarung dijarinya dulu telah lama ditanggalkan. Sejak
bersama Zarina, dia sudah nekad menanggalkan cincin itu. Baginya, hubungannya
dengan Alfira sudah berakhir dan kehidupannya bersama Zarina bakal bermula. Dia
tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan Alfira saat ini. Dia jadi
takut untuk melukai hati sebaik Alfira.
“Makanlah..kenapa tak makan? Kan Fira suka nasi goreng paprik ni?”
Soal Amir Firdaus. Pelik kerana dari tadi Alfira lansung tidak menjamah
makanan. Dia hanya menguis-menguis makanan didalam pinggan. Alfira hanya
menganggukkan kepalanya. Dia cuba menyuapkan makanan ke mulutmya. Namun, semuanya
terasa tawar dan payah benar untuk ditelan. Dia tak punya selera untuk makan.
Alfira menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Hatinya
benar-benar bimbang kala ini. Dia rasa tidak sedap hati. Kelakuan Amir tidak
seperti dulu. Malah kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu dingin dan
kaku. Amir Firdaus sudah jauh berubah! Malah Alfira perasan lelaki itu tidak
lagi memakai jam tangan yang dihadiahkannya semasa hari pertunangan mereka dulu.
Lebih mengejutkan bila melihat cincin pertunangan mereka juga sudah tiada di
jari manis Amir. Sebaknya datang tiba-tiba. Dadanya turut bergetar hebat.
Apakah Amir benar-benar telah melupakan dirinya?
“Mir nak bagitau apa dengan Fira? “ Soal Alfira. Ada getar dari nada
suaranya. Dia tak mampu lagi untuk terus menunggu. Dia mahukan penjelasan Amir
tentang semua persoalannya selama ini dan dia yakin lelaki itu punya
jawapannya.
Amir Firdaus melepaskan nafas berat. Dirautnya rambutnya kebelakang.
Patutkah dia berterus terang? Dengan keadaan Alfira sekarang, dia pasti hati
tunangannya itu akan terluka teruk. Tapi jika tidak diberitahu, tentu dia
terpaksa mengahwini Alfira sedangkan dia tidak lagi menginginkan Alfira sebagai
suri di hatinya. Hanya Zarina yang diinginkannya. Dia tidak boleh terus menerus
menipu Alfira tentang perasaannya kini.
“Susah Mir nak cakap..Mir takut Fira tak dapat terima..”Luah Amir
perlahan.
“Maksud Mir? Cakaplah…Fira nak tahu…” Kata Alfira sedikit menggesa.
Debaran di dadanya sudah semakin kuat. Tubuhnya juga sudah terasa sejuk. Hatinya
terasa kurang enak. Bagai ada sesuatu yang buruk bakal menimpanya. Alfira
menelan liur sendiri. Wajah Amir dipandangnya tanpa kelip.
“Mir nak kita putuskan pertunangan kita..”
Berdenting bunyi sudu dan garfu terjatuh di atas pinggan saat Amir
Firdaus usai meluahkan kata-kata. Alfira Hanim Benar-benar tergamam. Lidahnya
jadi kelu tiba-tiba. Ya Allah..petaka apakah ini? Dadanya sudah terasa berombak
ganas.
“Mir minta maaf Fira. Mir yang salah. Mir dah ada orang lain…”
Alfira Hanim masih juga seperti tadi. Diam. Wajahnya tidak berganjak
lansung dari memandang Amir Firdaus. Jantungnya makin berdegup laju. Dia cuba
mempercayai apa yang diungkapkan Amir Firdaus ketika ini. Benarkah atau dia
yang tersalah dengar? Tubuhnya sudah terasa seram sejuk.
“Mir tak boleh tipu diri Mir. Mir tak cintakan Fira lagi. Mir minta
maaf. Perkahwinan kita tak boleh diteruskan..Mir janji akan tanggung semua kos
persiapan perkahwinan kita. Mir akan bayar balik semuanya….” Amir Firdaus bagai
mendapat kekuatan untuk terus bersuara bila melihat Alfira hanya mendiamkan
diri.
“Mir dah cuba tetapkan hati Mir pada Fira sahaja..Tapi Mir tak
boleh. Cinta untuk Fira dah lama tak ada. Jiwa Mir dah kosong. Mir rasa
bersalah sangat. Maafkan Mir…Mir tak setia dengan Fira”
Alfira Hanim memejamkan matanya. Setiap kata-kata yang keluar dari
bibir Amir bagaikan belati tajam yang menusuk jantungnya. Pedih dan
menyakitkan. Dia berharap dia akan segera terjaga dari mimpi ngerinya saat ini.
