Tuesday, October 18, 2016

Miracle of Life

When I look at her especially when she falls asleep, I couldn't help my mind from thinking that she is a beautiful miracle of life. A heaven-sent angel for me and Ezzrul. She is so perfect. Her eyes are watery, crystal-look, big round eyes. It blinks perfectly. She has long lashes which I admired so much. Those lashes is clearly a resemblance of her daddy. Her brows are not very thick, just like mine. Her nose and lips obviously daddy-like. Her skin is so delicate... Then I hold her tiny hands, those pretty fingers melted me. Subhanallah. You created such a beautiful baby girl, placed her in my womb and make her come out to this world. Just wow... Allah is the most powerful Subhanallah~ When I see her legs moving, it reminds me of my pregnancy moments where I'm dying to feel her kick inside me. And busy counting those kicks. Everyday I made sure she kicks more than 10 times. So when I see her leg, I was like.. Oohh this is the leg that always kick me from inside last month :) It was so perfect! I'm in love with my baby girl's soft voice... She's one month plus now, and started to voicing out a little. Me and Ezzrul love to tickle her so that she voices. Hehe. Alhamdulillah. Alhamdulillah... Thankyou Allah for this~

Monday, October 17, 2016

Berpantang

Akhir2 pregnancy, aku memang plan nak duduk rumah sendiri ja. Nak spend time puas2 dengan husband, just in case anything happen to me. Sobs. And memang plan nak gerak ke hospital from there jelah. Pastu plan after bersalin nak duduk rumah umi sampai la semua urusan hospital selesai, just in case baby kuning etc. After that, konon nak berpantang sendiri, ajak umi pergi sana. Hihi.

But it doesn't go that way. Huahua. Lepas je bersalin, memang terus stay rumah umi sampai habis pantang. Sebab honestly, aku tak mampu pun nak jaga diri sendiri bila dah sakit macam ni. Tambah pulak aku low blood pressure, asyik pening pitam semua. Nak p tandas pun kena ada orang tengok takut jatuh. So officially berpantang rumah umi.. Alhamdulillah, syukur sangat mak aku masih sihat dan kuat. Semua dia buat. Of course my husband pun sama. Dia cuti seminggu memang fokus kat aku je. Semua dia uruskan. Aku duduk berehat kat rumah, tapi dia letih g sana sini uruskan hal anak isteri. Tau je dia penat tapi sentiasa senyum n layan aku dengan baik. Thanks abg :)

Ni antara benda2 yang aku buat semasa berpantang.

1. Makan.
Aku makan nasi, sayur sawi, ikan goreng, buah oren. Ni untuk lunch dan dinner. Breakfast milo dan biskut kering je, Pastu tak tahan sebab lapar sangat aku makan la roti. Semua makanan yg sejuk dan gatal aku elakkan. Cuma makan yg ni saja. Selain tu makan jugak lauk daging dan ayam sikit. Masa kat hospital takde choice aku makan semua. Kat rumah memang berpantang makan basic2 je. Air kosong, suam, ESP Shaklee, susu habiskan susu masa pregnant dulu, susu kurma, jus pegaga, susu omega, milo. Tapi husband cakap makan je apa yg teringin, so ada jugak la cheat day. hehe. Diorang doktor memang sarankan makan semua makanan yg berkhasiat, takyah pantang sangat. So aku follow je. Cuma takut badan tak tahan, aku elakkan makanan pedas, semua tu.

2. Mandi
Air panas, campur dengan air rebusan herba. Maksu aku bagi 1 bunjut khas untuk buat mandi, dalam tu ada pelbagai jenis daun herba yg susah nak dapat. Umi plak ramu daun2 pandan, serai wangi buat mandi, Segar lepas mandi herba, Almost sebulan amalkan mandi herba. Thanks umi..susah payah tiap hari rebuskan air mandian dan angkat ke bilik air. Huhu. 

3. Urut
Book sesi urutan pantang 3 hari dengan maksu. Alhamdulillah best sangat, lega rasa lepas kena urut. Cuma kesian kat maksu sebab aku ni jenis tak tahan sakit sikit, huahua. Orang tekan sikit pun mengaduh. Lol. Teruk betul. Tapi urutan dia memang terbaik. Selesai urut bersalin dengan maksu, umi urutkan aku hari2. Urut kaki, perut, dan kepala,

4. Bengkung
Dengan maksu dia pakaikan bengkung tradisional yg lilit tu. Memang ketat. Tapi sebab nak baik cepat, nak support peranakan, aku gagahkan pakai juga. Pergi hospital pun pakai beb. Haha. Mula2 ja rasa ketat, pastu dah selesa aku tidur sekali dengan bengkung, biar dia support badan. Lepas tu pakai bengkung moden je senang. Umi hari2 sapukan minyak panas pastu pakaikan. Lepas 3 minggu aku dah start ngelat. Hihihi. 

5. Set berpantang
TIADA. huhuhu. Husband tak bagi. Katanya tak elok. Untuk luaran dia bagi la tapi untuk dalaman no. Sebab aku susukan anak so sementara waktu ni tak payah guna lagi. 

6. Cuci luka
Aku guna air sireh. Umi kutip daun sireh kat tepi rumah and buatkan dengan air panas, setiap hari cuci luka guna tu. 2 minggu berturut pakai. Alhamdulillah tak pedih sangat, luka pun ok. Nak try air garam tak berani. Takut pedih. Hehe.

7. Pakaian
Stokin wajib, sebab takut kaki sejuk. Baju kain cotton lengan panjang. Kain batik. All the time. Rambut ikat dan sanggul tinggi2. Pakai bedak sejuk sekali je. Tak selesa sebab bila dia kering jatuh atas baby masa menyusu. 

8. Aktiviti harian
Jaga anak. Hehe. Fokus menyusu je. Mandikan baby bila aku dah kuat sikit. Lepas husband habis cuti aku mandikan sendiri. Keluar g hospital amik baby discharge. Follow up klinik pakar sekali. Check up ibu dan anak sebulan di klinik. Pastu ada 1 petang tu g Tasik Melati. Dalam 20 minit ja pastu balik, Haha. Saja nak amik angin. Walaupun tak habis pantang lagi. Huahua. Tak sabar nak habis pantang nak pergi jalan2. 

Hujung minggu ni aku akan pulang ke rumah sendiri. Sedih pulak rasa kenangkan umi setiap hari susah payah jaga aku dan baby. Kesian jugak kat suami jauh dia hari2 berulang alik pergi kerja. Lagipun aku dah nak habis pantang so better kami balik la. Kebetulan, hujung minggu ni birthday umi, so kitorang plan nak celebrate dengan umi dan bagi hadiah sikit. Hehe. Tak terbalas jasa mak kan. Dari kecik jaga kita, sampai kita bersalin pun mak jagakan lagi.

Actually yg awal2 plan nak berpantang sendiri tu sebab taknak susahkan umi. Aku tau memang akan penat jaga orang sakit, berpantang pulak tu. Tapi umi rileks ja. Masak, siapkan keperluan aku dan baby, basuh baju, sidai, tolong lipatkan siap. Huhu. Serba salah aku. Umi memang happy dan excited ja nak buat semua tu. I know her. Tapi dalam hati aku rasa sedih dan bersalah. Dia dah tua pun masih usaha nak beri yang terbaik buat aku. So bila aku dah kuat sikit, aku gagahkan diri tolong. Mana boleh buat sendiri aku selesaikan sendiri. Thanks much umi... You are the greatest person on earth.

Husband cakap hujung minggu akan balik sini, so okay la tak rasa sedih sangat. Hehe. Minggu ni aku akan start packing barang2. Tinggalkan sikit barang baby kat sini nanti bila balik senang takde tercari2. So starting next week bermulalah episod kehidupan kami suami isteri bersama anak sulung. Tak sabar sangat~ Semoga dimudahkan semuanya nanti. Amiinn~~~





Tuesday, October 11, 2016

My Post-Natal Hospital Stay

12 September 2016, 9pm

Lepas bersalin, aku ditolak ke wad. Sambil tu nurse pesan suruh makan, dan ingatkan aku bahawa kena pantang. I was like, "sekarang saya dah start kena pantang la ye?" Tergelak diorang. Haha. Sampai je bilik, bermula lah kesakitan yang pertama iaitu sakit seluruh badan sebab kena pindah katil. Seksa gila mengengsot badan sikit sikit. Pastu suamiku bagi minum milo panas and biskut. Lega rasanya dapat makan. Seronok tengok anak kat sebelah sambil minum milo. Aku rasa letih sangat, nak berehat tapi tak boleh rehat sangat pun sebab baby nangis. So aku kena susukan dia.

Aku susukan baby sambil baring je sebab sakit sangat tak mampu nak bangun. Kalini menyusu dah mula rasa sakit sebab nipple crack. Tadi kat labour room yang first time menyusu teknik dah salah. So the next feeding memang sakit tapi aku tahan jela. Masa ni aku rasa stress sangat sebab sakit di semua tempat. Menyusu sakit, and then sambil tu rahim aku tengah mengecut, setiap kali baby hisap, memang rasa berdenyut macam contraction. Branula kat tangan aku sangat mengganggu, sampai nak bengkak. Susah nak gerak ada jarum kat tangan, sakit sangat. Paling sakit of course tempat jahitan SAKIT GILA SEBAB BENGKAK. Aku tak berani langsung nak letak tekanan kat bahagian punggung belah kanan, takut tertindih. So sambil baring, kaki menegak. Betis sakit dua dua belah macam kena cucuk. (Aku ingatkan biasa ja sakit betis ni rupanya bahaya sebab ia petanda Deep Vein Thrombosis kalau berlarutan sakitnya, nasib la sehari je pastu hilang. Nurse pesan kalau sakit lagi kena bagitau takut darah beku tu bergerak ke jantung lalu boleh menyebabkan kematian).  Malam tu rasa sejuk sangat. Aku tak boleh nak rest properly pun sebab kena susukan baby. Badan aku penat sangat, rasa tak cukup rehat.

Pastu kul 3 pagi kot tak silap, aku bangun buat pertama kali nak ke toilet, nak kencing. Nurse pesan lepas 6 jam kena bangun gi toilet. Ezzrul tolong bawakkan aku naik wheel chair padahal toilet dalam bilik, tapi sebab aku tak larat sangat kena jugak naik wheel chair. Masa kat toilet tetiba aku pening, pening yang teruk, pastu aku kelam tak nampak apa, pastu aku terus jatuh :( Sedar je dah ada atas katil. Rupanya aku blackout sekejap, mungkin sebab banyak hilang darah. Badan tak kuat. Hmm. Malu je dekat nurse and doktor. Kesian sangat kat suamiku panik dan penat. Mana nak jaga anak lagi, jaga isteri lagi.

13 September 2016

Walaupun badan masih tak kuat tapi aku gagahkan juga bangun. Paksa diri makan sebab aku perlukan tenaga untuk menyusu. Masa ni masalah aku ialah untuk menyusu. Aku masih kekok dan tak pandai. Bayangkan setiap kali nak susukan anak mesti panggil nurse minta tolong ajarkan. Time kasih semua nurse yang bersabar ber tunjuk ajar. Korang memang awesome! And then petang tu aku boleh balik rumah yeayy.

Malam kedua hidupku ditemani si comel. Seronok sangat. Sampai rumah tengok umi dengan adik-adikku dah siapkan bilik cantik2, sediakan makanan sedap2. Rasa best sangat. Hehe. Tapi yang tak best sebab aku masih tak larat. Malam tu ada la beberapa kali aku terjaga susukan baby. Penat...

14 September 2016

Nurse datang check ibu dan anak. Guess what, anak aku kena kuning =( Pastu aku tetiba pitam masa lepas mandi. Nurse check bp aku sangat rendah 80/40 terus dia call ambulans datang amik. Aku rasa pening kepala, sesak nafas dan penat dari semalam lagi especially bila bangun memang terus pening. Muka pun dah pucat.

Dah sekali lagi ibu dan anak kena g klinik, doctor check, suruh masuk wad semula T.T Sedihnyaaa tapi aku redha jela. Aku kena tahan wad 3 hari, baby kena seminggu lebih sebab kuning dan jangkitan kuman.

