Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Showing posts with label PIZZA. Show all posts
Showing posts with label PIZZA. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

PIZZA GEBU ---resepi en mat gebu

PIZZA GEBU

Apa yang penting kerjaasama!!!!!....Petang tadi, mat dan anak buah bergotong-royong buat pizza, inti dia main belasah apa yang ada. Tapikan benda2 makan ni kalau kita buat dan ada orang memakannya, rasa seronok tau, tak delah rupa macam tak "laku" jeee....Resipi dibawah ni boleh buat 2 keping pizza...

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN ISIAN :-)
1 1/2 cawan sos tomato
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar



CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan

Tuesday, June 2, 2009

Pizza madu istimewa

Pizza madu istimewa

Masa persediaan & memasak: 45 minit
Hidangan untuk: 8 orang
Setiap hidangan mengandungi: 9 gm lemak, 280 Kcal

Bahan untuk doh Piza:
250 gm tepung berprotin tinggi
15 gm yis segera
1 camca teh gula
125 ml air suam
2 camca besar minyak

Bahan lain:
500 gm hirisan daging ayam
1 peket tumisan ayam madu maggi
1/2 cawan sos tomato maggi
1 camca besar oregano
2 labu besar bawang besar, dihiris
1 biji timun, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
150 gm parutan keju mozzarela

Cara-cara membuatnya:
Campurkan bahan doh pizza.
Uli doh hingga lembut dan tidak melekat pada jari.
Letakkan doh pada mangkuk yang telah disapu sedikit minyak dan tutup dengan kain lembab supaya ia naik.
Bila doh telah naik 2 kali ganda, uli lagi selama 5 minit.
Canai doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan bulat berukuran 9 cm.
Letak diatas tin pembakar dan cucuk permukaan dengan garpu; ketepikan.
Sementara itu gaul daging ayam dengan tumisan maggi.
Sapukan sos maggi keatas pizza dan tabur oregano.
Susun campuran ayam, letak sayuran diatasnya dan tabur keju mozzarela.
Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah C selama 15-20 minit hingga keju cair.
Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan segera.