Showing posts with label Marathon. Show all posts
Showing posts with label Marathon. Show all posts

Tuesday, 16 October 2012

Teruskan berlari.....


Dah lama saya tak jogging, tak berlari dan tak buat exercise. Bila berat bertambah balik lepas habis raya haritu dah berazam dah nak continue jogging. Ahad lepas, malam tu saya dah tekad walau apa pun saya nak jugak jogging.


Pagi semalam keluar rumah dari Pajam hujan lebat jugak, sampai BTHO mcm dah ok sket, tapi sampai depan PPUKM hujan renyai2 lagi. Cakap dengan husband saya nak jogging jugak tepi stadium kat tasik permaisuri tu. Bila park kat tepi stadium dah ada 3-4 orang runners yang lari kat situ, dan a group of aunties yang nak senam aerobic kat situ.



Saya pun warm up then lari kat tepi2 stadium tu. Nampak mcm tak hujan je saya pun terus turun and  pusing satu pusingan tasik tu. Tapi half way tu hujan lebat sket tapi takdela basah kuyup pun.. ada beberapa org gak yang jogging sekali. Siap bawak payung sambil jogging hehehe… effort tu..


Seronok jugak lari dalam hujan..dah lama tak main hujan kan. Masa berlari biasanya saya selalu berangan, macam-macam…tu yang kadang-kadang tak terasa sangat yang kita dah lari jauh. Pastu nyanyi lagu Sudirman..'hujan yang turun bagaikan mutiara...uhuk uhuk..kang hujan makin lebat pulak kihkihkih....






Bukti saya lari semalam. Tak tipu tau..
Jarak: 2.58km
Tempoh: 21.08 minit (lambat giller..!!)
Average Speed: 7.32 km/h
Tempat: Tasik Permaisuri, Cheras
Application: MyTrack




 Rindu nak kumpul medal finisher lagi. Dah lama tak join larian, duduk Pajam ni dah susah nak pergi, maybe kalau area Putrajaya boleh diusahakan lagi, cuma nk kena cari org jagakan anak-anak sebab biasa event pada hari ahad. Bulan September dan Oktober ni banyak event larian best-best yang tak dapat join. Cerita larian yang lepas boleh tengok kat sinidan sini.



Jom berlari…



Thank you for reading this blog!





Friday, 22 June 2012

TEAM MALAYSIA FAN RUN 2012: HARIMAU MENGAUM DI KUALA LUMPUR

AUUUMMMMMMMMMMM…
Begitulah bunyi harimau mengaum kat Dataran Merdeka ahad lepas 17 Jun sempena Team Malaysia Fan Run 2012. Actually larian ni adalah tanda sokongan rakyat Malaysia untuk kontinjen Malaysia untuk ke sukan Olimpik di London Julai nanti. Saya suka-suka je join larian ni, sebab aim saya tahun ni kan nk hidup cara sihat hehehe, macam entry saya sebelum ni (klik sini).


Masa ni, peserta untuk larian 7km dah ready. Kitorang nyanyi lagu Gemuruh Suara tu ramai2. Ramai kan. Tapi saya tak tau exactly bilangan semua  yang hadir berapa, ada dalam 10ribu jugak kot. Ramai jugak atlet, bekas atlet dan jugak artis yang join, tp saya malas la nk pergi cari2 diorang masa sesi 'meet the celebrities' tu.




Hehe..ni gambar saya kat facebook Team Malaysia, sempat pulak cameraman snap gambar saya tgh posing masa kawan saya nak ambik gambar.




Aktiviti-aktiviti yang disediakan masa hari tu..





Dapat pingat emas yeay! Hehe lari 3km je pun.. yang best nye towards the finishing line tu hujan, so mandi hujan la kitorang..mmg lencun.





Ni kak Bai, ex-officemate saya. (K.bai kenapa tidur??) Biasa kalau nak berlari ni saya mmg ajak dia sebab kitorg ni beginner. Member2 yang lain semua hebat2. Tapi untuk larian ni diorg takde sbb pergi wedding salah seorng member marathon jugak kat Pahang. K.Bai ni jugak seorang blogger. kat blog dia bnyak cerita pasal travelling. So, sape2 nk melancong check it out la blog k.Bai http://caagin.blogspot.com/.




