nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

@ Majlis Open House & Birthday Party Dalila (25 Sept)

Alhamdulillah... pada 25hb (Sabtu) Sept yang lepas..kami telah mengadakan sedikit 'open house' yang bersemperna menyambut birthday Dalila. Ni 1st time kami buat majlis macam ni. Maaflah sekiranya ada kekurangan di mana2 yer kawan2 merangkap tetamu kami pada hari itu.

 kek bentuk mickey mouse clubhouse
 Majlis haritu mula jam 12tgh hari. Abah punya invitation start jam 12tgh hari - 6 petang..Abah invite kawan2nyer atas nama "housewarming". Saya pulak jemput kawan2 saya memang untuk birthday party Dalila. Memang kawan2 Abah yang datang akan cakap.."kenapa tak bagitau ada birthday girl hari ni"... mungkin ternampak hiasan di dinding rumah kami pada hari itu.


wall deco birthday Dalila

hasil kerja saya dan suami malam sebelum majlis bermula

Birthday girl pulak haritu mood dia memang awal2 dah ke laut dah. Mungkin letih dan tak cukup tidur sejak kami buat peparation uantuk majlis tahlil 23hb aritu. Alahai Dalila..memerap dan tak de mood langsung jadinya on her birthday party. Padahal sebelum2 ni, siap nanyi2 lagi bila cakap pasal birthday party dia.. dia buat gaya nak "tiup lilin" lagi. memang dia excitet sangat. Tak pe..next time, Ibu tak kan buat double majlis macam ni lagi yer sayang.

Antara rakan bloggers yang terawal yang hadir adalah Aten dan Ifa.

bergambar bersama Ifa, Azim dan Aten

hawa yang comel tengah minum dengan Azim

Saya juga berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan kak Zura, Dayah, Kak Rozy dan Kak Sara serta Miera. Terima kasih semua.. dapat juga kita bersua di alam nyata ni kan.. thanks for coming!!

Antara gambar yang sempat saya snap petang tu... tak sempat nak snap banyak..nak kena tolong tapaw/bungkus makanan untuk para tetamu pulak...sebagai buah tangan...mujur Miera sudi menolong saya petang tu didapur..Thanks ya Miera!!
sempat pose jap dengan kak Zura

Dayah sekeluarga...baby Mursyid baik jer baring time ibunya makan

Kak Rozy sekeluarga...baby Husna tgh tidur

Kak Sara sedang sembang2 dengan Dayah dan Kak Rozy

Selain kenalan di alam maya... Mija dan Sheela juga datang mereka ini kawan2 saya semasa time study di matrik sampai di USM dulu2. Seronok dapat berborak lama dengan mereka berdua ni... masing2 dah ada seorang anak dah skrg. Oleh kerana mereka datang agak lewat hari tu..saya "tahan" mereka di rumah saya sampai jam 8.30mlm..maaf yer korang :)
Dah sekian lama kami tak bergambar bersama macam ni..

Alhamdulillah.. berjaya juga buat simple birthday party untuk Dalila. Cuma sayang dia xde mood jer haritu. Harap semua tetamu enjoy semua makanan hari tu. Maaf jika tak sempat nak berbual panjang...terutamanya kepada kenalan bloggers saya.  TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR ke majlis kami ni. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa majlis berlangsung. Harap lain kali dapatlah kita berjumpa lagi ye.







photobucket

Tuesday, September 28, 2010

@ Majlis Doa Selamat dan Tahlil (23 Sept)

Salam semua..

Terasa begitu lama benar tak update blog ni. Melihat pada bilangan entry untuk bulan ni (Sept) pun, tak sampai 10 entry... maaflah ..tuan tanah teramatlah buzy..malahan double dan triple buzy..sejak nak sambut aidil fitri aritu..10 Sept 2010.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi mengucapkan/wish happy birthday untuk Arifa Dalila pada 23 Sept yang lalu. Sayangnya kami berada di rumah di Bertam masa tu..tak dapat nak online sebab saya ni pelanggan strymix..so tak dapat nak reply mahupun nak buat entry khas untuk birthday girl haritu.

