Showing posts with label touching. Show all posts
Showing posts with label touching. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Dedicated To My Best Friend In The World.. Part 2..


Sebelum nie aku cerita pasal Iema .. Kali nie pasal Azwa pulak.. nie pemalu sikit orangnyer, dia cakap jangan nak reveal sangat cerita pasal dia..  Aku fedulik ape, blog aku, aku punyer suka.. Dah nama pun "Dedicated To My Best Friend In The World".. Haruslah kena cerita semua hehehe.. Azwa, kau jangan marah ek, nanti kena jual.. 

Aku kenal Azwa masa bila pun aku tak berapa ingat.. Aku rasa dari kawan-kawan "rapat" aku yang dulu kot.. **kira geng lama lar** Kami memang satu kelas dari first semester sampai lar final year.. Azwa nie budaknyer pendiam, pemalu, perasan **ehhhehhh tu aku tambah sendiri** Tapi dia memang baik, humble jer.. Suka merendah diri dah sememangnyer rendah tu hahaha!!! 

Masa lawatan pergi Yakult..

Aku rapat dengan dia nie pasal dia sekepala dengan aku.. Sepanjang kawan dia, tak pernah lar kami bergaduh, kalau takat gurau2 manjer tu biasa lar 
**dah macam couple pulak aku describe hubungan kami** 
Kalau bab-bab bergosip, mengumpat memang kitaorang suka 
**campur dengan Iema lagi havoc!!** 
tu kira hobi lar tu dulu.. (tambah dosa sendiri)
Masa kat U dia bawak kereta "ferrari", minah nie kalau bawak kereta sumpah laju giler..
Kalau ada selekoh, siap corner lap lagi dia bagi..
Aku selalu bising dekat dia
Wehhh!! Azwa, aku belum kawen lagi ok!! Jangan nak bawak laju2..

Kalau time free, mesti ajak geng2 pergi jalan-jalan..
Paling best pergi mandi air terjun lar.. Memasing berendam tak ingat..
Kau jugak pernah tumpangkan aku tidur rumah kau dulu... Thanks yer susahkan kau jer...

Dalam class dulu aku tengok kau paling fokus sekali.. Bila aku tnyer kau jawab tak tau pulak
Kau nie fokus ker tido Wawa ooOOiii!!!

Nie masa nak amek gambar class, memasing pakai kot..


Time kat class kerja kita asyik bergambor jer...

Azwa.

Kau ingat lagi tak dulu kita tunggu bas sama-sama dekat PKP semata-mata nak balik rumah..
Kau nak balik KL, aku nak balik Klang.. Sanggup kejar bas lepas kelas habis.. Pantang ada masa free, mesti masing-masing nak tinggalkan Unisel tu.. Dengan beg berat sanggup kita galas semata-mata nak balik...

Kita naik bas Wawasan Sutera,  nak sampai KL dekat 1 jam lebih kottt! Sampai tertido-tido kita dalam bas.. Tak pun kita turun dekat Sungai Buloh amek komuter turun KL Sentral sama dengan Iema sekali.. Sampai KL Sentral, masing-masing lapar terus bedal KFC dengan Mcdonald hahaha!!!
 kau ingat lagi takk!!!
Kalau time nak balik Unisel, masing2 sms kumpul kat depan Pudu, nak naik bas buruk tu..
Sebelum balik hostel tapau McD.. Memang epik giler..

Masa konvo, Azwa yang bawak rombongan paling ramai.. Semua adik beradik dia angkut..
Yang paling aku jeles, dia dapat banyak bungaa.. WEehh!! Aku jeles tau takk!!! Tak Acii!!

Giler banyak bunga dia, sampai tak cukup tangan..




Kau lar yang paling sporting antara kawan yang aku pernah kenal..  Memang selamber jer kalau aku ajak kau pergi mana-mana.. Tak pernah kata no!!! Asal aku turun KL, mesti ajak pergi karaoke... Sampai sekarang ok!! Aktiviti tu dah macam wajibul plak kalau kita jumpa.. And the best part is satu peristiwa yang aku teringin giler nak makan steamboat, kau cakap dekat uptown danau kota ada.. Nak cari uptown danau kota bukan main susah.. Dok pusing2 keliling KL tu, sampai pukul 12 malam baru jumpa hahaha!! Memang adventure giler nak cari uptown tu... **lenkali pasang GPS dekat kereta kau tu***

And satu lagi, masa kita tengah tanam anggur dulu, kau ajak aku jadi Mystery Shoppers.. Ingat lagi tak??? Gila best kau tau !! Tak pernah aku rasa sebest tu jalan-jalan pusing KL.. Tempat yang aku tak pernah jejak pun aku jejak.. Sorang-sorang pulak tu.. Nasib baik kau tau jalan KL... Kejap2 telefon kau.. Walaupun penat, tapi best!! 

