TQ GaAD.
MENGHITUNG HARI
DETIK DAN WAKTU
Ocoi Facebook Badge
Ocoi On FB
Lala
CUACA SANDAKAN
!-end>!-weather>
LINK INI MUNGKIN MEMBANTU
BERITA TEMPATAN & LUAR
RAKAN BLOGGER SAYA
-
-
-
-
-
-
Kini ku kembali 2016.10 years ago
-
-
-
Kg. Tampasak Liwan, Tambunan11 years ago
-
RM75!12 years ago
-
-
-
Bontang : LOWONGAN KERJA PUPUK KALTIM13 years ago
-
-
Politik ooo Politik14 years ago
-
-
-
-
Happy Birthday To Me...14 years ago
-
-
-
-
-
-
RENUNGAN PESTA HARI KELUARGA KUDUS 27/12/200916 years ago
-
-
Cinta sejati....16 years ago
-
-
-
too serious too soon16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
PENGETAHUAN BARU MUNGKIN ADA DI SINI
MINDA
Keep your heart open to dreams.
For as long as there's a dream, there is hope,
and as long as there is hope, there is joy in living.
SODOP PISOMPURUAN
Saturday, October 17, 2009
Para peserta dalam Sodop Pisompuruan. Kelihatan Sifu Francis Landong berdiri di sebelah kiri berbaju hitam memberi komen dan pandangan beliau ke atas peserta malam tersebut.



Rose Jaibin dari Kg. Langkabong Tongod satu-satunya peserta wanita yang membawa lagu "Tadau Pirudunan" Lagu dan Lirik si Ocoi.
Hehee... siapa ni? Tak perlu diperkenalkan kerana anda pastinya kenal Mr. Sifu ini. Beliau merupakan artis undangan pada majlis itu. Mantappp. Sifu Francis Landong sebenarnya tidak berseorangan.
Na.. yang ini, mungkin anda di kawasan Kinabatangan tak berapa biasa dengan artis ini, tetapi bagi para pendengar radio Sabah VFM (Rancangan Bahasa Dusun jam 7.00-8.30 am dan 9.00-11.00 pm setiap hari) pasti kenal dengan artis Bamboo Sound ini. Artis ini juga amat terkenal dengan lagu "Piupusan Di Kosusuni". Pernah beberapa kali menjadi lagu Bontugan dalam carta lagu-lagu dusun. Siapa Artis ini? Ya siapa lagi kalau bukan saudara Jon Dautis.
Na ini lagi.. Seorang penyanyi dan pelakon. Peminat telemovie dalam bahasa dusun pasti kenal artis ini dalam lakonannya yang bertajuk "Piupusan" . Lagu beliau yang hit ialah "Valentine Day". Ya siapa lagi kalau bukan Mr. Helary Sembeh.
Gabungan artis lama dan baru menceriakan lagu majlis pada malam itu. Ocoi perhatikan, mereka bertiga ini enjoy betul malam itu. Francis Landong, Jon Dautis dan Helary Sembeh berentap di atas pentas.
Memang bertenaga persembahan saudara Francis dalam majlis itu. Secara peribadi ocoi katakan bahawa vokalnya memang mempuyai kehebatan tersendiri yang tidak ada pada artis lain.
Pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat meminati bidang kesenian. Mungkin ramai yang tahu dan ada juga yang tidak tahu bahawa Y.B ini telah mencipta beberapa lagu dalam bahasa sungai dan telah dinyanyikan oleh artis-artis suku kaum ini. Dalam majlis itu Y.B begitu santai berduet dengan saudara Francis Landong melalui beberapa lagu Saudara Francis secara 'non stop'.
Heheee.... sibuk sebagai artis undangan, dan juga sebagai juri persembahan, tetapi bisnes tetap berjalan. Belau sebenarnya tidak datang berseorangan atau berdua pada majlis tersebut tetapi dengan rombongan pemasarannya. FL juga membawa bersama beberapa unit kaset, CD dan VCD keluaran Bambo Sound Studio (Tambunan) dan Simphony Studio (SVS).Tawau.
TQ GaAD.
16.10.2009-Entilibon Tongod Kinabatangan: Sodop Pisompuruan merupakan program khas untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam pencarian bintang dalam Mukim Kuamut. Ia merupakan program khas yang diilhamkan oleh Ketua Bahagian UPKO P.187 Kinabatangan merangkap ADUN N.47 Kuamut, Y.B. Masiung Banah. Program ini istimewa kerana pencarian bintang ini adalah diberi kepada bahasa dan kaum minoriti yang terdapat di negeri Sabah khasnya bahasa atau etnik Sungai, Mangkaak, Minokok, Rumanau dan apa juga etnik yang berada di kawasan Mukim Kuamut selain daripada bahasa Dusun dan Kadazan. Bahasa Dusun dan Kadazan tidak dimasukkan kerana lagu-lagu dalam kedua-dua bahasa ini sudah terlalu banyak. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Y.B. Masiung Banah, ADUN N.47 Kuamut.
Istimewanya juga program ini kerana setiap peserta dikehendaki membawa lagu bukan sahaja dalam bahasa ibunda mereka tetapi haruslah asli dari segi lagu dan lirik. Mereka yang telah pernah menghasilkan apa-apa album dalam apa juga bahasa juga tidak dibolehkan mengikuti program ini. Program seumpama ini juga merupakan julung-julung kalinya diadakan di kawasan ini. Pada malam tersebut seramai 8 orang peserta telah berjaya menyampaikan lagu-lagu mereka dengan kehebatan dan gaya tersendiri. Memandangkan program ini bukanlah satu sesi pertandingan maka tidak akan ada pemenang yang diumumkan. Walaupun ini bukan satu pertandingan, namun juri pengadil masih diadakan untuk menilai dan mencari peserta terbaik yang akan ditaja oleh Ketua Bahagian UPKO Kuamut dan orang perseorangan untuk menghasilkan Album dalam bahasa ibunda mereka.
TQ GaAD.
Posted by ocoi at 10/17/2009 07:18:00 PM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)