Dia tak mahu mimpi itu terus menghantui perasaanya. Namun bila mata dibuka,
wajah Amir juga yang dilihatnya. Pipinya dipegang dan dicubit. Sakit! Dia tak
bermimpi! Apa yang dikatakan Amir itu benar belaka. Semuanya benar!
“Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Memang kita dah bersama
selama tujuh tahun. Bagi Mir, kita memang tak ada jodoh…..”
Semakin banyak Amir berkata-kata, semakin pedih hatinya ini.
Sebaknya bertandang tanpa disuruh. Empangan air matanya tunggu masa sahaja mahu
pecah. Dia tidak kuat untuk menerima semua ini. Kepalanya terasa
berpusing-pusing. Pening dan sakit. Nafasnya juga sudah makin tidak teratur.
Sesak! Pantas dia bangun dari kerusi. Dia tak betah lagi untuk terus berada di
situ. Tanpa sepatah kata, dia berlalu pergi dari situ tanpa sempat dihalang
Amir.
“Fira!” Jerit Amir Firdaus lantang. Terkejut dengan perlakuan
tiba-tiba Alfira.
Dia memanggil lagi namun hampa
bila Alfira Hanim lansung tidak mahu menoleh malah makin laju pula berjalan. Kelam
kabut Amir Firdaus membuat pembayaran di kaunter sebelum mengejar Alfira.
Tangan gadis itu ditariknya. Ingin menghalang Alfira dari terus melangkah.
Namun seraya wajah cantik itu ditatapnya, dia tergamam. Hiba rasanya bila
melihat wajah Alfira yang sudah basah dengan air mata. Sendu tangis yang
kedengaran benar-benar meruntun perasaannya. Ya Allah..apa yang dilakukannya
ini? Alfira nampak terluka benar. Telahannya bahawa gadis itu akan tabah dengan
keputusannya ternyata salah sama sekali. Hakikatnya, Alfira amat terluka. Rasa
bersalah mula menghimpit dirinya.
Alfira segera menarik tangannya dari pegangan Amir Firdaus. Wajahnya
segera dialihkan dari terus ditatap Amir Firdaus. Air mata yang tidak putus
putus menghujani pipinya dikesat. Bibirnya diketap kuat, menahan rasa sakit dan
geram.
“Fira,Mir…….” Amir cuba menarik tangan Alfira kembali namun cepat
ditepis Alfira.
“Jangan sentuh saya!” Kasar kedengaran suara Alfira. Terdiam Amir
dibuatnya. Dia jadi bersalah kerana membiarkan hati gadis itu terguris tetapi
dia tidak berdaya untuk mengubatinya. Kalu dulu, dia tidak pernah membenarkan
hatta setitispun airmata gadis itu tumpah tapi sekarang? Dia sendiri yang
menjadi punca Alfira menangis!
“Mir hantar Fira ya? Please….jangan
buat macam ni. Mir risaukan keselamatan Fira” Pujuk Amir Firdaus lembut. Tangan
gadis itu kembali dipegang kejap.
Hakikatnya dia sendiri tak cukup kuat untuk melihat air mata yang
mengalir keluar dari mata bundar itu namun apakan dayanya. Pendiriannya hari
ini adalah untuk kebaikan mereka bersama. Dia tak mahu membina mahligai yang
kosong isinya. Alfira patut faham akan hal itu.
“Lepaskan Fira!” Jerit Alfira Hanim lantang.
Alfira meronta-ronta minta dilepaskan. Dia tidak mahu mendengar lagi
suara Amir Firdaus. Dia mahu segera pergi dari situ. Dia tak mahu terus
dihantui dengan kata-kata yang diungkapkan lelaki itu sebentar tadi. Sakitnya sudah tak tertanggung.
Sebaik sahaja berjaya melepaskan diri dari pegangan Amir Firdaus dia
cepat-cepat belari laju meredah kegelapan tasik itu. Dia tak tahu mahu berlari
kemana, yang dia tahu dia mahu pergi jauh dari Amir. Dia mahu lari dari
kenyataan yang amat payah untuk ditelannya! Air matanya yang laju mengalir
menuruni pipi dibiarkan. Dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi walaupun suara
Amir Firdaus nyaring memanggil namanya. Dia terus berlari dan berlari tanpa
arah tujuan membawa bersama hatinya yang
sudah hancur luluh. Alfira meraung kesedihan….Ya Allah…petaka apakah ini? Rintih
hatinya sayu sebelum dia terjelepok jatuh ditepi tasik itu. Dia menangis
teresak esak di situ juga.