Masa nie kta lepak kat KLCC..

Kalau nak shopping mesti kau ajak aku pergi Jalan TAR.. Kau paling suka cari tudung kan.. Aku tau kau suka melawa, tengok makeup kau pun aku dah cukup.. Macam mak andam punyer stocks... Hoii!! lepas nie boleh bukak Butik Andaman lar hehehe...

Masa nie kau makeupkan aku kan.. hihikhik!! terharu tau.. mekacihh!!
Kita pergi wedding Iema kat Seremban..

Selain tu, aku lar yang selalu kau cari untuk menjadi pendengar kau bila kau ada masalah.. 
***aku nie memang dah macam cikgu kaunseling dari dulu**
Tapi semua tu aku tak kisah, pasal aku sayang semua kawan2 aku..
Time kau susah aku bantu, time aku susah kau pulak bantu.. 
Lagi satu kau nie tak pernah berkira langsung dengan aku, yang penting apa yang kita buat sama-sama
mesti enjooyyy!!!!

Wa, thanks jadi kawan aku sampai sekarang.. Walaupun kita nie dok dekat
(Klang - KL) tapi jarang jumpa kan.. Aku faham masing2 dah sibuk semenjak ada karier sendiri..
Tapi aku kagum dengan kecekalan dan ketabahan kau dalam mengharungi dugaan yang datang dalam hidup kau.. Kau selalu cakap kau lemah, tapi tak Wa, kau kuat sebenarnye.. Kalau kau tak kuat, kau tak berjaya sampai sekarang... Aku rasa orang2 yang dulu cakap kau nie slow, humble semua pun tak duduk tempat kau sekarang.. Kau dah berjaya!!! Kau tau takk!! Kau dah berjaya!!! Aku kagum giler dengan kau...
Aku nak kau terus success dalam hidup kau.. Setiap kehidupan pasti ada ujian, aku percaya kau pasti boleh harungi semua tu.. Dan kalau kau ada masalah, aku sentiasa ada menjadi pendengar kau..

Anyway, aku harap hubungan kita nie bertahan sampai bila-bila.. Cuma kau dengan Iema jer yang aku ada untuk share pendapat, masalah and pengalaman semua.. Aku sayang korang sangat-sangat.. Dan aku harap korang sentiasa ingat aku okk!!!!



Peace2 kacang peas!!

Thursday, 18 October 2012

Dedicated To My Best Friend In The World.. Part 1..

Semua orang ada best friend kan... Aku pun sama, aku rasa kawan the best in the worlda aku ialah Iema dengan Azwa@ Wawa.. Dua orang minah nie aku kenal masa study dulu.. Tak sangka hubungan kami masih bertahan sampai sekarang.. Iema dok Johor, dah jadi mummy pun sekarang.. Azwa dok KL, ada jugak aku jumpa dia kat KL, lepak2, pergi karaoke hehehe.. So, entry kali nie aku citer pasal Iema dulu.. Wawa punyer cerita next entry, mummy kena didulukan dulu yer...

Iema aku tau kau baca blog aku yang tak seberapa nie.. Aku harap kau tak marah yerk aku citer pasal kau **wehh!!! nie blog aku, suka hati lar hahaha!!* let's start the storyyy~~~

Iema…


Dia nie muka jer cun, menawan, “macam” lemah lembut.. **muka sombong tetap ada** Tapi hati dia keras macam batu, kadang-kadang kepala angin jugak nie..  Masa study dulu ramai minat dia (lelaki), and ramai jugak yang tak suka dia (perempuan) pasal diorang jeles kawan aku nie pandai bergaya, cantik… Semua budak2 perempuan jeles dengan dia, tapi aku takkk!! Sebab aku tak cantikk!! Hahaha!!!

Masa study dulu, dia nie steady and rileks jer.. Orang lain siap bersengkang mata study pasal nak exam, dia pukul 11 or 12 malam dah masuk tido..  Aku panggil dia “Cinderella”, tak boleh tido lewat katanyer.. Nanti sakit kepala tak cukup tiDo.. Hooiii!!! Mengada ko ek.. Tensi aku dengan dia nie gggrrrr!!~~~
esok pagi pergi jawab exam dengan muka selamber hahaha!!! Tapi result gempak!!

Kalau kena buat group project, kami mesti bersama (aku, iema & azwa), tak pernah berpisah.
**pasal kami sekepala**
Time nak buat presentation paling tak boleh blah, mesti gigil kepala lutut hahaha!!
Tapi yang pasti group kita mesti dapat markah tinggi kan..



Lepastu kalau weekend ada masa free, kita mesti pergi jalan-jalan, mandi air terjun siap
buat BBQ.. Semua geng2 kita kau angkut..


