Friday, December 31, 2010

2010 : At a glance

Hari ni dah pun hari terakhir 2010. Kebetulan diisytiharkan cuti umum oleh YAB Perdana Menteri kerana kejayaan pasukan Harimau Muda menjuarai Piala Suzuki dengan menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir. SYABAS dan TAHNIAH Fendiosman ucapkan kepada Harimau Muda dan Terima Kasih kerana memberikan penutup tirai yang baik buat Malaysia pada tahun ini.

Fendiosman pun meniti pengalaman 2010 dengan penuh kenangan. Pahit ada manis ada, bercampur baur. Permulaan 2010 menyaksikan Fendiosman dihanjengkan oleh hanjeng-hanjeng yang suka menjilat. Memang terkesima Fendiosman dengan tindakan hanjeng-hanjeng sekelian apabila tulisan Fendiosman dalam blog ini menjadi perhatian hanjeng-hanjeng serta tuan hanjeng ittewwww. Fendiosman hanya berkata benar, dan tulisan Fendiosman di laman ini hanyalah meluahkan isi hati Fendiosman yang sebenar-benarnya terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling Fendiosman.

Kesan semerta daripada kejadian tersebut, Fendiosman diarahkan berpindah dari Istana 34 Tingkat di tengah-tengah bandaraya oleh pengurusan tempat Istana yang Fendiosman tumpangi untuk mencari rejeki. Makanya, tamatlah riwayat Fendiosman menentang Ratu Sheeba dan Syaitan-syaitan Hitam yang sentiasa menghantui Fendiosman saban hari.

Di kesempatan berkhidmat di Istana 34 Tingkat tersebut, ada jugak Fendiosman berkenalan Hamba Abdi Hitam yang memang suka mengipas menggunakan kipas kuasa tertinggi. Bukan main bijak Hamba Abdi Hitam memainkan peranan. Fendiosman yang bodoh-bodoh alang ni pun jadi mangsa pijakan beliau demi kesenangan hidup beliau. Apa pun, semuanya Fendiosman jadikan kenangan yang terindah buat Fendiosman, dan Fendiosman anggap ia sebagai pengalaman Fendiosman untuk lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan pekerjaan yang Fendiosman lakukan.

Bermula di tempat baru seawal bulan Februari, Fendiosman diletakkan di meja Peperiksaan dan Latihan sebagai pemegang amanah dan Alhamdulillah sehingga hari ini, hampir setahun Fendiosman berkhidmat, Fendiosman tak berjumpa lagi dengan hanjeng-hanjeng serta Hamba Abdi Hitam yang banyak menyusahkan hidup Fendiosman. Fendiosman juga menyenangi keadaan yang Fendiosman alami sekarang. Semuanya mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Syukur Ya Allah, doa Fendiosman panjatkan selama ini didengari. Terlepas juga Fendiosman dari cengkaman orang yang zalim.

Walaubagaimanapun, tugas di tempat baru bukanlah sekadar menjadi pemegang amanah Peperiksaan dan Latihan saja. Fendiosman turut mendapat kerja tambahan dengan menjadi ketua dalam setiap acara yang memerlukan petugas protokol. Ala-ala Ketua dalam syarikat penerbangan, yang bertanggungjawab dalam memastikan keselesaan setiap tetamu yang datang dan tugas ini akan berterusan sehinggalah tahun hadapan. Demikian menurut kata bos Fendiosman sekarang.

Kerja? Tahun ini tugas Fendiosman membawa Fendiosman ke tempat-tempat berikut di mana Fendiosman menjadi penilai Peperiksaan yang kini sudah dimansuhkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu pembentangan bajet yang lalu. Macam-macam ragam yang Fendiosman jumpa dan paling tidak dapat Fendiosman lupakan adalah bertemu dengan calon yang melatah tanpa henti sewaktu dinilai hinggakan Fendiosman tidak mampu lagi menahan rasa lucu yang disimpan. Heh....sesungguhnya Fendiosman mengerti perasaan orang yang melatah! Penat tau! Menjadi penilai memberikan pengalaman baru buat Fendiosman di mana Fendiosman belajar bagaimana untuk meletakkan sesuatu yang betul pada tempatnya. Pada masa yang sama, Fendiosman refleksikan diri sendiri, baikkah Fendiosman dalam melaksanakan tugasan seharian? Tepuk dada tanya selera.

