Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Friday, August 31, 2012

bday - merdeka - raya!!

August 31st!! happy 35th bday han darling... happy 55th National Day Malaysia dearest!! n still n raya mood. meriah!!!
cinta hati. sgt cinta!! thanx for everythg dear. super appreciate your super loves n cares. hope kekal jodoh kita ke akhir hayat, dipanjangkan usia utk sama2 pimpin tgn di hari tua. sampai ke jannah hendaknya. amin!!
so, merdeka eve p ronda n dinner kt Citta Mall, Subang. meriah lelampunya. tk pack so anak2 bebas bermain riang.
then shoot to kl, nk layan fireworks kt klcc. meriah sungguh! dah lama kami tk tengok live pun. malas nk bersesak! but this year mcm clear lak traffic. org balik kampung lg kot beraya... LOL
parking dari jauh ja pun...cantik, tp hubby amik video ja lupa nk snap picnya. hmmm...apapun three kiddos sgt sporting, even ngantuks ku tahaq jugak tkmo bg lena. on the way home baru semua terlentok2, tinggal la kami berdua ja blow candle n bukak present. hihiihiii... takpa la, anak2 dh sgt letih.
- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Wednesday, August 3, 2011

dramatic ke traumatic sudah! errrkkk............

drama! drama! drama!
dramaqueen kerrrr????
ha... kenan dah la tu, bz sgt berbisnes dramaqueen segala bagai!
hehehehee.... masih terngiang2 cakap2 melawak, kiasan dan usikan rakan2 dan ahli keluarga aku sebaik saja aku galak bercerita perihal melahirkan baby ke-3 kali ini. adeh! kelam kelibut dibuatnya... alkisah rentetan premature contraction hari tu maka gynea dah bg date untuk induce bila dah masuk 37weeks. appointment hari selasa, tapi kena warded Isnin malam. insyaAllah selasa lepas Subuh macam tu boleh la nak jumpa baby baru. itu plan asalnya.
tapi sejak ahad petang aku mula terasa senak2 yang lain macam, tapi masih gigih bersuka ria dan wat evening walk dgn anak2 sambil tengok dia org main basikal la, motor la apa la... tup tup isnin pagi tu aku dah terasa contraction yg agak panjang tempoh masanya, more than 30 sec tapi dalam selang masa yg tidak begitu kerap, cuma sakit nya tu yg tk tahan. boleh menangis sorang2. so, me and hubby decided to go for check up. mana tau kot2 dah boleh bersalin... tk perlu la nak induce segala bagai kan. lepas hantar damia ke tadika and dani ke nursery terus la ke hospital. gynea aku shift petang pulak, jumpa ja gynea yg bertugas pagi tu. "ok. pintu rahim dah bukak 2cm. but not so soon because kepala baby masih tinggi, warded dulu, tunggu Dr Wan datang and buat review. u berehat, kalo sakit sgt bgtau nurse."
.
while waiting... 37weeks @ 62kg *ngeeee*
.
am warded. yeah. again. waiting. no pain. at all. again. aduhai, false alarm lagi ka? yg semalam sakit ngerang bagai nak rak, tup tup hilang centu ja. jam baru pukul 11am, nak tunggu Dr Wan, pukul 3pm. haiihhh... lama lagi ni. aku suruh hubby balik tengok2 rumah yg tengah finale dlm proses mencuci dulu dah alang2 dia bercuti emergency la konon kan tadi. lepas lunch dan selesai solat zohor aku berehat sambil tengok tv. ish... tiba2 rasa senak datang. igtkan nak pegi toilet rupanya sakit nak bersalin la tu!! ok, tahan... layan... doa... moga2 bukan main2 la kali ni, moga2 sakit ini akan berterusan ke labour room. 3.15pm Dr Wan sampai... check sekali lagi. dah bukak 3cm lebih pun, no need to induce. masuk drip ja, discuss2 dia terus pecahkan air ketuban dan dlm 4-6hrs lagi boleh bersalin. itu estimation period la katanya. aku call hubby suruh settlekan anak2 hanta ke rumah MIL dgn kadar segera dan datang temankn aku b4 5pm sebelum segala2nya jadi amat sakit nanti.
he made it on time. kekerapan contraction mula terasa. aku call nurse for paint killer. memandangkan labour room tengah free, terus ja diaorg pindahkan aku ke sana. jam dah menunjukkan ke angka 6pm. sedang aku berehat2 layan sakit sambil lalok ubat, tiba2 nurse dtg and looks a bit worried. rupanya degupan jantung baby tiba2 merudum. setiap kali contraction jantung baby drop giler2. Dr Wan masuk and stand by utk sebarang kemungkinan. aku yg tengah lalok tadi pun dah cergas sepenuhnya! berkat petua puan sone suruh mkn kurma and minum air zam zam utk tambah tenaga, mmg aku sgt cergas. bersedia sungguh nak push betul2 kali ni. sakit tu mmg sakit, tp aku lawan tahan. tak terasa pun nak mintak epidural. mmg aku boleh!
