Rahsia Allah


Salam pagi jumaat semua...
Semoga pagi jumaat ini membawa seribu barakah kepada kita..amin..

So paginie nak kongsi 2 cerita benar..Dalam 3 hari lepas ada berjumpa sahabat lama yang dahpun bergelar hajjah..Alhamdulillah gembu=ira lihat dia selesai menunaikan haji tahun ini..So kami berbual dan bercetia mcm2 dan dia terkejut mendengar berita pemergian Abahku yang tercinta..Alhamdulillah juga katanya abah pergi dengan tenang drp penceritaan aku..Insyaallah dia ditempatkan di kalangan kekasih2 Allah..amin

Kami teruskan berbicara..Dia menceritakan 2 cerita yang membuat saya tersentak..mari kita sama2 hayati cerita ini...

CERITA PERTAMA
Ini bukan cerita kosong.ianya kisah benar..Sahabat aku tuh cerita Pak long dia sakit sebulan yang lepas..Sakit kronik "kegagalan buah pinggan"kala dia cerita aku teringat kat arwah abah..Dia pergi juga disebabkan kegagalan buah pinggang..usia pak long dalam lingkungan lewat 60an(kalau arwah abah dia pergi umur 59)sebulan yang lepas dia dah nazak sangat..menurul mak long(isteri) dah dalam 40 hari dia menjagga pak long di hospital sehinggalah bulan 11/2012 pak long dah nazak...Hati isteri mana yang tak sakit bila tgk suami tersiksa melawan penyakit..pak long bergantung penuh pada bantuan pernafasan dan mesin..mak longpun telefon semua sanak keluarga kata"abah korang dah nazak,tolong semua pakat2 balik"bila anak2 balik masing2 sedih..tak tahan sebak..mak long apatah lagi..diapun minta kat sorang anak yang sulung jaga..dia nak balik buat PERSIAPAN..Dengan kelam kabut dia panggil semua sanak saudara dan jiran.."kenapa mak long??"pak long ko dah tenat dah..Doktor pun kata dah takda harapan..."pastuh dia pasang tabar jenazah..dia letak tilam tempat jenazah ke arah kiblat..kumpul surah2 yassin letak dalam bakul dan semua dia kumpulkan untuk jenazah..selang 1 jam kemudian dia pun ke tandas nak ambil wuduk katanya senang nak solat jenazah n sedekah yassin untuk pak long..(semua yang hadir membisu kepelikkan)pastuh lama dia di bilik.Bila lama sangat pak ngah jenguk dia terbaring atas katil..dan bila lihat "MAK LONG SUDAH TIADA"..kematian mak long buat semua terkedu..memang tak menyangka dia yang PERGI dahulu..segala persiapan jenazah itu buat dia rupanya=(setelah disahkan doktor mak long mengidap athma..

CERITA KEDUA
Ini semasa sahabat tuh di tanah suci..Ada pihak tabung haji ceritakan baru2 nie ada yang meninggal..Diapun mulakan cerita..Ada seorang yang dalam lingkungan 60++ juga bersama pembawa dia yang masih muda dan masih belum bernikah..anak lelaki menemani bapa ke tanah suci..Ada bapa yang dikenali ngan Mazlan nie diapun kata kat salah seorang kakitangan di tabung haji..."sayani lama dah berhajat nak g makkah..saya betul2 nak mati di sini..Saya dah tanah azam tahun 2012 memang nak mati di makkah"katanya...memang betul kata Pakcik2 dia pun saja mendedahkan diri pada bahaya spt berdiri di tengah2 panas matahari dan semua ibadat di sana dia lakukan dengan lebih2..mcm menyiksa diri desibabkan punya niat nak meninggal di tanah suci..Pembawa pakciknie initu anak lelakinya yang masih belum berkahwin risau sungguh dengan keadaan bapa dia lalu berdoa di masjidil haram tolong permudahkan urusan haji disana n lindungi ayah dia..dia sangat bimbang dengan keadaan ayahnya yang nampak sakit melakukan bermacam2 usaha sbb nak meninggal di sana..Selang beberapa jam,dikhabarkan bahawa si pembawa pakcik mazlan telah kembali ke rahmatullah di tanah suci.Difahamkan anak dia kena serangan jantung..anak bujangnya yang meninggal bukan dia..


Sungguh.. rahsia Allah kita tidak tahu..Siapalah kita hendak mengatur takdit sedangkan hanya Allah yang maha mengatahui apa rahsia di sebalik kematian dan kehidupan..tak semestinya kita tak diuji dengan kesakitan pada mata kasar kita tidak boleh DIAMBIL..tidak semestinya kita sudah berumur kita harus pergi dahulu dari yang muda...Hidup mati itu hanya Allah maha mengatahui...Persoalannya bersiap sediakah kita menghadapi sakaratul maut?sedar atau tdak kita semakin hampir dengan nya..Astagfirullah al azim....

Sama2lah kita berdoa(ingatan untuk diri sendiri juga)bahawasanya mati itu pasti...dan siapkanlah diri dengan amalan2 bekalan di akhirat nanti..Insyaallah semoga Allah terus memberkati kita dan Al fatihah pada yang sudah tiada termasuk arwah abah..amin..

