Macam ni ceritanya.
Saya selalu isi minyak di Stesen Minyak Shell. Suka isi minyak kat situ sebab Shell tak besar macam Petronas dan lagi satu dekat dengan jalan. Ada 6 lorong untuk isi minyak. Lorong 1 & lorong 2 adalah untuk motosikal dan selebihnya adalah untuk kereta/bas/lori/kereta bomba etc etc etc. So, senang la masuk – masuk je dah boleh parking dan terus pergi bayar duit minyak.
Sesampainya tadi ke stesen minyak, kelihatan di lorong 1 ada dua buah motosikal dan di lorong 2 ada sebuah motosikal. Jadi, terus saya ke lorong 2 dan parking di belakang motosikal tu.
Then teruslah pegi ke kaunter bayar duit minyak. Baru je berpaling dari kaunter, ada sebiji Unser terus masuk ke kotak parking lorong 2, keluar dari kereta, angkat tangan tunjuk 5 jarinya sambil melaung “Lima puluh”
Terus dia angkat nozle isi minyak kat kereta dia.
Saya jenguk akak kaunter tu tapi dia buat macam takde apa – apa je. Eh. Apa ni?
Sepatutnya saya yang bayar dulu, saya la yang isi dulu. Biadap punya orang tua. Dah la isi RM50, saya yang isi RM5 ni pulak terpaksa tunggu sedangkan saya yang sampai dulu. Geramnya!
Saya tak cakap kosong. Ini gambar.
dia isi dulu baru p bayar. Time ni saya dah bayar dan terpaksa tunggu
Rasa macam nak maki. Tapi cukuplah tadi kat pejabat pun dah berkarung – karung menyumpah orang (walaupun dalam hati).
Jap lagi kang jadi cerita lain pulak kat situ. Tak pun, dok buat mulut celupar ngan orang tak pasal – pasal eksiden tengah jalan kan dah tak sempat mengucap=.=’
Bercakap pasal eksiden dan sumpah. Ada satu peristiwa di mana seorang teman bersumpah jika dia menipu tentang perkara yang dia cakap pada waktu tu, dia akan eksiden. Beberapa hari lepas tu..
sungguh! Eksiden betul – betul.
Hmm..
Tak tahulah tu balasan tuhan sebab menipu ke apa wallahualam. Tapi, kalau dia tak beringat tu tak tahu lah kan.
Harap hati ni tak kotor dari dosa – dosa hingga tak mahu memaafkan orang.
Selamat malam