Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

Shooting Rancangan Kokolog Musim 3 bersama CocoDamia


21 April 2016 (khamis)

Alhamdulillah..Selesai sudah....
Terima kasih kepada Puan Dora, selaku wakil dari Lembaga Koko Malaysia Sabah, team Production House yang sporting dari Kalam Ariff Holdings, team shooting yang diketuai oleh Director, Yusmal Ghazali (pelakon juga dia ni kan?), Chef Kamarul selaku hos Rancangan ini dan juga team2 yang lain terutamanya team CocoDamia sendiri.


Saksikan Rancangan Kokolog Musim 3 bermula Ogos ini sebanyak 13 episod.
Petang nanti kita shooting bersama celebriti pula di Nilai. Siapakah celebriti itu? Tunggu!


Masing2 mengambil kerja masing2..


Setting lighting dan shooting


Roll Camera! Action!


Dah start shootingnya...
Kalini biar ayah damia jadi main actor pula..
Hihi....perut besar, segan nak jadi main actrress gitewww.,,,


Make up time..
Tapi tetap kena enterframe juga sikit2...


Bukan main lagi Chef Kamarul nak tolong buat packaging ya..


Shooting bilik production..


Tanpa skrip..
Semuanya spontan je cakap..


Staff pun kena touch up lah..


Shooting bahagian packaging line pula..


Roll camera! Action!


Dah siap semua, jemput makan nasi tomato ya..
Masing2 dah keletihan dan kelaparan tu..


Bergambar kenangan bersama wakil dari Lembaga Koko Malaysia Sabah, Kalam Ariff Holdings dan Chef Kamarul..


Puan Dora, wakil dari Sabah


Bersama director, Yusmal Ghazali


Plak penghargaan dari Kokolog 3


Tq Kokolog 3 dan Lembaga Koko  Malaysia..


Team CocoDamia pun nak enterframe juga..


Finally, 8 malam...it's wrap..
Alhamdulillah..
Syukur atas peluang ini..


p/s: Ok gerak ke Seremban dulu untuk sambung shooting lagi lepas serahkan stok CocoDamia kepada Sole Distributor Singapore pagi tadi. Semoga urusan harini dipermudahkan dan diberkatiNya.. Aaminnn..















Friday, December 18, 2015

CocoDamia dalam Dokumentari Agrojurnal TV1

Alhamdulillah, ahad lepas (13/12/2015) bersiaran sudah Dokumentari mengenai Usahawan Coklat CocoDamia dalam siaran dokumentari Agrojurnal di TV1. Siaran yang berlangsung selama 30 minit itu betul-betul telah memberi impak yang besar kepada CocoDamia. Yang paling best, siaran tak habis lagi 30 minit, tapi whatapps dan call bertalu-talu masuk sehingga kini. Kebetulan pula kami sekeluarga baru balik dari cuti2 Melaka jam 4 petang, so agak kelam kabut juga sampai rumah dan setting DSLR untuk rekod dokumentari tersebut. 

Impak bukan sahaja dari segi peningkatan jualan serta kesibukan masa untuk melayan pertanyaan-pertanyaan orang ramai, malah impak besar kepada branding COCODAMIA itu sendiri. Permintaan ejen bertalu-talu masuk melalui email, namun jujur katakan, tapisan pelu dilakukan agar yang betul-betul serius dan yang berpotensi sahaja yang team CocoDamia akan pilih. Insyallah mana yang boleh CocoDamia berkongsi rezeki, akan kami cuba agih-agihkan.

Dokumentari ini mengambil masa 3 hari untuk shooting ya. Namun dalam blog ini saya hanya sempat buat entry pada hari pertama sahaja. Hari kedua dan seterusnya tersimpan rapi dalam draft. Hihi...tak sempat nak mengarang bait-bait tulisannya. Namun jika ada yang nak melihat disebalik belakang tabir shooting ni, boleh lah jengok-jengok ke Fanpage: Coklat IQ ya.