Tahun ini juga adalah tahun yang mengecewakan Fendiosman bila hajat Fendiosman untuk menyunting seseorang menjadi suri di hati berkecai. Konon nak memberi kejutan, rupanya Fendiosman yang dikejutkan dengan berita pertunangan gadis idaman. Katanya Fendiosman lambat! Tapi Fendiosman redha, bukan jodoh Fendiosman. Untuk HASNISA BINTI HASHIM, Fendiosman ucapkan selamat berbahagia bersama suami tersayang. Ya, Fendiosman terluka tapi hidup mesti diteruskan. Mungkin satu hari nanti Fendiosman akan bertemu dengan yang lebih baik dari Fendiosman rancangkan. Namun, soalan-soalan cepumas itu eloklah dihentikan buat masa ini ya. Fendiosman tak bersedia untuk menjawab pertanyaan anda semua.

Dengan duit yang ada itu, Fendiosman ubati kekecewaan dengan mengembara berseorangan dalam siri lawatan Fendiosman ke negara-negara Asean. Bermula dengan Jakarta, dan seterusnya Bangkok, Manila, Hanoi, Denpasar dan diakhiri dengan Singapura beberapa hari yang lalu.

Pengalaman berkelana di negara orang seorang diri memberikan pengalaman baru kepada Fendiosman dan menjadikan Fendiosman lebih berani serta berkeyakinan dalam urusan seharian tidak kira di tempat kerja ataupun dalam melaksanakan urusan peribadi. (Mahaplah ye kalau gambar recycle yang Fendiosman gunakan. Demi Alat Bantuan Mengajar, kenalah hasilkan karya yang menarik untuk tatapan murid-murid sekelian).

Operasi mengembara dan berkelana Fendiosman akan teruskan pada tahun baru ini. Insya Allah.

Kejayaan terbesar buat Fendiosman sepanjang tahun 2010 ini adalah dengan berhenti menjadi hamba kepada rokok setelah mula terjebak pada tahun 2000. Dengan bantuan daripada Pakar Psikiatri Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Fendiosman dapatkan beberapa dos ubatan untuk membantu Fendiosman berhenti daripada aktiviti ini. Syukur ke hadrat Ilahi, bermula akhir Januari yang lalu, Fendiosman berjaya hentikan tabiat ini.

Semoga ia akan berterusan dan menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin turut serta dalam menjayakan hasrat murni ini. Jom katakan Tak Nak! Petuanya, kalau dah hajat itu ada, teruskan. Pedulikan apa yang orang nak kata. Yang nak berhenti tu kita, bukannya depa. Jadi, teruskan tanpa perlu menoleh ke belakang. Mrasaaa.....

Tahun 2011 yang bakal menjelma beberapa ketika lagi, belum Fendiosman ketahui bagaimanakah bentuk cabarannya! Walaubagaimanapun, Fendiosman akan terus bersedia dengan sebarang dugaan yang mendatang dengan tangan yang terbuka. Untuk pembaca budiman, Selamat Tahun Baru Fendiosman ucapkan. Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Mencari Gelas Tembak

Sambil merentasi laut, (yang ni kompem telo Sang Hansuari tersorok masuk dalam) gondola terolang aleng dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.

Setelah puas menikmati pemandangan di udara sambil terlambung-lambung, tibalah Fendiosman di Pulau Sentosa. Landmarknya adalah merlion yang menjadi simbol kepada Singapura. Mula-mula ingat nak posing macam singa kat belakang, sebab menggambarkan ke'SINGA'an Fendiosman,tapi sebab mood ceria, susah nak gambarkan perasaan jadi singa ittewww.

Misi utama memang nak mencari gelas tembak, tapi sebelum tu bersiarlah dulu. Takkan la nak membazirkan 26 dollar sebegitu sahaja kan?

Dan, tergelak bila menengok tanda yang diletakkan ini. Fendiosman takde la berhajat sangat nak masuk ke dalam sebab tahun sudah dah masuk di Osaka. Berdasarkan peta yang Fendiosman tengok, Universal Studios Japan lagi besar la nampaknya. Makanya takde la terkilan sangat untuk memasuki tempat ini. Biarlah mereka yang tak pernah masuk lagi pergi masuk ke dalam. Cumanya, kat sini cakapnya English. Kat Jepun, totally in Japanese.