Doakan Ibu Saya




Sekarangnie ma bertarung dengan strok dia..tak bleh jalan..n tubuh belah kiri kena stroke..skangnie kalau boleh nak kerap balik kelantan jenguk2 dia n membantu apa yang mampu..

tengah buat fisio n banyak usaha tuk memulihkan stroke ma...dulu arwah abah sempat juga kena 4 kali stroke..Dan bila kena mmg terus g urut..tapi tak terlalu lamalah nak pulih..Sekarangnie ramainya yang kena penyakit mcm kencing manis,darah tinggi,buah pinggang n jantung..

sedih juga lihat ma payah nak bergerak.Dia lak jenis yang kuat bekerja..Dulu masa sihat dia usahakan kantin sekolah.amik tender..tapi tahun nie sekolah masih nak dia..10 tahun dia usahakan kantin2..tapi tahun nie dia di duga dengan masalah kesihatan tak boleh bergerak..

kat kampung ada baba n adik yang bongsu tolong ma..angjkat dia ke wheel chair n tlong2 bawak dia g fisio kat usm..harap cepat ma sembuh..kesian dia..teringat kat arwah abah masa stroke dulu..memang pemakanan 2 penting tak dinafikan..baik mencegah drp mengubati..ingatan untuk diri sendiri juga...

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada ma..amin..hatinie risau memanjang..ma kena stroke masa arwah abah meninggal..harap Allah kuatkan semangat ma terus usaha untuk baik..arwah pakcik majidpun meninggal krn stroke

nak ma cepat2 sihat seperti dulu..
nak dia ceria seperti dulu..
semoga Allah memberkati dia selalu..

Walaupun dia mak mertua saya..tapi banyak yang mummy belajar drp ma..dia seorang yang pandai berniaga..sedari umur masih muda dan masa tuh ada 6 org anak,dan yang tuapun masih bersekolah ma telah kehilangan arwah abah (bapa mertua)..dengan takde lesen keta,takder kerja tetap..perlahan2 ma buat bisnes sampai anak2 pandai2 belaka n belajar tinggi2.kerja semua skang alhamdulillah bagus..tenaga n pengorbanan dia memang tak dapat mummy tandingi kalau mummy di tempat dia..walupun mummy bukan anak kandung dia tapi cerita kepayahan tuh mummy tahu dr hubby mummy..

Mujur ma bertemu jodoh lagi..walaupun anak ramai 7 org termasuk 1 org dengan baba (ayah mertua baru) yang skang dah lepas SPM pun..walaupun anak ramai semuanya bekerja di KL tinggal si kecik yang lepas SPM tuh..so agak sukar ma nak dijaga..kita nie mmg risau kat sini kalau2 dia terjatuh ker apa masa nak bangun..dia mmg buat masa nie tak mampu nak berjalan..dudukpun kena sokongan..

semoga dengan doa2 kengkawan ma lekas sembuh,insyaallah..mungkin banyak hikmahnya..insyaallah ma lekas sembuh..
walaupun mak mertua tapi mummy sangat sayangkan ma..walaupun ma tegas tapi jiwanya mudah tersentuh dan banyak sangat mummy belajar dengan ma..terutamanya berniaga=)

semoga ma lekas sembuh.amin..amin,..ya robbal alamin


Tahun 2012,banyak perkara mengejut berlaku..



Allahuakbar
Allah maha besar..
Sesungguhnya tahun 2012 banyak sangat perkara-perkara yang mengejutkan berlaku dalam diri mummy..

Dimulai dengan kedatangan "orang baru"iaitu aiman anak buah aku..satu2nya lelaki dalam keluarga...disusuli dengan pemergian ayahnda tercinta dan pemergian pakcik majid..

Juga kesihatan mak mertua yang tak berapa baik
kena stroke lumpuh sebelah badan dan masih berubat..dan yang terbaru adalagi perkara yang belum mummy sedia nak kongsi..

sungguh besar kuasa Allah..
Kunfayakun..
Kalau Allah kata ianya jadi maka jadilah ia mcm manapun hebat rancangan kita dah atur sebaiknya..

teringt kata seorang teman blogger "abang abil"
dimana dia duji dengan kesakitan wife dia "kak gee"yang terlantar sakit..kawan2 lain yang sakit spy eb,Lya,Salina dan ramai lagi..sesungguhnya Allah memilih mereka untuk diuji krn Allah sayangkan mereka..and apa saja dugaan hidup adalah amanah Allah...Allah dah bagi kita kerja untuk di buat...jadi hadapilah kerja itu sebaiknya dengan sabar dan istiqamah..insyaallah Allah sentiasa ada untuk membantu..Aku pegang kata2 itu..harus semangat dan kuat=)nanti ku ceritakan kemudian apa lagi yang jadi seterusnya...

Insyaallah akan mummy cerita panjang2 next entry insyaallah..sekarang keihatanpun tak memberangsangkan..nie dok merangkak nak membalas komen2 yang ada..sorry ek kawan2 kan ku singgah umah uolz slowly=)

Alhamdulillah maha kuasa Allah yang agung
aku hadapi semua ketentuan mu dengan sabar=)

kisah si "manis nya coklat ini"...