Time class cancel, terus berdesup pergi jalan-jalan..
Sampai ke Damansara pergi cari McD...
Semua makan big mac time nie..
Thats way muka pun bigggg!!!



Masa study lagi dia dah ada BF..  Last semester dia bertunang, lepas habis belajar dia pun kahwin dengan BF dia.. Lama kot couple diorang nie,… Masa duduk rumah sewa, aku dok sebilik dengan dia.. Dok katil double decker, dia bawah aku atas..
**nasib katil tu kukuh, kalau tak dah lama kena hempap si iema nie dengan aku hahaha**
Kalau bab dengar dia bergaduh, gurau-gurau, cakap-cakap dekat telefon dengan suami dia dulu aku dah biasa dah.. Kalau tengok muka dia macam bengang jer, aku dah tau dah..
**nie mesti gaduh nie**

Aku dah faham sangat perangai dia, kalau marah kejap jer.. Nanti dah sejuk gelak macam hantu..

La nie dah kawen, dah ada anak pun...

Last kami jumpa masa Konvo 2 tahun lepas...


Iema, kau masih ingat tak, masa last day kita  as student dekat U.. Kita satu geng kumpul ramai-ramai bawah pokok (dekat Canseleri) borak-borak, cerita balik masa mula-mula kita kenal.. Masa tu aku dah rasa nak nangis dah, pasal aku tau tak bila lagi kita akan jumpa.. Semua dah habis belajar, dah sure semua ikut haluan masing-masing.. Lepas tu semua salam bersalaman, peluk cium, amek gambar.. Memang touching giler time tu…
***aku dah mula nak sedih dah nie T_T**

Dan part paling tak boleh blah, masa kita balik rumah sewa.
Kemas barang-barang nak clearance rumah tu..
Aku ingat lagi barang kau satu kereta pun tak muat, aku tak tau apa kau simpan dalam almari kau tu..
***aku pun sama jugak, sampai penuh kereta Fakhrul (My Superman) masa tu, nasib baik balik Klang dekat***

Lepas semua dah clear, part yang paling aku ingat sampai sekarang!!!!
Kita salam, peluk, kiss pipi semua buat kali terakhir.. Masa tu aku dah nak nangis dah, tapi aku tahan.. Pasal aku tau kau pun ada perasaan yang sama..
Kau naik kereta follow aku dari belakang..
Sampai dekat puncak alam, kita amek jalan masing-masing..
Kau hala balik Seremban, aku hala balik Klang..
Masa tu aku suruh Fakhrul slow kan kereta dia pasal aku nak tengok kau..
Kau pun lambai dekat aku, aku pun lambai balik dekat  kau..
Kalau kau nak tau masa tu aku dah nangis dah..

***AKU STOP MENAIP BEBERAPA MINIT MASA NIE SEBAB TIBE2 AKU SEDIH GILER.. TOUCHING DOWHHH****

Aku menangis kaw2 punyer lar.. Boleh plak time tu dekat radio ada lagu
Miley Cyrus “The Climb”
**muzik dia kan ala-ala touching kan, slow jer**
Lagi bertambah-tambah kuat aku menangis nasib baik ada Fakhrul tenangkan aku..

Lepas tu kau telefon aku, kau cakap..
“Filza, aku sayang kau, jangan lupakan aku yer”
**nada kau menangis**

Aku pun cakap “aku pun sayangkan kau jugak,”
 **kita sama-sama nangis dalam telefon**

Masa tu aku rasa nak patah balik jer, nak peluk kau kuat2.. Tapi apakan daya, masing-masing ada perjalanan sendiri..
Sampai semua kawan-kawan lain sedih nak berpisah, siap hantar SMS..
Menangis tak sudah aku time tu, sampai Klang..
Nasib baik Fakhrul pujuk..
Mungkin aku boleh dapat kawan lain, tapi kawan lain tu tak sebaik kau Iema..
Kita sama-sama faham perangai masing-masing..

Tapi sekarang aku dah tak sedih dah, pasal kami selalu tanyer khabar by email..
Semua pun dah ada karier sendiri.. Walaupun jarak memisahkan kami, tapi dengan ada FB, email, handphone semua nyer jadi senang..


Iema and her princess Irish..
teringin sangat nak jumpa Irish, diam2 anak kau dah besar kan..
aku nie baru terhegeh-hegeh nak kawen hehehe..

Iema, aku nak kau tau yang aku sayang kau sebagai sahabat dunia dan akhirat..
Aku harap hubungan kita kekal sampai bila-bila..
Takde kawan yang sebaik kau.. Walaupun kita jauh, tapi kau tetap dihati dan ingatan aku..,
Hope kita dapat jumpa lagi lain kali.. Jangan lupakan aku ek..

Rindu kau sangat-sangat T_T.. sob sob sob~~~
**sambil pegang tisu lap hingus**


Peace2 kacang peas!!