Haaaa....kalau nak ke kasino silalah ke sebelah kiri. Katanya dengan adanya kasino ini, kasino di tanah tinggi Malaysia dah macam kekurangan pengunjung. Benarkah? Tapi bukankah duitnya dari syarikat yang sama? Lantak pi lah.....bukan urusan Fendiosman.

Heh....konon nak tunjuk mai Universal Studios la kan, walaupun di hadapan pintu pagar sajjah! Tapi harus diingat, misi Fendiosman adalah untuk beli gelas tembak, dengan perbelanjaan tidak melebihi 100 dollar. Sasaran mesti tepat ya murid-murid.

Tapi alang-alang dah sampai, biarlah posing dulu ya. Takat pegang je, belinya tidak......

Sesungguhnya Fendiosman amat bertuah kerana jurugambar yang turut serta mengerti kehendak dan faham mengenai angle yang perlu diambil! Sebab dia pun model, jadinya dia mengerti sudut-sudut yang menarik. Cumanya beliau malu untuk bergambar.

Dan misi paling utama....

Sudah pasti mencari gelas tembak!

Oh ya, untuk item collectors sekelian, kat sini ada 2 kedai yang berbeza, satu di cafe, dan satu lagi di hotel. Jadi pergilah ke dua-dua tempat untuk mendapatkan cenderamata yang berbeza. Gelas tembak dah dapat. Makanya selesailah misi utama.....

Sambil dalam perjalanan keluar dari Sentosa, posing lah lagi. T for TARIQ. Meniru F for Farah katanya.....

Dan A for AFFENDI. Cari Y for YAHYA takdak pulak, sebab pulau ni namanya SENTOSA, bukanlah SENTOYA......

Selesai acara di SENTOSA, kebetulan tiket 26 dollar itu adalah untuk perjalanan dari Vivo ke Sentosa dan Mount Faber, jadi, Fendiosman bersiar juga ke Mount Faber ittewwww......

Sempat juga menikmati pemandangan dari ketinggian yang boleh menampakkan suasana di pelabuhan Singapura. Agaknya kalau waktu malam mesti lagi cantik kan?

Misi utama dah tercapai.

Tapi sebab lapar......Fendiosman ke Orchard untuk melahap!

Kalau hujung tahun ni, janganlah berharap untuk menikmati suasana yang tenang di Singapura ya murid-murid. Sepanjang Orchard Road itteww penuh dengan ummat manusia.

Dan Fendiosman pun posinglah di tengah-tengah jalan. Bukan senang nak posing di jalan yang sibuk macam ni. Hanya bila jalan ditutup saja kita boleh berbuat begitu!

Selesai melahap, Fendiosman meninjau sekitar gedung membeli-belah di Orchard. Yaaaaaa....Year End Sale katanya.....

Macam ulat ya! Kalau macam ni keadaanya, nak membeli pun tak stim! Heh...

Demi sebuah LV, sanggup beratur panjang ya.....

Tapi walaupun ia sebuah jenama, tetap jugak Fendiosman gumbira sebab ada nama FENDI. Kau ada nama kau jadi jenama glamer cenggitu?

Selesai hiruk pikuk bersesak, dan misi pun telah tercapai, makanya tibalah masa untuk pulang!

Dan inilah hasil kerosakan yang dibuat di Singapura. Tiga gelas tembak, dan magnet peti ais untuk diri sendiri. Heh.......

Lenguh kaki berjalan, sekali lagi Fendiosman siramkan diri di sauna. Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rasanya!


Sambil menikmati teh tarik di sebelah malamnya, Fendiosman menerima kunjungan dari orang yang jaaaauh nun di Timur Tengah!

Haaa....inilah rupa orang yang dah lama tak jumpa makanan Malaysia. Macam yang Fendiosman ceritakan sebelum ni, Fendiosman memang mengerti perasaan mereka. Dah jaaaauh merantau, baru kita tau betapa indahnya Malaysia.

Errr..ni rasanya trip penutup tirai 2010. Tahun depan, seawal Januari, Fendiosman ada misi khas untuk melebarkan sayap dalam siri jalan-jalan yang seterusnya. Ke mana ya? Entahlah..............tunggu saja ya murid-murid!