NADIA sudah naik buntu untuk memujuk Alfira. Dari mula Alfira tiba
dirumahnya, air mata gadis itu tidak henti-henti mengalir. Wajah Alfira sudah
sembab dek tangisan yang terlalu banyak. Alfira hanya memintanya menghubungi
ibunya memberitahu dia bermalam dirumahnya. Itu sahaja! Apabila ditanya, Alfira
hanya mendiamkan diri. Nadia benar-benar risau. Selalunya, Alfira tidak pernah
begini. Gadis itu kelihatan bagaikan hilang arah tuju. Tampak bingung dan
buntu.
Nadia membawa Alfira kebiliknya. Dibaringkan Alfira dikatil
bujangnya. Sejuk terasa saat dia tangan itu disentuhnya. Tadi, ketika Alfira
menelefon untuk meminta mengambilnya di Taman Tasik Shah Alam, Nadia jadi
panik. Dengan suara yang dikaburi tangisan dia yakin ada sesuatu yang buruk
telah berlaku kepada sahabat karibnya itu.
Bergaduh dengan ibunya kah? Telah Nadia.
Tapi mana mungkin! Alfira manja dengan ibunya atau…..dengan Amir
Firdaus!
Kali ini Nadia yakin dengan telahannya. Pasti kerana Amir Firdaus. Nadia
menyelimutkan Alfira yang sudah terlena bersama air mata yang masih bersisa
dipipinya. Dia jadi simpati. Biarlah Alfira menangis sepuasnya. Selepas ini dia
yakin Alfira akan menceritakan masalah yang membebani fikirannya itu apabila
dia benar-benar bersedia.
Nadia melangkah keluar dari bilik itu. Tidak mahu menganggu lena
Alfira Hanim. Dicapainya telefon bimbitnya untuk menghubungi ibu Alfira. Tidak
lama menunggu, panggilannya berjawab.
“Assalammualaikum makcik. Nadia ni”
“Waalaikummussalam Nadia. Bila nak datang rumah makcik ni? Dah lama
kita tak jumpa” Balas Puan Hasnah ceria.
“Esok Nadia datang. Hantarkan Fira”
“Fira ada situ? Bukanke dia keluar dengan Mir tadi? Macam mana pulak
boleh ada dekat situ?” Soal Puan Hasnah bimbang.
“Makcik jangan risau. Dia saja je singgah nak jumpa saya. Lepas tu
dia terlena. Saya kasihan nak kejutkan dia. Esok saya hantar dia balik. Lagipun
esok saya tak keja. Cuti.” Nadia terpaksa berbohong kerana Alfira sudah
awal-awal lagi berpesan jangan biarkan emaknya risau.
Kali ini Nadia yakin memang Amir Firdaus yang menjadi punca Alfira
menangis teruk. Lelaki itu memang kurang ajar! Tidak tahu menjaga hati tunang
sendiri. Nadia jadi geram.
“Fira Ok tak tu?” Soal Puan Hasnah lagi.
“Fira Ok..dia leka sangat bersembang dengan saya sampai tertidur. Makcik
jangan risau”
“Takpelah macam tu. Terima kasihlah Nadia tolong tengok tengokkah
Fira tu. Seronok sangat jumpa tunang dia sampai taknak balik rumah. Mesti suka
hati sangat bercerita pasal Mir tu..” Puan Hasnah ketawa dihujung talian.
Nadia mendiamkan diri. Kalaulah makcik tahu…Makcik takkan sanggup
lihat keadaan Fira sekarang. Dia benar-benar terluka makcik!. Detik hatinya.
“Esok Nadia makan dekat rumah makcik tau. Makcik masak special untuk Nadia” Kata Puan Hasnah
lagi.
“Baiklah makcik. Maaflah ganggu makcik malam-malam macam ni. Kita
jumpa esok ya.”
“Tak ada menganggunya. Makcik tengah tengok TV je ni. Selamat malam Nadia”
“Selamat malam makcik..” Nadia mematikan talian telefon.
Hatinya masih bimbang dengan keadaan Alfira. Dia memasuki biliknya. Alfira
masih memejamkan mata tetapi dahi gadis itu dilihat berkerut kerut. Sekejap
sekejap kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan.
“Mir..Mir..jangan tinggalkan Fira..” Dalam tidurnya, Alfira mengigau
menyebut nama Amir Firdaus.
“Mir..Mir..jangan tinggalkan Fira” Perkataan itu diulang lagi.
Terkejut Nadia mendengar kata-kata Alfira dalam mamainya itu.
Mir tinggalkan Fira?
Apa yang sudah berlaku?
Minda Nadia terus diasak dengan pelbagai persoalan sehingga akhirnya
dia juga turut terlena disisi Alfira.