Dalam masa seminggu tu aku rehat betul2 di rumah, sambil pam susu untuk dihantar ke hospital. Pengalaman kali pertama ni memang something yang baru bagi aku. Everything is unexpected. Aku masih trauma dan terlalu fokus dengan sakit. Maybe sebab tak sangka yang lepas bersalin pun sakitnya boleh tahan jugak, dan terkejut ohh rupanya macam ni sakit orang bersalin. Adjusting phase memang menyeksakan. Aku takdak mood selagi luka jahitan masih terasa peritnya.

Bukanlah nak mengeluh, dah memang ini bahagian aku, kenalah terima. Cuma aku tak sangka, ohh begini sakitnya. Takda orang cerita pun yang sakit bersalin dan lepas bersalin macam ni. Bersyukur sangat semuanya dimudahkan. Walau perit camna pun berjaya jugak lalui. Dulu aku selalu doa, ya Allah bagilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni. So Allah dah makbulkan, walaupun sangat sakit tapi mampu laluinya. Alhamdulillah. Semoga kesakitan ni jadi penghapus dosa-dosaku.

Kepada my family, my husband, my friends yang banyakkkk sangat tolong sepanjang aku di hospital, kat rumah semua tu, time kasih sangat2. Masa tu aku dah tak bole fikir, aku biar je semua orang buatkan untuk aku. Kesian suamiku, adik2 dan umi susah payah jagakan aku dan baby. Allah bless all of you!

Tuesday, September 20, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Bismillah. Sebelum aku teruskan, just nak clarify yang ini pengalaman aku, dan setiap orang tak sama. Takdir yang Allah tetapkan untuk aku dan juga level kekuatan serta kesakitan yang dirasai semuanya Allah dah atur. Kita sebagai hamba tak berkuasa sikit pun nak ubah walaupun sekecil perkara. Tujuan aku share cerita ni sebab nak abadikan kenangan aku melahirkan anak kat sini. Supaya aku tak lupa, supaya jadi rujukan masa akan datang. Masa pregnant dulu, hari2 aku search pengalaman orang bersalin, baca cerita diorang. Hopefully, sesiapa yang sama keadaan macam aku, nak tahu gambaran bersalin, warded dll boleh la continue baca.

Due date 19 September 2016 tapi dah siap amik cuti daripada 31 Ogos 2016. Anak sulung, takde pengalaman dan tak tahu pape so aku memilih untuk bersedia daripada awal. Kalau ikutkan dah masuk 36weeks memang tak larat dah nak pergi kerja. Plan aku, sebulan ataupun beberapa minggu sebelum bersalin nak rehat di rumah, spend time dengan husband, fokus untuk kelahiran anak pertama yang lama kami nantikan. Syukur alhamdulilah cuti lulus.

11 September 2016.

39 weeks, awal pagi sebelum subuh aku terjaga, macam biasa g toilet and guess what, ada blood spotting. Lepas tu aku terus tak boleh tidur, mula rasa sakit macam memulas tapi light2 je. Terus g packing betul2 barang yg nak bawa ke hospital. Haritu dah siap letak dalam kereta tapi kes Bidor punya pasal habis bawak keluar balik. Haha. Bidor punya cerita nanti dalam next post. Pastu aku g buat solat hajat sementara tunggu subuh. Taktau kenapa rasa syahdu semacam. Huhu. Rasa takut nak bersalin, takut jadi apa2, camne kalau nanti suamiku sorang2 jaga anak. Mula la fikiran melayang macam2. Cecepat aku istighfar, mohon ampun kat Allah. Dalam hati rasa macam....... em, camni ke orang yg dah nak meninggal. Huwaaaa.... Aku rasa macam helpless sangat, terus mintak doa kat Allah, semoga dimudahkan kelahiran ni. Sempat jugak aku buat pesanan kat adik aku, kira mcm amanat la. If something happens, there's a letter for my husband. Hati aku berdebar. Going into labour is not a simple thing. Macam2 boleh berlaku. Sementara ada masa, aku cuba siapkan diri.

Pagi tu teruskan antenatal check up di klinik Ezzrul macam biasa, nurse cakap anytime soon. Dia buat timed contraction kat perut tapi aku still tak rasa pape, cuma makin berat, makin semput camtu jela. Ezzrul siap2 bawak balik VE set dengan glove untuk monitor aku kat rumah. Pastu g Jitra beli barang, on the way balik siap makan laksa. And here's the game. Pertama kali aku tak boleh fokus makan sebab sakit dah rasa. Masa ni sakit dah konsisten. Oh ya sejak dari awal pagi aku memang rekodkan selang masa contraction. Camne aku tau yg tu adalah sakit contraction? Sebab aku mesej Syamila kawan aku. Huhu. Dia cakap kalau ada darah, ataupun pecah air ketuban, cecepat g hospital! And dia pun bagitau aku yg sakit contraction adalah sakit perut macam nak berak, memulas camtu tapi sakitnya kuat dan konsisten. Tanda bersalin aku dah lengkap, cuma tak pecah air ketuban je lagi. Fuhh..

Lepas makan laksa, aku ajak Ezzrul balik rumah, nak rest je. Dalam 6 petang camtu dia check bukaan cervix aku, masih tutup. Tapi aku dah sakit ni..huhu.. Aku cuba tahan, nak solat mandi tukar baju apa semua dulu. Kononnya plan kalau sakit sangat, lepas maghrib baru nak gerak ke hospital. Aku baca cerita orang lain siap bole masak, g basuh kereta, kemas rumah bagai, pastu baru ke hospital. Huhu. Kenapa korang kuat sangat... Aku memang tak kuat laa.. And then aku rasa letih, nak baring. Sampai lepas maghrib, lepas isyak. Pastu aku takleh duduk diam, g basuh baju pulak, sapu sampah, konon macam nak ready la just in case nak tinggalkan rumah, taknak biar sepah. Pastu aku sambung la tido sampai tengah malam. Masa ni aku dah tak tahan, rasa sakit makin kuat dan kerap, pastu makin lama. Nak kejut Ezzrul tak sampai hati sebab dia nampak penat sangat. Tapi aku terpaksa kejut jugak. Huhu. Dia buat VE sekali lagi, dah bukak dalam 1 cm. Whattttt aku punya sakit macam ni baru bukak 1 cm je? Aku dah panik. Camna aku nak hadapi lagi 9 cm? :(

Aku dah pesan awal2 kat Ezzrul, aku nak jugak amik epidural. Kes epidural ni pun satu jugak, drama. Masa g antenatal class, aku diberi pendedahan pasal epidural, sebelum ni just baca2 camtu je. Tapi aku memang nekad nak amik. Sebab aku jenis tak tahan sakit. Ezzrul dah tanyakan dekat kawan2 and boss dia di hospital, memang boleh request epidural, alhamdulillah. Jadinya, dalam kepala otak aku ni memang dah set siap2, aku akan dapat epidural tu, so tahan kejap. Makanya malam tu bila dah bukak je cervix 1cm, aku agak happy la, sebab bila cervix dah bukak bole la cucuk epidural. Pastu kitorang terus g hospital. Malam tu malam raya. Sayu ja lalu highway, gerak ke Hospital Kangar. Sakit makin kerap. Harapanku, biar sampai nanti bukaan dah 3cm, cantik, bole cucuk ubat.

Sampai je PAC, doctor cakap baru bukak 2 cm.. Huuu kecewanya. Dekat PAC kena buat VE, pastu pasang CTG, pasang branula, amik darah. Sakit. VE tak pernah tak sakit. CTG okey je, tapi sebab tengah tahan contraction, so sakit. Amik darah pun layan jela, pasang branula pun OK je. Lepas sejam lebih, baru boleh naik ke wad. I think around 2.30 am baru aku boleh baring di katil. Tapi sangat tak selesa sebab sakit contraction yang 2 cm tu makin kuat. Last2 Ezzrul request ubat tahan sakit. Alhamdulillah nurse datang inject nubain. Hilang la sikit sakitnye. Malam tu aku tidur lena jugak walaupun sakit masih terasa.

12 September 2016

Here's the real deal. Ubat tu dah hilang so sakit makin menggila. Maka aku pun tahan la sakit tu daripada pukul 6 pagi sampai 5 petang :( Sepanjang masa ni, memang aku rasa azab sangat. Setiap kali contraction datang, Ezzrul akan tolong gosokkan belakang. Tu je yang bole buat kurang sakit. Kesian dia.. sesaat pun tak tinggalkan aku. Then aku makan macam biasa, sebab lapar. Pegi toilet pun sambil tahan sakit. Petang tu mak aku datang, still boleh sembang2. Lama2 aku makin tak tahan, panggil doktor check bukaan. Alhamdulillah dah 4cm. Doktor bagi ubat suruh berak, aku ikut je. Diorang cakap, lepas ni nak tolak awak ke labour room dah. Dekat sana nanti baru kita bagi epidural ya puan. Kalau kat hospital swasta awal2 bukaan dah bole bagi. Tapi kat sini kena masuk labour room baru dapat. Nak masuk labour room pulak kena tunggu 4 cm. =,= So, sama je tetap sakit. Tapi aku masih positive.

Aku ditolak ke labour room pukul 5.30 petang camtu. Sampai je terus kena tukar baju and buat CTG sekali lagi sebab kalau CTG tak reactive tak bole bagi. Kenapa laaaaaa susah sangat nak dapatkan epidural? Tadi kata sampai je labour room bole cucuk dah. Geram gila. OK fine aku sabar, layan jela. Tapi bila masuk labour room ni baru aku perasan, sakit bukaan contraction 5 cm ke atas memang ya Allah sakitttttt sgt2 :(( Sementara nak tunggu CTG tu complete ada la dalam setengah jam. Ya Allah, masa ni memang pasrah je. Suami la kekuatan aku masa tu, suruh tarik nafas, tolong gosokkan belakang, pegang tangan aku. Kalau tak memang tak mampu la nak tahan sakit. OK now CTG complete, alhamdulillah okay. Pastu mai pulak sorang doktor nak pecahkan air ketuban. Katanya lepas pecah air ketuban kita bagi epidural. Little that I know, sakit gila kotttttt pecahkan air ketuban. Aku rasa macam kena sula. Doktor tu buat kasar la jugak. And guess what, baby dah berak dalam perut tapi sikit je. Lepas tu aku dengar ayat yang sangat menyentapkan jantung."There's something in your water, I DON'T SUGGEST EPIDURAL."

LIKE WHAT???!!!! Lepas satu, satu aku hadap segala jenis VE, inject, CTG, tahan sakit contraction sebab kononnya nak tunggu 4 cm ke atas, pastu hadap pulak sakit kena pecah air ketuban, IN THE END I DIDN'T GET THE EPIDURAL. T.T

Aku sakit hati, aku kecewa, aku geram, aku sangat sangat DOWN. Kalaulah dari awal aku tau akan jadi camni, entahlah. Aku tak salahkan sesiapa. Semua ni takdir aku. Silapnya, aku terlalu mengharapkan epidural, and then tetiba tak dapat, aku terus down, tak mampu dah nak lawan sakit. Jangan salah faham. Bukan aku nak salahkan orang lain, tapi pengajarannya, aku sendiri kena selidik dulu la kan management kat hospital kerajaan macam mana. Ni tak, aku main datang je, tanya jugak doktor, diorang cakap boleh bagi tapi aku tak tanya detail. So, my bad. Masa g antenatal class dulu, aku dah dengar talk pasal epidural, memang dari awal sebelum tu lagi aku nak bersalin guna ubat tu. Sebab aku tau aku ni jenis ayam tak tahan sakit. Sesapa yang kenal memang tau la betapa lemahnya aku. So I reallyyyyyy hope for the epidural ;((

6pm-7.43pm

Aku diberi Entonox untuk tahan sakit. Tapi sebab dah panik, kecewa, sakit sangat, aku tak pandai sedut. Dia kena sedut sebelum sakit datang, ni aku dah terasa sakit baru sedut. Memang tak de effect la. Keadaan aku sepanjang sehari ni memang lemah. Aku sakit sampai tak keluar suara langsung, mata pejam, badan baring mengiring ke kiri. suami tolong gosok belakang. Kadang2 sampai terangkat kaki sebab tak tahan. Tapi kemuncak sakit adalah masa ni la. Kesian suamiku kena genggam tangan, cekik leher baju :(( Waktu ni bukaan aku dah 6cm ke atas. Aku pegi sedut gas tu terlampau banyak sampai jadi khayal. Tapi sakit tetap terasa. Masa ni dah hampir give up. Sebab sakit sangat. Aku siap terkencing la atas katil tu... Dalam hati ulang2 baca doa, zikir semua. Ternyata aku insan yang lemah bila sampai satu tahap, aku give up. Berhenti melawan sakit, aku lepaskan genggaman tangan suami, lepas everything, lembik leher aku, mata pun terpejam. Dalam hati, yaAllah, apa nak jadi jadilah, aku dah tak kuat nak lawan sakit ni ... Suami aku panik, kenapa aku tiba2 diam, macam pengsan tapi tak pengsan. Cuma aku dah berhenti lawan sakit tu, sebab terlalu penat. Pastu sakit datang lagi, selang seminit, dan panjangnya dan betapa lamanya setiap kali dia datang ialah lebih kurang seminit setengah. Bayangkan pinggang rasa macam nak putus dua. Masa ni aku dah siap mengucap dalam hati :( Tetiba rasa macam ada something nak keluar dari bawah tapi sebab terlalu letih, aku senyap, tak mampu langsung nak bukak mata, nak bagitau suami yang aku terlalu sakit.