 Tapi pada malam hari tersebut..Khamis malam jumaat (23 Sept)...kami dah mengadakan majlis Doa Selamat dan Tahlil.. disekalikan kenduri masuk rumah baru di Bertam tu. Kami jemput jemaah di surau berhampiran untuk datang bacakan Tahlil dan Doa Selamat. Majlis bermula selepas solat Isyak. Malam tu, kami telah menempah makanan dari mak Miera.. sedap betul masakan mak dia malam tu.. Alhamdulillah..dah selesai sudah satu majlis pada 23hb tu walaupun dalam keadaan hujan yang lebat.

Nak tengok gambar pada 23hb tu?? Tak banyak yang saya snap..almaklumlah, kenduri di rumah sendiri, cik suami pulak tak de (dia ke surau berjemaah sekali menjemput jemaah surau) lepas solat isyak baru balik. Segan pulak nak snap gambar orang sedang baca tahlil..sebab salah seorang dari tetamu/jemaah yang hadir tu adalah my lecturer kat School Physics kat USM dulu... Dr.Roslan.. memang terkejut beruk  terjumpa dia malam tu..kat rumah aii pulak tu :)

so ni jelah pic sebelum majlis malam tu..

ruang tamu...dah siap untuk majlis

pakai Abaya malam tu.. gambar syok sendiri (ambik sendiri)



p/s: Kami still tinggal "dalam pulau" lagi..tak pindah ke Bertam lagi. Sebab jauh dari tempat kerja Abah. Kenduri dibuat agar diberkati rumah yang kami beli itu disamping ingin berkenal-kenalan dengan jiran2 setaman. Rumah di Bertam tu, adik Abah (a.k.a Acu) yang akan duduk..sebab dekat dengan tempat kerjanya.



photobucket

Monday, August 16, 2010

@ Ada Apa disebalik KOTAK itu?



Cuba korang perhatikan betul2

Ada apa di sebalik kotak2 dan barang ittew




nampak apa2 tak?




tengok lagi...




ada perasan apa tak?




...tidak?!!




tengok gambar ni pulak..





hihihi...
kenal tak siapa tu?


ya betul!!!!!


Arifa Dalila ..anak dara ku..



gambar terpaksa di sensor sikit..sebab dia tidur ganas..sampai terselak2

cerita sepenuhnya:

Gambar diambil pada hari Sabtu aritu, masa gambar ni diambil adalah sebelum subuh lagi. Hari tu dah plan nak angkut barang2 ke rumah kami di Bertam, Kepala Batas. Rumah tu baru jer disamak bulan Jun lepas..masih lagi kosong tiada apa2 barang/pekakas. Kesian pulak pada adik ipar saya yang nak tinggal didalam rumah tu. So dah call lah lori untuk angkut barang2 bagi kegunaan di rumah sana..lagi pun rumah kami sekarang ni adalah rumah sewa saja..lambat laun kena angkut keluar jugak barang2 ni.

Alkisah si Dalila ni pulak..sejak pertengahan bulan Julai lepas..dia tak mau tidur dalam bilik. Nak tidur kat hall-depan TV jer.. (wajib ditemani oleh saya lah) 3-4 kali dah cuba angkat masuk bilik semula..tetapi PASTI DIA TERJAGA dan menagis nak tidur kat depan TV jugak.. aduyai... Yang lawaknyer ..ingatkan malam yang kami keluarkan semua barang dan letak depan hall (bagi memudahkan proses angkut masuk lori- tak delah diorg kena keluar masuk bilik kami kan..so kumpul semua letak kat  hall) Ingatkan malam tu Dalila mahu tidur dalam bilik..yer lah hall penuh dgn kotak2 kan..huh! tak herannyer dia..dia cari gak port nak suruh letak tilam nipis tu..nak bum bum (nak tido lah tu) terpaksalah saya yang sedang demam ni tidur di celah kotak tu jugak- bersama2 Dalila.. dia mesti "menyusu" baru boleh lena.. tengoklah..dia sendiri nak luruskan kaki pun tak boleh tau kat port celah kotak tu.



photobucket

Wednesday, June 16, 2010

@ Beli Majalah Renovation dan Majalah Apartment Pulak

Dah lepas cuci dan samak rumah kat Bertam aritu, kena start lah plan nak hias/deko2 rumah dari sekarang. Duit??! Tak pe..sambil2 fikir nak deko/hias rumah sambil2 kumpul duit. Walau pun kami tak akan berpindah ke rumah di Bertam lagi dalam masa terdekat ni, dan walaupun my SIL yang kerja bank tu yang duduk situ.. tetap juga mahu nak buat/hias rumah tu cantik2. Hujung2 minggu leh pi tidur sana..atau on the way balik dari kampung ke..leh singgah situ jap.