Sebelum nak balik tu, saya posing dengan Upin. Gambar ni sebenarnye untuk anak-anak saya Ammar dan Adam (cover line hehehe). Diorang kalau tengok Upin Ipin dari pagi ke malam pun boleh. Anak-anak saya ni la Upin dan Ipin saya. Penghibur dan penyejuk mata..




Best sebenarnya bila join larian ni, badan pun sihat. Kalau betul-betul nak masuk marathon kena buat training. Barula tak semput. Tapi boleh je nk berjalan tak nak lari tapi lambat la sampai. Daripada korang stress tgk orang lain lari potong korang, baik korang lari. 3-4 hari dalam seminggu biasanya saya akan jogging. Badan sihat, maintain stamina, fit dan boleh kurus. Chaiyokkkk.. Jom hidup secara sihat!





Untuk further marathon event, boleh cekidaut kat sini:

Mungkin korang boleh try yang ni untuk test power korang hehehe..lari 3km dah ok untuk beginner





What? Olympic Day Fun Run/ Larian Hari Olimpik 2012

Where? Dataran Merdeka KL

Who? Organized by Majlis Olimpik Malaysia & McDonald

When? 8 July 2012 (Sunday), 7:30a.m

Why? To celebrate the spirit of Olympic!

How far? 7km, 5km, 3km

How? To Download registration form, click http://www.olympic.org.my/images/documents/2012_odr/odr2012_entry.pdf









Thank you for reading this blog!




Thursday, 14 June 2012

Siapa join Team Malaysia Fan Run?





Ada sesiapa yang join Team Malaysia Fan Run? Boleh say hi nanti kat Dataran Merdeka 17hb Jun ahad ni. Dah lama saya tak join larian/marathon. Last sekali adalah pada bulan Mac yg lepas, WorldKidney Day Run 2012 (klik). Actually kali ni join sebab nak Pathera jersey tu je hehehe.. Nanti saya update lepas larian nanti ok!

Thank you for reading this blog!








Thursday, 15 March 2012

WORLD KIDNEY DAY RUN 2012

World Kidney Day 2012 disambut dengan menganjurkan World Kidney Day Run 2012 pada 4 Mac  yang lepas di Dataran Merdeka. Seronok join larian ni sebab lari dalam KL dan juga highway KL! ). Ada 2 event larian pagi tu selain kitorg kt Dataran Merdeka, satu lagi ialah 1Vision Run 2012 kat Padang Merbuk. So KL sibuk dengan org berlari-larian di tengah-tengah jalan sebab hari ahad pagi jalan mmg sangat lengang!



Adakah anda tahu 1 dalam 10 rakyat Malaysia yang mengidap penyakit buah pinggang?
FAKTA: Terdapat lebih daripada 12,000 orang dalam senarai menunggu untuk pemindahan buah pinggang dan hanya 22 buah pinggang telah didermakan tahun lepas? Itulah bagaimana kritikal kekurangan buah pinggang di negara ini!
  




Dah ramai sebenarnya yang sedar pasal organs donation ni Cuma kempen ni perlu diperluaskan lagi. Saya  pun berkempen pasal organs donation ni dengan tampal kat baju saya:
‘DON’T TAKE YOUR ORGANS TO HEAVEN. HEAVEN KNOWS WE NEED THEM HERE!'





Pagi tu sebelum subuh saya dah keluar rumah, dan bersembahyang di masjid yang berhampiran dengan stesen LRT. Kalau solat kt rumah mmg tak sempat nk sampai sana. Pergi dengan kawan (ex-office mate) dulu, K.Bai. Sampai sana dalam 7.10am so sempat la nk pergi toilet la nk warm up la etc...


Route map 7km




Larian start tepat pukul 7.30am jam kat Dataran Merdeka tu. Berlari bersungguh-sungguh kali ni, sebab dulu masa Mizuno Wave Run byk ngelat..hehehe.. Alhamdulillah kali ni dapat jugak Finisher Medal 7km.


Evidence! Muka poyoh-poyoh (read: peluh-peluh sebab Adam pelat)



Cantik kan medal ni!