Salam isnin semua
sebenarnyakan entrynie berkisahkan coklat..
dah lama sebenarnya ku peram entrynie
bukan apa nak bercerita tapi dikejutkan dengan pemergian insan-insan ku sayang..

tapi Alhamdulillah ku dah semakin redha
dengan semua kententuan ilahi..
moga ayahanda tercinta(abd halim bin abd rahman) aman bersemadi di sana
kembali di sisi ilahi..Amin Amin Amin..

harini ku bangkit dengan entry yang dah terperap lama
"kisah manisnya coklat ini"
kisah coklat online yang dibeli 4minggu lepas kalau tak silap..

daku beli coklat melalui online darpiada
"cik na"salah sorang yang jual coklat online..
sajalah nak bagi kejutan untuk mek merah.. last2 daku yang terkejut..
ku order ngan cik na..cik na pun dengan bagusnya terangkan yang mana mummy bleh ambil..
so setelah keputusan dibuat...mummy pun wat payment..kalau tak silap hari selasa cik na pos.Bagus servis cikna.walaupun banyak tempahan tapi dia bleh pos dengan cepat..suka mak!!

pastu yang tak beshnyer dr hari ke hari sampai dah 3 hari coklat tak sampai2..ku tak kasi tau cikna.dia yang tanya sbb dia perasan number parcel yang dhantar mcm tak bergerak lagi..bila dia tanya mummypun jawab blum..pastukan setelah di cek2 parcel itu TAK DIHANTAR lagi oleh SKYNET.nampak nampak huruf besaq mummy tulih!!

pastu minta cik na tlg cekkan..
sekali.. tau dok SKYNET jawab apa??dia suruh mummy plak g amik di SKYNET KAJANG!!alahai tak munasabah langsung..tgk2 alamat kat cheras.hubby lak takdok nak hantar..tapi hubby kata kitakan order brg pos.kita bayar perkhidmatan POS!!so kenapa nak g ambil..

kesian cik na..nurul tak salahkan cik na tau..nurul tau kalau berurusan ngan pos mmg cenggitulah kekdahnya..ada mcm2 pe'el..bila cik na minta hantar tau dok dia goyak gapo?(depa cakap apa)
"kita tak cukup kaki tangan nak hantar"
mak aii bikin panas hati..
mcm tuh tak payahlah bukak perkhidmatan pos sehari sampai barangnya..

bukan apa sbb coklat tuh dah inform kat "si merah"
dah tunjuk gambar ke dia manalah dia hari2 dok tanya..hahaha
mau tak tensi mak mikir..last2 dah 5 haripun masih tak hantar..

cik na pun  kata dia nak ganti..
cian mummy tgk cik na.tak pasai2 kena ganti..
sampailah hari selasa minggu lain..next week barulah sampai..mak aii lambatnya sampai pos biasa pun lagi laju.3 ari dah sampai.huhu

setelah sampai mcm nielah gupe coklat2 itu
tengok2 kotak oklah suci lagi bersih..
mak aii besaqnyer coklatnie.heheh
oklah sampai lambat pun janji sampai jugak. 


sekali buka amekkk ko..berhempas pulas coklat2 nie..
tonggang langgang..
haduh haduh
pastuh mummy susun2 semula dalam kotak
''
''
''
comotlah cket tapi oklah bleh makan..
so bawak aliklah jugak kasik mek merah mesti dia suka..
adalagi coklat mummy oda bentuk barbie doll


nie hah!
siblah cikna letak di dalam plastik..
huh lega..

apa pun tq banyak kat cik na..nurul mmg puji servis cik na ok,siap nak ganti semula coklat2 walaupun dah dapat.. cuma pos SKYNET nie hah.. perkhidmatan kenalah ditingkatkan lagi..mana boleh customer g kutip barang n mana boleh kata tak cukup org nak hantar?? sbb servis pos laju mmg kena pos..Aduhai lah..

lagipun mummy kasi alamat opis tak lojik kalau nak kena ambil sendiri..dahlah tak tau mana2..daku juga berniaga kelambu tapi gunakan "pos laju national courier".setakat nie oklah lagi..

setelah diselidik mmg ramaiiii tak puas hati dengan servis dr SKYNET..My SIL order brg sampai umah org lain dia hantar.adaker patut?bikin naik darah sungguh laa..Silalah baiki sistem perkhidmatan anda.customer sangat2 penting tau peranannya..nasib baiklah kena kat mummy yang bukan banyak songeh nie..huhu

TheCoklatBlog
thanx cik na..
serius ceklat cikna sangat sedap.
nak-nak yang ada kacang tuh ngan mak nya sekali makan..mana bleh merah makan sensorang nnt rosak gg..biar mummy tumpang sekaki.hehe
thumbs up..
so sesiapa nak oda silalah ke
cik na


Sorry cik na lambat publish entry
tak sangka banyak hal yang berlaku.
sebelum arwah abah meninggal mcm2 hal jadi termasuk kaki berdarah tersepak almari sampai kuku tercabut dan hatipun rasa tak sedap jer..

Al-fatihah..sorang lagi insan pergi

Terasa rindu pada arwah abah belum habis lagi..
tetiba dikejutkan lagi dengan pemergian pakcik majid..sedara 2 pupu sebelah arwah abah..

masa abah meninggal dia ada datang melawat.
dia juga dalam 5 bulan nie kena stroke..arwah abahlah yang bawak dia g berubat sehingga dia bleh berjalan..masa datang rumah melawat arwah abah dia ada kata
"ingatkan dia yang pegi dulu rupanya abah.

seminggu lepas jumpa pakcik majid ada mama call kata pakcik majid meninggal di indonesia..memang dia g ke sana untuk berubat sbb ayah kepada isteri pakcik majid ada di indonesia.
"AL-FATIHAH buat arwah pakcik majid..masa jumpa dia kali terakhir dia memangis sbb sedih abah dah takda.masa tgk dia sihat2 aja arituh..Sungguh pecaturan Allah memang kita tidak tahu..mana tahu bila nyawa kita akan diambil..

