Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Raudhah ... Taman Syurga

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 4009.
Muhammad bin Kamil Al Mirwazi menceritakan kepada kami, Abdul Harits bin Abi Hazim Az Zahid memberitahukan kepada kami, dari Katsir bin Zaid dari Al Walid bin Rab'ah, dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga." Dan dengan ini pula dari Rasulullah SAW bersabda: "Solat di masjidku ini lebih utama daripada seribu solat di masjid-masjid lain selain masjidil Haram." Hadis ini adalah sahih dan diriwayatkan pula dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW dengan sanad lain.

Madinah Al Munawarah

Madinah Al Munawarah ... bandar di mana menyambut kedatangan Rasullulah SAW setelah baginda di usir oleh bangsanya sendiri.


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1306.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Akan datang suatu masa, di mana seseorang memanggil anak pakciknya atau kerabatnya, katanya: "Marilah ke sini - keluar dari Madinah - menuju kemakmuran. Marilah ke sini - keluar dari Madinah - menuju kemakmuran. Sedangkan kota Madinah sesungguhnya lebih baik bagi mereka, sayang mereka tidak tahu. Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tidak seorang pun yang keluar dari Madinah itu kerana benci, melainkan Allah menukar mereka dengan orang-orang yang lebih baik daripadanya. Ketahuilah! Sesungguhnya Madinah itu bagaikan dapur tukang besi, iaitu tempat membuang kotoran-kotoran besi. Belum akan terjadi kiamat, sebelum Madinah mengeluarkan penjahat-penjahat yang ada di dalamnya, seperti dapur tukang besi membuang kotoran-kotoran besi."

Madinah .... kota suci

Saturday, July 07, 2012

An evening at Masjid Nabawi Court

Bukan ler tajuk dari tajuk cite hindustan yang agak popular 20 tahun yg lalu ... An Evening In Paris. Tapi ini adalah gambaran dari suasana keadaan di Masjid Nabawi menjelang masuknya waktu maghrib.

Payung payung gergasi yang terbuka luas akan ditutupkan, dan lampu lampu di pasang menandakan hari dah hampir malam.

Cuaca pada pteang itu amat nyaman , dengan tiupan angin yang agak mendayu dayu. Walaupun panas, namun terasa akan ke nyamanan udaranya.

Selalunya, ramai jemaah mengambil kesempatan ini untuk bersolat di dataran sahaja, tanpa memasuki ke dalam masjid. Di atas sebab apa, hanya mereka sahaja yang mempunyai jawabannya.

Saturday, June 02, 2012

Senja Di Madinah

Alhamdullilah Kami di beri peluang untuk berziarah di Madinah.

(Eh perasan tak, this blog arrange dah berubah?)

Sekarang ni update BLOG, boleh melalui ruang Flickr ... so kita boleh update gambar and tulis ler apa kita nak tulis kat bawah gambar tuh. Cuma sekarang yang aku dapat buat, ialah satu gambar sahaja, tak pasti bagaiamana nak post multiple gambars dalam satu postings.

Sekarang ni dah masuk bulan Rejab, dah 10 rejab dah waktu gambar ni di ambil. Sebab tu ler bulan nampak, bulan pun dah nak membesar.

Dan sekarang ini pun juga cuti sekolah di Malaya, so boleh ler tengok ramai jemaah jemaah dari Malaysia. Dari Iran, Indonesia, Turki tuh tak payah cakap ler ... memang senantiasa ramaiiiii ...

Friday, May 18, 2012

Madinah ... pada minggu lalu

Alhamdullilah ... pada minggu lepas kami sekeluarga telah dapat menzirahi Madinah .. setelah agak lama tidak ke sana ... rasa nya more than a month dah tak ke sana ...

Dan trip kali ni, kami juga berkesempatan menziarahi Ust Qamarul yang baru menerima cahaya mata yang kedua ... Rumaisya' ... baby girl ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Rumaisya'
Rumaisya' ... nama di beri ... katanya , bersempena dengan nama seorang wanita Islam di pada zaman Rasullulah SAW.  Beliau adalah di antara wanita wanita kumpulan awal yang memeluk Islam.

Rumaisya'
Tidur lena ...

Aisyah and Rumaisya'
Kakak gembira dapat pegang Rumaisya' ... walaupun mula mula sampai agak takut takut nak pegang, sebab baby kan kecik and fragile

Happy Faces
Semuanya suka dengan Rumaisya' ... termasuk Abg Rumaisya' sendiri .. Suhail!!!

Suhail
Suhail dah jadi Abang ... tetapi Abang Air Liur melilih hehehehehe

Al Karat
Malam aku sampai Madinah tuh, ingatnya esok tuh nak puasa, so lepas Solat Isyak, since anak anak dan Isteri tak nak makan sebab dia orang dah kenyang ... aku jalan jalan and rasa macam teringin nak makan kat Restoran Indon nih ....  Nama Karat ... ala ala tak sedap langsung or tak ada nilai commercial langsung dalam bahasa Malaysia ... tapi bila aku check google translate, QARAT ni maknanya BENUA ... wooowwww ... Antara Benua !!!!

Bakso
Aku order Bakso , with extra meatball .... memang sedap Bakso dia ... sampai , hari Jumaat tuh, lunch pun kami order lagi Bakso nih!!!! Sedap.

Two nice Kurds Men
Nak di jadikan cerita, restorant ni agak sibuk waktu aku datang, since aku datang sorang, so meja aku ada kosong.  Maka kedua lelaki ini ingin duduk bersama ... dalam berbual bual kosong, aku dapati yang mereka ini warga Iraq keturunan Kurds ... tapip yang lebih syahdu ... dia orang siap bayar untuk aku punya makanan .... very the ukhwah gitu!!!

Johan Iskandar
Pagi keesokkannya, selepas Subuh, aku mengambil peluang utk berzikir dan membaca Al Quran di Raudhah, bahagian kawasan wanita ... sebab pada waktu ini, kawasan ini agak lenggang ... sementara menunggu giliran wanita untuk beribadah di sini.  Tetapi ada seorang jejaka datang duduk di sebelah aku, dan bila kami ingin bersalaman ... MASYA ALLAH .... TABARAKALLAH!!!  Johan rupanya!!!!  kami amat terkejut .. tak sangka kami bertemu di sini selepas beberapa tahun tidak berjumpa atau berhubung!!!!

Raudhah at Masjid Nabawi
My favorite time di Raudhah adalah selepas subuh di bahagian wanita ... sebab amat tenang dan tak kelam kabut.  Kita boleh berzikir dan membaca Al Quaran dengan tenang sementara menunggu waktu Syuruk ...

Raudhah ... Masjid Nabawi
Raudhah ... ramai jemaah yang telah ke sini amat merindui mu ...

Sunrise at Masjid Nabawi
Since dah masuk waktu Syuruk .. dah tentu terbit matahari kan ... so aku suka bermain main dengan cahaya ... mengambil gambar agar matahari dilindungi oleh tiang payung untuk create effect silhouette ...

Para Ustaz University Madinah
Pada minggu sebelum ni, ada para pelajar Madinah datang ke Yanbu untuk buat Forum dengan masyarakat Yanbu.  Since Kay dan Ashryzal ada buat party harijadi anaknya kat Dolphin, so kita orang pun join ler sama ....



Friday, October 21, 2011

Puasa 2011

Walaupun kini dah masuk bulan Haji ... atau dengan kata lain, musim haji .... namun catitan blog ni baru nak melangkau ke bulan Puasa 2011 ....

Puasa 2011 ... sungguh indah dan apa yang pasti ... (setiap benda yang telah berlalu) ianya menjadi sebuah memori ... maka , sukalah aku nak berkongsi secebis memori tersebut melalui paparan paparan petikan camera ku ini ......

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Picture 001
Puasa dan berbuka adalah ibarat laut dan pantai .... tidak boleh dipisahkan .... Kalau dah puasa, kenaler berbuka kan ... Inilah makanan "ruji" apabila kita ke Masjidil Nabawi ... Tapi kalau nak dapat juice, fruit dan makanan nasi/ayam , kena ler duduk di luar / dataran Masjid.

Picture 002
Sebaik sahaja habis waktu bekerja, kami rakan rakan Yanbu, telah bersama sama ke Madinah untuk berbuka di sana ... Alhamdullilah, perjalananan hanya memakan masa dalam 2 jam sahaja dan tidak terasa kepenatannya ... terutama pabila Pak Zikhan yang tukang drive nya ... kita just tolong jadi penglipur lara jer ...

Picture 003
Seronok gak ... sebab lepas kerja terus ke Madinah .... and kita ornag boleh pilih samda nak makan berata (duduk di Dataran) atau makan ringan (di dalam masjid). Pada Puasa tahun ni lak, waktu berbuka ranges nya dari kul 6.45 to 7.15 ....

Picture 004
Kami masih mempunyai masa yang terluang untuk bersiap siap sebelum berbuka ... dan masih mempunyai waktu untuk berzikir dan membaca Al Quran

Picture 005
Happy face dengan nikmat Allah yang diberikan ... nikmat untuk datang berbuka di Masjidil Nabawi ... Alhamdullilah ya Allah ...

Picture 006
Dengan misi SATU TUJUAN dan SATU HARAPAN .... SYURGA ALLAH ... wajah wajah sabar dari pelbagai pelusuk negara ... menantikan waktu berbuka, di mana salah satu NIKMAT bagi orang orang yuang berpuasa ...

Picture 007
Berpuasa kerana ALLAH ... tidak mengira bangsa dan darjat ...

Picture 008
Selepas solat Maghrib ... kita boleh lihat bagaimana cekapnya para pekerja membersihkan masjid dgn sampah yang bertimbun nih ... dan selepas solat, selalunya, ramai yang akan offer teh pudina segar atau pun arabia coffee ... dua dua I LIKEEEEE ...

Picture 009
Alhamdullilah ... kesempatan yang ada juga telah di ambil untuk ke Mekah. Pada Hujung Minggu pertama dan Kedua, kami telah ke Mekah untuk mengerjakan Umrah dan berpuasa di sana ... Alhamdullilah ya Allah dengan rahmat dan nikamt yang diberikan

Picture 010
Ramai manusia mengambil kesempatan untuk mengerjakan Umrah di Bulan Ramadhan kerana ada hadis sahih yang mengatakan umrah di bulan Ramadhan seolah olah mengerjakan Haji bersama sama Rasullulah SAW.

Picture 011
Umat manusia memang ramai pada waktu Bulan Ramadhan ... setanding sewaktu musim haji ...

Picture 019
Memang kagum melihat para pekerja ini membersihkan kawasan masjid ... sungguh cekap dan kemas serta pantas ... TAHNIAH!!! Lihatlah sampah yang ada ...

Picture 023
Ini adalah menu di dalam Masjid Nabawi ... dan Di Madinah , di katakan roti ni adalah roti khas Madinah ... aku suka sangat ... dan aku juga suka akan ala ala "dodol" Kurma tuh!!!

Picture 025
Kali ini kami makan di dalam masjid lak ...

Picture 027
Alhamdullilah, Masjid Nabawi masih selesa dan mempunyai ruang yang banyak walaupun di bulan Ramadhan ... Alhamdullilah

Picture 030
Yang ini menu di Dataran Kaabah ... berbuka di Hadapan Kaabah ... Alhamdullilah

Picture 031
Waktu waktu yang amat mustajab utk berdoa ... berdoa sebelum berbuka

Picture 033
Duduk, berdiri, bertawaf ... semuanya tidak melepaskan saat saat keemasan untuk berdoa ...

Picture 035
Berdoa dan berdoa ... optimisekan peluang ... berdoa sebelum berbuka

Picture 037
Sementara menanti waktu berbuka ...

Picture 039
Alhamdullilah ... masjid masjid di Saudi ni agak selesa dengan Aircond yang full blast .... lepas tuh kalau bulan puasa , waktu terawih, di sediakan air air botol mineral ... memang selesa untuk beribadah ... I likeeeeeeee

Picture 044
Bila selesai Maghrib, bumbung Masjid Nabawi ni di buka , sol memang cantik ler view kalau kita dongak tgk ....

Tuesday, April 26, 2011

Ribut Pasir / Jerebu di Madinah

Pada 14hb April (Khamis) yang lepas, aku telah ke Madinah untuk menemui kedua ibubapa mertua ku yang telah datang untuk mengerjakan Umrah.

(Di mana pada hari ini juga ada kecelakaan telah berlaku kepada seorang pelajar Madinah hingga menyebabkan beliau meninggal duni di Al Hasi. - Alhamdullilah, beliau pun telah selamat di kebumikan di Perkuburan Baqi di Madinah pada 21 April selepas solat Jumaat)

Dari Yanbu cuaca masih cllleeaarr gitu ... tetapi apabila sahaja hendak menghampiri Madinah , suasana terus berubah ... menjadi kekuning kuningan dengan debu debuan)

Maka Terimaaalllaaaahhhhhhhhhhhhh ..................

Madinah 1
Visibility Jalan menurun ... memang tak nampak apa apa di hadapan , walaupun pada waktu tuh waktu tengah hari ....

Madinah 2
Aku berhenti seketika nak mengabadikan keadaan ini. Sebab walaupun aku dah duduk agak lama di sini, tapi rasanya ini aku tempuh jerebu/ribut pasir macam ni.

Madinah 3
Semuanya nampak samar samar ...

Madinah 4
Memang tak nampak sangat ... semuanya drive dengan hati hati ....

Masjid Nabawi Sewaktu Jerebu / Ribut Pasir
Keadaan di Masjid Nabawi sewaktu nak masuk solat ....

2011-04-14 15.56.11_edit0
Memang jerebu yang agak tebal .....

Bas Jemaah Di Madinah
Bas ni tak ada kena mengena ngan keadaan Ribut Pasir atau Jerebu ... saja aku suka akan keadaan atau bentuk bas nih yang agak unik gitu ....

Tuesday, May 12, 2009

Kalau ke Madinah

Pasti ramai yang telah tahu tentang sejarah Islam yang mana setelah wafatnya Baginda Rasullah SAW, ada ler kalutan mengenai siapa yang bakal menerajui tompok pimpinan orang Muslims. Dan bagaimana Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menangani issue ini dengan baiknya.

(Alangkah baiknya kalau pemimpin pemimpin Malaysia membaca sejarah ini dan mengambil iktibar darinya ....)

Maka Terimalllaaaaaaaahhhhhhhhhh ..........

Inilah lokasinya SAQIFAH BANI SA'AD... di mana tempat Kaum Ansar lepak lepak. Lokasinya berhampiran dengan Hotel Movenpick ... tapi tak ada sign board apa pelbagai gitu ...


Menurut sejarah, pada hari kewafatan Baginda, suku kaum Ansar ( Bani Khazraj dan Bani Aws) telah berkumpul di sini untuk membincangkan siapa yang bakal menjadi peneraju Umat Islam. Tetapi kaum Muhajirin (yang berhijrah dari Mekah) tidak di beri tahu mengenai perbincangan ini. Apa lagi, Abu Bakar dan Umar pun bergegas ler ke sini. Terjadi lah perbalahan yang agak hebat jugak ...kerana kaum ansar mahu memilih Abu Ubaidah untuk menjadi khalifah kerana orang2 muhajirinlah yang banyak menolong rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwahnya.. Tetapi Za'id bin Tsabit satu sahabat yang agung dan juga merupakan penulis wahyu rasulullah s.a.w dengan tawadhu'nya mengatakan:" Wahai sekelian Kaum Al-ansar,sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah dari kolongan muhajirin maka penggantinya haruslah dari kalangan mereka. Setelah itu abu Bakar r.a dengan merendah diri mencadangkan calon khalifah iaitu samada Umar r.a ataupun Zaid bin Tsabit r.a.... Lantas Umar r.a berkata:"Adakah ada orang yang lebih mulia daripada Abu Bakar r.a kerana ketika baginda s.a.w sakit' Abu Bakar r.a lah orang yang dipilih untuk mengimami umat islam". Setelah itu Umar r.a terus salam tangan Abu Bakar sebagai tanda Baiyah ... ataupun mengatakan TAAT SETIANYA dia kepada Abu Bakar sebagai pemimpin Umat Islam yang baru.Lihatlah Betapa tawadu'nye para sahabat r.a. Dan inilah sikap yang seharusnya para pemimpin kita contohi. semoga Allah memberi Hidayah kepada mereka. Amin.............. Maka di sini lah apa orang melayu kata TURNING POINT dalam sejarah Islam. Ada jugak yang tak puas hati, yang merasakan sepatutnya Ali ibn Abi Talib ler yang sepatutnya menjadi Khalifah yang pertama ....

Di sini lah tempatnya ... SAQIFAH Bani Sa'ad... dan bila tengok tengok balik ... mungkin Perak ambik Iktibar di bawah pokok dari sini??? Mmmmmmmm ......

Nur Qamarul ler yang tunjukkan aku di mana terletaknya Saqifah ini .... and dia jugak yang tunjukkan kepada kita orang kat mana nak makan Nasi Unta lepas tuh ....

Qamarul bersama sama dengan anak anak ... Tapi apa apa pun, Afiq tetap panggil dia uutaj tamarul ... Iman lak panggil dia ... ooooo rrrr mmm (terus keluar Bahasa Iman yang tak dapat nak aku tulis kat sini hehehehhe)

Sementara menunggu kedatang nasi Unta yang di order ....

Inilah Nasi Unta Madinah yang kami order .... sperti biasa, aku hanya makan daging nya ajer ....

Aku suka akan design Pipe Air di restaurant ini .... quite unique .... cantik!