Habis je larian tu ada perasmian Hari Buah Pinggang dan juga penyampaian hadiah oleh TPM. Kitorang ni pulak sanggup stay sebab nk menang lucky draw ipad! Hahaha..berangan la kan kot2  la boleh dapat free. Saya dapat jgk luck draw tapi USB flash drive dengan voucher Brooks RM50. Jadila kan.. saya bg husband sbg upah jaga anak dan benarkan saya join larian ni. Thank you B!




Me (muka merah baru lps berlari neh), K. Bai and Ezanee (org yang introduce dan juga galakkan kitorg join larian)




Kita geng!
Saya dan k.bai ni kira beginner la..diorg mmg marathoner..half marathon (21km) pun dah complete!



Malam sebelum esoknya saya pergi berlari, saya dah masak siap2 soto, sebab balik penat2 dah malas nk masak kan.. bila balik rumah lepas lari tu..bestnya dapat makan soto!


 
Thank you for reading this blog!




Thursday, 23 February 2012

LARIAN SEMPENA WORLD KIDNEY DAY 2012



 
Satu lagi larian yang saya akan join sempena World Kidney Day 2012. Larian ini adalah salah satu kempen untuk diorang galakkan kita semua menderma organ. Kali ni yang bestnya lari dalam KL start dari Dataran Merdeka! Ini adalah 2nd time saya join larian. Hopefully ok la kan..7km category Women Open.. Larian saya yang pertama dulu adalah Mizuno Wave Run. Boleh baca kat sini dan dapat finisher medal 10km kat sini.
Tapi untuk larian World Kidney Day 2012 ni nanti finisher medal untuk 150 orang yang pertama sahaja. Macam tak dapat je hahaha..hari tu lari pun semput. Tak apela, janji saya nak enjoy dengan larian saya dan dapat jumpe kawan-kawan lama..dulu masa kat Mizuno jumpe 11 orang kawan lama! Semua ex-officemate. Best betul macam reunion.
Lagi satu, masa larian World Kidney Day 2012 ni nanti, ada cabutan bertuah dan hadiah untuk individu/team yang lari dengan mesej bertemakan ‘Kidneys For Life’. Cuba korang bagi idea apa mesej yang saya boleh buat/tulis kat baju saya nanti ok?

Sape2 nk join klik sini ok. Kita jumpe kat Dataran Merdeka 4 Mac for World Kidney Day 2012 nanti!

p/s ada sesiapa yang dah registered untuk menderma organ? Boleh share your opinion kat sini ok.




Thank you for reading this blog!










Wednesday, 18 January 2012

Wordless Wednesday: Finisher 10km Medal of Mizuno Wave Run 2012

I got this!!  Finisher Medal Women Open 10km Category on Mizuno Wave Run 2012! Saya berjaya habiskan 10km larian dalam masa yang ditetapkan. First time join dan saya mampu. Yes I did it!!
More story on Mizuno Wave Run 2012 in the next entry okay..

Thank you for reading this blog!


Tuesday, 10 January 2012

Use Nike+Sportband To Keep Track Your Running -Preparation For Mizuno Wave Run 2012

Ingat tak pada entry yang lepas saya ada cerita yang saya akan join marathon Mizuno Wave Run 2012 kat UPM ahad ni 15 Jan 2012 (klik sini). Ni adalah first time saya join marathon, tapi 10km je tak adela sampai full marathon. So, full marathon tu brp km? Jom cek wikipedia



The marathon is a long-distance running event with an official distance of 42.195 kilometres (26 miles and 385 yards), that is usually run as a road race. The event was instituted in commemoration of the fabled run of the Greek soldier Pheidippides, a messenger from the Battle of Marathon (the namesake of the race) to Athens.



Dalam beberapa minggu ni saya pon sibuk la dok training kan..lari sana sini..pergi kedai mamak 1.2 km pon jalan kaki, just to keep myself fit for the marathon.