Novel Kerana Cinta Itu 3
“APAPUN jadi, saya tetap nak Fira tu jadi menantu saya. Budak Amir ni dah
melampau betul! Geram saya dibuatnya abang” Datin Faridah melepaskan rasa tidak
puas hatinya. Diurutnya dada yang mula bergetar hebat. Kemarahannya sudah
setahap gunung berapi. Tunggu masa saja mahu meledakkan laharnya.
Datuk
Ir. Suffian hanya mengelengkan kepala melihat tingkah isterinya itu. Sejak dari
tadi isterinya itu tidak henti-henti bercakap. Dari mereka di butik pengantin,
di dalam kereta sampailah sekarang, di rumah ini, mulut wanita itu bagaikan
bertih jagung. Berleter sahaja. Panas jugak telinganya mendengar. Hendak
menegah, takut merajuk pula Datin Faridah. Sudahlah sekarang ini isterinya
sedang melancarkan perang dingin dengan Amir Firdaus. Silap percaturan, mungkin
dia juga akan menerima nasib yang sama seperti anak lelakinya itu. Datuk Ir.
Suffian mengeluh kurang senang.
“Kalau
dah Mir tak nak, kita nak buat apa lagi Idah? Takkan nak paksa pulak. Dia yang
nak kahwin. Bukannya kita” Balas Datuk Suffian cuba mententeramkan hati
isterinya yang sedang marak dengan api kemarahan.
Bukan dia membela tindakan gila Amir Firdaus itu, tetapi sebagai
ketua keluarga, kemarahan bukanlah jalan penyelesaiannya. Dia tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Setiap masalah pasti ada jalannya.
Mereka tak boleh terlalu emosional begini.
“Abang! kita tak pernah paksa dia tau kahwin dengan Fira. Fira tu
dia yang pilih . Dia yang beria-ria nak beristerikan si Fira tu dulu. Sekarang,
bila kita dah suka, dah sayang dekat budak tu, dia pulak buat macam ni. Anak
awak tu memang dah hilang akal gamaknya.. ” Balas Datin Faridah.
Matanya di lemparkan ke luar balkoni rumah. Sakit hatinya bila
mengingatkan perangai Amir yang bagai lepas tangan. Penat dia ke hulu hilir
menguruskan majlis pernikahannya dengan Alfira, anak sulungnya itu lansung tak
pernah nak ambil peduli. Disangkakan Amir sibuk dengan kerjanya, rupa-rupanya
anaknya itu sedang seronok bersuka ria dengan perempuan lain. Patutlah bila dia
asyik bertanya tentang majlis kahwin mereka, Amir selalu saja mengelak. Dah ada
penganti Alfira rupanya. Datin Faridah mengetap bibirnya menahan geram di hati.
“Ya..abang tahu kita tak pernah paksa dia. Tapi sekarang awak nak
buat apa? Awak bising-bising macam ni bukan jadi apapun Idah. Anak kita tu, sampai
nak jejak kaki ke rumah ini pun taknak. Semuanya sebab mulut awak tu. Cuba bawa
bersabar sikit” Datuk Suffian masih cuba berdiplomasi. Bertahun hidup sebumbung
dengan isterinya itu, dia kenal sangat sikap Datin Faridah yang mudah naik
marah. Pantang ada perkara yang tidak disukainya, tentu berjela leteran yang
keluar dari mulutnya. Pening kepala juga dibuatnya. Tetapi disebabkan sayangkan
isteri, dilayankan saja apa yang dikatakan isterinya itu.
Datin Faridah yang sedari tadi berjalan-jalan di tengah ruang tamu
rumah mereka mendekati suaminya. Dia melabuhkan pungungnya disebelah Datuk Ir.
Suffian. Bibirnya melepaskan keluhan.
“Saya marah sangat abang. Rasa nak bagi penampar dekat Mir tu pun
ada. Elok sangat dia tak balik sini. Kalau tak, teruk saya kerjakan. Eiii…geramnya
saya” Datin Faridah berkata sambil menggengam tangannya kuat. Cuba melepaskan
rasa geramnya di situ. Marahnya terasa membuak-buak. Ikutkan hati mahu saja
ditampar tampar pipi anaknya itu sepuas hati. Biar fikiran anaknya yang sudah
rosak itu cepat pulih. Gila ke apa nak batalkan perkahwinan yang cuma tinggal
kurang dari dua bulan? Lebih menyakitkan hati bila Amir sesuka hati ingin
menukar pengantin perempuannya. Ingat ini cerita dalam filem ke main suka hati
nak tukar-tukar? Jangan harap dia akan terima perempuan lain selain Alfira!