Dalam pada masa yang sama minggu lepas mummy bergegas pulang ke kampung husband..dapat call dr kak ipar
"MAK MERTUA kena stroke sebelah badan..lumpuh sebelah kiri badan...astagfirulllah al azim banyaknya dugaan mu Ya-ALLAH..
so aku cuti seminggu..

Hari ni jumaat hari yang mulia...terpaksa plak bergegeas pulang pjaya sbb hubby ada tugas yang kena buat..so baliklah tinggalkan ma di kelantan..mujur kakak ipar cikgu tengah cuti.dialah yang jaga ma kat sana..

Hubby plak sakit2 urat..tangan,lutut n lengan..cek2 ada juga darah tinggi..tapi cek sendirilah..kena wat further checkup nanti..memang lately sik saja risau..lepas satu,satu dugaan yang menimpa..
Allah tuh maha hebat siapalah kita untuk menidakkan ketentuannya tapi kehilangan org yang kita sayang nak2 org tempat kita bermanja betul2 meninggalkan kesan..

rasa rindu nak melawat kubur arwah abah..rasanya nak pegi hujung minggu nie...
pada korang2 yang sudi komen tq sangat..insyaallah mummy akan balas perlahan2..alhamdulillad dapat kawan2 alam maya yang banyak bagi dorongan dan sokongan..

rasa nak nanges..

Arini xnak bw..takder mood..huhu sedih n frust...

setelah 3 tahun kita mengecapi bahagia bersama
suka dan duka dikau selalu ada..
saat indah dan memori indah terakam kemas dalam ingatan..

kenapa setelah 3 tahun baru nak tinggalkan?
tidakkah rasa sayang selalu ada?
kata nak sehidup semati..
tapi kenapa sekarang kau khianati..

hanya Allah tahu apa yang ku rasa saat ini..
teringat kembali masa mula2 kenal dahulu..
mmg hati terpikat tiada duanya..
ku setuju menjadikan kau sebahagian dr hidupku?
tapi kenapa sekarang nak berpisah???

bagaimana kehidupanku..pahit manis hidup tak dapatlah=gi dikongsi bersama..
bagaimana nasib sofia dan merah tanpa mu???bengong aku bengong..
termenung pada hari jumaat yang mulia.
penghulu segala hari tapi kenapa dan mengapa hati ini sayu mengenangkanmu..
haruskah kita berpisah?
sudah tak adake jalan penyelesaiannya..?
hati merintih pedih..
jumaat tanpa kata dan gelak tawa.....

apakah ku yang bersalah?
adakah ku tak cukup sempurna bagimu?
adakah ku tak perfect menjagamu...
arrggggh sungguh ku sedih..
kepada siapa nak mengadu?takkan nak heboh satu blog??
biar semua tahu aku sedang sedih...

lantas ku capai handfon untuk menelefon seseorang.
untuk meluahkan kekecewaan yang tak terbatas..
''
''
''
''
papa...
mummy nak minta maaf..
bukan mummy tak mahu jaga tapi mummy
tak sengaja...
mummy tahu papa tak marah..tapi mummy yang sedih...
''
''
''
''
''
''
''
mintaa maaf papa
mummy tak sangka 
camera canon2 rosakkkkk!!
waaa aku sedih.
kamera kompak2 dah 3 tahun umurnya.skang lens dia rosak?
mcm mana nak amek gambar papa,mummy,sofia n merah?
takkan nak kena beli baru..larikkkkk budget!


arituh hp rosak...la nie kamera plak.rosak.dahlah suka amek2 gambar budak tecik 2 org tuh..jgnlah pasnie apa plak nak rosak.huhuhu sedey sob sob sob..dahla dekat nak raya pulak..tapi skang kamera ada kot yang mahal n lebih 12mp??adakan..iadakler mampu nak rempat DSLR...tunggu tunggu menang peraduan idak ada plak..ari2 menang ipad jer dlm peraduan dutch lady kumpul huruf dan menang..tapi ipad payah gak nak usung..gambar bila amek mlm2 bukan cantikpun..huhu




sejukk

Sejuknyer bilik kursusnie..bawah paras beku dahnie...td mkn pun tak bleh bernyawa sbb idung sumbat dah..mummynie mmg dr dulu tak tahan sejuk even badan penuh daging tapii lepas 3 hari atau lebih dlm aircond pasti tak sihat...huhu..nie mcm selesma sudah..

kepala berat semacam..kursus nie mmg bosannnn..

minggu sibuk...

Last 2 week sibuk dengan kesihatan yang tak bape molek..minggunie naik2 kerja bersilat ngan kerja2 yang tertunggak n semasa..n kebetulan pula minggunie berkursus..hohoho sangatlah sibuk..

tapi sesibuk mana mummy wattak geti n cool ajer.hehe bleh perlahan2 merangkak2 ke blog2 kengkawan semua..n adalah follower2 yang mummy tak balas kunjungan akan mummy perji jenguk slow2...n especialy to my gsf lah...banyak lagi hutang kat blognie..nak update semua ahli2 gsf,nak bw segmen,nak lawat blog2 kengkawan yang mummy seronok baca tiap2 hari..hehe banyaknyer kerjakan?

anak2 plak dah ke taska minggu nie..mek merah mengamuk sbb lama dah duk ngan mummy..hohoho..bila masuk taska terus meluru keluar peluk mummy kta jgn tinggal dia..manyakkk sedey wooo..si sofia lak biasa jer sbb tak geti cakap lagi..wink wink..

oklah semuanya cabaran tok this week..ku nak g kursus dulu..tata!

tolongg..tolong..