Gambar-gambar dibawah adalah saya snap sendiri dari handphone saya. Nak tunggu gambar2 DSLR, jenuh nak cari masa transfer dan resize gambar. Tak pe mana yang kita boleh dahulukan, kita up dulu. Kalau tak, memang tak terbuat entry ni nanti.

Saya menceritakan bagaimana CocoDamia bertapak

Pegawai dari Lembaga Koko Malaysia, Nilai

Distributer CocoDamia, Sahabat Roselle Marketing

Orang kuat CocoDamia

Pengurus Sahabat Roselle Marketing

Pengurus Cawangan Maslee Taman Teratai

Regular Customer CocoDamia

Menceritakan pasaran CocoDamia

Ulasan dari Pegawai Jabatan Pertanian Johor Bharu

Bersungguh-sungguh saya disitu

Pegawai dari Jabatan Pertanian

Discuss bersama pegawai FAMA

Pengarah FAMA yang menceritakan bagaimana COCODAMIA berusaha untuk menembusi pasaran hingga luar negara

Promosi dilakukan tanpa henti

Terima kasih Allah kerana membuka hati media-media yang terlibat untuk membuat coverage tentang COCODAMIA

Insyallah..tiada yang mustahil

Team cocodamia yang banyak membantu menaikkan branding CocoDamia

Terima kasih team CocoDamia

Semoga CocoDamia terus melakar kejayaan hingga puncak

Ni saya nak promo sikit. Saya nak bagi peluang kepada pembaca-pembaca blog saya kepada yang serius nak jadi ejen CocoDamia atau Krukk Krakk Energy bar, bolehlah hantar permohonan ke cocodamia@yahoo.com.

Untuk pembelian runcit atau sikit-sikit pula, bolehlah layari www.cocodamia.com ya. Lebih senang, lebih pantas, lebih sekuriti.

Selamat shopping bersama CocoDamia uols..
Allah jua yang mengerak hati kalian.

Terima kasih Allah. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan dokumentari ini.

p/s: Terima kasih juga pada kenalan2 yang tag gambar dan status pada saya semasa Agrojurnal ni bersiaran. Appreciated it!















Tuesday, September 2, 2014

Video II Dettol detik-detik kasih - Star Mom Winner



Harini saya banyak upload video-video dari handphone saya ke dalam Youtube..
Dan delete gambar-gambar yang saya tak berapa sayang dalam handphone.
Walaupun semua gambar yang saya snap saya sayang sebenarnya.

Bukan apa!
Hari-hari dapat notification yang storage full dan kadang-kadang almost full.
Haishh, kadang2 tu nak cepat snap gambar, dah tak boleh snap sebab storage full.
Ni pun lepas2 delete masih berbaki lagi  3,760 photos dan 36 videos.
Haishhh sayangnya nak delete.

Ok lah, layanlah dulu video saya yang masuk siaran Nona untuk Dettol Star Mom Winner awal tahun haritu.
At least ia akan menjadi kenangan dan rujukan pada masa akan2 datang.
Kenangan yang akan tetap menjadi sebuah memori seiring dengan waktu berlalu.

Full Story boleh klik link bawah ya..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, August 28, 2014

Keluar TV3 dan TV1


Kelmarin ayah damia keluar dalam berita jam 9 pagi TV3 dan buletin utama TV3. Walaupun sekali imbas je keluar, tapi ramai betul perasan ya bang. Sampaikan gi meeting semalam pun bukan main lagi orang tegur ya. Walhal keluar sekali imbas je. Ya lah ya lah abang femes. Siap ada ramai lagi tolong rekodkan ya.


Dan semalam giliran saya pula keluar TV1 untuk berita wilayah jam 5 petang dan berita nasional jam 8 malam. Sedih sungguh sebab kedua2 slot tu saya tak tahu pun akan keluar dan memang time tu pun tengah driving. Nak tengok ulangan berita kat web TV1 pun tak boleh. Ke saya tak tahu cam mana.... Hihi..


