kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..
Showing posts with label izzah. Show all posts
Showing posts with label izzah. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

cita²…

salam uoollss… dah lama ita tak wat n3 kan?? huhuhuhuuh… banyak kekangan laa… at the same time ita kangen sama u orang..
kehkehkehkeh…
ita nak cite sket ngan korang pasal cita²…

sebenarnyer ita nak cite pasal cita² Izzah… dulu masa die memula masuk skolah, die cakap die nak jadik CIKGU… ok fine!! ita dulu pon penah ada cita² nak jadik CIKGU, PILOT, TENTERA, POLIS, DOKTOR, PEGUAM, AHLI PERNIAGAAN, SYSTEM ANALYST dll… huhuhuhuuhuh…. apa yg ita cube nak sampaikan ialah budak² takkan ada 1 cita² yang tetap… cam Izzah, die cume nampak CIKGU setiap hari… & die kagum dgn cikgu.. sebab tu die nak jadi cikgu…

tapi, baru² ni, die cite ada DOKTOR GIGI datang kat skolah die… & terus die tukar cite² die.. die nak jadik DOKTOR GIGI..….

ita ni punye la sengal… saje je nak test die…

“nape kakak nak jadi DOKTOR GIGI & tak nak jadik cikgu?? jadi cikgu kan best… kalo hari guru, kakak dapat hadiah BANYAK sangat dari anak murid…”

tak nak la mak… kite nak jadik DOKTOR GIGI…”

ok. kalo betul kakak nak jadik DOKTOR GIGI, gigi kakak kene bersih.. kene rajin gosok gigi.. gigi kakak tak boleh rosak..”

pas tu 2-3 hari lepas tu, kitorang tgk cite AWAN DANIA… ita saje je nak test die lagik…

kakak, kakak tanak ke jadik cam AWAN DANIA tu?? best tau… boleh naik kapal terbang banyak kali… boleh gi jalan².. lepas tu kakak boleh belikan mak hadiah banyak²…” sengal kan MAK IZZAH ni??? hhuhuhuhu..

kite tanak la mak… kite nak jadik DOKTOR GIGI…”

kesengalan MAK IZZAH  ni makin memuncak… time tu Izzah tgh tgk video klip STACY sambil terjoget² dgn Iyyad…

kakak, kakak taknak jadik macam STACY ke? boleh menyanyi²… joget²… dapat duit banyak.. boleh kakak belikan mak rumah besar, kete besar…”

mak ni!! dah brape kali kite cakap… kite nak jadik DOKTOR GIGI la!!!”

OK FINE!!!!"

ehehehehhe… sengal tak MAK IZZAH tu???

Wednesday, March 16, 2011

Adakah Anak Kita Tahu, Kenapa Mereka Perlu Pergi ke Sekolah?

menarik..sangat menarik.. ita terbaca n3 ummu solihin
bagus jugak n3 tu...
meh ita petik sikit ulasan ummu solihin


Anak-anak kita perlu tahu SEBAB SEBENAR, mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Seandainya mereka tidak tahu perkara yang sebenar, maka akan timbullah, jawapan-jawapan seperti ini. Semua jawapan di atas bukanlah sebab sebenar mengapa anak kita perlu ke sekolah. Dan semua alasan-alasan seumpama ini, tidak akan menimbulkan keseronokan kepada anak-anak kita, mengapa mereka perlu terus bersekolah dan mengapa mereka perlu terus belajar.
Sekiranya mereka tahu sebab sebenar, mengapa mereka perlu ke sekolah, mengapa mereka kena belajar, mengapa mereka perlu menuntut ilmu..Apakah ganjaran yang akan mereka perolehi jika mereka pergi ke sekolah..InsyaAllah, semangat mereka akan berkobar-kobar untuk ke sekolah. Mereka akan suka dan seronok untuk belajar. Bukan sahaja di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja. Mereka akan terus belajar dan belajar, sampai ke akhir hayat mereka. Kerana mereka menghargai nilai ilmu. Kerana mereka tahu ganjaran untuk orang yang bersusah payah menuntut ilmu.
Namun persoalannya,
Apakah sebab sebenar anak kita perlu ke sekolah?
Dan apakah ganjaran yang akan mereka dapat sekiranya mereka pergi ke sekolah?
Saya buka soalan ini kepada sahabat-sahabat. Mari kita berkongsi ilmu dan pendapat tentang topik ini. Tinggalkan komen bernas anda di bahagian komen, samada di blog atau di FB. Jawapan sahabat-sahabat  sangat membantu ibubapa yang lain. Mari kita sama-sama muhasabah diri untuk menjadi ibubapa yang dikehendaki oleh Allah swt.