Amir perlu langkah mayatnya dulu kalau nak perkara itu berlaku!
“Hisy..awak ni Idah. Cuba bawak beristigfar sikit. Jangan biar rasa
geram menguasai diri. Kalaupun kenduri tu tak jadi, saya dah tak malu dah apa
orang sekeliling nak cakap.” Kata Datuk Ir. Suffian. Bukannya dia tidak kisah,
tapi apa dayanya nak memaksa Amir Firdaus? Dia tidak mahu Amir mensia-siakan
hidup Alfira selepas mereka berkahwin kelak. Alfira terlalu baik untuk menerima
lelaki curang seperti anaknya. Dia tak
mahu Amir menghancurkan kebahagiaan Alfira.
“Abang, saya tak kisah tanggung malu kalau kenduri tak jadi tapi
saya kisahkan perasaan Fira tu. Kesian dia abang. Sudahlah tak ada ayah, sedara
mara pun tak ramai. Ada mak dengan nenek dia saja. Sekarang, Mir buat macam ni
pulak dekat dia. Fira tu sayang dan percaya betul dekat Mir tu….saya tak boleh
terimalah semua ni” Akhirnya, tumpah juga air mata Datin Faridah. Dia sangat
kesal dengan sikap anak lelakinya itu. Apa dia ingat hati perempuan ini mainan?
Boleh dimainkan sesuka hati. Bila nak, ambil, taknak dibuang macam tu saja.
Sungguh tidak matang pemikiran Amir Firdaus!
Datuk Ir. Suffian mengusap-ngusap bahu isterinya. Cuba mententeramkan
hati Datin Faridah yang penuh kesedihan. Dia turut terkilan dengan sikap Amir
Firdaus. Sudah dapat gadis sebaik Alfira tetapi masih mencari yang lebih
sempurna. Entahkan kaca atau permata dia tidak tahu. Melihatkan gaya Zarina
saja dia memang tidak berkenan. Tetapi, kalau sudah itu yang dimahukan Amir,
bagaimana lagi dia mahu menghalang? Perkahwinan bukan boleh dipaksa. Biarlah
masjid yang dibina itu atas kerelaan masing-masing.
“Idah, apa yang mampu kita buat sekarang hanyalah berdoa. Kita minta
Allah lembutkan hati Amir untuk terima Fira dalam hidup dia” Datuk Ir. Suffian
mengelap titisan airmata di pipi isteri kesayangannya itu.
Hati Datuk Ir Suffian turut sebak. Seperti Datin Faridah, dia turut
menginginkan Alfira sebagai menantu. Bukan kerana kasihan tetapi mereka sudah
lama mengangap Alfira sebagai anak sendiri, lebih lebih lagi mereka tidak
mempunyai anak perempuan. Anaknya, ketiga-tiganya lelaki. Aizul Ikhwan, anak
keduanya masih belajar di United Kingdom dan
anak bongsu mereka Airil Akhmar pula baru tamat SPM. Yang sering bersama mereka
sekarang hanyalah Amir Firdaus. Malah lelaki itu jugalah yang diharapkan untuk
membantu urusannya di pejabat. Dia tak mahu hubungan mereka anak beranak
berantakan hanya kerana perkara ini.
Datin Faridah hanya mampu menganggukkan kepala.Ya! Itulah doanya
setiap kali usai solat. Selagi diberi kesempatan untuk hidup, dia takkan putus
asa untuk berdoa dan mengharapkan kasih dua insan itu kembali bertaut. Naluri
keibuannya yakin Amir memang ditakdirkan untuk Alfira. Bukan Zarina atau
siapa-siapa.
Hanya
Alfira Hanim!
ALFIRA Hanim leka memandang dulang hantaran perkahwinan yang telah siap
digubah ibunya. Cantik dan kreatif! Detik hatinya. Puan Hasnah tersenyum
memandang anak gadisnya yang tekun meneliti hasil kerja tangannya.
“Mak nak buat tiga belas hantaran untuk pihak kita nanti” Kata Puan
Hasnah.
“Banyaknya mak. Tak membazir ke?” Soal Alfira sedikit terkejut
dengan kata-kata ibunya. Fikirnya hanya mahu membuat hantaran dalam tujuh atau
sembilan dulang sahaja. Baginya, itu sudah cukup. Lagipun dulu dia pernah
membincangkan perkara ini dengan Amir dan lelaki itu tidak kisah.
“Apa pulak membazirnya. Semua barang-barang hantaran tu boleh pakai.