So, my 1st step untuk deko2 rumah adalah..BELI MAJALAH.Sebelim ni..saya selalu beli Pa&Ma saja. Ada dua majalah yang saya baru beli kelmarin, iaitu majalah RENOVATION dan Majalah APARTMEN (April-Jun 2010). Apa yang menarik dalam majalah itu?

Majalah Renovation. 1st time beli majalah ni. Ada muka Erik Leong kat depan. Ada 300 ilham dekorasi menjelang lebaran....best!

ada juga disediakan perincian bajet ruang ke ruang kat dalam ni.

yang paling saya berkenan..bilik tidur untuk kanak2..pink semuanyer.


Majalah Apartmen pula saya beli sebab rumah kami tak delah sebesar mana, rasenyer leh ceduk sikit idea2 deko kat rumah apartmen jer. Dan ini lah antara pilihan saya:

 design ni ala2 ruang tamu rumah kami tu kan.

lagi satu idea yang boleh di pertimbangkan

yang ni berkenan sebab..diletakkan cermin besar kat dinding tu (cermin besar sampai ke lantai)

Huhuhu..memang pening kan kalo pikir bab rumah..ni baru pening nak cari design yg sesuai..tak pening masa nak membayar harga barang2 tu lagi..huhuhu..baru ku rase cam mane Kak Intan (Ibu Arissa) tu rase..nasiblah tak buat renovation lagi.

So..dicadangkan sape2 yang minat deko2 rumah ni..silalah dapatkan kedua2 majalah ni. Dan kalo ada nak cadangkan apa2 majalah yang best/bagus untuk saya..jagan segan2 bagitau yer.. saya baru lagi dalam bab deko2 rumah nih.

photobucket

Monday, June 14, 2010

@ Cuci Dan Samak Rumah

Alhamdulillah..pada hari Sabtu lepas..seperti yang saya ceritakan sebelum ni.. kami akan mencuci dan menyamak rumah kami di Bertam. Bukan kami yang buat sendiri semua tu... upah orang saja pun. Tapi terasa agak letih juga.. yer lah sebelum Kak Mas dan suaminya (orang yang kami upah untuk mencuci rumah kami) sampai.. kami kena 'clear' kan barang2 yang ada dalam rumah dulu, angkut semua kotak2 buku dan baju2 letak kat luar dulu.. dah siap angkut bawak masuk rumah balik.

Proses mencuci dan menyamak bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Puas hati dengan kerja2 yang Kak Mas dan suaminya buat nih. Habis semua almari dalam bilik, lampu, kipas, serta peralatan di kedua-dua bilik air dan mereka samak. Kami plan nak samak dapur (semua kabinet dapur, dapur dan tungku2nya, serta kipas ekzos) dan lantai rumah sajer. Tapi Kak Mas cakap dia nak samak kan semua sekali, so kami setuju/ikut saje lah.

Dah siap semua, masuk tengok rumah..berkilat2 semuanya...termasuk mangkuk tandas sekali.. Alhamdulillah.. selesai sudah proses ni, nanti nak kena plan nak angkut barang dan nak buat kenduri dan bacaan yassin masuk rumah baru ni pulak. rasenya tak de doko-deko lagi kot sebab adik Abah jer nak duduk sini, kami masih di Penang lagi. Mungkin lepas raya baru nak cari brang2 deko, orang cakap kat Nilai, N9 murah frame Islamik yang besar2 tu...betul ker?
*
*
*
*
*
Ni ada sedikit gambar semasa rumah dicuci dan samak...2-3kali jugak kami menjengah semasa proses dilakukan. Risau kacau oarang nak buat keja pulak nanti.

peralatan yang digunakan hari itu

Tanah merah..beli di nursery pokok2. satu bag RM2. kami beli 5 bag.

lagi gambar tanah

proses menyamak ruang tamu oleh suami Kak Mas

tengok tu! sape yang berlari masuk dulu pas semua siap di cuci.. haiya..macam lipas kudung!