adakah izzah tau sebab sebenar die kenapa die kene pegi skolah???

p/s: auto publish

Tuesday, March 15, 2011

aku pulak yg kene... part 2...

rentetan dari n3 yang lepas, ita nak story sambungannya...
ari sabtu lepas, lepas ita balik dari kenduri kat batu caves, ita dapat call dari pembantu guru tabika tu...
die marah²...
aduhai.... sakit hati rasanya bile denga die marah...
die cakap, ita ni memandai² buat komplen..
katenyer kredibiliti die sbg guru terjejas...
die cakap jugak, kalo ada masalah, jgn terus bawak ke federal @ state...
berhubung dgn die guru...
ok fine!! aku pulak yang jadik mangsa...
niat ati aku nak tolong die.. nak percepatkan proses pengambilan guru sekaligus leh la ringankan beban die..
yang die plak leh plak sound² aku... hangen jugak badan aku....
pembantu guru tu cakap, die kene bambu ngan district...
4 sure la district kene bambu ngan federal @ state kan???
sememangnya bagus jugak district tu kene bambu... staffnyer LEMBAP NAK MAMPOS!!!
dah la langsung tak bagi apa² update kat parents.. buat keje terhegeh²...
email yg aku kasi tu kat state ngan kat district... cc kat federal...
tapi, yang balas federal...
APA KE JADAH NYER WEI!!! sah² la nampak sangat district tu lembap buat keje... aku serius tgh hangin skang ni...
die cakap die kene marah sebab biarkan budak² tu keluar....
HELL-LO!!!! dah terang² kat email tu aku cakap aku tak salah kan guru...
ni yang buat aku bengang ni...
tp, by phone ita takde la melenting cam ni..
kene la hormat die as a teacher.. lagi² cikgu izzah plak tu....
ita siap cakap lagi...
kalo die tak puas ati, nanti ita print email & kasi kat die...
smlm petang ita kasi email tu... cikgu tu pun takde call sampai skang...
hubby suh mintak maaf kat cikgu tu...
tp, ita malas... boleh??? ita tak cakap ape pon...
just hulur sampul surat yg ada email tu kat cucu die & terus pegi...
hajat hati nak call district... tp, lom ada masa...
sat g plak nak gi agrotek ada team building sampai ari khamis....
ari sabtu plak ada family day kat wet world shah alam
tunggu la minggu depan.. tau la nasib district camne..
nak aje aku hamun kan....


p/s: auto publish... ita da otw ke agrotek...

Monday, March 14, 2011

aku pulak yg kene... part 1...

salam uoollsss...
pagi td mood adalah tak brape memberangsangkan..
berikutan kejadian yg berlaku on saturday saturday afternoon...
terbawak² sampai ari senin nan indah ni...
sebelum tu, baca email bawah nieh....
email ni ita yg anta... ari selasa minggu lepas...

From: cute virus <cutevirus8@yahoo.com>
To: ppdpetaling@jpninselangor.gov.my; tabika@jpninselangor.gov.my; aduan@selangor.gov.my
Cc: azman@jpnin.gov.my; samuri@pcb.gov.my; sirec@pcb.gov.my; normz@pmo.gov.my
Sent: Tuesday, March 8, 2011 12:21:57
Subject: Fw: ADUAN : Tiada Guru Di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam.

Salam 1Malaysia.

Saya selaku ibu kepada salah seorang murid yang sedang belajar di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam ingin melahirkan rasa kesal saya kerana ketiadaan guru di tabika berkenaan.

Setelah masuk bulan yang ketiga sesi persekolahan, hanya seorang Pembantu Guru sahaja yang bertugas. Saya difahamkan terdapat 2 Tabika Perpaduan di Shah Alam yang diuruskan oleh seorang Pembantu Guru.
Saya bukannya mahu mempersoalkan kebolehan Pembantu Guru, tetapi dengan kapasiti murid seramai 20 orang dan hanya dijaga oleh seorang Pembantu Guru, bagaimanakah Pembantu Guru berkenaan mengawal keadaan jika berlaku kes-kes kecemasan?

Semalam (Isnin 07 Mac 2011) saya telah mengambil cuti dan saya telah ke tabika berkenaan untuk mengambil anak saya. Saya tiba 1/2 jam awal dari waktu persekolahan tamat. Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat beberapa orang murid lelaki telah keluar dari kelas dan bermian di luar tanpa pengetahuan Pembantu Guru berkenaan. Nasib baik pada ketika itu, pintu pagar tabika berkunci.