Bila dia tengok keadaan aku macam tu, terus dia panggil doktor. Aku dengar doktor suruh aku bukak kaki, jangan pejam mata, sebab dia nak cek jalan. Tapi aku still kaku, dia panggil aku banyak kali. Last2 diorg yang tarik and bukakkan kaki. Masa ni doktor buat VE lagi, dia kata 9 cm, dan suruh aku cuba teran. Aku masih keadaan give up, tak larat sangat2. Tetiba suasana jadi riuh, doktor ramai datang, staff nurse pun tetiba ramai, suami aku kat sebelah. Diorang terus setup katil and suruh aku teran. Aku cuba ingat balik, jangan angkat punggung dan teran sekuat hati, teran panjang. Masa ni aku rasa tak tahan sangat, baru aku tau yang teran tu tak sakit pun, tapi contraction yg maha sakit.. Huhu.. Bila contraction datang barulah kita kena teran. Tapi semua doktor and nurse asyik suruh aku teran. Dalam hati aku, yaAllah, aku dah nak bersalin ke.. is this the time? Aku pun follow semua arahan doktor, diorang suruh letak kaki kat besi tepi katil, pegang alat pemegang tangan, bukak kaki luas2, pastu suruh teran, angkat kepala cecah dada. Fuhhh penatnya rasa, aku amik nafas dulu, pastu aku teran sekuat hati, sepanjang yang boleh. Memandangkan aku seorang yang penakut, aku masih pejam mata. Haha. Masa ni boleh rasa kepala baby dah kat bawah, doktor suruh lagi teran, aku pun amik nafas, teran lagi dan lagi dan lagi, sepanjang yang boleh. Suami kat sebelah tak henti2 bagi semangat.

And then tiba2 suasana jadi panik bila bacaan CTG tak cantik =( Degup jantung baby drop tetiba. Pastu doktor cakap nak vacuum. Sambil aku teran, sambil diorang vacuum, sambil nurse tolong tolak perutku ke bawah. Aku dengar suara Ezzrul, "Ina teran kuat2, teran lagi..kesian kat anak.. kesian kat baby kita." Aku sedih sangat sebab rasa akulah penyebab anakku lemas. Tapi sekejap je heart rate dia drop, pastu babyku yang kuat ni pick up balik, alhamdulillah. Dalam keadaan kelam kabut tu, aku follow ja setiap arahan doktor and nurse, aku dengar doktor gunting, aku bau hangit sikit, mungkin tu la vacuum. Mata aku masih pejam buka pejam buka, tenaga makin habis. Tiba2 doktor sebut "Alhamdulillah~~ Assalamualaikum." Dan kedengaranlah suara tangisan yang paling indah di telingaku.... Alhamdulillah..lahirlah anak sulung kami :)

Doktor angkat dan tanya, "Puan, dapat anak apa?" Aku buka mata dan jawab, "Anak perempuan." Pastu nurse bawak baby keluar untuk pemeriksaan. SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH~~ Walaupun aku masih penat dan letih, tapi dalam hati rasa sebak, rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana memudahkan kelahiran ni. Sambil tu, doktor keluarkan uri. Nurse datang cucuk ubat kecutkan rahim. Okay dah mula rasa sakit sikit. Huhu. Lepastu datang pulak doktor lain untuk JAHIT LUKA. Yang ni azab. Sakit gila sebab takde bius. Huhuhu. Terketar2 kaki aku, nyaris nak tendang doktor. Hehe gurau je. Tapi jahit luka bagi aku sangatlah menyakitkan. Lepas siap jahit dicurahkan pulak iodin weyhhhh aku ternganga taktau nak cakap apa. Siap jahit, so boleh la gerak ke wad. Eh takkkk belum lagi ye puan. Tetiba datang nurse gtau "Puan, doktor perempuan tadi semua takde sebab diorang kena attend pesakit lain bersalin, sekarang ada doktor lelaki je untuk check jahitan." Aku pun pasrah jelah. Dalam hati ni cepat2 la check aku nak balik rehat. Sekali dia datang tekan2 pulak kat situ weyyy. Nasib la tak berapa menyakitkan. Huhu. Lepas setel semua barulah nurse bawakkan baby datang kepadaku. Aku susukan dia buat kali pertama and IT WAS THE BEST FEELING EVER ALHAMDULILLAH =)

Alhamdulillah syukur sangat kepadaMu ya Allah. Lepas tu aku ditolak ke wad. Kali ni ada dua katil. Satu katilku dan satu lagi katil baby. Ezzrul nampak happy sangat. Dia dah jadi ayah. Aku pun happy bila semuanya selamat, tengok suami gembira, ini pun sudah cukup. Alhamdulillah.

Nanti aku sambung pasal kisah di wad dan cabaran serta kesakitan yg kualami selepas bersalin. Till then, bubbye!


Saturday, September 3, 2016

Things That I Wish I Had

Masa sekolah rendah, cikgu selalu cerita tentang kehebatan sekolah berasrama. Antara yang selalu disebut ialah MRSM dan SBP. Aku tak faham pun apa yang special sangat sekolah asrama. Bagi aku semuanya sama. Tapi aku tetap berusaha untuk dapatkan keputusan cemerlang dalam UPSR. Guess what, alhamdulillah lepas je dapat result, aku pun pelik kenapa aku bersungguh-sungguh isi borang MRSM. Gigih kayuh basikal ke pejabat pos di waktu bulan puasa, demi mengepos sendiri borang itu, sampai aku dehydrated, nyaris pengsan di pejabat pos. Kat sekolah, cikgu dah siap isikan borang untuk SBP. Bila keputusan diumumkan, aku gagal masuk ke MRSM, sebaliknya aku berjaya ke SBP. Antara semua calon yang berjaya ke SBP, aku seorang sahaja yang ditawarkan ke SBP dalam negeri Perlis. Kawan2 yang lain semuanya keluar negeri. I was a little bit unhappy, masa tu aku fikir, kalau dapat keluar negeri, barulah hebat. Hahah. Entah apa pemikiran masa tu.

Tapiiiii, setelah merasa sendiri life sekolah berasrama, barulah aku bersyukur tidak terhingga kerana ditempatkan di sekolah berasrama yang dekat dengan rumah. Sebab masa tu baru sedar betapa aku homesick dan tak mampu berdikari sangat pun kalau dihantar ke jauh2.

Lepas beberapa tahun, aku mula merancang life semasa kolej. Semangat berkobar-kobar nak masuk universiti. Yang aku impikan, dapat keputusan SPM yang cemerlang, ditawarkan ke Universiti terkemuka tanah air terletak di ibu kota, perlu naik bas, tempuh perjalanan yang panjang untuk ke sana, dan seterusnya menjadi pelajar kolej yang sibuk dengan aktiviti persatuan, kelab, permainan, sibuk ke kuliah, ke perpustakaan, dapat kawan baru, selalu buat discussion, selalu pergi college trip dengan kawan2, dan juga merasa keseronokan pulang beraya di kampung sebagai perantau yang menuntut ilmu di ibu kota. Aku nakkan life yang macam tu. Itu yang aku bayangkan.. Itu yang aku nampak dalam tv, akhbar dan majalah. Naifnya~

Hakikatnya, that doesn't happen. Aku ditawarkan ke luar negara yang tak terjangkau langsung dek pemikiran kecil ni. Semua yang berlaku adalah kejutan baru dalam hidup. Dan aku telah pun berjaya melaluinya. Alhamdulillah. Walaupun semasa aku di luar negara tersebut, banyak kali aku berkira-kira mahu kembali ke Malaysia, live the college life I wanted, just like my other friends. While my friends in Malaysia, really wanted to go abroad living my life. As time passed by, I truly learned to be contented and grateful for what Allah has planned for me. It was the best phase of life I've ever experienced.

Then I got married to the best man on earth alhamdulillah. Then we lived our married life the way we want. Allah has given us the happiness we always seek for. But me, being the selfish human being, keep on dreaming about our future. I wanted to live a very simple life. Nak tinggal sebumbung, dekat dengan kampung aku dan dia, dekat dengan tempat kerja, mudah segala-galanya. Hari2 pergi dan balik kerja sama2, malam akan dinner sama2, hujung minggu pulak menziarah ibu bapa dan family masing2, bawa anak2 pergi jalan2. Inilah impian aku.

Tapi hakikatnya, alhamdulillah Allah tetap beri peluang tinggal bersama, sekurang2nya buat sementara waktu, sebelum kami bakal dipisahkan awal tahun hadapan kerana tuntutan kerjaya aku :( Terpaksa berpisah lagi antara 2 negeri. Aku percaya semua ni adalah percaturan Allah yang terbaik. Sekarang aku masih tak nampak di mana keindahan dan hikmahnya. Namun aku berdoa supaya lambat laun kami akan disatukan kembali, dapat tinggal bersama, live the life we wanted. For the time being, aku juga berdoa semoga kami dikurniakan kekuatan untuk menempuh fasa baru dalam hidup ni.

We only have one life. We planned. But Allah is the best planner. Indeed, His plan is the best for us. Actually PJJ bukanlah seteruk yang disangka. Cuma aku dah penat berjauhan dengan keluarga, dengan insan yg tercinta. Dulu aku di Beijing, dia di Russia, dan keluarga kami di Malaysia. 5-6 tahun terpisah. Sekarang aku dah taknak berjauhan lagi. Tambahan pula, anak sulung kami bakal lahir tak lama lagi. Ya Allah, semoga doa kami didengari. Halangan dan cabaran kat atas dunia ni terlalu banyak, sampai aku dah tak nampak jalan keluar kepada masalah ni. Kami hanya boleh berusaha namun Allah yang akan menentukan segalanya, semoga doa insan kerdil sepertiku didengariNya.

Mungkin lepas ni, aku perlu expect less. Jangan terlalu suka mengharapkan keindahan. Seperti apa yang aku alami di zaman kanak-kanak dan remaja, terlalu naif mengimpikan itu ini. Padahal hakikatnya tak seindah mimpi. Mungkin juga aku perlu lebih bersyukur, kerana nikmat yang dah diberi terlalu banyak. Tapi aku tetap berharapkan kepada benda yang tak diperoleh. Mungkin ini teguran Allah untuk insan tamak sepertiku. Terlalu mahukan keindahan, terlalu mahu penuhi kehendak hati.

Semoga Allah membantu keluarga kecilku ini. Amin.

Thursday, July 21, 2016

My Pregnancy Story: I Just Wanted The Glow

Alhamdulillah sekarang tengah pregnant 31 weeks :) Actually dah lama nak tulis pregnancy story kat blog ni tapi takut. Haha. Tunggu dah 3rd trimester baru nak cerita. So here's a long story about us!