bila bukaan rahim masuk 7.5cm Dr Wan hentikan drip, dan cuma bergantung kepada kesakitan aku di paras normal sebab risaukan degupan jantung baby yg makin menurun bila contraction terlalu kuat hasil dari drip yg diaorg bagi tadi. tapi, lain pulak jadinya sebab kami semua terpaksa berehat... adegan suspen masing2 pandang ja mesin yg memaparkan kekuatan jantung baby and contraction aku tu. kenapa ya. hhmmm... contraction berhenti secara tiba2. hampir 10minit menunggu tak datang2. bila ada pun sikit ja, dan tak sakit sangat... then drop balik. but at this point baby's heart beat dah back to normal. doctor predict terbelit tali pusat dah kat leher tu so bekalan O2 makin berkurangan bila tiap kali ada contraction. bukaan 8cm, masih tiada kesakitan luar biasa utk membantu aku push baby tu keluar.
then aku dengar doctor cakap kat hubby dia terpaksa operate aku. adeh! c-sec pulak?? gudness. mmg tak dapat nk bangkang, nyawa baby lagi penting kala ini. both of us pasrah ja. tak dinafikan mmg kami tak bersedia langsung. bila pakar bius sampai dia org pun sibuk la sorongkan aku ke OT. hubby siap2 dgn baju and mask bagai utk masuk temankan aku and sign segala surat penting b4 operation nak dijalankan. dia masuk berdiri sebelah kanan, dicium ubun2 aku berkali2... nampak cecair jernih mengalir dicelah mask yg dia pakai. dan ajaibnya sepanjang proses nak bersiap sedia dalam OT room tu mmg aku tak rasa sakit langsung. sungguh! Dr Wan pun mcm tak ready ja nak bedah aku. dia masih berdiri kaku di depan kaki aku sambil mulut dia kumat kamit membaca kalimah suci doa2 segala bagai, sama mcm yang dia pesan kat aku... sambil kami menanti pakar bius tu buat keje dia dulu. Dr Ng namanya... dia tanya aku soalan2 lazim sebelum dibius, dah nampak pun jarum berisi ubat dia tengah sukat b4 nak inject aku.
tiba2.... "Dr Wan, i rasa nak teran lah!" sakitnya yg amat.................. sepantas kilat Dr Wan check "wait Dr Ng, max.10cm, giv her 1 more chance!" terus dia assist aku untuk cepat2 bersalin, alhamdulillah Isnin, 25 July 2011, jam 7.44pm dengan 2x push dan juga bantuan vaccum, kat atas katil SLIM dalam bilik OT tu lah aku lahirkan baby ke-3 kami. a boy! jenuh la husband aku and pakar bius yg dah tukar profession sbb kena tolong pegang patient, takut jatuh dari katil SLIM yg sgt la muat2 aku ja pun rasanya. selebihnya nurse2 sampai 6org nak tolong sambut baby and bantu Dr Wan... haiishhh. kalo bersalin normal kat labour room tk la ramai2 centu kena kerja keras. cukup Dr and Bidan ja wat keje then my hubby. ini dah kecah dua2 bilik, sume nak conquer yer. nasib la tadak org lain yg nak bersalin masa yg sama dgn aku. mmg kosong and free la bilik2 dan nurse2 yg ada tu.
.
day 1 - 12hrs after labour .
macam2 gaya dan cara kan Allah nak uji kita. apapun aku bersyukur sangat2 dapat lalui semua detik getir dgn tabah. tk kira la merintih mcm mana sekali pun, hilang dah segala rasa sakit tu saat aku update blog mlm yg hening nih. syukur juga tiada sebarang komplikasi pun sebenarnya baby kami. elok ja semua, cuma masalahnya dgn contraction aku tu ja. main2 datang dan perginya silih berganti. mmg sgt syahdu tiap kali pandang muka baby. segar rasa jiwa, tenang dapat bau syurga bila cium insan kerdil lagi suci yg Allah kirimkan kepada kami sekeluarga. aku namakan baby
Dayyan Izz-Zarif bin Humaidi, membawa maksud Pelindung Kemuliaan & Periang.
.
day 2 - on the way home .
day 8 - in A/Setar
.
kelahiran kali ini mmg byk dugaan, byk kerenah, dan byk jugak pengalaman yg aku peroleh. harap2 jgn la terbawak2 dlm perwatakan pulak yer. adeh. bila ditanya pada hubby, cemana perasaan dia... "trauma." simple ja jawab dia. aik? yg menyokong trauma... yg melaluinya bagaimana pulak??? *agagagagaga* tiada jawapan yg pasti... blurrrr :P