Bagaimana jika berlaku kes serang murid tadika (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/14/mstar_berita/20100313215742&sec=mstar_berita) berlaku lagi?

Dalam kes ini, saya tidak meletakkan kesalahan kepada Pembantu Guru berkenaan kerana manakan boleh seorang Pembantu Guru mampu menguruskan kelas dalam pada masa yang sama mengajar 20 orang murid.

Persoalan saya :-

    1. Bilakah Guru pengganti akan memulakan tugas mengajar di Tabika berkenaan?

    2. Mengapakah pertukaran Guru Tabika di buat pada saat-saat akhir sebelum penggal persekolahan bermula? (Saya dimaklumkan bahawa Guru Tabika sebelum ini telah di arah mengajar ke Tabika Perpaduan yang baru dibuka.)

    3. Mengapa JPNIN tidak membuat perancangan teliti sebelum membuka Tabika baru dan menguruskan perlantikan baru Guru Tabika sebelum penggal persekolahan bermula?

Saya mengharapkan respons dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
-Ita-
Seksyen 24
Shah Alam.

pastu ari khamis ita dapat balasan email dari

From: Suraya Wen <suraya@jpnin.gov.my>
To: cutevirus8@yahoo.com
Cc: azman@jpnin.gov.my; Gandesan Letchumanan <gandesan@jpnin.gov.my>; Zulkifli Hashim <zulkifli@jpnin.gov.my>; Aduan (Korporat) <aduan@jpnin.gov.my>; Othman Saad <othman@jpnin.gov.my>; Ho Khek Hua <hokh@jpnin.gov.my>
Sent: Wednesday, March 9, 2011 12:56:00
Subject: Aduan-tiada guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.


Salam Perpaduan,

Terlebih dahulu, Jabatan mengucapkan terima kasih atas aduan puan pada 8 Mac 2011mengenai ketiadaan guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.  Untuk makluman puan,  ketiadaan guru di beberapa kelas tabika perpaduan adalah tertakluk kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru di prasekolah.  Sebagai makluman, pengambilan guru baru agak lambat dijalankan ketika ini kerana berlaku perubahan skim perjawatan guru di semua agensi prasekolah kerajaan.  Oleh yang demikian, guru sedia ada di beberapa kelas dipindahkan ke kelas-kelas baru bagi mengisi kekosongan guru di kelas baru tersebut.  Pemindahan guru ini juga melibatkan Kelas TP Seksyen 4, Shah Alam.  Namun begitu, Peg. Perpaduan daerah petaling memaklumkan, kemasukan guru baru ke kelas tersebut akan berlaku pada 15 Mac 2011.  harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Suraya bt. Wen
Pen. Pengarah
Bahagian Pembangunan Komuniti
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri

Tel : 03-88837149
Fax : 03-88888569
 so, apa korang rasa yang terjadi lepas tu ek??
nak tau?? ita cite next n3...
 

Thursday, February 24, 2011

mc yang pertama..

