Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 30, 2015

Hi m back




Tuesday, August 11, 2015

Late update raya

Baru nak update raya yg lalu, raya ke berapa tak ingat campur2 laa weekend2 raya yg lalu.  Banyak termiss nak update sini macam dah terlupa ada blog.  Walaupun blog ni tade pembaca saya suka je update org baca ke tidak tak penting.  Kadang2 kalau kurang pembaca lagi bebas berkata2 kan tak payah pikir akan ada yg tersinggung sbb apa tertulis di sini mmg tulus dari hati ehhh lari dah dari tajuk.

Gambar bawah tu masa pegi beraya ke rumah mak ngah suami saya kat cheras, mmg kemestian ke rumah dia sbb dia pun kemestian jua ke rumah in laws saya.  Mak ngah ni adik mak mentua saya, dia baik sgt dgn kami heheh sbb dia suka bagi barang kat anak saya terus angkat julang mak ngah sekeluarga. Tapi sememangnya mak ngah baik la dgn kami dan dgn semua anak2 saudara dia.  



Dalam kereta selfie sbb jamm sgt ramai org nak keluar beraya jgk, ramai dah pulang dari kampung.  Kat bawah tu kucing mak ngah dari baka kucing saya kat rumah, saya bagi 3 ekor kat mak ngah dan sekarang besar2 dan gemuk2 belaka.  Yang saya pegang tu nama dia Cinnamon dia tu kesayangan mak su, oh mak su ni tinggal sekali dgn mak ngah so dia laa yg jaga semua kucing2 mak ngah yg total ada 8 ekor.


George kucing saya tu pun adik beradik la dgn Cinnamon tu, yg saya bela selalunya yg org dah abis pilih dan tade org nak adopt lagi baru la saya bela.  Dah tu dulu kucing saya asik beranak je jadi saya offer la sesapa nak lepas org dah pilih saya ambik laa.  Kat bawah tu gambar semasa Aunt Jah dtg beraya kat umah opah Adam.  Beria Adam bawak George suruh Aunt Jah dia pegang tapi Aunt Jah takut.  Masa Azah dtg beraya MIL saya ada masak mee rebus, bersungguh dorang makan dan ikut skali dtg Cik Nah saya tapi tade gambar.


Raya ke berapa entah laa sbb makan byk so terbaring kenyang Adam.  Adam tak makan byk tapi sbb ramai org duk dtg beraya dia pun terpengaruh jgk kejap2 makan kejap makan.  Best friend sleep together, dgn George skali makan byk sbb raya kami bagi semua kucing mkn canned food for 3 days in a row kalau tak seminggu 2 kali je.  Rumah in laws ni mmg ramai org datang beraya mmg letih cuci pinggan mangkuk sbb tugas saya mmg tolong cuci je yg masak2 tu mak la tapi part tolong prepare bahan ada gak saya tolong.  Pendek kata kalau duk rumah tak keluar pun meriah jgk beraya dan Adam pun tak payah la nak g beraya semata nak collect duit raya duk rumah pun dah dpt byk duit raya dah ahahahhahaha.


Bawah ni gambar terbaru, gi beraya ke rumah Menti kat Balakong.  Menti masak stimboat, sedap sangat sbb dah muak kot asik duk mkn nasik impit rendang kuah kacang satay ehh tetiba ada stimboat terus terasa nakk makan byk dan makan banyak konon tak pe tak gemuk pun sbb tak oily low fat la bla bla.  


Tetamunya hanya kami 3 beranak je, seronok pulak bersembang tak sedar dari pukul 1pm sampai almost pukul 4pm jgk kami gerak balik.  Sebab dah lama kot tak jumpa menti, iyela sejak dah tak sebumbung ofis terus jarang jumpa adala sesekali je. 


Stimboat tomyam menti buat.  Itu ajelaa cerita raya saya tapi ada lagi cerita nnt next time laa.