Saturday, December 4, 2010

kerna terpaksa.....

"kerna terpaksa.... aku melangkah pergi! kerna terpaksa....~lalalalala~" sila activatekan mode karaoke yer :P
sian cik suami saya. hari rabu lepas, dia kena ke melaka meetg dgn gomen katanya. pehtu tup2 bila aku dh smpai umah lepas balik dari gheja tengok2 dia dh ada dan tgh sibuk2 mandi. ingatkan balik malam. sambil bersiram tu dia bebel ofis call PAKSA dia joint dinner Yayasan Sultanah Bahiyah. ces! boring katanya.....
dia mmg tk suka aktiviti2 korporat, dinner2, makan2, promote2, lobi2 project. heh! sgt la dia akan ngelat kalo kena pergi. tapi ini kali tk bleh lari sudah..... sbbnya boss dia tadak, so dia kena cover. sambil aku pun suka gak dok nyakat dia. saja kasi simbah minyak lagi *korang sila jgn tiru perangai tk elok ini okeh* sambil aku tolong dia siap2kan baju sume, sambil dok usik ngusik. kanak2 ribena masih di nursery kala ini. sedih ja hubby sebab kena pergi tanpa sempat tium2 permata hati yg 2org lagi tu. hhmmm...
satu2nya kasut skema dlm simpanan dia.... itu pun sbb aku bg masa kawin dulu :D punya la tk suka melawa sampai tk jejas sikit pun, keraiihh elok lg haaaa.... ekekekeke
kat luar umah aku pun stand by sama keluar gak nk pi jemput anak2, sambil2 tu aku sibuk snap sana sini pic dia yg sgt penuh dgn muka kebosanan ini. hik! hik! hik!.... sian hubby aku... sabar jer lah. tapi sempat gak dia buat2 lawak selamba dia "ampun tuanku, ini kad saya. hello tun det, ini kad saya.... kikikiikikik.... sabar jer lah aku. pehtu dia tiru aksi2 dlm citer P.Ramlee tu.... "betapa senang hati beta....." sambil jalan ala2 org kaya la konon. heh! kecoh kami bergelak ketawa di laman seri umah, sure pelik jenjiran dengaq, apalah yg seronok sangat laki bini kat luaq tu! syiok gak layan kasi hilang boring dia tu.
heh! time ni la nak jatuh segala benda. i dun like u know! :D
macam2 la halangan nk melewatkan i. huh! ado2 ajer... :D
ooiittt mamarazzi! sudah2 la tuh. langgar kang............ :P
masuk gheta pun aku sempat snap snap sana sini. dan dan tu la duit syiling nak jatuh berderai ke lantai, dah tertunduk2 lak nak kutip semua.... ada ja la yg tak kena. bak kata orang dah tanak pegi tu kan, mcm2 la alasan dan gaya dia. hhhmmmm.... sabar jer lah yer en.edi. image company kena jaga. silalah pergi makan dgn girangsss yerr!!! ^__^

Tuesday, June 22, 2010

~khabarnya.........