Monday, December 27, 2010

Mencari Gelas Tembak

Macam Fendiosman poskan sebelum ni, Fendiosman tetiba terasa nak menambahkan koleksi gelas tembak yang ada dalam simpanan Fendiosman. Jadi, bersempena cuti Hari Natal yang lepas, Fendiosman tetap luangkan masa untuk mencari Gelas Tembak bagi memenuhkan rak simpanan di kediaman Fendiosman.

Ke mana?

Kali ni Fendiosman gigih memandu ke selatan tanahair dengan muka yang toya, dan kebetulan Fendiosman ada tugasan di Melaka sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas, lajaklah sekali ke bawah. 3 jam perjalanan dari Kajang, Fendiosman tiba ke destinasi...

Setelah hampir 3 tahun tak ke Johor Bahru, sampai juga akhirnya walaupun Fendiosman kesesatan akibat pembangunan yang pesat terutamanya di kawasan bandaraya. Mungkin demi Wilayah Pembangunan Iskandar, kemajuan tidak dapat ditolak.

Dan kali ni Fendiosman hinggap di sini, yang menawarkan harga yang berpatutan serta pakej yang menarik!

Pakej apa ya?

Haaaaaaaaaaa, nampak di hujung kaki Fendiosman ittewwww? Kalau bonda Phachat dengan wifinya, Khatimah dengan tv plasmanya......Fendiosman akan mencari hotel yang ada tempat ini untuk merilekskan diri! Kalau ada, Fendiosman akan berikan keutamaan kepada tempat sebegini.

Biliknya pun lumayan juga! Eh, awat 2 katil? Haaaaaaaaaa...ada teman Fendiosman yang walaupun last-menet punya plan, dia sempat juga terbang ke mari dari Putrajaya untuk sama-sama menyertai misi mencari gelas tembak. Jadi, dapatlah kos direndahkan sebab bayaran bilik dipecahkan kepada 2.

Hari pertama tiba, cukuplah dengan berehat dan bersidai di tepi kolam mandi. Musim cuti sekolah ni biasanya hotel-hotel akan penuh terutamanya di tepi kolam mandi! Fendiosman pula feeling-feeling jadi matsaleh dengan membaca buku cerita sambil suntanning! Heh! Benda baik apa salahnya kalau kita tiru kan? Maksud Fendiosman bukan bab suntanning tu, tapi bab membaca.....

Hari kedua kunjungan, Fendiosman gigih menaiki bas ke seberang tambak untuk memastikan misi mencari gelas tembak tercapai.

Walaubagaimanapun, kerosakan yang dibuat mestilah tidak melebihi 100 dollar. Makanya perbelanjaan hendaklah dirancang dengan rapi supaya misi dapat dicapai di samping dapat menikmati apa yang dihajatkan selain dari mencari gelas tembak.

Bas ke seberang memang sardin dengan penumpang. Begitu juga di CIQ kedua-dua negara.

Kali ni Fendiosman memilih untuk menaiki bas ke Kranji MRT besides the normal Bugis MRT. Saja feeling2 nak naik memusing pulau.

Untuk keselesaan, Fendiosman cadangkan anda untuk naik di Bugis! Takde la kebosanan menunggu dalam tren.

Tapi untuk mereka yang suka menikmati pemandangan macam Fendiosman, silalah habiskan masa anda di dalam tren. Heh...............niat Fendiosman sekadar nak mancari gelas tembak. Jadi takde benda sangat yang perlu dikejar.

Destinasi pertama, Vivo City untuk menaiki kereta kabel. Tahun 2007 dulu teringin nak naik, tapi sebab Sang Hansuari gayat, jadi terpaksalah menjaga hati sahabat walaupun hati sendiri meronta-ronta nak naik. Pendamkan dulu hasrat sampailah berpeluang semula.

Tiket naik menatang ni 26 dollar untuk perjalanan pergi pulang ke dua destinasi yang berbeza.

Destinasi, ke Pulau Sentosa. Sebenarnya dari Vivo City ke Sentosa ni ada monorel yang berharga 2 dollar. Tapi sebab Fendiosman teringin nak naik menatang alah ni, korbankan sikit demi pengalaman yang menyeronokkan.

Pemandangan memang indah....

Sambil merentasi laut, (yang ni kompem telo Sang Hansuari tersorok masuk dalam) gondola terolang aleng dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.

to be continued....