Assalammualaikum sumer..just nak mintak tolong..mummy sebenarnya nak buat reply kat kotak komen..bila org komen2 kita balas ket situ terusjer tapi bila dah tgk coading mmg tak pandailah..ada perkataan "reply comment"tapi bila klik tak bleh plak..

nak buat sbb mudah tgk tutorial nyer tapi tak paham tang blog ID yang kena masuk..tak dapat buat..mmg aii tak pandai uolz..huhu nanges!siapa baek ati nak tolong?

ADMMITED WARD!



Tak sempat tulis banyak
kemudian mummy story..
warded 22.05.2012
hospital besar putrajaya.
ward pediatrik.
sofia do further checkup for MRI/Ct Scan

alkisah daging

Semalam mummy n hubby g lah pasar..nak g beli lauk mentah sikit.
so belilah aper yang patut mcm ayam,ikan n sayuran cket.

Agak payah gak nak carik lauk sebab hubby kaki masih sakit semula..masa kitaorg g makan2 buffday dia arituh dia termakan benda2 yang patut kena pantang mcm kacang panjang,daging..
natijahnya sakitlah balik kakidia..huhu kesian

Pastu pas beli barang balik lah umah n mummy terus masak.masak ayam sos tiram n ikan selar masak pindang..
patu mummy bersih2kan lauk2 yang beli tadik.

Tetiba ada plak kelibat DAGING..aik mana datang dagig nie bie??mummy tanya hubby.."eh mana ada kita beli daging?"
alamak nie mesti org kat kedai salah letak..tapi ikan selar betul plak..ada 5 ekor n sederhana besar..

"Abis mcm mana nie nak masak ker tak?"eii mana bleh makan barang bukan kita punya nanti berah ceroh"kata hubby.."kesian plak yang beli dagingnie..dahlah daging batang pinang n sekilo..kalau kat sini mau RM20++..kesianlah"kata hubby lagi..mummypun pikir betul gak kata enchek suami tuh tak baik amek kalau bukan hak kita..makan nnt jadik darah daging plak..

"Kita pulanglah esok(tengaharinie g semula pasar tuh..Bagijelah kat penjual daging2..semalam 1 gerai jer bukak.mana tau yang beli daging semalam datang tuntutkan.harap2 yang beli daging2 datang kembali tuntut hak dia kat penjual daging2 harinie..wallahualam..

Kami berdua tak makan daging 2...hehe senyum sampai ke telinga..hohoho
si pembeli sila amek daging anda di pasar gerap P8 putrajaya.gerai daging yang ujung sekali dekat dengan gerai santan!hoho mana taulah si pembeli ada plak blog..merapu!




p/s
kenapa kat dashboard aku takder comment ek..tapi buka blog ada..aku ter remove semua komen pagi nie.tulunnn..mcm mana nak publish komen2 korang ek?

marah dalam hati

salam rabu semua.kejapjer dah rabu..nie mummy nak cerita pasal semalam.semalamkan selasa..kat pjayanie ada pasar tani,..

ngah jalan2 carik lauk berpimpin tangan ngan hubby sambil mata meliar dok carik aper nak masak mummy kata "bie arinie kita beli lauk biasa2 jer ek."
bukan aper takut dia nak makan belut lagi.hahaha

lepas beli lauk basah mcm ayam,ikan,sayur2 hubby kata"jom kita g tgk makanan siap plaklah"kot2 leh beli pape.."
sedang pilih2 buah2 mummy nampak sorang pompuan ngah preggy.
anak dia ramai dalam 4org masuk dalam perut.muka dia masam kelat.

masanie kami kat tempat ayam "uncle bob"ramai org beratur nak beli ayam2.aper tah istemewa sangat.mummy dekat2 situ kat gerai buah..mummy tgk anak2 pompuan yang preggy2 kata

"mama...mama..nak ayam nak ayam jugak"
pompuan2 wat donno jerk.(wat tak tahu)
pastu budak2 cakap lagi.mama nak ayam sambil2 entak2 kaki n goyang2 badan.

sampai 3,4 kali budak2 merengek2 sbb belum turn lagi pun nak beli ayam..pompuan preggytu pun kata.

"BODOH KAU!!TAK PAHAM BAHASAKER?AKU CAKAP NANTI..NANTILAH.KAN RAMAI ORGNIE??''
sambil dia maki2 sambil tangan dia tunjal2 kepala anak2 dia yang merengek2..

aduyai sesungguhnya aku sedih tgk.sebagai sorang ibu perbuatan mcm2 aku tak leh terima!cubalah diplomasi cket kata mcm nie
"sayang...ayam2 ngah goreng..pakcik2 tgk..tgk..kesian dia berpeluh2 goreng ayam"nnt upin ipin kata "sabar sabar sabar"
takpun kata mcm nie"sayang..kejapjerlagi kita makan..nie nnt mummy beli banyak2 kita makan kay"panaslagi ayam2 nnt sakit mulut makan=)

kalau koranglah jumpa mak mcm nie mesti anggap mcm mak tirijer dia nie..dahlah marh anak pastu siap sekel2 lagi kepala anak.astagfirullah al azim.manalah sifat sabar n lembut sorang ibu??