Kami kahwin July 2014, aku dapat tahu pregnant pada February 2016. Masa kahwin dulu aku masih study kat Ipg Ipoh. Dah sedia maklum yang pelajar tak digalakkan mengandung, nanti kena extend. Lagi pulak course aku minor Pendidikan Jasmani. Memang ada aktiviti sukan setiap minggu. Kalau bukan minor PJ pun, dalam silibus kat Ipg ada banyak subjek aktiviti luar macam Olahraga, Kelab dan Persatuan Sukan, Badan Beruniform dan lain-lain. Kalau pregnant, susah la nak lengkapkan semua tu memandangkan kena jaga pergerakan dan kesihatan. Alhamdulillah suami sangat memahami dan dia sanggup tunggu setahun. Sebab ada lagi 2 sem masa tu. Sem terakhir pulak praktikal yang maha sibuk. Pastu dia masih lagi busy sebagai doktor pelatih kat hospital, dengan kitorang tinggal berjauhan susah nak jumpa. Kemungkinan nak pregnant tu kurang lah. 

Habis je study, aku balik Perlis. Meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi dah dekat setengah tahun berlalu, aku masih jugak tak pregnant. Time tu dah mula risau and stress sebab orang sekeliling dah mula tanya. Ramai je orang tanya, aku takde la nak touching ataupun rasa offended, kitorang gelak2 and senyum je. Haha. Taktau nak jawab apa~ Tapi bila masuk kereta, duk borak2 laki bini, time tu baru rasa risau. Husband aku la yang risau sangat, takut kita ada masalah pape ke kan. Siap decide nak pergi klinik dah jumpa doktor. Huhuuu. Aku takut dan malu, tapi dia cool je. Aku sebenarnya takut nak pregnant and beranak. Seriusss aku takut sangat2. Pelik kan, dah almost 2 years kahwin pun masih tak ready nak ada anak. Sambil2 tu aku berdoa jugak. Aku cuma mintak Allah kurniakan yang terbaik utk kami.

There's this phase where we really wanted a baby, but it doesn't happen. Banyak kali. Semangat usaha macam2 tapi tak berhasil. So, agak stress di situ. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan orang yang berusaha selama bertahun2. Just as we are about to give up, there comes the blessings from above. Alhamdulillah, bila kitorang dah tak terlalu pressure diri masing2, Allah decide untuk kurniakan nikmat Dia.

February 2016. Masa tu aku dah pregnant tapi aku taktau. Husband aku yang mula perasan perubahan pada diri ini. Dia cuma cakap, "I think you're pregnant". Aku pun pelik lah sebab aku takde rasa apa2 pun. Seminggu lepas tu dia cakap lagi benda yang sama sampai lah aku perasan period aku lewat sikit. Opps! Betul ke ni! Dia belikan UPT kit and suruh aku test. Beria aku cari maklumat kat internet, masa terbaik untuk buat pregnancy test adalah awal pagi. Haha. Tapi kecewa sebab tak naik double line pun. Cuma ada 1 line terang, 1 lagi samar2. Husband aku dah senyum kegembiraan. Dia kata, kalau line tak clear pun maksudnya pregnant! Hihi. Aku tergamam taktau nak react macam mana. Haha. Tapi dalam hati berdebar oiii dan sayup2 aku ucapkan syukur alhamdulillah :)

Trimester Pertama
Next, bila dah dapat tahu mengandung, haruslah kena buat buku merah. Tapi kitorang duk delay je sebab aku dah mula pening2, loya, muntah yang banyak, dan lesu. Malas nak keluar, malas nak buat apa2. Sampai satu hari tu aku muntah teruk sangat, dia bawak aku g hospital, scan nak tengok kantung baby. Alhamdulillah masa tu nampak jelas sangat2! Hihi. Kawan2 doktor dia yg lain pun tengok, sume cakap ok alhamdulillah. Lepas tu baru aku pergi buat buku merah.

Awal2 pregnant ni memang aku kena alahan yang sangat teruk. Hilang selera makan, sedap mana pun semua aku tolak. Pastu perut kosong, mudah berangin. Asal berangin ja mesti muntah. Dia belikan la macam2 jenis biskut untuk aku alas perut. Sepanjang 3 bulan tu memang lemah sangat2. Aku hanya gagahkan diri minum air kosong, air suam, makan biskut sikit, kurma sikit, nasib baik kurma aku boleh telan. So makan je banyak2 kurma. Aktiviti lain memang tak buat, masuk kereta tak boleh kena aircond. Mengada kan. Haha. Lagi satu aku suka makan buah potong, yang cicah asam tu, sebab tu je yang boleh lawan rasa mual. Nasi n lauk2 aku paksa diri makan. Husband aku pandai buat ikan goreng sambal. Yang tu aku makan banyak. Hehe. Kesimpulannya fasa awal pregnancy aku sangat lah lemau dan tak bersemangat. Ada beberapa kali je yang aku keluar rumah. Lain banyak tidur n rehat je.

Trimester Kedua
Alhamdulillah masuk je awal 2nd trimester, aku dah semakin kuat :) Dah mula aktifkan diri. Benda pertama yang kitorang buat adalah packing barang untuk pindah rumah. Dah lama tunggu saat ni. Walaupun takde harta benda sangat pun, tapi excited nak masuk rumah sewa sendiri. Hehe. Dekat dengan tempat kerja husband. Cuma jauh sikit daripada rumah mak aku. Tapi takpe, setiap hujung minggu memang kitorang balik Perlis.

Lepas setel kemas2 rumah, aku rehat je. Mula buat research, tambahkan pengetahuan pasal pregnancy, baby and stuff. Ada jugak tertengok What To Expect When You're Expecting. Hahaha. Seriously now it all makes sense. Sebelum dapat tau pregnant, patut laaa aku asyik tidur je. Balik rumah umi pun aku asyik tidur macam penat sangat padahal takde la buat kerja apa pun penganggur la katakan. Sampai umi tegur, kenapa tidur banyak sangat ni, bangun la buat kerja apa2. Haha, Sebijik macam Wendy tegur boss dia dalam movie tu, "are you dead?" ahahahah sebab boss dia letih sangat. Padahal boss dia pregnant cuma tak tau je lagi awal2 tu. Semua kerenah n perangai orang pregnant dalam movie tu semua kena dengan aku. =,=

Orang cakap, ibu mengandung kena makan banyak tapi masa ni selera aku biasa2 je. Cuma aku kembali aktif ke sana ke sini, buat kerja rumah. Gigih masak, tolong kenduri adik aku, macam2 la kerja aku buat. Sampai lah satu hari, bleeding :( Tiba2 je tengahari tu bleeding yang agak banyak. Aku cuak sangat2 takut apa2 jadi pada baby. Makan minum semua aku jaga, vitamin semua makan. Ke sebab aku lasak sangat? Entah lah. Sampai je hospital, doktor check tapi takde apa2. Kandungan masih selamat alhamdulillah T.T Cuma kena warded untuk doktor observe. Kat hospital ni lah aku kena buat speculum. Tak suka sebab sakit. Function dia utk tengok cervix kalau2 ada masalah. Hurmm lepas dah takde bleeding lagi, bole balik tapi doktor pesan jangan buat kerja berat2. Bila tengok doktor tulis threatened abortion kat kertas discharge tu, jantung aku berdegup dengan sangat kencang. Aku berazam nak jaga kandungan ni betul2.

Sejak dari haritu, aku masih bleeding tapi tak banyak. Kadang2 dia turun darah. Hailaa takutnye. Kalau penat sikit je mesti keluar spotting. Mula2 aku bagitau husband, pastu g klinik dia buat pemeriksaan. Dia buat sekali lagi speculum tu. Erghh sakit... tapi tahan jela. Lepas tu pun ada je lagi tapi aku dah tak bagitau dia. Sebab ubatnya hanyalah rehat dan rehat. Tak boleh penat2. Aku taknak la sampai kena red-rest. So aku kontrol aktiviti harian supaya tak terlalu penat. Sedih la jugak, sebab selalunya 2nd trimester ni yang sesuai untuk aktifkan diri, pergi babymoon jalan2 ke. Huhu. Tapi aku pulak dah kena rehat. Takpela, syukur sekurang2nya aku masih belum kerja tetap. Kalau tak mesti lagi penat. Raya haritu pun aku biasa2 je tak beria sangat. Cuma beria makan je. Haha.

Trimester Ketiga
Masuk trimester ketiga baru lah aku mengalami perbezaan sikit. Badan makin cepat penat. Nak bangun dari tidur kena perlahan2, sebab perut dah makin besar. Berat badan naik alhamdulillah sepanjang pregnant ni dah naik almost 8 kilos. Nurse check bmi 20 jadi normal lah. Hehe. Sebelum ni under weight. Hihi. Selera makan bertambah dengan jayanya. Setiap masa asyik lapar je. Kaki takde bengkak lagi cuma lenguh. Entah lah rasa lenguh n sengal2 bahagian abdomen sampai tapak kaki, macam baru lepas merentas desa. Penglihatan aku dah mula kabur tapi tak teruk sangat. Sekarang pun dah mula rasa panas. Husband aku sejuk, aku pulak yang rasa panas n dahaga. Huhu. Pelik2 lah. Semoga aku dan baby dapat bertahan sampai due date 19/9 nanti.

Sekarang baru aku sedar yang mengandung tak mudah sebenarnya. Yeapp I just wanted the glow. Aku cuma nak keseronokan dan kecantikan masa pregnant ni je. Tapi hakikatnya, banyak benda yang berubah. Am just gonna be honest with you guys. Bukan sekali dua aku merungut tapi lepas tu istighfar balik. Hehe. First time kan.. 

Pemakanan: Makan real food yang berkhasiat sahaja. Kopi dan teh pantang, nenas n segala yg tajam pun pantang, cuka semua tu. Aku banyak makan bayam, ikan, daging, telur, tauhu, sayur hijau, makanan laut, nasi, jagung, buah. Bukan semuanya ada setiap masa tapi cuba pelbagaikan. Aku suka yogurt, dadih, susu. Kurma n semua makanan sunnah makan je. Coklat n kekacang wajib. Haha. Suka betoi makanan manis ye. Aku tak cerewet sangat. Makan je semua yang ada. Cuma sedih sebab takleh minum kopi dan teh dah. Haha. Makanan mengarut junk food semua hurmm tak makan sangat. Sekali sekala makan keropok hihi. Tapi mee segera memang diharamkan. Huu.

Makanan tambahan: Susu kambing yes, jenama Wildan seperti disyorkan oleh sahabatku Syamila. Mummylicious susu kambing, yes, suamiku belikan. Susu anmum yes, original dan coklat, suamiku belikan jugak. Hehe. Tapi orang cakap nanti baby besar kalau minum anmum. Hmm aku minum je, sebab  susu kambing dah habis stok. Habiskan je apa yg ada dulu. Kalau semua habis, aku minum susu anlene mak aku. Haha. Takpun susu omega suamiku punya. hehehe. Asalkan susu semua aku suka~ Selain tu aku amalkan pati delima sebab hb low. Sejak amalkan pati delima, hb dah okay. Rasa dia masam2 sikit tapi acceptable la. Hahah.

Alahan & emosi: Masa trimester pertama jela yang teruk. Pastu bleeding pulak. Aku rasa tak seronok sebab kena limitkan pergerakan aku. Demi menjaga kandungan ni. Kadang2 sedih sebab aku teringin nak bersukan, rindu nak melancong, rindu nak berlari, rindu nak buat aktiviti2 lasak yang aku suka. Teringin nak hiking lah berenang lah. Masa ni la aku teringin macam2 tapi semua tu kena hold dulu. Sedihhhhh. Even nak travel jauh2 pun husband tak bagi. Yela lebih baik mencegah kan. 