slamat pagi kengkawan....
mesti korang ingat ita yg mc ari ni kan??
bukan ita la...
anak dara ita...
semalam die dapat mc dari klinik...
sebabnyer petang selasa tu die demam panas...
39.7.. panas kan??
ita balik keje dalam kol 4.50ptg tu, ita tgk die dah melepek kat dpn tv umah nenek die..
dgn lengkap berbaju kurung & tudung (standby nak gi ngaji)..
pastu nenek die cakap badan die hangat..
memang panas sangat...
pastu die cakap...
mak, kite pening kepala...
hhhrrrmmm... nak kene bawak gi klinik ni... ita call hubby & ita pon suruh die salin baju.. takyah gi ngaji..
ita siap pesan ngan anak buah lagi... tolong cakapkan ngan ustazah yg izzah demam..
lepas je tukar baju.. die terus cakap...
mak, kite dah tak pening... tak payah la pegi klinik...
hangin nyer dengar....pastu nenek die cakap...
mane boleh tak pegi klinik.. badan kakak panas tu...
kitorang pon pegi klinik... time doc nak check, die tanak duduk kat sebelah doc tu.. berdri tegak je...
skali check temperature 39.7.. mak ai!!! tinggi nyer...
doc pon tanye...
pn nak masukkan sendiri ubat ke @ nak saya masukkan kat sini??
doc masukkan la.. senang sket.. kalo kat umah berperang nanti...
doc tu gelak je... doc suh die menonggeng...
melalak bukan main... cam orang nak operate die.. padahal supp (ubat vontot) tu macam wax.. licin.. takde la sakit bile masuk... siap jerit² lagik.. seb baik takde patient... pastu ita mintakkan mc utk die.. takut² die demam lagik esoknyer...
ni la mc izzah...
sampai je kat luar, die ajak balik... sabar lah wahai anakku... ubat belum ambik... bil belum bayar..
takkan nak balik...
pastu ada sorang patient yang tgh duduk..
die tegur..
anak akak kenapa??
demam... kenapa?? dengar die menjerit tadik ke??
haah.. sambil sengih²
bukan ape pon.. masuk kan ubat vontot je..
ooohh.. patut la...
sampai kat luar dengar die jerit.. sabor.. sabor...
dah setel sume.. kitorang pon balik umah... izzah merengek² nak susu.. hhhrrmmm.. dah skolah.. tapi isap botol susu lagik.. nasib.. nasib...
ita dah buatkan die susu, die baring dpn tv..
konon² nak tido.. bile iyyad kuar, die terkebil² pandang ita... nak kuar main jugak...
ita diam je.. wat tak tau je.. malas nak marah... die pon kuar.. siap bawak handbag & pakai heels die...
siap leh main² lagik... rasa badan die dah tak panas... berkesan betul supp tu...
esoknyer, hubby anta die ket umah nenek die.. ita call die dalam kol 12 cenggitu..
just nak check condition die.. takut panas balik..
skali tu dah elok dah.. siap gelak² lagi.. ita remind die suh buat keje yg ita dah sediakan...
ita da belikan die 3 bijik buku latihan.. ita dah siap²kan tulis ABC kat buku tu.. suh die siapkan every pages..
sudahnyer.. bile ita balik umah, keje tu tak siap gak.. rupenyer maen je die .. panas hati tau... kang meroyan kang..

Wednesday, February 23, 2011

bile kite nak halus???

di suatu petang di dalam kereta.... sepasang suami isteri bersama 2 orang anaknyer (seorang perempuan dan seorang lelaki) dalam perjalanan pulang dari kampung...
sedang si ibu dan si ayah melayan lagu di sinarfm...
tiba²..
mak, ayah.. bile kite nak halus?? soal si anak perempuan yang berusia 4 thn lebih..
ha??? halus??? si mak & ayah terkejut & pandang sesama sendiri..
ye lah... bile kulit kite nak halus & putih?? skang ni kulit kite kasar la..
nanti bile kakak dah besar, ayah belikan fair & lovely.. pastu kakak pakai yer..
oowwwhhh... bile kite dah besar ye?? bukan sekarang??
 yer.. bile kakak dah besar... sekarang kakak tak boleh pakai.. nanti kulit kakak rosak...
agak² korang tau tak sape sepasang suami isteri & anak²nyer tu???

Wednesday, February 16, 2011

JALAN² CARIK PASAL NAIK KOMUTER.....

owwhhh.. ini adalah n3 agak basi..
tapi, gagahkan jugak la ita apdet kan??  
sian korang... tertunggu² apdet dari ita.... (eh??? perasan je ko ni ita.... takde orang tunggu la!!!!)
ita sebenarnyer hangin tau.. sebab ape???
sebabnyer time nak pegi tu, kitorang berdiri... sampai la destinasi yg dituju...
mak ai...sedey kan???
dari shah alam... sampai stesen putra....
huhuuhuhuh... seb baik iyyad dok dalam stroller.. kalo tak, puas jugak la kitorang...
izzah merengek... sampai serik die nak naik komuter lagik...
lagipon, timing kitorang salah... salah kitorang jugak.... kalo tak, kitorang nak kuar kul 8.30 pagi.. tapi, pepaham jela kalo dah ade anak kecik ni kan??? macam² hal... kol 10pagi baru nak kuar umah..
hari sabtu pulak tu... lagi la.....
lagi satu hal, kat stesen klang blackout... jadiknyer 2 tren berjadual stuck...
kitorang tunggu sejam lebih, baru leh naik tren.. tu pon kene berdiri...
yang paling kesian, izzah la... kene ikut kitorang berdiri...
takde orang yang berbudi bahasa nak kasi duduk kat die...
sebenarnyer, kitorang naik komuter sebab nak gi birthday party Wan Izz Qamil Izhar...
sebenarnyer boleh je kalo nak naik kete...
tapi kitorang laki bini saje je nak dedahkan tentang pengangkutan awam kat izzah dan iyyad... ayat cover line...
sebenarnyer ayah ita tak kasi kitorang naik komuter...
die siap marah lagi, bile kitorang plan nak naik komuter...
die cakap "tak payah nak naik komuter!!! nak heret budak² sana sini...dengan orang ramai lagi... kalo dah takde kete sangat, pakai kete aku tu satu... jgn nak mengada nak naik komuter"..
tapi, biasa la kan... ita ni kan anak yg derhaka baik.. ehehhehehe... saje je nak ingkar kata ayah kan??
tu la... kan dah kene sumpah... len kali denga cakap orang tua... dah kene berdiri... ehehehhe... "ampun ayah.. lain kali kitorang denga cakap ayah yer... ehehehhehe"
hampeh nyer anak... bayangkan la, kitorang berdiri dari shah alam sampai la putra... sebenarnyer sampai bank negara dah boleh duduk...
tapi, alang² tinggal 1 stesen je, malas kitorang nak duduk.. ehehhehehe...
ok la... banyak plak ita membebel... layan piccas je la eks...
ktm komuter route map...