pada 2 anak2 mummy..mummy harap dapat jadi ibu yang lebih berdiplomasi tetapi tegas pd u all berdua..n ibu2 kat luar jangan kita buat mcm pompuan td.dahlah mengandung.maybe dia agak tertekan sbb letih n tanpa suami disisi menolong.tapi apapun anak2 jgn dimaki2 mcm2 n harus lebih sabar.

bila tgk muka anak2 dia mummy jadi sebak.apelah yang mereka tahu=(

Doakan Mereka=(

hidup kat dunianie kalau tak ditimpa dugaan memang tak sah..kaluu masa studi dulu dugaan ngan exam,kelas,assigmt,dll.

n bila bercinta n bertunang dugaan plak lain caranya..n berkahwinpun sama jugak..tapi bila dah ada anak bila dugaan datang pada sang ibu mmg sangat2 mencabarlah..

bayangkan kalau apa2 jadi pada anak kita dmm ker atau benda2 lain mmg lah sedih sangat..sekarang alhamdulillah anak2 mummy sihat2 jer tapi mummy nak rakamkan rasa sedih sbb ada antara rakan2 blogger yang anaknya sakit..demam kuat..


aerish n aed..comelkan bila diaorg dua nie senyum..pagi tadi kul 3.30am eb post entry kata kena high fever..kesian mummy doakan mereka cepat sembuh.kwn2 juga berdoa k..
bleh terjah blog EB




sorang lagi dr anje


kesian tgk aqish=(susahnya mama dia nak dapatkan katil kat hospital sb penuh ajer..kena high fever jugak..

n yang terbaru mummy dapat tau dr blogger citarasa rinduan.
yang amy dr sinar raudah
jugak diserang demam panas..



dan lebih serius katanya denggi..harap tak betullah aper mummy dengar tapi alhamdulillah kak ayu dr citarasa rinduan post plak kata amy dah semakin pulih.alhamdulillah n mummy doa semoga cepat sembuh...




sayangnya kat opis tak bleh bukak blog yang .com so tak dapat nak buka blog sinar raudah.
n minta tolong gak hentikan berita palsu yang konon amy sudah tiada...siapalah penyebar palsunie.sabarjerlah..

so doakan yang terbaik untuk mereka.mungkin sekarang mereka ditimpa dugaan Allah n esok lusa mana tahu kita pula..minta dijauhkan...ameen.

*pada eb,anje,n kak ayu dr citarasa rinduan nurul minta izin copy gambar n artikel dr fb yer...tq

kenapa umah aku yang kau pilih???...

ekceli kejadian nie last week jd..minggu sebelum kejadian mummy dah nampakdah kenapa umah aku banak binatang terbang2 mcm penyengat jer..kuar masuk dalam bilik..

pastuh aku wat derk jelah.n sesekali tgk2 eh??tak derdah binatang terbang tuh..haa oklah kalau takder.aku tidokan humaira n sofia dalam master bed n bukak sikit tingkap supaya udara masuk..taklah berwap.maklumlah sekarang musim panas.berwap.tp putrajaya ttp ujan..

pastuh merah bangun main2 kat luar tinggal sofia dlm bilik..sesekali tgk2 dia.ok nampaknya..pastu merah g dalam bilik..mummy rasa dia nak kacau sofia..pastu dia tarik tangan mummy n tunjuk atas tingkap n kata "mummy ape tuh??"

mummypun beristighfar panjang....astaghfirullahalazim...dalam banyak2 umah napelah umah aku yang ko pilih..BANYAKNYA TEBUAN!!tapi bila selidik2 n telepon papa yang ngah kerjalagi minta dia alik.mmg besar gila sarang dia n ada bunyi bzz bzz bzz..

bila papa balik rupanya lagi bahaya dr TEBUAN..rupanya LEBAH panjang yang kalau kena sengat...bleh masuk sepital!ooo no no no anak2 aku ngah syok2 tido dalam bilik itew!

pastuh bila hubby balik dia terus col maintainance..n maintainance datang sorang jer bawak penyembur..dia minta kami sekeluarga keluar dlm beberapa jam..g lah memana asal jgn kat umah..sbb bila dia spray takut sang lebah marah n berterabur lari n sengat=(

uuuui takutt ooo..kamipun makan kat luar n bila balik umah nielah hasilnya..



sorry gambar tak bape clear..masa kat sarang mummy tak amek gambar..takooot!nnt kena sengat bahaya..

agaknya berapa banyak ekor ek??beratus2 kot..kutip2 lagi lepas tuh sang lebah..3 bekas penyodok gknya  beribu ekor??ke mummy kena wat contest teka bape ekor??x kuasa aku..hehe alamatnya tak bis kira..

tapi mmg mummy bersyukur mummy,merah n sofia selamat..alhamdulillah allah bg perlindungan pd anak2 mummy=)
so selepastuh tutup jer tingkap umah sb fobia!

maira kena jangkitan tuh

nie barulah sempat ku bercerita..keadaan tak mengizinkan nak updated blog..bis smua kerja bertunggak..

malam isnin lepas n 2 malam sebelumtuh mummy tak dapat tido sb mek merah mcm merengek n menangis sepanjang malam.tengok air liur banyak di mulut..mummy ingat dia sakit gigi so amek bonjela n sapukan pada gigi..dia still menangis..esoknya hari isnin mummy tak g kerja n decide nak g klinik jerk..