Paling sedih sebab aku hanya mampu uruskan diri sendiri je. Nak uruskan rumahtangga boleh, tapi tak sempurna. Kan baru pindah rumah sendiri, aku teringin sangat nak masak macam2 untuk dia, nak hias rumah, susun barang2 elok2. Tapi aku tak mampu. Sebelum bleeding dulu rajin la jugak aku masak tengahari, buat minum petang, buat breakfast. Tapi lama2 dah tak mampu. Nak sapu sampah, basuh pinggan, basuh baju semua pergerakan menjadi sangat slow dan aku tak suka :( Mujurlah suamiku faham.... Dia sangat understanding! Alhamdulillah dia tak pernah bebankan aku dengan kerja berat, masak totally serah kat dia. Huhu sian dia penat kerja nak uruskan makan minum aku lagi. Kadang2 aku cakap kat baby, anakku, ketahuilah bahawa ayahmu dah berkorban macam2 untuk kita. Nanti kena sayang dan taat pada ayah tau :)

Emosi aku alhamdulillah stabil. Masa mula2 dapat tau pregnant dulu, aku berdoa, ya Allah, stabilkanlah emosi aku, kuatkanlah hati aku, jangan la bagi aku jadi ibu mengandung yang mengada-ada dan menyusahkan orang. Aku berdoa semoga semuanya dimudahkan untuk aku. Aku taknak keadaan aku yang mengandung ni akan menyusahkan orang2 sekeliling. Huhu.

Pakaian: Goodbye seluar jean! Haha. Masa 2nd check up, nurse tegur, lepas ni jangan pakai jeans ye. Tak sesuai. Awak kena pakai yang longgar. Hehe. Bukannya seluar tu ketat cuma perut aku kecik lagi, so aku belasah je. Haha. Tapi lepas tu, memang betul pun, semua dah tak muat. Huhu. Aku amik 3 helai seluar umi, hehehehe. Jubah jadi teman setia. Husband belikan palazo n pakaian yang sesuai. So aku rasa sangat lah tak presentable. Rasa tak cantik. Hahahahah. Tak kisahlah asalkan selesaaa~~~

Mengidam: Aku pun berdoa jugak banyak2 masa dapat tau pregnant dulu, ya Allah janganlah bagi aku mengidam benda pelik2. Huhu. Aku taknak susahkan sesiapa demi memenuhi keinginanku. Aku paling takut kalau aku ni menyusahkan orang. So alhamdulillah takde pun mengidam teruk2 yang kalau tak dapat boleh menangis. Hehe. Kalau aku teringin apa2, kitorang gi cari tapi kalau makanan tu takde, aku tak kisah pun. Pape pun aku appreciate sangat pada insan2 yang sudi bawakkan makanan yang aku mention. Actually aku saja2 je cakap, takde masuk dalam wishlist pun. Sekali tgk diorang bawakkan betul2. Huuu terharu iolss. Time kasih banyak2 semua~

Body changes: Ni paling aku tak suka. Wah jujur ye. Betul laaa.... Banyak sangat perubahan yang berlaku. Girls, please take note. Once kau dah pregnant, body akan berubah dari segala segi. Firstly, kulit akan jadi kusam, kehitaman. Oh tidakkkkk aku cam terkejut kenapa ada garis2 hitam kat leher, segala celah2 pelipat. Jenuh aku sental tak jugak keluar. Kulit memang sensitif dan tak cantik langsung okayh. Badan akan mengembang. Dah akhir pregnancy, kaki n tangan bengkak. Pipi tembam itu biasa. Rasa panas and berpeluh. Semput. Pergerakan kena slow. Memang tak daya nak laju2 pun. Sakit dan lenguh2 badan sepanjang 9 bulan =,= Rambut gugur. Mata rabun. Ingatan merosot, mudah jadi pelupa. Tak larat nak berdiri lama. Huhu.

Antenatal Checkup: Aku check di KK Kangar at first. Lepas pindah baru continue dekat KK Laka Temin. Well, anc so far okay. Aku takde masalah dengan amik urine, kena cucuk amik darah, timbang berat, check blood pressure, ultrasound dll. Aku cuma ada masalah dengan minum air gula. Tak sukaaaaa... Sampai muntah2 sebab takleh terima. Tapi aku gagahkan diri jugak. Lepas la jugak 2 kali minum gula yang super manis itu. Alhamdulillah kali pertama lulus, takde GDM. Kali kedua ni tengah tunggu result. Huhu hopefully semua okay. Lepas tu 1 lagi masalah aku ialah speculum. Kalau korang ade masalah macam bleeding camtu, memang kena lah buat. Sebab doktor nak check cervix okay ataupun ada masalah. Well, yang ni bagi aku sakit. Boleh google alat speculum tu. Ngeri~ Banyak kali aku ngelat tapi last2 kena jugak. Huhu. Selalunya orang lain husband teman pergi check up tapi kes aku lain sikit. Sebab husband ku adalah doktor di klinik tersebut. Haha. So semua g setel sendiri, last2 baru g jumpa dia kat bilik doktor untuk scan. Dia lah yang scan. Hehe. Alhamdulillah :)

Apps: Aku download pregnancy apps daripada babycenter. Untuk tengok perkembangan baby dan diri sendiri. Satu lagi kick me apps. Yang ni untuk memudahkan kira gerakan baby. Start 28 weeks dah kena kira. Setiap kali ada kick, tanda kat apps tu. Pastu bila free baru aku copy masuk dalam buku merah. Sebenarnya, setiap kali nak g klinik baru aku copy. Haha. Malas punya pasal. So far apps ni sangat membantu.

Pregnancy infos: Babycenter, dan segala macam website dan group dalam fb. Banyak sangat. Rajin dengan tak rajin je. Aku subscribe, bila ada masa baru baca. Pastu yang dekat fb memang hari2 muncul so automatik akan baca. Sebelum ni takde nak amik tahu sangat pasal kesihatan tapi sejak pregnant, memang aku banyak membaca. Sebab takut benda yang simple pun taktau. Haih laa sampai sekarang pun aku tak faham sangat lagi pasal pregnancy, motherhood, breastfeeding, parenting semua ni. Rasa macam tak cukup masa tau nak baca tentang post natal care, teknik bersalin, teknik pernafasan lah, pastu pasal penyakit2 semasa pregnant, pregnancy care, baby care huwaaaaa.. Tak terkejar okayh.

Part ni aku macam insecure sikit dengan husband sebab dia macam tahu everything kot. Bila ada benda baru aku cerita, dia tak impress langsung sebab dia dah tau. Huhu. Contoh pasal vaksin ke penyakit baby ke apa. Aku je yang noob. Oleh itu, aku ajak dia pergi antenatal class. Haha. Kat TH Hotel Alor Star. Amik kau, memang puas hati sangat2 sebab semua persoalan aku terjawab masa talk tu. Doktor yang bagi talk semua berpengalaman, diorang explain dengan sangat details benda2 penting yang mother to be patut tahu. Husband aku macam biasa la lukis gambar kartun. Ahahaha~ Kesian dia mesti boring yela semua tu dia dah tau. Aku memang semangat la salin nota bagai. Hihi.

First kick: Ni moment yang indah. Haha. Setiap kali check up aku tanya nurse, camne nak tahu baby dah kick ke belum. Diorang pun explain la nanti ada rasa bergetar, rasa geli2. Haha. Sampai la aku rasa sendiri hihi. Ya Allah excited gila! Mula2 tak banyak sangat dia gerak so aku excited setiap kali perut aku macam ade rasa getaran. Cewahh. Lama2 makin aktif, kadang2 sakit jugak. Tapi aku bersyukur and happy sangat bila baby tendang. Heheh. I wonder apa la yang dia buat kat dalam. Kalau tengah lapar dia slow n jarang gerak. Bila makan je pergh terus bertalu2 kau tendang nak. Hahahaha.

Pregnancy fear: Saiz perut yang tak menentu. Aku sangat cuak pada mulanya sebab tak nampak pun perut aku naik. Especially masa early stage of pregnancy. Baby tak membesar ke cane. Huhu. Hari2 mengadu kat husband. Dia cakap, rileks lah awal lagi mana nak nampak. Perut mula menonjol masa aku dah 5 6 bulan camtu. Tapi still risau sebab kecik je. Aku tinggi dan kurus, anak sulung pulak, orang cakap memang camtu. Pastu bila sekarang masuk 7 bulan wah membesar dengan jayanya. Hehehe. Baru laaa rasa tenang.

Aku enjoy je first pregnancy ni, banyak sangat belajar benda baru. Banyak mengalami perkara baru. This is something I would never forget. Sekarang dah 31 weeks. Semoga aku dan baby selamat. Amin. Ni baru sikit je. Nanti ada macam2 lagi yang aku kena tempuh. So, I have to be strong! Memang kadang2 merungut tak selesa la sakit la. Lepas ni lagi sakit nak beranak. Haha. Lepas tu lagi penat nak jaga anak pulak. So kena set my mind siap2, nak jadi ibu yang baik... yang sanggup berkorban untuk anak2, dan aku berazam untuk sediakan yang terbaik untuk anak aku nanti.

Deep in my heart, benda yang motivate aku untuk ada anak ialah, doa anak soleh dapat membantu ibu bapa di dalam kubur dan di akhirat. So, memandangkan diri aku ni banyak kelemahan, aku berazam nak didik anak aku betul2, semoga dia jadi anak soleh yang mampu membantu kami di akhirat kelak... Korang pun doakan lah aku sekali ye. Semoga semuanya baik2 saja untuk aku, suamiku dan anak kami nanti :)

Tuesday, July 19, 2016

Things Are Different Now

Definisi sweet bagi orang yang belum kahwin dan orang yang dah kahwin adalah sangat berbeza. Maybe setiap orang lain dia punya feelings toward each other and expectation they longed from their partners. But here's what I've experienced along the way :)

Sebelum kahwin dulu, bagi aku life hanya lah untuk suka2, nak enjoy, nak happy je memanjang. Takde masalah nak fikir. Semua benda pun macam tak real tau. Perasaan tu asyik dibuai-buai je. Haha. Bodohnya aku dulu. Yela long distance relationship kan..apa boleh buat. Contact guna internet je. Banyak masa aku dihabiskan kat depan laptop. Masa tu tak guna smartphone lagi, so selalu beli kad topup. Kahkah. Topup kat Beijing dah la mahal, pastu nak buat international call pulak. Bertambah2 la duit keluar semata-mata nak keep in touch dengan dia. Haha. Tapi demi cinta semua ku sanggup. Poyo gilas. Pastu setiap kali aku travel dengan school trip, mesti akan spare topup banyak2. Kahkah. Masa balik Msia, setiap kali dapat keluar tu kira seronok sangat omoo. Dia pernah sambut aku kat airport kikiki. Pastu siap masakkan macam2. Dia suka buat surprise, pastu aku pun seronok sendiri. Life masa tu banyak borak pasal family, study, life kat tempat masing2. Duk compare winter kat Beijing lagi sejuk ataupun kat Russia? Shopping apa kat sana.. makanan apa yang best. Transportation kat tempat masing2. Pastu plan nak g travel sesama. Cewah. Kan duduk jauh terpisah dua negara dua benua gitu, and then bila ada parcel sampai kat bilik aku Ya Allah happynya bukan main lagi weyyyy... Hahahahaha. Excited gilaaa~ Aku pun membalas lah dengan pos kembali hadiah2 birthday untuk dia. Pastu simpan resit buat kenangan =,= Apakah semua ini. Paling tak boleh blah masa birthday kitorang Skype. Aku siap g beli strawberry, donut, cakes, lilin bagai. Konon beli 2 la. Sorang satu konon. Last2 aku yang makan semua. Camne orang kat dalam skrin komputer nak makan kan? =,= Kenapaaaa aku buat semua tu dulu? Aku rasa itu lahhh sweetness overload. Ada la sekali pergi jalan2 dengan family dia kat Penang, pastu senyap2 dia belikan aku sekuntum bunga. Sekuntum bunga buat aku angau sebulan. Hahahahahahha. Nervous gila nak mati masa dapat bunga tu pun. Lahaiii naive nya kau Sakinah. Tapi semua tu adalah kebahagiaan bagi aku. Bergayut kat telefon, skype sampai panas laptop. Chatting kat YM berjam2. Hahaaa... Those are some of our memories. Walaupun bila skrg ingat2 balik macam kelakar kan, tapi aku appreciate semua tu. That's a phase in life jugak. That's how we know each other.