2 beradik yang teruja nak naik komuter...

tu, sebenarnyer sign "1MALAYSIA"

mak & anak... izzah nak pakai tudung.. sebab die tgk ita pakai tudung...

ayah & anak²... gambar ni time balik ye kengkawan... kitorang dapat seat, sebab time tu orang tak ramai.... takde gambar dalam train time pegi.. sebab orang teramat padat!!!

gegar...

 susu yg iyyad isap tu, susu baru buat...
susu time pegi tu habis... dei memang kuat susu...

1MALAYSIA sign dari iyyad...
susu yg izzah minum tu sebenarnyer susu iyyad & botol iyyad...
dah kemaruk sangat nak susu...
layan je..

kesimpulan yang ita boleh buat tentang pengangkutan awam malaysia:-
SANGAT LEMAH & PERLU DIPERBAIKI
itu pandangan ita yang skali skala naik pengangkutan awam... sedih sangat.. sepatutnya ada back up plan kalo kes² blackout ni terjadi... tak kisah la ape² pon...
tambah koc ke.... kerapkan train ke... lagi satu yg ita nengok ramai gak warga asing yg tak peka terhadap wanita mengandung, wanita yang mempunyai anak, warga tua & orang oku...
bukan stakat indon je... bangla, pakistan, vietnam & macam² la...
pastu, nak masuk selagi boleh...
biasa la.. diorang nak buat cam negara diorang... sumbat selagi boleh... kalo boleh nak berdiri atas bumbung.. ehehehhehe...
sampai ada pakcik tu tengking... mana taknyer.. kat dalam dah penuh, die tetap nak masuk jugak.. siap nak tolak² orang lagi... pakcik tu cakap.. "DAH PENUH!!! TAK BOLEH MASUK!!"
sekian.....

hambik kau!!! kan panjang n3 aku!!ehehehhehehe..

Friday, February 11, 2011

perihal izzah...

salam uoollss...
pagi ni ita ceria.. walaupun bermacam perkara terjadi
dah lama ita tak cite yang best pasal izzah..
ehehhehe... korang asyek baca ita marah izzah je kan??
kekekkek...  tapi, sebenarnyer izzah ni anak yg baik..
die ni suke kalo kite involvekan die dalam kerja harian kat umah...

tapi, tu kalo ayah die takde la...
kalo ayah die ada, memang tak jalan la..
sebab die sangat manja ngan ayah die...

contohnyer cam nie..
normally kalo weekend, dalam kol 4 lebih cam tu, ita dah suruh budak² mandi...
die akan tolong mandikan iyyad... sambil² tu die main air la kan..
kalo petang² weekend selalunya ita akan lipat baju @ gosok baju @ wat minum petang...
ita akan suh die mandi & mandikan adik die... sure korang pk bahaya kan??
takut diorang lemas dalam besen... 

utk pengetahuan korang, kat bilik air yg diorang selalu gune, takde langsung baldi @ gayung...
hanya ada mangkuk tandas duduk, shower & getah paip...
ita memang dah biasakan dengan diorang supaya jangan bukak penutup mangkuk tandas kecuali kali nak buang air aje...
tapi, budak kan.. mana nak denga kate...kalo ita nampak izzah & iyyad main penutup mangkuk tandas tu, siap lah diorang.. memang kene la ngan ita...
yg slalu kene iyyad la...