Till next 
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Thursday, July 30, 2015

Raya post

Haloo .. Selamat hari raya, belum terlambat lagi nak menceritakan perihal hari raya yg tak seberapa pun ini.  Walau apapun raya tetap raya, macam biasa raya di KL aje tak balik kampung walaupun ada jugak berkira2 nak balik tapi mengenang kan jamm pastu menyesal sbb kesian kat mama n abah beraya dgn adik saya dgn family adik yg sorang ada kat sana tu.

Semua gambar di bawah ni dihari raya pertama .. kami tak duk rumah just pagi je duk rumah tolong2 MIL kat dapur bila dah bersiap pakai baju raya terus keluar beraya sebelah keluarga saya pulak. Kebiasaan nya kalau dihari raya saya tak pakai terus baju raya jika kena buat keje dapur sbb tak guna pun pakai nnt kotor menyesal alaa takat nak duk dapur belasah laa baju cotton buruk2 yg dah lunyai kesan di pakai ke opis tu jadilaaa.



Ini gambar raya bersama parent in law dan ini lah satu2 nya gambar raya yg ada, janji dgn Deer nak ambik gambar proper kat kedai sbb jelous tgk org lain tetiap tahun raya ada gambar raya yg proper tak seperti kami.  Seperti diatas tu konsep kami tiga beranak nih color hijau.  Baju saya kurung moden tah apa2 design tak tau sbb tiru cousin punya dan dijahit oleh mak cik saya iaitu Cik nah.


Dalam pukul 11am kami ke Nilai ke rumah singgah mak cik saya yg hanya pegi bila nak berehat je, alaa rumah pusaka mentua  dia renovate ala kampung ada dusun kecik depan rumah pastu ada buai buat anak dara dia berendoi.  Seronok gak kat situ sbb situ rumah besar, laman rumah pun besar pastu tak panas membahang okay laa tambah lagi Cik Nab masak nasik beriyani sedap giler.  Cousin i tu semua, dan semua pakai baju Cik Nah jahit kecuali yg tiga kiri paling atas tu je mak dorang jahit .. mak dorang pun mak cik saya gak.


Adam berendoi dgn Auntie Jaja, pastu main2 kat luar rumah tu sampai lencun baju sampai dua kali mandi n tukar baju.  Kami balik dari Nilai petang dlm pkl 5 pm cam tu itu pun Jaja duk hasut suruh tido situ la. Adam macam biasa la kalau jumpa auntie jaja n aunt Jah susah nak balik sbb seronok sangat.


Dgn mamatok Nah, kalau jumpa mama tok nah dia tak reti duduk atas kerusi hanya duduk atas lap cik nah je.


Balik dari Nilai ke Kota Kemuning rumah Ichu, gambar atas tu Adam dgn Auntie Ayla.  Auntie Ayla cik gu piano Adam,  Dorang ni 3 beradik dah tak beraya dah semua duk golek2 tido kat bilik katanya bosan sbb semua mak cik tak dtg rumah dia sbb semua org ke Nilai.


Ini aje gambar makanan raya yg saya ada. Ini pun gambar juadah nasik beriyani rumah cik nab yg sedap giler tu. Ayam masak merah tu aduhaiii paling sedap sampai kan Adam yg picky tu makan sampai 3 ketul.  Rupanya Cik Nab beli ayam segar baru sembelih dekat depan rumah singgah dia tu pastu sblm goreng dia perap garam kunyit bersama serai pastu pakai kunyit hidup ye bkn serbuk kunyit or perasa kunyit.  InsyaAllah nnt saya nak buat jgk laa.


Ini gambar dah muka belengas2, otw ke kota kemuning .. beraya situ sampai pkl 10 lebih dan sampai rumah lepas hantar cik nah semua dlm pukul 12 tgh mlm ye letih giler pastu esok bgn terbabas sbb lepas solat subuh tido balik so paham2 laa agak mak mentua masam muka tak  .. ehheheeh eh mak mentua i baik sbb esok tu dia senyum je kan raya .