Baju, skincare, sejadah, semua itukan
Mir boleh guna nanti. Mirpun dah lama mak anggap macam anak sendiri. Biarlah
kita bagi lebihpun. Lagipun ini kenduri pertama dan terakhir keluarga kita.
Lepas ni tak ada lagi. Tak salahkan kalau mak nak buat meriah sikit” Puan
Hasnah menjawab. Gunting disebelahnya dicapai untuk memotong tali ribbon yang digunakan untuk mnghias
bakul hantaran.
Memang itu hasrat Puan Hasnah dari dulu. Alfira Hanim satu-satunya
harta yang dia ada. Amanat terakhir yang ditinggalkan suaminya untuknya. Dia
mahukan yang terbaik buat anaknya itu. Biarpun majlis perkahwinan itu nanti
tidak sehebat perkahwinan yang diadakan di sebelah keluarga Amir, tetapi dia
mahu kemeriahan itu tetap ada. Sekurang kurangnya dia telah cuba memberikan
yang terbaik untuk anak gadisnya itu.
“Pandai mak pilih warna dulang hantaran ni. Hijau. Fira suka
sangat-sangat!”
“Mestilah. Mak tahu apa yang anak mak suka”
“Fira sayang mak!” Ujar Alfira Hanim lantas pipi Puan Hasnah
diciumnya. Puan Hasnah ketawa kecil dengan perlakuan mesra anaknya itu. Sejak
dulu, itulah yang kerap dilakukan Alfira. Sebagai ibu, dia rasa cukup terharu.
“Mak pun sayangkan Fira tau. Hmmm..bila
Fira nak pergi beli cincin dengan Mir?” Soal Puan Hasnah tiba-tiba. Baru dia
teringat tentang cincin pernikahan anaknya yang belum lagi dibeli.
Terdiam Alfira saat mendengar pertanyaan ibunya. Sudah seminggu dia
pulang, tetapi Amir Firdaus lansung tidak menghubunginya. Mereka belum lagi
berkesempatan untuk bersua muka. Bukan dia tidak pernah mencuba untuk menemui
Amir, malah sudah acapkali. Tetapi panggilannya lansung tak berjawab. Sudahnya,
dia jadi malas sendiri. Terasa diri pula yang terhegeh hegeh. Tunangnya itu
bagai tidak sudi menemuinya. Sibuk sangatkah Amir sampai tak ada masa lansung
untuknya? Takkanlah seminit pun tak ada untuk menghubunginya?
“Entahlah mak. Mir macam tak sudi nak jumpa Fira je…macam mana nak
pilih cincin bersama, jumpa dia pun belum. Mir memang busy sangat ke mak?” Soal Alfira. Sungguh dia jadi pelik dengan
kebisuan Amir sekarang. Bagai ada yang tidak kena dengan lelaki itu. Tetapi
tentang apa, dia tak dapat pula hendak meneka.
Puan Hasmah yang sedari tadi sibuk mengubah bakul hantaran
menghentikan perbuatannya. Wajah sedih Alfira dipandangnya. Bukan Alfira
sahaja, dia juga turut perasan akan perubahan sikap Amir Firdaus. Lelaki itu
sudah lama tidak bertandang kerumahnya. Walaupun sekali sekala Amir Firdaus ada
menelefon bertanyakan khabarnya dan Hajjah Kalsom tetapi Amir lansung tidak
pernah menyebut tentang persiapan perkahwinannya dengan Alfira. Bila ditanya, pasti
ada sahaja alasannya untuk mengelak dari membincangkan perkara itu.
“Fira tak tanya Datuk dan Datin?” Soal Puan Hasnah pula.
“Fira tak larat dah nak tanya mak. Cukuplah sekali dua Fira
bertanya. Nanti apa pulak kata Datuk dan Datin. Entahlah mak. Fira rasa tak
sedap hati je sekarang. Macam ada yang tak kena”
“Maksud Fira?”
“Mak, Mir masih sayangkan Fira ke?” Mata Alfira Hanim sudah berkaca
saat soalan itu terlontar dari bibirnya. Sejak dari di KLIA, itulah soalan yang
berlegar-legar dimindanya. Amir Firdaus terlalu banyak berubah. Dulu sebelum
dia berangkat ke Jerman, sesibuk manapun lelaki itu, masa untuknya tetap ada. Pernah
sekali Amir Firdaus sanggup ponteng kerja semata-mata ingin bertemu dengannya.
Tapi sekarang untuk bermesej dengannya pun Amir tak mampu, apatah lagi untuk
bertemu.
Alfira Hanim melepaskan nafas berat. Dia cuba memikirkan yang baik-baik
sahaja tentang tunangnya itu tetapi sekarang emosinya makin terganggu.