ok lah, back to the topic...
apa yg ita tgk, izzah dengan cermat akan mandikan adiknyer... selalunye, die akan mandikan adik die, baru la die mandi...
bab² syampu kepala, ita memang tak kasi... hanya sabun badan jer....
memang sangat detail la... camne cara ita mandikan diorang, izzah akan buat camtu jugak utk mandikan iyyad...

bile diorang tgh mandi, ita akan siapkan baju² & pampers utk iyyad...
abes je mandi, izzah akan pakai baju dulu.. pas tu die akan siapkan iyyad plak...
huhuhuh... siap pakaikan pampers sampai la sikatkan rambut..walaupun rambut iyyad tu tak berapa nak ade kan...

pendek kate, die boleh di suruh buat kerja-kerja rumah.. tapi, takde la sampai basuh pinggan, masak, basuh kain.. ehehehhe.. melampau la tu... setakat mintak tolong amekkan barang... tolong jagakan iyyad..

pastu die suke sangat ajar adik die menulis & mengkaler buku.. huhuhuuh.. betoi ke ayat neh??
ajar adik die alif ba ta... a.b.c.. 1 2 3..

tapi, tula.. kalo dah sampai satu tahap, die sangat manja.. tu yg ita mudah hangin satu badan ngan die tu..
adehh... meh la tgk gambar die nieh...
memang sebijik photocopy dari ita...













ppsssttt :-
n3 ni di taip seawal jam 7.30 pagi on 10 Feb 2011.. tapi disebabkan  kes ini dan ini, tadik ita ada discussion yang sangat lama ngan bos & pegawai...
aduhai... rupenyer kes ini dan ini dah sampai ke pengetahuan Pej SUK.. hhrrrmmm... susah nak cakap ngan diorang ni... ita dah nasihat kan diorang... suh cool dulu... jgn buat apa² tindakan.. just jumpe bos & diskas... tapi, ade aje makhluk² Allah yang jadi NASI TAMBAH... sudahnyer keadaan jadi bertambah teruk...
sabor ita.. sabor...

Monday, January 31, 2011

drama airmata antara mak dan anak...

republish...
******************
ita nak cite nak storikan kat korang...
benda ni agak menyentuh hati jugak la...
korang baca ketiga² n3 tu dulu... sebab n3 ni pasal izzah jugak...