Sekarang ni pun rindu je lagi moments dulu2. Selalu terfikir, kenapa sekarang, walaupun life kita tak macam dulu, i mean bukan lah setiap masa kita enjoy, tapi kita still happy. Maybe "happy" bagi kita sekarang dah berubah. Dia dah lama mention benda ni kat aku. Tapi aku je tak sedar2 lagi, asyik nak seronok, nak perhatian 24/7 walhal sekarang kita dah husband and wife. We have something bigger in our hands now which is RESPONSIBILITY. Yeapppp, you heard that right buddy. Kita ada tanggungjawab baru sekarang. So, benda yang kita expect sekarang and benda yang buat kita happy sekarang pun dah berubah...

Dulu, apa jadi sekalipun, we only knew stories from each other. Tapi sekarang we build stories, we went through every life stories together. Ni adalah contoh benda2 yang sangat sweet bagi aku, dalam life kitorang skrg. Dia selalu tolong aku buat kerja rumah, selalu as in terlalu kerap. Masak memang serah je kat dia, semua dia buat. Dia tak pernah paksa aku buat benda yang aku tak suka. Huhu. Kalau ada parents aku sakit, dia akan jaga n layan macam parents dia sendiri. Aku sendiri tak fikir sedalam tu untuk tolong mak ayah. Tapi with him, dia akan suruh aku balik, bawak umi abah p klinik. Dia suruh aku jaga diorang. Dia pulak walaupun penat and busy dengan kerja, sempat lagi masak sup daging, masak nasi n bawak pergi hospital. Kitorang pack baju untuk bermalam kat kampung 3 hari. Dia sanggup ulang alik jauh2 semata nak tolong uruskan mak ayah aku. Bila aku sakit, lagi la dia jaga semua. Dulu masa bercinta tak boleh nak buat semua ni, setakat wish get well soon pun dah happy gila. Haha. Tapi sekarang lain, dia sacrifice macam2 untuk jaga isteri ni. Masa aku warded haritu, baru lah aku nampak betapa hebatnya seorang suami ni. Kitorang kahwin masa masing2 sibuk dengan latihan kerjaya. Dia busy sangat sangat kat hospital, aku pulak kena pergi Ipoh sambung belajar. Kat sini, segala pengorbanan dan sifat toleransi yang dia tunjukkan adalah terlalu sweet bagi aku. Takde hadiah2 and surprise macam dulu, tapi aku lagi happy sekarang. To think that he is willing to drive after postnight shift to me, is soooo heart warming! Dulu kita study je. Sekarang dia dah kerja. Aku pulak masa tu masih belajar. So aku tak berapa faham kerja dia. Kenapa life doktor macam ni? Masa tu fokus n target aku adalah usaha untuk memahami kerjaya seorang doktor pelatih. Dia pun cuba sedaya upaya untuk explain kerja dia. Benda ni penting supaya kitorang takde salah faham. It takes a lot to understand each other. Tapi aku bersyukur sangat2 kitorang dah lepas masa2 sukar, masa2 awal nak sesuaikan diri lepas kahwin. Perempuan kan complicated, nak diingati segala jenis tarikh penting. It was my birthday. Aku g amik dia balik kerja haritu. Sengaja aku pakai cantik sikit, nak tengok dia ingat tak birthday aku. Masa tu dia tagging posting apa tah tak ingat tapi masa tu dia sangatttt sibuk n terlalu penat. Dah pukul 11 malam masa dia habis kerja. Aku tengok dia terus rasa nak nangis. Ya Allah muka dia sangattt penat, and Im still thinking bout celebrating my birthday. Aku benci diri aku masa tu. Aku rasa selfish sangat2. Rupa-rupanya, pukul 11 malam haritu adalah yang paling awal he can make it home. Masuk je kereta dia cakap nak drive, terus bawak aku pergi this one fancy restaurant, order makanan favourite, order cake and wish me happy birthday T.T Kalau sebelum kahwin dulu aku dah melompat kegembiraaan. I should be excited now! Tapi aku tak excited pun. This is what I want right? Tapi aku menangis. Sebab....... aku terharu. Tak sangka dalam penat2 dia pun, sempat lagi fikir nak tunaikan kemahuan aku. Padahal all he wants at that time is just a peaceful and soundly sleep. Esok paginya kena bangun n gerak ke hospital sebelum pukul 6 pagi kot! Tapi tengah2 malam masih sudi melayan kehendak aku yang penuh kebudak-budakan. I hate myself. Sejak daripada tu, aku berazam taknak lagi susahkan dia untuk penuhi kehendak bodoh aku. Padahal aku bukan macam tu pun. Aku ni jenis tak kisah kalau dia tak ingat tarikh2 penting, cuma yela masa tu baru kahwin, excited and mengada terlebih :( Pastu ada one time dia cakap ngan aku, ermm nanti jangan marah ye kalau saya tak ingat tarikh2 penting kita T.T Huwaaa... sedihnyaaaa :( He is so thoughtful, while i am so selfish :( Ada la banyak lagi..tapi here's one last thing I should write here. Ni adalah antara pengorbanan terbesar yang dia buat, untuk aku. Bagi aku , ni bukan takat sweet, tapi over sweet and selfless. Aku tak tau nak cakap apa. Dia sanggup korbankan kerjaya dia demi aku. Demi nak spend time dengan isteri, demi nak punyai lebih masa yang berkualiti dengan family, dia sanggup tukar tempat kerja. Aku tau dia nak kerja kat tempat lama, sebab dia ada cerita final posting tu dia paling minat. Tapi demi isteri, dia taknak lagi kerja sibuk2 macam tu. Dia pilih yang flexible and office hours. Masih lagi kerja yang sama, cuma tempat berbeza. Tapi berbeza laaa.. sangat berbeza.. Aku sangat2 hargai semua tu.. So sekarang ni giliran aku pulak berbakti kat dia.

That's it. Itu belum cerita sweet bagi aku masa tengah pregnant ni. Benda simple ja tapi yeahh aku selalu tak perasan. Betul la orang cakap, dah kahwin ni, bila masing-masing usaha untuk tunaikan tanggungjawab dengan baik, itulah sweet namanya. We still have our moments macam dulu2, just to ignite the love sparks. Hehe. Tapi everyday moments tu yang aku sangat2 hargai. Everything. And truly, marriage makes us more dependant to God. Sebab Allah yang tentukan segalanya. I just have to pray a lot and leave everythinh to Him.

Mungkin taun depan aku buat entry blog perbezaan sweet ketika berdua dan selepas ada anak. Haha. Bye!









Friday, July 8, 2016

My Raya Story 2016

Alhamdulillah raya lagi tahun ni. Hehe. Tahun kedua aku beraya sebagai seorang isteri. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur, tambah lagi 1 status raya sebagai ibu pulak. Hihi. Anyway, tahun ni kira raya di rumah aku, which means kampung aku. Padahal husband pun orang Perlis jugak. Haha. Tapi tak kira, tahun ni nak jugak beraya di rumah mak aku. Sebab tahun lepas aku raya rumah family dia dah.

Tahun ni aku excited lain macam sikit. Sebab raya dengan family. Cuma tu la, tak cukup sorang adik aku tak dapat balik kerana komitmen kerja. Sokayy..nanti kitorang bekalkan dia kuih raya. Hehe. Adik2 yg lain semua balik. First projek kitorang buat kuih raya dulu. Dua hari berturut-turut berkampung di rumah maksu dengan cousin 2 orang tu, siapkan kuih. Haha. Penat beb! Tapi seronokkk. Dah mula rasa keterujaan nak sambut raya. And then berbuka puasa sama2. Everything was just so perfect! Tahun ni kuih raya berjaya buat 8 jenis. Teheee. Aku si mak buyung hanya jadi assistant je. Peranan penting aku adalah letak ceri atas samperit, pastu ada yang tak tekan. Bila dah siap bakar, ceri tertanggal daripada kuih. Huwaa. My bad. Pastu masukkan kuih dalam balang. Celup almond ke coklat. Golekkan jejari oats dalam susu. Ha camtu jela. Haha. But it was fun!

Setel kuih raya, aku dan Ezzrul sibuk balut ketupat pulak. At first aku yang terlebih semangat nak buat ketupat. Siap mesej Fieza tanya cara buat. Hahah. Pastu aku gi tempah daun palas kat makcik kedai belakang. Last2 bila beras pulut, santan, sume ada, aku pulak tak larat. Huhu. Tiba2 rasa penat sangat2. Memang letih. So aku tak buat. Mujurla suamiku rajin. Dia yang start masak pulut. Pastu potongkan daun palas sume. Tengok dia buat, wow tercabar aku. Haha. Pulut jadi lembut dan lemak, balutannya pun kemas je. Aku balut habis bocor keluar balik pulut. Erghh. Ikat pun tak berapa kemas. Ketupat tu sudahnya dia buat dengan Dayah n Mamat. Thanks much adik2ku sudi tolong.

Malam raya baru aku gained energy sikit, mula buat rendang oh yeah. First time okayhh nak cuba buat. Resepi amik internet. Dalam dua tiga jam jugak proses penyediaan, memasak, menjaga api and stuff. Finally siap jugakkk... Bau dah okay, rasa pun diorang cakap sedap. Haha. Tapiiiii tak cukup pedas la. Huhu. Sebab tak pandai agak cili nak letak berapa banyak. Takpela next raya buat lagi. Ahaa...

Thursday, June 16, 2016

Kenangan Berpuasa Di Perantauan

Haritu ada nampak kat facebook, orang share pasal perkara yang dia tak boleh lupa masa berpuasa di perantauan. Orang tu dulu study kat New Zealand. Menarik jugak laa post dia. Ingatkan semua tempat kat oversea sama je tapi sebenarnya setiap tempat lain dia punya feel tuh. Hehe. So aku pun nak share jugak pengalaman pertama kali aku berpuasa bukan dengan family.

Haruslah masa tingkatan 1, sebab duduk asrama. Hahah. Tak ingat sangat apa yang special masa tu. It's just, kalau kau tak bangun sahur, berlaparlah kau sepanjang hari. Pastu jangan nak memilih sangat, lauk apa yang disediakan kat dewan makan, makan je. Kalau memilih memang tak dapat makan. Kecuali kau dah ready stok makanan sebulan untuk sahur. Anak-anak orang berada selalunya sahur kat bilik je. Diorang ada cereals, susu and stuff. Yela bukan semua orang boleh telan makanan yang sama kan. So depends kepada individu. Aku takde, aku hanya makan untuk kenyang. Walaupun aku tak suka lauk ikan, tapi belasah je. Hahaha. Lauk berbuka maybe special la sikit ada tomyam ke masak merah ke. Camtu la. Tapi seronok je. Cikgu bagi kelonggaran pergi bazar ramadan luar pagar sekolah. Dapat la beli kuih-kuih kegemaran. Hihi. Seronok teringat balik zaman asrama. Macam-macam kenangan berpuasa ngan kawan-kawan. Tapi kira okay lah hujung minggu still boleh balik rumah. Berbuka ngan family. Dapat la rileks kat rumah kejap.

Next, paling tak boleh lupa ialah 8 bulan lepas tamat sekolah menengah. Aku terbang ke bumi Beijing. Huu, masa pergi tu jatuh pada bulan puasa. Sampai je terus uruskan pendaftaran, masuk bilik masing-masing sebab penat. I have no idea malam nanti nak makan apa untuk berbuka. Too tired to think. Ni first day kat sana. First day jejak kaki kat negara China. Macam ade sikit culture shock di situ. Haha. Pastu tiba waktu petang, senior yang uruskan kitorang ajak pergi berbuka kat restaurant cina. Tak jauh dari kampus. What choice do I have. Ikut jela. Baru sampai nak demand nasi tomato memang tak dapat lah. Haha. Baik giler diorang bawak g makan pun. And then here comes the best part. Aku dah la tengah lapar gila. Baru turun flight, angkat beg berat, naik bas turun bas, daftar bilik bagai, memang penat. And aku hanya target nak makan.

