header-photo
Showing posts with label penerbitan. Show all posts
Showing posts with label penerbitan. Show all posts

Salina...

Salina dalam kepala akhir ini.

Urusan dan kerjanya mengingatkan saya waktu penerbitan Adik Datang dan Rindu Ibu. Kini semuanya kembali ke asas. Cuma pengalaman memudahkanya.

Proses edit sedang berjalan. InsyaAllah rekabentuknya akan siap tidak lama lagi.

Salina...

Sebenarnya sudah agak lama saya memikirkan tentangnya. Novel Salina dan mungkin beberapa karya lain Pak Samad mungkin agak sukar untuk diterbitkan oleh penerbit lain. Ada beberapa faktor sebenarnya dan saya tidak mahu menyatakannya di sini. Saya lebih senang ditanya apabila bersemuka.

Dan kerana kesukaran yang dihadapi, saya berkeputusan untuk menerbitkannya sendiri. Berisiko kerana saya perlu berhutang, tetapi saya percaya dengan produk yang mahu saya terbitkan ini. Ada beberapa perkara yang perlu saya selaraskan. Proses penerbitan Salina sudah bermula.

Semoga dipermudahkan...

Ada apa dengan Dosa?

Umum tahu masalah buku terbitan DBP ini dengan Pak Samad...
Cetakan Kedua 2007 tidak banyak berubah...
Errrr siapa yang anjurkan bengkel hakcipta baru-baru ini?
Hahahaha lagi...
Pulangkan!

Keledang

Akhirnya Keledang sedia untuk dicetak. Tapi, nanti dulu! Itu kata hati saya...

Kami mula "mengerjakan" Keledang sekitar 20 Januari. Kini, hampir dua bulan, kami sudah sedia untuk mencetaknya. Esok Jumaat, biarlah saya menelitinya semula. Isnin ini jika tiada halangan, insyaAllah akan dihantar cetak.

Saya tidak pasti kelima-lima buku kanak-kanak sempat dicetak sebelum Pesta Buku akhir April ini. Malah, jauh dalam hati, saya tahu itu sesuatu yang mustahil. Kami terlalu cerewet! Pastinya ada yang mengeluh (maaf ya orang PTS dan Crescent), tetapi saya rasa menjadi satu tanggungjawab untuk memastikan buku-buku yang diterbitkan itu bermutu (soal mutu tinggi, sederhana atau rendah milik pembaca). Sekurangnya apa yang terhasil itu sedikit sebanyak memuaskan kami - bukan perasan ya, tetapi macam saya katakan, menjadi tanggungjawab menghasilkan sesuatu sebaik mungkin yang termampu. Selepas itu, pembaca adalah juri.

Dengan Keledang, maka lengkaplah tanggungjawab kami kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk tahun ini (invois pun sudah boleh sediakan...hahaha). Dan sekaligus membuka pintu kepada satu lagi projek peribadi WBSB - Novel Kanak-kanak 5 dalam 1!

April, Mei & Jun pastinya ribut!

Doakan kesejahteraan kami...

Keledang


Mungkin ada yang tertanya tentang Keledang yang sepatutnya siap Februari lalu.

Kami mengalami beberapa masalah. Bermula dari pemeriksaan draf pertama hingga ke draf kedua memakan masa sebulan. Beberapa perkara berlaku dan Keledang terpaksa diketepikan.

Akhir ini, fail-fail Keledang korup. Baik di komputer mahupun salinan yang disimpan di cd dan "pen drive" tidak boleh digunakan...virus agaknya...

Jadi kerja-kerja rekabentuk terpaksa dilakukan semula...

Saya duduk santai di kafe seperti biasa mengimbas peristiwa, mencari kesilapan dan kelemahan sambil berdikit menggaris tindakan susulan agar perkara sebegini, jika berlaku juga kelak tidaklah begitu memeritkan.

Keledang akan dicetak minggu hadapan...