Till next entry 
daaaaa






Friday, July 10, 2015

New pose

Hi salam ramadhan,  dlm bulan Ramadhan tahun ni saya tak upload gambar makanan pun.  Nothing special pun dan makan pun simple2 je. Hidup sekarang kena berjimat lagi2 setelah saya menonton video viral di media sosial tu video graduan bernama Zahra, terus timbul rasa bersyukur dan juga timbul rasa risau terhadap masa depan anak saya.  Macam mana bila time Adam kerja nanti, harap kehidupan di masa akan dtg lebih terjamin utk anak2 muda.

Baru2 ni juga kita dikejutkan dgn pervert pedophile yg curi gambar anak org menerusi laman sosial, menakutkan bukan. Pastu pulak ramai duk tegur jgn kongsi sangat gambar anak anak kat situ bahaya nnt org terbayang memacam la pastu plak ada penculik yg akan aim la memacam laa.  Saya punya FB tak ramai frens pun setakat org yg dikenali je kalau tak kenal saya tak accept mmg takut tah la pikir bukan2.

Saya cuba ambik gambar anak saya dgn pose baru, konon pose cover muka. Saja suka2 n bila bosan back to normal balik.

Story thru photos below


Balik sekolah terus ajak gi Giant setiawangsa n kami jalan kaki je skali dgn Cik nah.  Adam tak puasa itu pasal la bertenaga, bkn tak puasa langsung adalah beberapa kali tapi tak cukup sehari pun setengah hari je.  Memang tak paksa sgt sbb tak semua mak bapak sama dlm mendidik anak2 perihal agama ni tak semesti nya tak puasa penuh di usia 6 thn terus boleh di cop membesar jadi umat yg jahil.  Bagi mak pak yg berjaya didik anak puasa penuh di usia ini saya kagum dgn anda n anak anda mmg anda parent yg hebat.


Adam mintak nak baling ribbon tu byk2 kat atas, cantik kalau melayang2 jatuh colourful katanya.  Kalau buat macam tu kat kedai terus kita kena bayar semua tu.


Memang tetiap minggu g Ampang Point n Spotlight ni dan sementara tunggu waktu berbuka kita kill d times kat Spotlight.  Waktu ni kami berbuka kat tempat biasala mana lagi kat Taiwan House laa Beef noodle.


Masa ni berbuka kat OU, plan nak cari baju raya tapi byk baju dah abis. Kayo2 la org Malaysia ni kan dgn kuasa membeli sebegitu mmg kagum i dah la  anak 4 hingga 5 org.


Gambar cousins .. walaupun takde kena mengena tapi ini adalah trademark pose kalau dah berkumpul cousins, tapi dlm gambar ni i tade sbb i sentap. Mak cik i buat makan2 for anak sedara n adik beradik, duk kencohs jemput sana sini tapi tak mention pun jemput i pastu tup2 last minutes suh i dtg plak apa ingat i tade plan lain ke so kita skip la berbuka reramai ni sbb dah ada plan lain. Makcik2 saya ni pesen kalau tak jemput tak boleh redah je tau rumah dorang sbb dia suka buat makan2 ikut pax ye konsep tempah2 katerer giteww kang i pegi redah je nampak nauu tak cukup makan nak mentekedarah umah org. So kita tgk kat w/sap je la keseronokan mereka nnt next time harapnye jemput org bagi la time frame or jemput in advance jgn mlm ni kenduri pkl 5 ptg hari tu baru nak jemput nampak cam i ni just type of org utk fill in the blank je ... maklumla mak pak i org miskin adik beradik2 dia kayo2. Double standard ada di mana2 yak ni di dalam keluarga sekalipun.

Maggi korean ni pengsan bangun sedap ... sbb org tak jemput mkn berbuka maka kita pun last minit masak maggi udon ni lagi sedap ganda sbb letak udang sotong dan enoki mushroom ... menetes air liur masa type ni . Hari ni nak berbuka kat Taiwan House lagi laaa nak mkn noodle, dah ujung2 puasa ni kurang dah selera nak mkn gulai2 tu rasa cam muak  plak.