Guess what, rupanya tekak aku tak boleh terima langsung masakan cina masa tu. Wuwuwu. Takde soya cincau okay, hanya plain jasmine tea takde gula and panas. Pastu nasi secawan, dan semeja penuh lauk-lauk. Nampak memang sedap. Tapi tekak aku tak boleh terima. Last-last aku hanya makan nasi secawan sebab lapar sangat. Masakan cina beijing tak sama langsung dengan masakan cina Malaysia. Even masakan malaysia pun aku tak pernah rasa ni tiba-tiba nak suap lauk sana. Lepas tu semua orang makan guna chopstick. Apakah~~ celah mana diorang belajar =,= Aku belasah je makan nasi pakai sudu sup. Sebenarnya lauk-lauk tu semua adalah sangat sedap dan special. Tapi biasa la baru lagi, mana reti makan. Sobs. Tu lah yang paling aku ingat sampai sekarang.

Lepas tu balik hostel, bermula lah life aku kat tempat orang. Aku dah mula risau esok sahur nak makan apa. Tak ingat sangat pun hari kedua tu apa yang berlaku. Yang aku ingat, dalam minggu pertama memang murah rezeki. Berbuka kat rumah pensyarah, berbuka kat kedutaan. Lepas tu dah mula beli barang-barang masak. Terkedek-kedek la aku join kawan-kawan masak. Hahah. Sepanjang bulan puasa tu kitorang masak and berbuka sama-sama. Sahur pun sama-sama.. Memang rasa lainnnnnn sangat. Dah la baru nak kenal each other. Tapi semua pun murah hati offer makanan especially dekat orang yang tak pandai masak macam aku. Kekeke.

Waktu sahur dan berbuka ikut waktu solat sana. Semua bergantung kat musim. Kalau musim panas, panjang la waktu berpuasa, kalau winter, pendek sikit. Timing azan semua online je. Memang standby je laptop sebab nak dengar azan. Hehe. Tarawih dan solat sendiri-sendiri. Kadang ade jugak berjemaah. Lama-lama seronok pulak berjemaah ngan kawan. Harus diingat, puasa ke tak puasa ke, kelas tetap kena pergi beb. Tak boleh ponteng. Haha. Lecturer pun memahami. Orang kat Beijing ada yang Muslim juga so diorang faham.

Overall, seronok je berpuasa kat perantauan. Alhamdulillah merasa jugak. Hehe. Takkan kulupa sampai bila-bila.

Monday, May 2, 2016

Tips Naikkan Semangat

Masa zaman study kat Beijing dulu, aku selalu stress dan rasa lemah semangat bila tak dapat catch up dengan study. Paling ketara masa dah masuk third year and final year. Masa tu dah mula risau sebab banyak sangat big exams, dan jugak tesis untuk disiapkan. Tapi masalah aku bila down, tak buat apa2. Haha. Aku tau ada banyak assigments perlu disiapkan, homework lagi, nak study untuk test lagi... Tapi aku hanya berbaring di atas katil menghadap dinding dan siling. Habis kuat pun bukak laptop, konon nak cari ilham last2 tertidur. Ataupun take five gatal tangan pergi buzz orang tu. Pastu terlajak chatting sampai tengah malam, pastu ngantuk dan tertidur dengan penuh penyesalan sebab satu kerja pun tak siap. Hahahahahaha. (Masa tu dah zaman smartphone tapi aku kuno sikit tak beli lagi smartphone, so tak mengadap phone sangat. And aku kerap guna Yahoo Messenger dan Skype. Huahua) So back to masalah hilang semangat nak belajar tadi, semua tu tak membantu pun. Aku lagi rancak layan Youku tengok berpuluh-puluh episod drama cina, drama thai, dan yang sewaktu dengannya. Kahkah...

Disebabkan aku ni jenis sentimental dan selalu kaitkan lagu dengan hidup aku entah pape ntah ape kaitan pun tak tau. So, when I came across several songs which has deep lyrics, it will automatically boost up my spirit! Like whatt? How? Hahaha. Just like that! Just by listening to those songs! Contoh kalau aku tertekan lagu rancak OAG Generasiku, Bunkface lagu apa tah tak ingat, Miley Cyrus- Climb. Hahahahahha. Omg banyak lagi. Masa tu bahasa cina aku dah improve, so aku sangattttt suka dengar lagu ni 隐形的翅膀。Memang terus semangat lepas tu. Hahaaa. Ngarut je. So kalau down bukak la lagu tu. Aku takde specific minat gila2 lagu sekian2, mana yang muncul aku dengar ja semua. Nasyid pun sama. Ada satu lagu tu memang boleh buat aku semangat, lagu HambaMu Allah nyanyian Mawi. Sebab rentak dia yg rancak tu kan. Pastu lagu biasa Ella, Faizal Tahir camtu jela.

Dulu kan macam mula trending vlog. So ramai la vlogger and blogger muncul dengan vlog masing2. Nak dijadikan cerita aku tengah serabut pasal tesis yang asyik kena reject.. Pastu bukak youtube, Matluthfi upload video Hari Jubah beliau. Perghhhh time kasih la Mat! Hang memang hebat. Video hang dah berjaya naikkan semangat aku. Haha. Masa tu aku tinggal lagi 1 sem nak grad. Dengan tengah down, takut failed, biasiswa kena tarik, takleh balik M'sia pulak. Huwaa cuak gak la. Lepas tengok video tu, aku semangat balik. Rasa teruja nak habiskan pengajian sebab tak sabar rasa indahnya perasaan lulus, dapat grad, amik ijazah, konvo semua tu. Rasa cam, wow..kalau aku habiskan semua ni, aku pun akan ada Hari Jubah sama cam Mat. Eh takleh jadi ni aku kena usaha jugak sampai habis. So that's it. Video Matluthfi guys.. berjaya naikkan semangat aku. Hahahaha. Thumbs up Mat!

Next, I have this thing on gymnastics. Aku tak reti pun buat gimnastik gaya best2 tu. Tapi menjadi satu kepuasan bagi aku bila tengok performance gimnas wanita dalam tournament diorang. Ni olimpik punya pasal la ni. Aku suka tengok atlet perform masa final. Pastu tengok reaksi diorang masa dapat emas. Pergh, priceless. Like they have trained and practice for years to get that gold medal. Lagi atlet wanita. Sebab aku perempuan. Haha. So aku pun terus minat dengan atlet gimastik macam Farah Ann, Yao Jinnan, He Kexin, Aliya Mustafina, Larissa Iordache, Nastia Liukin, dan ramai lagi la. Best giler tengok diorang yang sebaya dengan aku tapi mampu masuk kejohanan bertaraf dunia, wakil negara masing2, dan boleh buat gymnastics routine yang susah nak mampus tu. They made it look so easyyy! Kagum gila! Aku paling suka uneven bars dengan balance beam. Paling gerun tengok vault, paling stunned tengok floor exercise. Hebat gila kot diorang. So bila tengok kejayaan manis camtu, dapat medal, harumkan nama negara semua, aku jadi bersemangat untuk teruskan apa yang aku tengah buat. Oh one more thing! Aku suka sangat2 tengok acara figure skate! Macam ice princess... Ada dorang atlet dari Korea ni nama dia Kim Yuna. Dia cantik, world champion, dia buat figure skate macam menari je kot. Perfect habis la. Aku tengok jugak video behind the scene, dia punya history macam mana bole masuk sukan ni, berjaya sampai tahap dunia. Rupanya bukan senang la untuk dia capai tahap tu. Indeed, orang2 hebat ni sembunyikan diorang punya kesusahan. Kita cuma nampak victory jer. Tapi susah payah sebelum tu, diorang je yang tahu. 

It hits me. Aku cam nak senang, nak kejayaan. Tapi kalau takde fasa2 rabak, bersusah2 tu, kejayaan tu tak manis pun. Macam bila aku main hentam jawab soalan, and then jawapan tu betul. Aku tak excited pun. Sebab kebetulan je betul. Bukan aku jawab pakai knowledge. Tapi bila aku dapat soalan yang betul2 aku study, yang aku gigih berusaha fahamkan, woww walaupun tak dapat full mark, tapi aku puas and rasa best gila sebab dapat all out jawab. I mean, it is solely depends on your very own effort! Masa tu rasa excited. Mungkin ni lah maksudnya kejayaan sebenar.

Dengar lagu, layan video semua ni cuma selingan jela. Thats what I do when suddenly my spirits down. Ada banyak lagi benda besar dan penting yang kita boleh buat dan perlu buat untuk naikkan semangat, untuk dapat kejayaan tu. 

Go find your friends, talk to them. Talk with your loved ones, open up with family members. They will listen and encourage us to do better! And most importantly, talk to Allah. Sebab Allah je yang akan makbulkan doa2 kita. Of course lah, usaha kena setimpal. Boleh tanya diri sendiri, kita sendiri tahu n sedar yang kita sejujurnya dah buat sehabis baik ataupun belum. Kalau belum, jangan lah frust dapat markah tak memuaskan. We know why kan, deep inside. After all, Allah knows best. Yang penting we did our part, usaha betul2. Hasilnya, biarlah Allah yang tentukan. Hope this helps!

Saturday, April 30, 2016

Aku Tak Reti Masak

Amboi kemain tajuk kontroversi. Haha. Well well well~~~ Sebut je pasal memasak, aku mesti akan larikan diri. Sebab aku memang tak reti dan tak minat. Hurmm. Dari kecik lagi memang aku tak biasa masak. Semua umi yang sediakan, lengkap, sedap dan berkhasiat. Thanks umi sebab tak pernah missed sediakan makanan kat kami semua. There was that one time when I was so interested to learn, to make myself comfortable in the kitchen. But I wasn't allowed by mom. Cewah. So nak salahkan mak la ni? Haha. Taklah. Masa tu aku darjah 5, memang excited sangat2 nak pegang pisau, kuali, senduk apa semua tapi mak aku tak bagi. Ada banyak jugak la cubaan aku sembunyi2 masuk dapur tapi bila umi dapat tau, habis aku kena marah. Cuma pernah sekali ja sukses buat mee goreng. Haha. Sejak tu memang aku malas dah nak masuk dapur. That is her territory, aku tolong umi buat kerja lain. Daripada aku asyik kacau umi kat dapur, baik aku buat benda lain. Hehe.

Bila aku masuk asrama, lagi lah tak masuk dapur. Kalau masuk pengakap okay lah jugak pandai masakan rimba. Haha. Ni masuk kadet bomba. Pandai padam kebakaran jela kemahiran aku. Huahua. Tapi segala-galanya berubah 360 bila aku ditakdirkan Allah FLY KE BEIJING. I have no idea at all yang aku kena masak sendiri kat sana T.T Takde sapa pun yang bagitahu bahawa kalau study kat overseas kena masak sendiri. Turns out, when I arrived BFSU, halal food was not very reachable. Dengan keadaan aku masa tu tak reti cakap Cina, tak reti baca tulisan Cina, elaun pun masa tu cukup2 makan ja, memang tak mampu la nak makan kedai. Dan aku tak tau pun ada kantin halal. HAHA. Semuanya sebab aku tak reti lagi communicate dalam bahasa Cina. Sedihhhh...

So aku pun start follow kawan2 p beli barang2 dapur. Masa tu aku totally ikut diorang. Semua benda aku follow. Beli kuali, senduk dll. Pastu g pasar. OMG dugaan apakah ini. Kenapa semua orang cam dah cekap and power gila nak pilih2 barang sayur telur bagai. Tapi aku hanya krik2. Benci gila :( Aku belasah je beli apa yg murah and boleh dimasak. Antara sayur yang wajib selalu aku beli ; kobis, cendawan, capsicum, bawang, kentang, telur. Hahaha~~ Ulang lah makan benda yang sama. Kawan2 aku semua bawak perencah kari, rempah memasak semua siap packing dari Malaysia. Aku? Hanya bawak baju sahaja. Kahh. Dah cemana nak masak kalau gitu? Next, aku explore kedai runcit pulak. Belasah lagi beli segala mak nenek kicap, serbuk perasa, sos tiram, sos cili, minyak masak dan benda2 lain. Sedih gila. Aku rasa, aku sorang je kat hostel yang masak guna bahan2 dari China 100%. Kicap dia mana sama dengan kicap kita kat Malaysia. Semua rasa oriental, rasa cuka, rasa makanan Cina Beijing. Wuwuwuw. Tak sedapppp!!  Pastu, nak pilih2 barang runcit pun aku follow kawan2. Betapa lembabnya aku dulu. Tapi thanks la kat kawan2 sebab sudi ajar aku masak. Mostly memang aku belajar daripada hanya MELIHAT, MELIHAT & MELIHAT cara kawan2 aku masak. So aku tiru. Tak pun tengok tv, tengok makanan apa yang aku teringin nak makan, baru lah aku masak. I mean, cuba masak. HAHAHA. By the way, masa tu memang aku tak makan sgt ayam sebab kena travel jauh utk beli stok ayam halal, daging pun sama. Ikan pulak? Aku tak reti siang ikan =,= Lagipun seafood memang mahal gila nak mampus sebab Beijing takde laut. So, makanan pilihan yang ada masa tahun 2008 tu sangatlah limited. Hihihi. Tapiiiii, berat aku naik 10kg sepanjang tahun pertama aku kat Beijing. Hahahahahahahah. Sebab kat sana, kitorang masak sama2, makan sama2. Kawan2 aku tak pernah biar aku kelaparan. Setiap meal mesti ada je yang sedekah and ajak makan sama2. Siap tinggalkan lauk kalau aku tgh tido ke, takde kat bilik ke. Seriously mana nak cari kawan camtu beb.

Disebabkan tu jugaklah, aku gagahkan diri belajar masak, sebab nak jugak menyumbang kat kawan2 kan. Hehe. Kesimpulannya sepanjang 5 tahun kat luar negara, aku ni kira boleh laa masak simple2. Contoh macam sup ayam, tomyam campur, sayur goreng, telur, haha. Lauk cina favourite aku, tauhu jepun in tomato sauce. Omggg sedap gilaaa.. masa kat Beijing je bila masak lauk ni menjadi sebab aku totally pakai bahan2 runcit dari sana. So rasa tu memang lain lah. Mula ingat aku syok sendiri, tapi ramai sgt kawan2 puji. Muahahahahaha. So kira lepas la lauk2 ringkas. Combo makanan tengahari aku; nasi putih, sayur goreng campur cendawan, telur dadar, tauhu jepun in tomato sauce. HAHAHA. Tu je laaaa yang aku mampu. Haaa satu lagi, kari ayam India! Sebab aku menuntut dengan Kak Nithya, senior aku. Hihi. Sekali sekala ada duit lebih beli ayam, aku masak la kari. Kalau sos semua cukup, buat paprik. Haha. Nasib laa...

Lepas 5 tahun, dah balik Malaysia, sambung jadi pemalas. Hehe. Jarang laa aku masak sebab kat sini kita makan lauk2 Melayu. Dan surprisingly, aku masih jugak takde kesedaran nak belajar. Sebab semua umi sediakan. Manja sgt aku~~ Huhu. Keadaan ni berterusan sampailah aku KAHWIN. T.T Kau expect, bila dah kahwin, semua laki kau nak sediakan ke Sakinah? No wayyy. Semua kena buat sendiri okayyyyyy... Wuwuwuw... Memang struggle la jugak aku berpeluh belajar masak kat Malaysia, which is, orang makan lauk Melayu, bukan lauk cina! And aku pun kena la usaha belajar kenali bahan2 masakan yang digunakan dalam masakan Melayu. Duhhh.. penat! Dah berpuluh kali aku give up sebab aku memang tak reti and malas. Tapi mujur la syukur alhamdulilah suamiku seorang yang pandai gila masak~ HAHA. Allah Maha Adil, dikurniakan pasangan yang melengkapkan kekurangan diri ini. Dia sangat pandai masak. Segala jenis sambal, masak lemak cili api, semua tu dalam tangan dia. Aku? Santan pun tak reti bajet nak bubuh berapa banyak. Tumis sambal? Kirim salam jelah. Haha. Walaupun suami aku pandai masak, tapi dia tak punya banyak masa sebab kekangan kerja yang maha hebat. Sobs. Jadi yang mana aku tak sempat belajar dengan dia, aku kena laa usaha sendiri.

Ni apa yang aku buat untuk cekapkan diri di dapur supaya bila tiba waktu makan, semua dah tersedia.

1. GOOGLE. Aku akan google dulu lauk apa yang nak dimasak pada hari tu. Contoh; ayam masak merah, sayur goreng. Aku memang dah tetapkan setiap meal hanya ada 2 lauk sahaja. Kesian laki aku.

2. Pergi kedai. Check handphone kat bahagian bahan2. Masa ni aku rasa loser gila. Orang lain amik bakul, terus masukkan barang2 sayur semua. Aku? Siap kira berapa biji bawang, berapa biji tomato nak pakai. Lembab gila okay. Malu taktau nak cakap. Tapi aku wat kool je. Belasah je semua ikut senarai bahan2.

3. Balik, follow sebijik2 step yang diarahkan. Baca doa banyak2. Haha. Alhamdulillah, setakat ni semua yang aku follow dalam internet semuanya menjadi.

Lama kelamaan, aku pun dah pandai manage nak masak apa, kat kedai nak beli barang basah, sayur, barang runcit. Aku pun dah mula cuba resepi baru. Konon nak surprise kat husband. Haha. Terima kasih banyak2 kat semua orang yang sudi ajar aku masak. Haha. Termasuk semua chef2 yang sudi kongsi resepi percuma kat internet. Alhamdulillah sekarang aku dah OKAY memasak. Tak hebat mana pun sebab aku cuma masak ringkas2. Basically aku cuma habiskan sejam je kat dapur. Tak nak duduk lama2, penat. Makin lama makin cekap nak uruskan dapur. Cewahh.. Antara lauk2 yang insyaAllah aku confident nak masak sekarang; ayam masak merah, daging atau ayam masak lemak cili api, sambal sotong, ikan sweet sour, tomyam, sup, udang masak lemak tempoyak, nasi lemak, asam pedas, segala jenis lauk goreng, rebus, biasa2 je la. Sambal belacan, air asam daging bakar... Apa lagi ek.. Kesimpulannya semua yang senang2 jela. Kalau suruh aku buat rendang, serunding, masakan yg warisan turun temurun ni memang aku surrender. Haha. Beli jelah.

Selain lauk pauk, aku belajar jugak buat mee rebus! Sebab teringin sangat Mee Rebus Ramli kat Ipoh tu haa. Dah balik Perlis, kena la buat sendiri. Alhamdulillah menjadi. Siap ulang buat 2 3 kali kat husband. Hihi. Dia cakap sedap. Pastu balik rumah umi, aku buat jamuan siap masa birthday umi haritu. Hihihi. Adik2 aku puji omooo kembang Kakton.

Walaupun mula2 aku tak suka gila masak, tapi lama2 bila benda yang aku try tu menjadi, orang makan tak sakit perut, kira lepas laa. Hahahaha. Tengok la nanti nak try buat benda lain pulak. Yang aku perasan, bila aku try hard nak buat something yang konon2 nak impress kan husband, mesti benda tu tak menjadi. HAHA. Tapi bila aku rilek2 je haa insyaAllah menjadi. Jangan over confident okayh Sakinah?

Macam tak percaya sekarang aku dah biasa memasak. Kahkah. Tak rugi dik kalau ko belajar awal2, jangan jadi macam aku. Actually, bukan nak cakap la. Orang perempuan ni selalu sangat condemn orang yang tak pandai masak. Sebagai salah seorang mangsa, cewah, hahaha aku selalu je jadi bahan. Pernah je orang gelak, orang sindir. Orang pandang rendah kat aku jangan cakap la. Bersepah hokayy. Tapi aku betulkan niat. Nak memasak sebab nak jalankan tanggungjawab, bukannya sebab nak impress mahupun lawan balik orang2 yang memberi negative vibes kat kita. Aku sedih jugak mula2, rasa rendah diri tu haruslah ada... Sampai sekarang kot. Aku takkan volunteer untuk masak kalau ramai orang. Aku hanya akan 100% masak kalau aku seorang saja yang ada. Tak reti nak berebut2, takut kena marah lagi. Aku suka belajar tapi aku tak berapa suka kena sindir, kena perli bagai. Aku boleh je terima nasihat dalam cara yang baik. Ahh tapi selalunya aku senyum je, sebagai tanda hormatkan orang yang sindir tu. Biarlah. Aku lebih rela biar orang anggap aku tak pandai, biar orang pandang rendah daripada orang duk puji2. Tak kisah pun, asalkan orang sudi ajar pun dah cukup bersyukur dah.

Itulah cerita panjang lebar aku dalam perihal masakan. HAHAHA. Poyo gilas. As an appreciation, aku nak sgt2 ucap terima kasih kepada semuaaaaa orang yang selalu bagi sokongan n dorongan supaya aku pandai masak. Hihihihihi. Thanks atas segala tunjuk ajar korang, nasihat2 dan tips2 di dapur. I heartly appreciate them! To my husband, thanks much sebab sabar dan sudi terima kekurangan aku ni. To my family, thanks much jugak sebab selalu support aku. Hehee. Korang yang baca ni, doa2kan lah supaya aku lebih maju ke hadapan lepas ni. Asyik masak benda yang sama jee. Haha. Kepada yang senasib dengan aku, we can do itttt bebeh! Semangat2! So, selamat memasak semua! Bubye =)

Wednesday, April 27, 2016

Tahun Baru, Rumah Baru

Alhamdulillah, sejak masuk tahun baru 2016 ni, banyak perubahan yang menarik berlaku dalam hidup ni. Baru je haritu masa birthday aku wish and berdoa semoga tahun baru ni membuka sinar baru dalam hidup aku yang begitu stagnant sekarang. Haha. Alhamdulillah doa dimakbulkan!

Aku dah pindah rumah. Daripada rumah family kepada rumah sewa. Lama jugak nak amik keputusan pindah sebab ada bersangkut paut dengan few things which is beyond our control kan. Kena tunggu itu dan ini. Tapi alhamdulillah dapat jugak pindah. Kalini, rumah sangat dekat dengan tempat kerja Ezzrul. Kesian dia sejak jadi MO kena berulang alik jauh rumah dan tempat kerja. Since aku masih jobless, kita bagi keutamaan kat dia dulu. Jauh dalam sudut hati, aku berdoa semoga tempat kerja aku nanti pun tak jauh dari rumah.

Dah sebulan pindah, aku rasa happy sangat2! Haha. Sebab dapat merasa la life berdua dengan dia sebelum bertambah ahli keluarga baru. Ehehee. Basically aku suka tempat ni. Walaupun jauh sikit dari bandar. Depan rumah aku ada taman permainan, not bad. Boleh la nak joging, senaman, amik angin pagi2. Kedai runcit, kedai barang basah, klinik, kedai makan, pasar malam, stesen minyak, pej pos dan banyak lagi la kemudahan lain semua dekat. Aku paling concern pasal kedai sebab kalau kedai jauh, susah la. Alhamdulillah semua dekat. Paling best, masjid pun dekat sangat2, surau pulak dalam taman ni je.

Dalam rumah pulak, takde beli apa sangat. Aku sangat bersyukur dan terima kasih kepada semua yang bagi hadiah masa kitorang kahwin dulu. Sangat2 membantu! Bila dah duduk sendiri ni, semua benda kena ada, kalau tak susah la kan. Aku pulak taknak la beli everything baru, So aku bawak semua hadiah yang kitorang dapat, dan gunakan sebaik mungkin! Haha. Thankyou korang! Ezzrul dah lengkapkan kemudahan asas dalam rumah. Syukur sangat2 semua lengkap. Cuma aku tak hias lagi la. Nampak kosong je. Nanti2 baru aku nak hias. Sekarang cuma fokus untuk memudahkan kerja seharian and berehat jela.

Aku berdoa setiap hari, semoga penghijrahan kecil kami ni diberkati Allah s.w.t. Aku cuma nakkan life yang simple dan tenang. Alhamdulillah setakat ni, kehidupan baru kitorang kat sini okay je. Syukur sangat2. Kalau ada yang baca entry ni, mohon doakan untuk kami juga :)