Tidak rindukah Amir Firdaus padanya?
“Fira..mak faham perasaan Fira. Sebulan je lagi nak kenduri. Cubalah
bawa berbincang dengan Mir. Mungkin dia ada masalah sekarang. Sebab tu dia tak
dapat jumpa Fira”
“Kalau dia ada masalah, dia patut beritahu Fira. Fira ni tunang dia
mak. Selama ni dia tak pernah buat Fira macam ni. Tak pernah berahsia pun. Tapi
sekarang dia terlalu banyak berubah. Tiga tahun Fira rindukan dia, tapi sia-sia
je mak. Dia tak fikirkan perasaan Fira lansung” Protes Alfira. Dia cuba menahan
air matanya daripada gugur. Perasaannya jadi makin sensitif pula sekarang.
“Fira sabarlah nak...nanti mak try
bincang dengan Datuk dan Datin. Mungkin Mir tu ada masalah. Datin cakap Mir dah
tak tinggal dekat rumah mereka lagi. Dia dah pindah PJ”
Alfira Hanim memandang wajah ibunya. Dahinya berkerut sedikit.
Pindah?
Dia masih ingat lagi rumah banglo dua tingkat yang dibeli Amir
Firdaus sebagai persediaan tempat tinggal mereka bila berkahwin kelak. Tiba-tiba
sahaja dia mengukir senyuman. Wajahnya yang tadi mendung sudah bertukar ceria.
Dia pasti dengan telahannya kali ini.
“Mak..agaknya Mir sibuk hiaskan rumah kami tak? Dia nak bagi surprise dekat Fira. Sebab tu dia tak
jumpa Fira kan?” Kata Alfira penuh yakin. Dia masih ingat tentang rumah banglo
dua tingkat itu. Malah, mereka sama-sama melihatnya sebelum dia bertolak ke
Jerman. Nampaknya, rumah itu telah siap di bina sepenuhnya. Kalau tidak, masakan
Amir telah berpindah masuk ke sana.
Puan Hasnah hanya mengangukkan kepala, cuba membuang rasa tidak enak
dihatinya. Seperti Alfira Hanim, dia juga tidak mudah melatah dengan keadaan.
Menjadi ibu tinggal sejak Alfira berusia lima tahun banyak mematangkan dirinya
dalam menempuhi ranjau kehidupan. Ketabahan yang dibina bukan sedikit.
“Nanti lepas kahwin Fira akan duduk situ dengan Mir. Betul jugak
kata Fira tu. Kalau tak, takkan Mir nak pindah masuk rumah dekat PJ tu kan?”
“Mir ni….suka buat Fira risaukan mak. Tapi takpelah, kalau pasal
rumah tu yang dia sibuk sangat Fira tak kisah tapi takkanlah sampai taknak
jumpa Fira. Takpelah mak, nanti Fira try
call dia lagi..” Alfira mengukirkan senyuman. Dia berharap telahannya kali ini benar.
“Dah. Jangan sedih-sedih lagi. Nanti hilang seri pengantin tu….takpelah
kalu Mir tak dapat temankan Fira tengok cincin tu. Mak dengan Datin kan ada. Lagipun
kami lebih tahu pasal cincin dari Mir tu….mak tahu nilai cantik atau tak cincin
tu” Pujuk Puan Hasnah lagi. Lega hatinya bila Alfira hanim sudah kembali ceria.
“Ish mak ni..kesitu pulak.
Fira tak kisahlah pasal cincin tu cantik atau tak. Yang penting Fira pilih
sama-sama dengan Mir. Lagipun, itukan cincin kahwin kami? Tapi takpelah..Fira
ikut je apa kata mak dengan Datin nanti” Akhirnya, Alfira akur dengan cadangan
ibunya.
Tiba-tiba Alfira mendengar telefon bimbitnya nyaring berbunyi. Dia
yang berada diruang tamu ketika itu berlari masuk kedalam bilik untuk
mendapatkan telefon bimbitnya.
Melihatkan nama Amir Firdaus tertera di skrin telefon, Alfira
tersenyum suka hati. Akhirnya, Amir menghubunginya juga! Dengan penuh debaran,
panggilan itu dijawabnya.
“Assalammualaikum Mir…” Lembut Alfira memberi salam.
“Waalaikummussalam…Fira sihat? Mak dengan nenek macam mana?”Jawab
Amir Firdaus. Terasa lunak pula suara Alfira ditelinganya. Suara yang selalu
menjadi igauan mimpinya suatu ketika dulu.