till next time
Daaaaaaaaaaaaa


Monday, June 22, 2015

Fathers day

Hi all, this entry is dedicated to fathers especially to my abah yg berada di kampung serta bapak mentua dirumah juga buat suami saya.  Setiap keluarga memerlukan ayah abah daddy appa abi walid etc etc.  Tanpa ayah tak lengkap sebuah keluarga, saya rindu abah saya kat kampung .. walaupun jarang balik kampung saya tetiap hari tepon dorang tapi abah mmg malas nak cakap dgn saya thru phone tah laa kadang2 kalau dia angkat phone boleh la sembang jap tak leh lama dia malas katanya.  Ayah mentua hari2 jumpa, alhamdulillah sihat dia cuma penyakit biasa darah tinggi tu ada laa kena sentiasa makan ubat ikut jadual.  


Gambar bawah suami saya dan Adam, alhamdulillah suami saya pun dikurniakan rezeki kesihatan yg baik Alhamdulillah tak terhingga ke hadrat Ilahi dgn rezeki itu.  Hari bapa tade celebrate apa pun cuma wish je tade la g makan2 special bawak ayah mentua sbb bila husband saya ajak abah dia keluar nak belanja mkn dia tamau la bln puasa nak kejar g terawih.  Tak pe makan2 buka puasa kat rumah order pizza (pizza lagi) pun dah cukup.


Gambar contoh hari bapa ... ala entry ni letak byk gambar deer sbb khas utk bapa.  Gambar ambik suka2 sbb memula nak ambik gambar perut dia yg gendut tapi dia cover tuck in perut n kempiskan muka hahahha.  



Gambar bapak n anak .. Adam ni most of the time panggil papa dia Appa, kalau kengkawan tanya saya mengaku je Adam panggil saya Amma dan ayah dia Appa dan kalau tanya lagi saya ckp la bapak Adam ni keturunan India.  Ada rupa India tak bapak Adam ... ahahahahha. Saje nak feeling mix marriage konon dan anak saya campur bangsa lain padahal hadooo.

till next time 
daaaaaaaaa



Friday, June 19, 2015

Pre Ramadhan

Hi again, happy ramadhan ... lama betul nak update entry ni. Segala gambar dan cerita di bawah berlaku sebelum kedatangan ramadhan.  Hari ni dah hari kedua Ramadhan kan, seronok bila bila bulan puasa suasana dia lain macam meriah.  Saya akui laa sejak dua menjak ni mmg sibuk memacam kerja dan hanya sempat letak gambar pastu bila free baru la saya tulis apa2 yg related to photos.  Saya blogging ni tade la tulis detail2 pasal baju kasut bag dan makanan yg saya masak konon bagus dan baju saya konon hebat tadelaa tade niat sebegitu ... jangan la ada antara anda yg membaca merasakan begitu ye.  So back to the story iaitu pre ramadhan gathering.

Di ofis ni mmg majoriti staff melayu jadi kedatangan Ramadhan disambut beria ia kaedahnya, 2 minggu sebelum kedtgan ramadhan hampir setiap hari ada jamuan pre ramadhan tak kira la kat luar ke kat opis ke mmg ada je.  Gambar dept baru saya join, spt yg saya cerita sblm ni boss dia merupakan boss pertama saya di kampeni ni sblm kena sepak tendang merata2.  Boss kat sini suka makan2 dan selalu belanja staff memacam, memang pemurah sungguh moga rezeki melimpah ruah. Masa ni seminggu sebelum puasa boss belanja kat Double tree hilton makan buffet, food biasa2 je mmg tak sepadan dgn harga so kalau nak dtg berbuka mmg boleh agak menu dia apa.  Tapi kami seronok je berkumpul ramai2 makan2.  


Masa dah habis makan2 dorang ajak bergambar ramai2 dan boss tak join sbb tgh bayar so masa up kat w/sap grp dept boss pening naper dia tak join.  Dept ni ramai yg muda dan ramai juga bercampur bangsa lain so agak lain skit dari dept lama saya tu but apapun syukur la ada keje.


It is me .. yes i selfie, but who cares kan.  


Candid for everyone on the table yg baru je sampai ada yg belum mkn lagi.  Ada lagi dua table kat belakang berpecah sbb kami ramai.  