dengan langkah longlai sb tak cukup tido mummy kerahkan juga diri g klinik sbb tak sedap hati gak tgk maira..dia tak minum langsung susu atau makan dalam 4 hari..n tak aktif mcm biasa..

mummy pelik tgk sb biasa mmg merah sangat lasak orangnya..tapi kalinie beza cket..so pas g doktor sahkan merah kena jangkitan kena kuarantine kat umah..

aduh bab2 kuarantine nie daku mmg risau sb memikirkan kerja yang berlambak2 di hujung bulannie tetiba kena EL atau MC...maira kena jangkitan kaki tangan dan mulut..mmg kumantuh dah g kat mulut..bila tgk mulut dia sangatlah penuh ngan ULSER!!

patutlah dia tak lalu nak makan n agaknya sakit sangat..mulutpun mengangajerk..bila doktor kuarkan surat..mummy terus g admin kat opis n mintak pndpt kalau-kalu dapat apply cuti KUARANTINE..alhamdulillah nampak jalannya

so opis suruh g jumpa pegawai kesihatan kat p11 n g kat pejabat kesihatan putrajaya n bawak surat doktortuh..kami menunggu dalam 30 minit pegawai tuh.masa tuh dah jam 4.00 petang masilh lagi 13/06/2011 hari isnin..sebaikjer dah disahkan kena kuarantine so mummy terus g opis mintak cuti..

n bila pegawai kesihatantuh cek2 merah mmg banyak bintik2 kat badan dia n disyaki dijngkiti di nurseri tempat dia duduk..tak de plak mummy dengar paper sebelum nie..so pegawai tuh ngn baek hati bg mummy cuti 10 hari sampailah rabu nie tuk jaga merah kat umah..

so cutilah mummy dr buat apepun..dengan keadaan mummy sarat tunggu hari nak bersalin nie kena plak jaga merah
alhamdulillah mummy dapat jaga dia ngan baik n dia dah okey sabtu lepas n kembali aktif seperti biasa..mummy lega dia dah chat...oooh lupa setelah org jabatan kshtan datang ke nursery tuh didapati ada beberapa org dijangkiti penyakit tuh..

so nursery harus ditutup 2 hari untuk kerja2 penbersihan tempat menyeluruh..mummy tak salahkan nursery..dah nak kena..mybe ada budak yang bawak dr luar..janji pas nie mummy hantar merah nursery dah bebas dr pnykt2..

*pssst adaker yang carik mummy di blognie?huhu..n pada yang carik sb GA sori kay sbb tak berkesempatanlagi nak update..

Debaran Terasa..

asmekum semua..selamat pagi senin..biasalah pagi senin nie mood nak kerja non ado..

so pagi2nie mummy g check up 33week..bia nengok angka 3 kat depan jadi seram pulak..btw,semua check tadi okjerk.arinie tak scan baby..minggu ke 36 nnt baru scan..

result tadi cek semuanya memuaskan..berat still tak bertambah dengan banyak..tak sampai 1 kg pun.sepatutnya 2minggu naek dalam 1 kg tapi mummy kurang dalam setengah kilo.tapi tak terlalu ketaralah..nnt dah pantang masak nak turunkan berat badan pulak..huhu..

cuma ada gak yang buat mummy sedikit bimbang..nurse tanya "puan bersalin nnt kat mana?mummy jawap mcm anak pertama kat hsptl pjaya..n nusepun jawab"kat hsptl kajang ngah renovate kemungkinan penuh masa puan nak bersalin nnt..putrajaya n serdang mybe penuh..kalau penuh puan kena g hkl atau hukm...uiii masak mummy kalau betul masa nak bersalin nnt penuh..tetiba rasa takut pulak=(

harap harap ALLAH permudahkanlah semuanya..kalau masa merah dulu mummy masuk labour room jam 1.00 pagi..n sakit jam 4.00pagi lebih kot n bersalin jam 7.15pagi..masatuh mmg tak penuhlah ward..mujur.rezeki mummy..kalinie blehplak hsptl kajang renovate..takut yang kat kajangtuh datang kt pjaya plak n serdang.jadi penuh...errrk mintak jauhlah..

harap baby 2nd nie mcm merah dulu..diberi kesenangan bersalin n lancarjer semua urusan

kalau ditakdirkan rezeki adek merah nnt di pjaya lahirlah dia di pjaya..

*bagi GA 3rd anniversary mummy tuh 09.06.2011 mummy nak tutp terus taw..n 10.06.2011 mummy nak umumkan keputusan..pastuh terus post hadiah.mummy tak mau tunggu2 sb takut mummy bersalin awl..*

sebab pengalaman lepas masa lahir humaira masukjer 37minggu mummy dah bersalin..cepat n nurse kata kira anak num2nie sama jer ngan yang pertama atau lagi cepat..erkk..risau

masyaallah orang yang mcm inipun adake??

ngah jalan2 blog walking kat umah yang mummy follow sambil baca2 entri menat=rik terjumpa satu blog yang ceritakan soarang makcik yang kononnya berbangsa melayu dan ISLAM menghina agamanya sendiri..tak patut sungguh..

mummy yang kemudian g kat web makciktuh n melihat banyak gambar2 yang menghina agama ALLAH,KAABAH n rasul terakhir NABI MUHAMMAD S.A.W..aper ke teruk benar yea perangai makcik2?nak buat pripa ker supaya org sume masuk blog dia??tak senonoh betul...betul2 menghina agama ISLAm tapi yang peliknya bila ditanya agama apa mengaku plak"islam"..nama diapun makcikhajjah..eii geram mummy!


tapi mummy rasa dianie bukan islamlah n menganut agama lain.tapi walaupun menganut agama lain tak layak menghina kesucian islam..tapi yang benarnya takpayah layan org cenggini tapi kenalah pihak bertanggungjawab bagi amaran n ambil tindakan kat org mcmni..


k lah kalau u all nak baca bleh klik link kat bawah...tapi dengar2 ada yang kata tak bleh bukak..