esok. rabu. 23 june. mereka bakal keluar dari jeddah tapi transit di karachi, pakistan. then jumaat baru landed KLIA. friday. 25 june. itu la yg terbaru selepas puas mereka berbincang dan menyusun dan merangka penyelesaian masalah yg telah timbul. banyak versi yg aku dengar, tp yg nyata mmg agen itu lalai lah. or tk reti or tak berpengalaman. semlm ada berita gak, ri ni pun ada berita gak... leh check sini kalo berminat nak baca lagi. hahahahaa.... cut short the story, aku sedang mengumpul kekuatan utk berdepan dgn dia yg tk pernah selama ni kami terpisah! sejak 10thn lepas... :D so ini yg pertama... dan semoga yg terakhir jugak lah. haaaiiihhh, macam2 kan! heh!! :P
well, apa yg berlaku sudah tertulis. makanya sebagai hambaNya kita harus redha bukan? redha dgn segala yg sudah menjadi ketentuanNya. dan aku pasti ada hikmah disebalik semua yg berlaku. many trillion thanx to all yg sangat concern menenangkan hati dan minda aku... tak kira lah thru comments, sms, notes, wall post and what so ever... i appreciate that guys! a lot! hanya Allah yg mampu bayar jasa baik kalian. but at the same time my doa goes to u guys juga semoga sentiasa tenang dpt mengharungi kehidupan di bumi Allah. kita hanya merancang, Dia yg menentukan.

Thursday, May 20, 2010

FINALE : Today is the day!

i'm done with my words... let the pics talked.

helloooo... anyone home?
came back home from tiring worked schedule, engaged on the phone wit mum regarding my surgery tomorrow, i was standing in the middle of my living area doing the talking - STIFF... and clueless. when my eyes caught some lite from the dining area... "ma, i'll call u back!" but my heart SMILE!!!
owh! close up sikit... there u go - when the flash is ON! :D
i saw red everywhere! hihiihi... i love flower, but i do not know wat to do wit it!!!
feeling felong sorang2 - confirmed he's not home yet! ~TEARS: SO DRAMA la i ....lalalalaa ~
me feel so touched wit his effort, so lucky to have him as mine, so blessed to be treated this way, so happy and yet sgt bersyukur with all the sweetest things happened between us for the past few years. he likes surprises, and i am used to his surprises, but yet i'm alwez keen for one each n every single day being wit him. never crossed my mind he will create the scene 1day earlier coz we still hav time for tomorrow, our lunch date is confirmed anyway.
riuh rendah rumah, macam ada 10org! :D
when the three of them came home, we were so kecoh to pose for our anniversary with 2kiddos. tungging terbalik sume... hihiihhii... but of course having them in my life is the most precious gifts i ever had.
"hubby dearest, u complete me in everything! let us perfecting each other till death do us part. i love you, i will alwez be. thanx."
my dear Allah, please let me have this happiness, last forever! AMIN...

Saturday, May 15, 2010

SEKUEL : "Extreme" Couple ;)