On the same day back to the office we celebrated our boss birthday, it was a surprised birthday for her dan kami dah arranged awal2 dgn semua org kena beli hadiah masing2 kena ada satu tak boleh kongsi.  Dia mmg seronok tak terkata dgn hadiah yg byk dan dgn hiasan kat dinding office dia di letak gambar artis korea yg dia suka. 


She really appreciated all this, dia ckp last dpt present byk2 gitu masa umur 11 thn yg mak dia buat party n anak2 jiran dtg bawak present.  Do u know how old is she? dia dah 50thn n really look young and energetic, her secret is just to be happy and appreciate your life.


This is me again, so sorry if any of u hate me coz i don't know what is inside your heart. u maybe okay in front of me but inside who knows kan. U maybe ignore my calls n make me wonder what i have done to u until u shut me up. Apapun saya cuma mahu berkawan andai tak suka sila bagi tau at least i know and i wont disturb u anymore.


And this is my son, i always think that he's the cutest and bubbly to me ..  what others think of him is not important to me. Semua mak sayang anak masing2 so tak baik kutuk anak org ye, di bulan yg penuh kemuliaan ini marilah kita sucikan hati. 

He is my everything ... Tapi post ni tak kena la Adam, naper tetiba gi pegang situ hahhh?

Okaylaa till next entry with more stories .. daaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Monday, June 1, 2015

Delayed entry

Last monday punya gambar tapi update today on the 9th June, last week i MC for four days .. yes pepol four days yer. Demam panas campur flu pastu sakit badan sampai doctor ingatkan denggi disebabkan suhu tinggi badan keluar bintik2 sampai 2 kali ambik darah.  Syok gak MC nih lagipun bebetul sakit kan bantai tido je sehari hari, keje satu hape pun tak pikir lagikan nak pikir gi berak pun semput nak bangun ada hati nak pikir keje. Alaa bkn nye aku suka nau keje aku skrg pun nih asal boleh gaji je keje nih tunggu turn ada kosong i tukar dept lagi skali lagi syok buat keje yg aku denial dulu konon bosan. Ehhhh terlajak citer lain.

Nih bawah nih letak gambar tepon yg beli sale kat opis jual murah2 .. beli kat mama nnt nak bawak balik kampung.  Pastu nak bagitau kawan i Sheila yg ni la yg aku citer murah tu alaa phone basic je janji blh w/sap, IG dan FB emel2 tu tatau la laju ke idok. Tapi kalau beli kat mama tade la dia nak beremel2 bagai alaa org tua pakai asal boleh call sms je la pastu kalau pandai blh w/sap anak dia nih haaaaa.



Kalau yg ko nak iphone 6 or 6 plus lama sket la aku kena tunggu nak beli sbb stok tak byk kami utamakan customer dulu. Aku pun macam nak jugak iphone 6 tu tapi tulaaa tunggu yg dpt free tade pun tunggu yg sale punya la.


Weekend last week tu i masak 1 dish ni, mushroom jepun ni memula nak buat pizza vegetarian tapi tak jadi la sbb oven kecik malas nak buat dua tiga kali sbb ramai kat umah kan takkan nak masak 1 pizza kecik je.  Last2 pizza beli yg Papa JOhn mlm tu buat dinner sbb kempunan pizza.


Cantik kan mushroom ni suka i tengok sbb putih bersih je, kan best kalau hati manusia bersih n putih macam ni mesti takde org jahat kan.


Saya masak letak yong tau foo atas ni campur dlm sayur tu.  Saya mmg suka letak yong tau foo dlm sup or sayur .. mmg tetiap kali kalau gi Tesco mesti beli 4 or 5 pcs semata nak letak dlm sayur goreng mmg sedap tak caya cuba la.


Gambar yg dah siap di masak lagi lawa kalau letak carrot n capsicum hijau merah tu ini color tak meriah plak.  Tapi rasa sedap je, ohh masak cara thai letak cili api n sos ikan senang pejam mata je siap.

Itu jela entry saya yg tertunggak lama tu ... Daaaaaaaaaaaaaa