Al kisah Manik

gambar diamil dr google
n blog kedaisus.blogspot.com
''
''
assalammualaikum n selamat pagi isnin semua..arinie sangat bz pepagi dok siapkan humaira n semua barang keperluan dia ke nursery..

alkisah ttg manik berlian cam pic kat atas nuh..dia dok mintak bekas mickey mouse nanges2 nak bakul kecik gambar mickey mouse masa mummy ngah syok gosok baju..so mummy amek n bgjer dia tanpa periksa dulu barang2 ada dalam bekas2..

sbb papa pun ada kat citu so bleh nengok2 kan dia..mummy tinggalkan jap dia rupanya dai dok sedap makan manik2..papa amek bekas2,maybe papapun tak perasan dia makan manik..isyk budaknie..nanges dia masa papa amek manik2 tuh n bekas2 sekali..mummy dengar dr bilik n terus g pada dia..

terkejut beruk mummy dengar rupanya dia dah telan manik2..masyaallah..papa kata nnt mesti kalau berak kuar beberapa biji berkilat2 kat najis dia.nak tergelakpun ada tapi mummy risau gak..sib tak tercekik..aduyai macam2l;ah mairanie!

salah mummy jugak..skangnie makin kerap dia masukkan semua benda pelik dia jumpa..eiii risau btul..tangan dia cepatjer masuk dalam mulut!

maira kena rashes teruk sangat!

semalam amek dia kat nursery teruk sangat ruam kat tempat tuuut dia..masa alik tgk dia pelik sb jalan terkangkang kangkang..bila sampai umah bukau pampers...wahhh ruam gila teruk!

mcm terbakarjerk..cian dia..n dia kena cirit birit..lagi 1 mummy tak salahken nursery sb ada g pakar kanak2 ari2 tanya ttg batuk2 dia yang tak baik2 n dia bagi antibiotik kuat katanya,..n menyebabkan anak kesayangan mummy tuh muntah,cirit birit n ruam yang sangat membimbangkan..

najis dia tak berbau n cair..sb tuh masa kat nursery org sana tak perasan.mmg tak blehlah nak salahkan nursery..teruk btul effect antibiotik2..n mummy dah stop bagidia..dahlah arinie kamis baru..ada sari lagi dia kena hantar n mummy kena bawak dia g doktor semula..

malam tadi sik nanges jer takmau pakai panmpers..n mummy tak pakaikan lena dia tido..kalau tak dok kata gatal2,sakit2..sib lah dia retidah gtau kat mana yang sakit..nie kepala pusing2 dok memikirkan dia jer

AMARAN PENTING!BERMULA 25JUN 2011 BLOG YANG TAK MENGGUNAKAN AKAUN GOOGLE (GMAIL)AKAN DIHAPUSKAN

Harinie mmg mood blogwalking jerk n masa singgah kerumah kawan2 n sambil kumpul2 ilmu yang bermacam2 especially ttg preggy,pantang n breastfeeding..terlihat satu tajuk yang blehdikatakan sangat penting n gerun membacanya

AMARAN KERAS!MULAI 25 JUNE 2011 SEMUA BLOG YANG TAK MENGGUNAKAN AKAUN GOOGLE(GMAIL) AKAN DIHAPUSKAN!!

Waduhh tajuk tak menahan..katalah akaun blog mummy kena hack atau terdelete blog lagi sekali??masak2..nak tahu tak arituh pasai nak buat AUTHOR sb tak bleh nak upload gambar tetiba jer blog mummy terdelete..rupanya mmg kan pc mummy banyak virus n chache..so bila dah bersihkan n delete history data internet option tuh okdah semua..

so skang mummy guna akaun yahoo tuk blog mummy.kedua2nya..so skang mmg kena tukarlah sebab 25june dah tak lama.nak tak nak mummy kena cuba n try sekali lagi masukkan author sbb tujer cara nak selamatkan blog..

mummy jupe artikel nie kat blog


jadi koorang bleh klik LINK kat atasnie kalau nak tahu lanjut..memang banyak membantu tau..n korang2 yang ada blog minta perhatianlah ngan perkaranie..mummy tolong2 sebarkan..so skang mummy ada 2 author satu hezrina83 satu lagi wan nurul hezrina jadi mummy dah lega kay akhirnya dapat tukar n takde mslah nak upload gambar..

n pada sesiapa yang ada mslah nak tukar author...sebelum tukar g kat internet option yang korang guna(mozilla,eksplorer,chrome) g kat HISTORY kat menu bar n click pada show all history n bleh delete semua historylah(atau pilih2 lah history yang tah pepe,mcm mummy banyak yang chache dalam web2 yang pernah mummy buka)..n satu lagi g pada tools n klik pada option..carik advance n pada encrption ada bhgn protokol ada 2 kotak SSL3 n TLS1..so tick kat 2,2 kotak bagi kelancaran link,coding n image dr internet okey..

so bhgn author step tuh korang bleh klik link yang mummy bagi kat atas...semoga semuanya dipermudahkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in