kisahnyer berlaku hari jumaat lepas... stiap ari jumaat, ita akan amek izzah & iyyad awal.. sebabnyer izzah tak mengaji ari jumaat... so, dalam kul 5 tu, kitorang dah sampai umah...
sampai² umah je ita trus masak.. budak² plak, as usual, maen kat luar... yang ita plak kat dapur.. dok masak.. ita lepaskan budak² tu maen kat luar sebabnyer diorang maen ngan sepupu diorang... so, takde la risaukan sangat keselematan diorang...
tapi, diorang maen tak lama... kol 6 lebih diorang masuk... izzah trus bukak channel 613 @ playhouse disney..
tak salah ita time tu cite mickey mouse clubhouse kot... habis cite tu, cite pororo the little penguin... ita takde la nak kacau diorang.. biarkan je diorang tgk tv...
ita abes masak lebih kurang kol 7.. time tu cite dibo the gift dragon... abes je cite dibo tu, ada cite wordwold.. tapi, time tu kan maghrib.. so, ita pon cakap ngan budak²...
kakak, adik... bukak azan... mak nak dengar azan...
ok!!
so, ita bukak la 106 @ astro oasis... iyyad ok je... izzah plak tak puas hati.. die nak gak tgk cite wordworld tu.. die ngamuk²... disebabkan n3 ita mak tak sayang kite ke?? mendapat komen yg sangat menyentuh hati daripada ayu, so, ita putuskan ita taknak marah² die..
so, ita diam je.. ita cakap elok² ngan die..
ita just cakap...
kite bukak azan.. mane leh tgk kartun time azan...
malah, iyyad pon ade gak pujuk² izzah..
die siap cakap..
kakak, azan laa... kakak, baca doa...
tp, izzah still gak nak ngamuk².. ita diam je... ita gi mandi.. pas abes mandi, die tak habis ngamuk lagi.. macam² benda die buat.. lempar barang la... tengking adik die la.. siap jerit²... dah macam orang kene rasuk ngan hantu...
tp, ita wat derk je... ita tanak marah die... ita pon masuk bilik utk solat... tapi, ngamuk die tetap tak ilang... ita rilex dulu... takpe.. takpe... kasi die masa...
pas abes je solat, iyyad lari masuk bilik... nangis²... katenyer izzah cubit... ita tenung je izzah dari dalam bilik.. die wat tak tau je... dalam hati ita ni dah ade bara dah... tp, cool dulu... dah siap baca doa, ita pon naik hantu...
ita heret die masuk bilik... menjerit² die nanges mintak ampun..
ita wat tak tau je... ita tak marah... sepatah perkataan pon ita tak cakap...
ampun mak... mintak ampun mak... kite tak wat lagi mak... kite tak nakal lagi mak... kite denga cakap mak...
ita tak respond ape²... ita tetap heret die masuk bilik.. die meronta... kuat jugak.. tapi, dah panas hati punyer pasal, gagahkan jugak la...
mak.. jangan mak.. jangan mak... kite mintak maaf mak...
time tu ita tgk reaksi iyyad.. die pon dah cam nak nanges dah... ita tarik izzah naik atas katil... ita cakap ngan die...
duduk sini... jgn keluar²....
kite tak nak.. kite mintak maaf mak...
kalo tanak dok dalam bilik, keluar... 2² keluar... biar mak dok dalam bilik...
ita tolak 2² keluar...
jgn mak... tanak mak....
kakak ni kan, suka kan buat mak marah??
tak... tak... kite tak suke... kite mintak maaf...
kakak slalu cakap mak ni jahat... kakak slalu cakap yg mak tak sayang kakak... kakak slalu cakap mak ni asyek nak marah kakak je... tapi, sape yg slalu buat mak marah??? sape??
kite mak... kite... kite mintak maaf mak...
die nanges sambil pelok pinggang ita... iyyad plak peluk kaki kanan ita... memasing tak nak lepaskan....
ita try gak meronta²...
mintak maaf mak... mintak maaf... hari ni hari jumaat... kite denga cakap mak... kite dengar cakap nenek.. kite denga cakap atok... kite denga cakap cikgu.... kite mintak maaf je mak... kite mintak maaf ye...
time tu, bile ita pandang mata izzah, rasa sangat sayu hati ita... sangat² sayu... die merayu sampai cenggitu skali... tiba² touching la pulak...
skali tu, terkeluarkan setitik air mata dari mata ita ni...mak ai!! cam ne la leh nanges depan anak neh??
hadoih... bile izzah & iyyad nampak air mata ita, lagi la diorang meraung...
yang iyyad nyer cakap...
mak!!!... maaf... maaf....
yang izzah plak...
mak, jangan la nanges... jangan la nanges mak.. kite mintak maaf ye mak.. kite tak buat lagi... kite tak nakal² lagi... kite mintak maaf ye mak...
ita pon duduk... atas katil.. both of them tetap ikut jugak... iyyad pegang tangan ita... die salam & cium banyak kali sambil cakap "maaf... maaf..."
yang izzah plak peluk lengan ita sambil teresak² nanges... pastu ita peluk 2²... cium ubun² diorang...
pastu cakap..
mak maafkan kakak... mak maafkan adik... laen kali jgn notty² lagi tau..
so, gitulah dramanyer.... so, amacam?? ita leh jadi best actress tak??
ehehehhe..

Wednesday, January 26, 2011

tq my dear frenz...

rentetan daripada kisah mak tak sayang kite ke?? 
yang ita post kan last week...
ita nak respond kepada kengkawan yang sudi komen...
memula skali ita nak respon komen yun.. 

 ye yun... aku garang... compare ngan hubby aku, aku yang garang... tp, aku jarang pukul... aku tengking & marah..


ayu, aku ni tak baran... tak macam ko.. kalo ko tak banyak cakap.. aku plak suke marah² dulu... kalo dah melampau sgt aku piat jugak sorang²... pasal reward tu, memang ade gak skali skala... tp, aku jarang kasi mainan kat anak² aku... aku lebih suke belikan diorang buku, kaler, pensel @ anything yang bersifat education... memang berlambak dah buku² diorang tu...

ena... yup, ita ni tegas... tak suke sgt manjakan budak... garang pon ye jugak... sebab ita slalu jegilkan mata kat diorang...tu la pasalnyer.. ita rasa kite kene blajar psikologi...



 cik mot & kak atty...garang jugak ek??? rasanye cam dah terikut didikan mak & ayah dulu² la...


 kak rozie, ita rasa kalo akak tgk time die cakap tu akak leh nanges meleleh² sedu sedan dah kotnyer...
ita tak sesabar yen la kak.. serius.. yen lagi penyabar dari ita...

nazlieza, dah pujuk balik dah... tapi, kejap je die ingat... kang sok² buat balik..