Photobucket

Friday, June 11, 2010

@ Esok (Sabtu)- aktiviti Samak dan Cuci Rumah Bertam

Minggu ini sebenarnya kami sekeluarga agak buzy..Abah sampai ambik cuti dari hari Isnin sampai Rabu. Major projek kami adalah "Cuci dan Samak rumah kami di Bertam". Alhamdlulillah dengan bantuan rakan blogger yang tinggal di Kepala Batas iaitu Zaza...saya diperkenalkan kepada Kak Mas, yang pernah membersihkan rumah Zaza suatu ketika dulu. InsyaAllah, esok (Sabtu) ni nanti, rumah kami di Bertam tu akan dicuci dan disamak berikutan owner pertama sebelum kami adalah perempuan Cina(bujang)..walaupun dia tidak memelihara anjing..tapi untuk menghapuskan perasaan was-was..lebih baik disamak kesemuanya...betul tak?

Dah lama beli rumah di Bertam, Kepala Batas ni..cuma tak de masa nak pi jenguk selalu. Harap pada kak Long Abah yang di sebelah rumah tu sajer tolong2 tengokkan. Tetapi baru2 ni..Acu (adik Abah yang kerje Asistan Manager Bank) kena tukar ke area Bertam, so nak kasi Acu duduk rumah ni lah nanti. Tak payah dia susah2 nak menyewa lagi. 
(Entry lain tentang rumah Bertam ini di SINI)

So, sebagai persediaan proses menyamak esok.. ini ada beberapa info tentang menyamak rumah yang saya google kan:

Info Pertama:

CARA MENSUCIKAN NAJIS MUGHALADZAH

Hendaklah disuci 7 kali pada air yang mengalir.

Yang pertama atau yang terakhir air itu hendaklah bercampur dengan tanah atau pasir yang suci. Dasarnya ialah hadith Abu Hurairah yang bererti :- " Jika anjing minum dalam bekas salah seorang diantara kamu, maka ciculah 7 kali." Muslim.

Sabda Rasulullah SWA bererti :- " Sucinya bekas air seorang diantara kamu kalua dijilat oleh anjing ialah dicuci tujuh kali, yang pertama atau yang terakhir dengan tanah." Muslim.

Umumnya air bercampur tanah diguna pada air basuhan yang pertama.
simbahan/cucian pertama atau yg terakhir, tapi elok kita simbah pada kedua2nya i.e simbahan pertama dan kedua... kemudian bilas ngan air bersih pula..
                                                SUMBER: blog Mama Auni Firdina


Info Kedua
 soalan: 
saya nak pindah rumah sewa.tuan tu kata dulu ada orang india bela anjing.perlu ke samak satu rumah?

jawapan: 
Dalil hadith hanya khusus kepada bila anjing menjilat bejana hendaklah dicuci tujuh kali dalam salah satunya dgn tanah. Manakala di zaman salaf, pernah anjing masuk ke dalam mesjid Nabawi dan Nabi SAW tidak pernah memerintahkan para sahabat menyamak mesjid (Qardhawi, Fiqh Thaharah).

Maka memadai seluruh lantainya di basuh hanya menggunakan detergen lantai atau sabun dari menyamak lantai dan dindingnya dengan tanah. Ini lebih menghampiri kebenaran kerana Islam itu mudah dan tidak dijadikan dalam agama itu suatu kesempitan.

Dalilnya: ” Allah mengkehendakki untukmu kemudahan dan tidak mengkehendakki kesukaran.” AQT 2: 185 WA
                                                          SUMBER: soaljawab.wordpress

 --------------------------------------------------------
maka, pada pandapat saya, cara menyamak untuk rumah saya ini nanti akan bermula dari dapur sampai ke lantai ruang tamu bermula dengan bilasan 1 atau kedua menggunakan air tanah..dan disusuli dengan 5 lagi bilasan air yang diambil terus tari paip...(mula semula dari dapur ke ruang tamu) Dan tidak perlu disamak pada dindingnya. (betulkan saya kalo saya silap ye kawan2)

Tanah yang akan digunakan untuk proses menyamak ini kami beli dari nursery pokok bunga. Beli tanah yang berwarna perang kemerah-merahan. (cadangan dari Zaza)
 *
*
*
*
*

 sebagai selingan..sila tengok pic Dalila kat laman rumah di Bertam tu..