Alih-alih pagi ni ada seorang pegawai FAMA post kat FB ayah damia video berita yang keluar TV1 semalam. Alhamdulillah, dapat jugalah tengok. Sebenarnya nak tengok part interview mana yang keluar. Punyalah panjang sesi interview tu. Yang tang "cocodamia sedap" tu juga lah yang keluar TV ya. Tak pe, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. 

Kalau nak tengok youtube tu, boleh taip tajuk seperti diatas ya. Bolehlah dengar apa yang saya cakap mengenai CocoDamia. Yang pasti sedap! Aaamiin..

P/s: Tengah kursus untuk Matrade Exporter Forum di Pan Pacific Hotel.

Wednesday, April 30, 2014

CocoDamia penaja rancangan temubual "Bisikan Nurani"


Cerita rabu lepas, hari yang kalut2 nak ke LCCT balik kelantan tu. Kiranya ni entry siaran tertunda ya. Kalau nak tgk siaran live boleh like fanpage: coklat iq. 


Alhamdulillah, CocoDamia terpilih untuk menjadi penaja program temubual "Bisikan Nurani" sepanjang 13 episod yang akan ditayangkan pada awal Ramadhan nanti.


Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Johor dan TV Selatan kerana sudi berkolaborasi untuk sama-sama menjayakan temubual ini. 


Ini kiranya langkah pertama CocoDamia sebagai penaja rancangan TV. Insyallah akan datang lebih banyak lagi peluang untuk berkolaborasi dengan stesen-stesen tv lain yang gah. Nampak tak kat belakang tu, bertingket-tingket stok CocoDamia.


Syukur Ya Allah, kerana memberi team CocoDamia menambah nilai kepada mereka yang memerlukannya. 


Opsss ramai pula yang skodeng kat belakang tu tengok saya bergambar. Segan Ai tau.. Hihi..


Tajaan ini adalah untuk stesen TV Johor. Ini adalah TV online. Uols boleh search "TV Selatan" untuk mengetahui info2 menarik dan perkembangan terkini terutamanya di bahagian Selatan. 

Start Small, Dream Big!
Nothing Imposible Rite?
Selagi kita berusaha dan mengingatiNYA, insyallah banyak peluang rezeki dan lorong2 jalan yang akan menghampiri kita.

Ok lah, nanti saya dah dapat jadual siaran "Bisikan Nurani" tu, saya publish kat blog ya. Seramai 13 ilmuan agama menjadi tetamu jemputan untuk program ini.





Tuesday, February 18, 2014

Saya dalam NONA TV3 - 16 Feb 2014


Memang rezeki sungguh!
Saya dapat melihat saya sendiri dalam Nona..
Sebab saya memang tak tahu yang slot tajaan Dettol dalam Nona tu akan keluar bila..
Cepat2 dalam keadaan terpinga-pinga saya snap gambar sendiri dalam Nona tu..


Ni status saya sejurus lepas melihat Saya dalam Nona tu.. Hikss..


Lepas tu sejam kemudian saya pun tgk ulangan kat Tonton.com.my..
Bukan tgk jer, siap rekod lagi.. Hihi..


Hah tu saya dengan ibu-ibu dettol yang lain..


Panjang juga celoteh saya berkongsi parent tips dalam slot tajaan tu..


Lagi gambar saya!


Masa penyampaian hamper dettol..


Spontan jawab soalan yang diberi. Alhamdulillah.. Smooth je jawab..


Kenalah promote Dettol kan..
No Worries saya pengguna tegar Dettol selain dari Johnson & Johnson..

Kepada yang nak tahu apalah tips2 saya dalam Nona tu, boleh tgk kat tonton.com.my.. Pilih Rancangan Nona, utk episod 7 ya. Slot saya lebih kurang 15 minit berakhir.


P/s: Pengalaman kedua bersama Nona. Pengalaman pertama masa Crew Production Shooting kat rumah saya utk slot tajaan Dutch Lady..

P/s: Ok lah, nak siap-siap utk photoshoot magazine pula..