suziey, ok la tu ayu komen panjang².. sebab die tak pandai la kite nak ajar die.. tul tak?? adoi... kekadang aku pon blank pale otak nak ngajor budak² skang...

zeti, budak² ni pon kekadang suke sangat buat kite rasa menyirap kan??? dah memang resam dunia agaknyer kan...

to all, thanks beri komen, pandangan dan cadangan... i really appreciate it.. ade gak antara pandangan dan cadangan tu ita da praktikkan...
ada satu story yang ita nak cite kat korang sume... ade drama dah jadik kat umah ita... drama airmata antara mak & anak²...
tapi, tunggu next n3 la.. sebabnyer ita nak siapkan dokumen utk meeting ptg kang...
kalo sempat, ita post petang kang... kalo tak, sok pagi je la eks...

Friday, January 21, 2011

mak tak sayang kite ke??

sayu hati...
sangat sayu...
bile izzah cakap camni...
mak tak sayang kite ke?
sape cakap?
kite la...
kenapa kakak cakap macam tu?
sebab mak marah kite..
sebab mak sayang kakak la mak marah kakak... mak kene betulkan kakak.. kalo kakak buat salah, mak kene marah.. mak kene betulkan... kalo tak, sampai bile² kakak akan salah...
tapi, mak tak marah iyyad pon...
sebab iyyad tak buat salah... kalo iyyad buat salah, mak marah iyyad jugak..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
kite nak mak baik...
ha??? nak mak baik??
ye la... 
abes tu mak jahat la??
bukan la... kite nak mak baik...
baik macam mana?
macam tu haaa... sambil tunjuk tv...
 hhrrmm... nanti suh la ayah carik mak laen...
kite taknak mak laen.. kite nak mak baik je...
berdasarkan kedua² situasi kat atas, kesimpulannyer ita rasa ita ni da terlampau garang ngan anak²...

ita tak tau camne nak control..

Monday, January 3, 2011

izzah yang pertama kali masuk skolah hari ni..

izzah menangis...
itu perkara pertama yg die buat.. adoi... payah betul... ita jadik panas hati...
suh ayah die masuk.. ita dok luar.. tapi setengah jam pujuk die tak reda2..
ita suh ayah die kuar..
kitorang sama2 keluar.. menyorok belakang pokok... dengar la jugak die meraung,, bukan die sorang,, ade lagi 8-9 orang budak yg meraung...
sebenarnyer die tak biasa... dari kecik die dok ngan atok & nenek.. tak pernah dok ngan orang laen...
hhrrrmmm.. takpelah kakak... laen kali jgn nanges ek.. sat gi mak & ayah amek kakak...

tgk orang laen nanges..
upah ngan coloring book.. baru diam..


mak & ayah balik dulu ye sayang... kul 11.30 kang mak & ayah datang amek... jgn nanges2 tau..



p/s: ita ni hati kering.. sikit pon tak rasa sedih bile tgk anak nanges.. huhuhuuhuh

Wednesday, November 3, 2010

jalan² carik makan @ restoran ayam penyet ole² sec 18, s.a

bile ye kisah ni??
lupe plak... jap.. jap...
nak recall memory...
haaa!!! ari senin lepas.... ehehehhe... hari gaji
kitorang saje je nak cube makan kat Restoran Ayam Penyet...
baru bukak kat ole² Sec 18, Shah Alam..


hubby yang serius menanti... izzah yang bosan...


peace dari izzah & hubby... iyyad??? konfius...


another peace..


taken by my 4 years old daughter... oh no!!! die da pandai snap gambor... tak lame lagi die sure mintak DSLR... ehehehhe..


belom sempat snap, da kene usik... adess... tak sabor tol... lapor.... lapor...


nasi putih & ayam penyet... dalam ayam penyet ni ada ayam goreng yang dipenyet², kangkung celur, sambal, timun, kobis, tauhu goreng & tempe goreng... atas nyer ditabur dengan kriuk kriuk... rangup...


nama dish ni soto ayam... tapi surprisingly there is NO nasi impit in there... serius.. ita tak tipu... dalam nyer ade bihun... maknanyer bukan soto ayam la... bihun sup ayam... diorang salah letak nama @ kat indon memang namanyer camtu??

overall, makanannya ok.. air nyer sedap... alamak!!! lupe nak snap gambor air!! hubby suke, ita lagi suke.. sebab hubby blanje harga pon berpatutan... tak terlalu mahal & tak terlalu murah... patut ngan rasa & service...
cume satu je... toilet adalah FAIL!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO