Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Showing posts with label Sayur-Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayur-Sayuran. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Tanaman Sayuran dan Lada Tahun 2012 dari Hobikebun

Ucapan salam dan selamat menyambut Ramadhan kepada semua. Saya ingin memohon maaf kepada pelawat blog ini kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini untuk tatapan kalian. Kerja yang terlalu sibuk dan ditambah dengan part-timer master student agak membataskan saya menjalankan hobi saya. Namun ada juga kesempatan juga untuk meneruskan hobi ini.

         Catatan 2012 dimulakan dengan info tanaman saya sepanjang 2012 sehingga Julai. Saya mulakan dengan projek tanaman sayuran di dalam kotak polisterine terpakai ini. Projek menggunakan bahan terpakai ini mampu mengeluarkan hasil yang mengagumkan. Yang pertama adalah kailan. Lihatlah hasil tanaman kailan saya seperti gambar di bawah. Medium tanaman saya gunakan campuran sabut kelapa dan juga tanah bakar yang dibeli dari nursery di rengit.



        Yang kedua adalah tanaman sayur (sawi jepun). Ada 2 kotak saya gunakan untuk tanaman ini. Gambar menunjukkan anak-anak sawi jepun agak sihat membesar di dalam kotak polisterine ini. Saya akan update hasilnya nanti dalam catatan akan datang



          Tanaman lada besar seperti gambar dibawah juga sedang giat diusahakan. Benih saya beli dari pasar rengit. Ada satu gerai memang jual anak benih lada , beg berisi cocopeat (3 beg 10 ringgit rasanya) dan baja fertigasi. Saya beli 10 anak lada besar dan satu set baja cecair fertigasi (set A dan set B) untuk eksperimen kali ini. Buat masa ini pembesaran masih dipantau. Media tanaman saya guna campuran sabut kelapa dan tanah bakar yang dibeli dari nursery di rengit. Lain kali nak test pakai media yang lain pula untuk dibuat perbezaan nanti.



            Bagi sesiapa yang ada kotak-kotak polisterine yang tak guna tu saya cadangkan gunakan ia untuk tanaman sayuran anda. Anda pasti akan suka bila melihat hasil tanaman anda nanti.

Friday, November 13, 2009

Kangkung , Terung dan Kacang Panjang

Catatan kali ini , saya akan menceritakan aktiviti penanaman terung , kangkung dan kacang panjang. Cuaca yang seringkali hujan juga membawa rahmat. Saya mengambil rahmat Allah s.w.t ini untuk manambah koleksi pokok dan sayur di kebun mini saya. Antara tanaman baru yang saya selitkan di kebun saya adalah:

1. Kacang Panjang

Kacang panjang mempunyai khasiat yang sangat banyak antaranya mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan mineral serta baik diamalkan oleh penderita diabetes. Manfaat lainnya adalah melancarkan pembuangan air besar dan menurunkan kadar kolesterol. Masyarakat Melayu terutama kaum Jawa suka menggunakan kacang panjang untuk makanan popular mereka iaitu pecel (saya pun suka).Dengan harga RM4~6 sekilo saya mengambil inisiatif untuk menanam kacang panjang di satu sudut kebun saya. Gambar di bawah adalah 'screenshot' pokok kacang panjang saya yang baru berumur 3 minggu.



2. Terung Panjang

Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat. Pokok yang saya tanam ni adalah terung panjang. Di Felda Nitar 01 ( rumah ibu saya) mereka mendapat projek untuk menanam sekitar 20 pokok terung dan hasilnya akan dijual kepada pemborong. Di bawah adalah gambar pokok terung saya yang saya tanam dalam polibag.



3. Kangkung

Kangkong sering digoreng untuk masakan . Rempah atau cili dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.Antara masakan yang popular dan juga kesukaan saya yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan atau pun sering digunakan untuk Yong Taufu. Saya sudah lama menanam kangkung sejak berada di sekolah di Nitar 01 lagi. Kangkung perlu sentiasa disiram untuk hidup lebih subur. Ia boleh ditanam sama ada dengan biji benih ataupun dengan menggunakan keratan akar. Saya menggunakan kadeah biji benih untuk menaman kangkung di kebun saya. Alhamdulillah baru seminggu saya semai lihatlah hasilnya pada gambar di bawah. Saya tanak dalam dua baris ( lebih kurang jarak 5 inci antara baris). Musim hujan ni jarang saya siram. Inilah rahmat Allah s.w.t. Tak sabar nak buat lauk kangkung goreng.

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...