“Alhamdulillah….Fira sihat. Mak dengan nenek pun sihat. Mir apa
khabar?” Balas Alfira. Setelah enam bulan tidak berbual ditelefon, dia jadi
gugup sedikit. Akhirnya, terlepas juga rindu yang mengasak dadanya selama ini
bila mendengar suara Amir Firdaus. Sungguh! Dia sangat merindui lelaki itu.
Terasa mahu berlinang air matanya kerana terlalu teruja mendengar suara lelaki
itu. Hatinya jadi sebak. Tidak menyangka Amir akan menghubunginya hari ini.
Sesuatu yang dia nantikan sejak dulu lagi.
“Mir sihat. Sorry tak
dapat jemput Fira hari tu. Mir ada keja” Suara Amir Firdaus kedengaran mendatar
di hujung talian.
“Takpe. Mak dah bagitau hari tu Mir pergi Kuantan. Ehm..Mir, Fira…Fira
rindu sangat –sangat dekat Mir. Selalu Fira mesej dan call Mir tak jawab pun. Mir buat Fira ni macam tak penting. Kenapa?
”
“Hmm….Fira, Mir ada
masalah ni. Ada hal mustahak yang nak bincang dengan Fira” Tenang sahaja suara
Amir Firdaus kali ini. Lansung tidak menjawab pertanyaan Alfira tadi.
“Hal mustahak? Kalau Mir ada masalah kenapa taknak kongsi dengan
Fira? Patutla Mir diam je selama ni. Contact
Fira pun tak. Rupanya tanggung masalah sorang-sorang” Balas Alfira sedikit
merungut.
“Mir minta maaf. Mir sibuk sangat sekarang. Bila Fira free? Kita jumpa? Mir nak bincang hal ni
dengan Fira” Balas Amir pula.
“Pasal apa Mir? Pasal kita ke?” Soal Alfira penuh tanda tanya.
“ A’ah..pasal kita”
“Hal perkahwinan kita ke?” Soal Alfira lagi.
“Ya..” Ringkas jawapan Amir Firdaus.
“Fira free je. Mir nak
datang rumah ke?”
“Tak..kita bincang dekat luar. Mir datang ambil Fira malam ni Okey? Pukul 8 malam.”
“Ok..”
“Jumpa malam nanti..bye..”
Lantas panggilan telefon terus dimatikan. Cepat sekali tanpa sempat Alfira
membalasnya. Alfira Hanim sedikit kecewa dengan cara Amir menamatkan perbualan.
Tiada lansung kata rindu dan cinta dari lelaki itu. Bercakap pun bagai
tergesa-gesa. Apa masalah Amir sebenarnya?
“Siapa call tadi?” Soal
Puan Hasnah sebaik melihat kelibat Alfira diruang tamu.
“Amir..”Jawab Alfira ringkas. Wajahnya tidak lagi seceria tadi.
“Hah..baguslah tu. Dia dah call
Fira kan. Dia nak datang ke?” Soal Puan Hasnah lagi.
Alfira hanya menganggukkan kepala. Telefon bimbit yang masih berada
ditangan dibeleknya. Seakan tidak percaya dengan sikap Amir sebentar tadi. Amir
bagaikan orang lain. Cara Amir lansung tak menunjukkan kemesraan. Bagaikan
mereka berdua tidak punya hubungan mesra.
“Kenapa ni? Mir dah call
pun Fira muram lagi” Tegur emaknya.
“Mir cakap ada hal mustahak nak bincangkan. Pasal hal kami
berdua..”Balas Alfira. Dia rasa tidak sedap hati sekarang. Lebih-lebih lagi
dengan perlakuaan Amir Firdaus ketika bercakap di telefon tadi.Tiada kemesraan
lansung!
“Dia nak bincang pasal persiapan perkahwinan lah tu. Apa yang nak
dirisaukan sangat”
“Iya mak, tapi hati Fira ni rasa tak sedap je. Macam, ada yang tak
kena..”
“Dah, dah jangan fikir-fikir lagi. Yang penting Fira jumpa Mir kan. Bila
dia nak datang?”
“Malam ni. Dia nak bawa Fira keluar ” Balas Alfira.
“Elok sangatlah tu…bincanglah apa yang patut. Kenduri pun dah nak
dekat ni. Sebelah Mir tu mungkin dah settle.
Datuk upah orang je buat. Sebelah kita ni yang tak setlle-settle lagi.”Kata Puan Hasnah.
Alfira Hanim hanya mampu menganggukkan kepala. Dadanya makin
berdebar-debar untuk bertemu tunangnya malam ini. Risau memikirkan hal mustahak
yang dikatakan Amir.
Subscribe to:
Posts (Atom)