 Kat belakang yang ada rumput tu laman rumah Kak Long

 Muka masam sebab kena marah sebab tak pakai kasut..dia suka sangat nak main kepala paip ni.

 Masih mood merajuk..bergambar bersama Faqihah..anak Kak Long


Photobucket

Monday, October 5, 2009

@ Rumah Kami di Bertam

Assalamualikum..(dua beranak bagi salam sebelum masuk rumah)

Kali ni nak citer umah yg kali beli di Bertam Perdana.. Selalu pergi sana tp tak pernah/terlupa bawa kamera, tapi raya ke-6 hari tu Ibu pergi sana lagi-ada kamera dlm beg, so boleh lah kawan2 semua tgk umah kami ini. Rumah teres 1 tingkat.
Sebenarnya kami selalu ke Bertam ni sebab ke rumah Kak Long Abah a.k.a Mak Long kpd Dalila tinggal disana. Dan pada pertengahan 2007, jiran sebelah rumah Kak Long tu bgtau nak pindah sebab nak berkahwin (so, kire nak stay ikut husban dia lah). Jiran a.k.a tuan punya rumah tu seorg perempuan Cina bujang tinggal sorg2 di rumah tu. Bila dia bgtau dia nak pindah...rasa mcm sayang pulak kalo tak beli sbb SEBELAH RUMAH KAK LONG. Nanti kalo ada apa2 majlis/kenduri..senang sikit buat kat sini, kawasan pun luas.
Kalau sesiapa yg tidak tahu, dimanakah letaknya Bertam, ia di dalam kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang, yg dulu2 tu kawasan Pak Lah tu.. Skrg kami tinggal (menyewa rumah) di kwsn Bayan Baru kerana dekat dengan tempat kerja Abah. Buat masa skrg, rasanye tak plan lagi nak pindah sana sebab:
  • Rumah tu belum samak lagi- tuan punya umah tu dulu Cina perempuan bujang.
  • Lebih jauh dari tempat kerja Abah- kalo pindah tiap2 hari kena berulang lintas jambatan pulau pinang tu...tol jambatan tu lagi..minyak lagi...masa lagi..
So, Kak Long dan suaminya yg rajin tengok2kan rumah tu skrg.

Yg sliding door hitam tu, pintu rumah kami, yg grill petak2 tu pintu rumah Kak Long. Abah dan Dalila buat apa di laman rumah Mak Long tu?
Mari kita tengok bahagian dalam rumah pula.

Ruang tamu
Lampu dan kipas di runag tamu

Dalam bilik tidur...tu pintu tandas dalam bilik :P

Ruangan dapur

Dalila berjalan dlm rumah baru...target ke arah plag pulak. bahaya!!
NAK MINTA PENDAPAT- Kalau korang semua nak samak tak rumah yg sebegini; beli dari seorg Cina, bujang, tak bela anjing, cuma dikhuatiri memasak makanan menatang 'tu' saja di rumah itu...kalau perlu samak..kena samak keseluruhan rumah atau bahagian dapur saja?
p/s: Ibu tahu ramai jugak geng2 bloggers yg tinggal area Kepala Batas nih.. nanti kami p sana lagi, leh lah kita jumpa ya :)
************************************************************************************
Hari Sabtu yg lalu, dari pagi sibuk bersiap nak gi konvo adik Ipar asben di UUM. Dari pagi bgun memasak, (nasi goreng je) buat kuih (lempeng je) untuk buat bekalan masa tunggu abis majlis konvo disana. Sampai rumah semalam pun dah dekat jam 10 mlm dah..tak sempat nak update blog.
Hari Ahad pulak...ke 2 jemputan rumah terbuka. Malam gi Queensbay pulak...jumpa kawan Abah -ex mrsm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...