Rakan2 Yang Dihargai...

Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

SpaGHeTTi CaRBoNaRa DaN PiZZa LaGi...GaMBaR aJe !!!

Assalamualaikum….kali ni fiza cuma nak share gambar pizza dan spagetti carbonara yang fiza buat….nak hapdet blog x sempat….xceli malaih sebenaqnya….nak kena buka lappy nak kena cucuk2 broadband bagai…huhuhu…alasan yang x munasarawak munasabah langsung…ha ha ha….oklah…meh kita jamu mata tgk gambaq2 makanan ni….he he he






Carbonara...nanti fiza share dia punya resepi...mmg terbaiklah...hihihi




ni projek spagetti yg fiza buat...dpt ilham dr rakan FB....



yg ni pun tgk dlm FB jugak...ni sblm dibakar....tunggu tgk lepas kena bako...he he he



 tgk...apa sudah jadi selepas dibako...huhuhu



 sejak2 beli Bread Maker ni keja nak mempizza ja....


pizza lg....yg ni fiza malas sgt nak bahagi 2 fiza buat 1 large pizza....tp Alhamdulillah...habih gak...he he he


yg ni fiza baru jer  beli....masa gi beli tu ingatkan 1 blk tu setakat 2.5kg ja mcm yg fiza beli mozarella tu...tp skali 5 kg da....jenuh la nak menghabiskan cheese ni...huhuhu








Monday, March 3, 2014

AyaM MaSaK KaRi PaKiSTaN KaK AMiE...PiZZa LaGi DaN LaGi...


pizza ni fiza buat untuk dinner...resepi dah letak dlm blog...guna resepi doh Che Mat Gebu...sedappp !!!



nampak ja merah tp x pedas pun....


Assalamualaikum dan selamat malam…baru sempat nak hapdet blog ni….kali ni fiza nak share resepi dari blog kak Amie's Little Kitchen…Ayam Masak Pakistan ni fiza buat tengah hari tadi...mmg sedap sgt…asben ngan anak2 punya la makan…sedap katanya….selalunya anak2 fiza ni kalau masak lain sikit payah sgt nak jamah…kali ni suka pulak…bertambah2 pulak makannya…..he he he…oklah meh kita tgk resepi dia…terima kasih kak Salami Simon dr Amie's Little Kitchen....t.kasih juga buat kak Maria Hakem rakan FB...sbb import jauh bebenor resepi tu...dr Cardiff...he he he...

Ayam Masak Kari Pakistan

Resepi:fiza-sham.blogspot.com
Sumber :Amie's Little Kitchen/ Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - fiza x letak sbb x de)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan (x letak)

Cara2 :-)

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. (x letak)




Saturday, March 1, 2014

PiZZa LaGi DaRi ChE MaT GeBu


Assalamualaikum….kali ni nak tayang pizza yg fiza buat untuk makan tengah hari tadi….resepi ni fiza ambik kat rumah CMG @ Tiffinbiru…kali ni mmg puas hati la resepi doh ni…mmg kena dgn mulut fiza…lembut sangat rotinya…insyaAllah lepas ni akan guna lagi resepi doh ni….kalau nak resepi asal blh la singgah kat blog CMG yer….Sini…oklah x nak taip panjang2 sila la ambik resepi kat bawah ni yer….






Pizza Gebu Dr Che Mat Gebu

Resepi :-fiza-sham.blogspot.com

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)


6 batang sosej ayam potong 2  belah tengah
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
175 g keju mozzarella di sagat
Sos tomato dalam botol secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
 
1.      UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
2.    KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
3.    UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, bulatkan dlm 50g dan bulat2kan…susun atas dulang pembakar….Susun bahan untuk pizza atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.

Monday, January 28, 2013

PiZZa PulaK DaH

Assalamualaikum...kali ni nak tayang gambar pizza yg fiza buat ptg tadi...resepi ni fiza cilok kat blog DapurKu SaYang...sedap dia punya resepi...bg fiza senang pun yer jugak...so kita layan ja la resepi ni yer...tima kasih buat DayangJack kita...tima kasih daun keladi nanti fiza cilok resepi lagi...he he he...






Resepi : fiza-sham

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
1.      Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
2.    Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3.    Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
4.    Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
5.     Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
6.    Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
7.     Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
8.    Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
9.    Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.


Topping/Filling : (2 large pizza)

  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti mushroom (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering (fiza ganti dgn mixherbs)
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas (x letak)
  • hirisan kapsikum (x letak)
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka

Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.


Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.