Minggu lepas saya ada lari antara 3-10km depends pada tahap kelaratan hehehe..Paling jauh 10km dalam satu session. Saya guna Nike+Sportband untuk monitor saya punya larian. Dengan Nike+Sportband ni, kita boleh tengok jarak lari, masa, berapa kalori terbakar dan dia kira pace average untuk 1km kita lari. So bila tengok jumlah kalori terbakar setiap kali habis lari, memang rasa nak lari lagi..itu yang bagi semangat untuk kita terus lari. Minggu lepas saya buat 4 larian je. Jom cek graf saya untuk larian munggu lepas.






Saya start dengan larian 5.03km dalam masa 34minit pada hari isnin. Hari selasa, saya kurangkan larian sebab penat, dapat buat 3.6km je. Hari Rabu dan Khamis tak lari sebab busy urusan Ammar kat sekolah baru. Jumaat dan Sabtu saya sambung lari balik dan yang paling jauh ialah 10.01km dalam masa 43 minit. Kawan-kawan saya pesan, untuk permulaan biar lari sikit dulu, selang sehari pon takpe jangan terus nak buat 10km. Nanti pengsan pulak. Lepas tu dah rasa ok, kena maintain lari setiap hari or selang sehari supaya maintain stamina kita.



Ini adalah jarak paling jauh iaitu 10.01km dan catatan masa 43min 15 saat.



Bila guna Nike+Sportband ni jugak, dia boleh jadi personal coach kita dengan kita set berapa larian yang kita nak target. Contoh kita target nak buat larian 25km, so Nike ada buat jadual yang perlu kita ikut dalam beberapa minggu untuk kita dapat achieve larian 25 km tu. Selain tu, kita jugak boleh set goal contoh yang saya buat kat sini… I want to burn 4000 calories in 4 weeks. So, bila tengok larian saya minggu lepas, saya dah bakar sebanyak 1227 calories, so hopefully target saya tercapai la by the end of this month.





Kita juga boleh share dengan community dan share tentang larian kita dengan peope from all over the world yang pakai Nike+Sportband ni. Seronok kan. Get one for yourself and start run today!



“Running has an uncanny ability to mellow the soul, to take the edge off hard feelings, and put back into healthy perspective”- Dean Karnazes, ultra marathon runner who ran 50 marathons in 50 states in 50 days




Thank you for reading this blog!


Thursday, 29 December 2011

JOM JOIN MIZUNO WAVE RUN 2012

Percaya tak? I have been registered for a marathon for the very first time in my life!! Yeah..Mizuno Wave Run 2012.. 10km babe!! Korang tak percaya?? Kena percaya jugak hahaha..ni semua sbb terpengaruh dengan kawan-kawan ex-office. Diorang ni memang active bermaratahon, sebut je marathon ape, mesti nama diorang ni ada.


The reason why saya pon nk join jugak sebab, one of 2012 new year resolutions nak start gaya hidup sihat chewah… bila kita nak join marathon ni, kita kena training sbb nak fit untuk complete the run. So, kena la selalu jogging, keep track berapa lama masa dan jarak kita boleh lari. Dalam minggu lepas ada training sikit2 sebab taknak la terus mendadak sangat kan..pengsan plk nanti.. Last week punya run I buat 3.62km in 30 minutes..bersamaan dengan 2 pusingan tasik kat Bandar Tun Hussein Onn tu.. kira okla kan as a beginner. Saya keep track ni guna application My Tracks for Android. My Tracks ni membolehkan kita rekod aktiviti (hiking, biking, running etc..) dan boleh tunjukkan live statistic such as time, speed, distance, and elevation tapi kena ada GPS. Once recorded, kita boleh share tracks kita, upload them to Google Spreadsheets and visualize them on Google My Maps. Handphone tu kena pegang or letak dalam poket.

Tapi sekarang saya dah ada Nike sensor + Sportband. Sama je function My Tracks, tapi takyah pakai GPS. Sensor tu pakai kat dalam kasut, dan kita monitor melalui sportband. Lagi best kalau ada kasut Nike that comes with the sensor.Nanti saya update my running performance kat sini Insya Allah..
Sape2 nak join marathon ni klik sini ok.



p/s Marilah hidup secara sihat macam entry terbaru Hanis Zalikha. Nak cantik dan sihat kita jangan malas ok…



Thank you for reading this blog!