ya, kami mmg HOT couple! *wink*wink* HOT bukan sbb seglamer artis semalaya, HOT bukan sbb lawa tahap dewa (tp lawa jugak lah! ahakss!!) HOT bukan sbb anak org kaya raya... tp kami HOT sbb mmg suka beraktiviti lasak! kekeekekkee... HOT BERPELUH2 la kiranya... apa la korang nih. :D jangan marah ya... ini bulan cinta, so penuh ngan kenangan suka duka gumbira. harus la bersuka ria mengarang cerita dan thanx to yang sudi membaca entry bergambar (yg di SNAP terus dari album so quality agak kureng di situ) ini ya ~lalalalalalaaaa~ cewaaahhhsss! this is where "we" started. from the uni ground, we both enjoy all those outdoor activities. yer la, asik dating semedang di kota2 besar nih. i really loved going back to nature! tenang, cooling, rasa tanak balik pun ada gak. uni time is the best moment ever! pantang ada sem break ja ke gunung, ke darat, ke laut... errrr, kadang2 ja ke AS. ihihihhiii.. tu pun lepas kena bising lama tk balik. apa daaaa...
so 4years in a row kami asik jelajah tempat2 fofular di kalangan pencinta alam seluruh semenanjung. tapi bila dah bekerja kurang la masanya. now bila dah beranak pinak lagi la limited. juz imagine nak angkut sume gi hiking, kan bahaya tu... tunggu la besaq2 skit and kalo kami masih bertenaga akan aku PAKSA sume anak2 masuk hutan gak. kekeekeke...
peace u'olllsss. nature lover in action!
penat lelah tadak hal, yg penting menten senyum okeh! hahahaaa..
romantika di puncak... sambil layan sunset.
angin sepoi2 bahasa ~ layan!!
me carrying slightly lower kg than his luggage. terer jugak kan?
dun worry, i'm doing fine... HEPPP!! no manja2 dlm hutan okeh! :D
best pose ever dlm byk2 pica yg ada dalam koleksi masuk hutan aku ni haaa...
sonok advanture couple nih, muka buruk pun dia tk kisah. apa ke hal nak lawo2 dlm utan ni... lari kang sume binatang! hihihihihi... natural beb, natural...
lepas engaged dah slow jer masuk hutan... plus dah keje kan susah nak amik cuti :(
pic bersama "artifak" di air terjun : kami suka dirikan batu pacak2! konsep dia - FOCUS!!
me @ 6mos preggie.... still back to nature tapi sekadar picnic2 n bbq as a day trip only. no more fire camp or jungle tracking or hiking sbbnya beban di perut pun ala2 seberat Deuter bag aku tu. hahahahaa....
actually bestnya aktiviti cenni is to create awareness terhadap alam sekitar, appreciate the mother nature. then at the same time tgk semangat kerjasama, mandiri, serta alert & concern tentang apa yg berlaku di sekitar kita. bila ada problem sama2 solved kan, bila susah sama2 tolong, responsibility tu penting dan aku rasa paling berkesan is apa yg kita dapat pelajari dari nature. serious kalo para pencinta alam tk alert, mmg masuk kuar hutan tu dapat penat ja! n i guess my hubby saw those quality in me, senang sikit dia nak bela... boleh berdikari katanya... (hehehee... tp lepas kawin i manja tk hengat okeh! ~lalalalalaa....~ he help me a lot with housework... hmmm :D)
thats why sampai sekarang pun kami suka pegi picnic n bbq! apa yg penting : KERJAAASSSAMMA!!! (sila igt lagu wonder pet okeh!) tak sabar nak tunggu dani besaq, leh melasak masuk hutan berempat pulak. dream place ever is Kinabalu... hasrat ini mesti ditunaikan sementelah right before marriage kami terpaksa batalkan atas sebab2 yg tk dapat dielakkan. masa tu aku frust giler coz sume prep dah buat. well, insya Allah dgn izinNya boleh la kami sekeluarga ke sana... let say in 3 years time? agagagagaa....boleh kah? AMIN!

Monday, January 11, 2010

ayah...we want you!

pic was taken masa sume kami anak beranak tak sihat... kekanak ni nak melepek ja, sorang ngan ayah sorang ngan ibu... pehtu tetiba dani macam suka ja nak main2 ngan ayah, dan si damia as usual menjeleskan diri... so ayah, apa lagi! kena la tunjuk kuat dukung ja dua2 sekali. hihihiii... ibu suka sbb ibu leh bersantai regangkan lengan2 yang sudah lenguh mendukung dedani debob! pehtu snap2 pic mereka bertiga dan bergelak ketawa bila tengok balik sbb macam nak kena kawat cam ja lagaknya! n rambut dani yang baru nk tumbuh naik ala2 topi from top to bottom... very obvious!! *ngeeee*
p/s : bila ayah nak dukung ibu pulak nih.... ishhhh... hihihihi

Wednesday, January 6, 2010

yeah...thank you! at least.....!! hiikksss...

this guy i tell u aaa... alwez make me laugh! sometimes i feel so mad at him, but on the other hand he's my precious, my everything... my life my heart my soul. my one and only man, my hubby dearest! loved to be called ~honey~ a.k.a HAN... hmmm... need i say more?? yeah... enuf! main point here is to share wat he did today okay... of course trying so hard to impress me. yeah i'm impressed!! coz this is his 1st time ever for the past 5 years we stayed together --------> TADADAAAAA..... he went shopping for groceries FOR ME!! ~ alone~ ??? errr...
ok... rite... yeah, alone... u know why, coz he's on 3 days MC in a row due to eye infections... lama giler, tk aci betoi doctor tu. kat aku dia bg last week 2 hari jer. alih2 hubby dpt 3 hari. discriminate! tapi apa2pun still lama lah nk baik nih. naik letih pun aku dok titik ubat hari2 cenni... ok ok ok, back to hubby's story of the day! balik2 tengok dia baik punya dok landing atas sofa sambil layan sony psp... ish... laki aku ni suka sungguh la menan kekanak! haruuu... pehtu tanpa memandang muka aku yg cun dgn make up Dior nih... (ceh! perasansss...hahahah) dia cakap "tadi han dah pegi tesco, beli groceries utk by" uuiikkk.... biar betoi? apakah yg kamu terer beli itewwww... aku pun pulun pi dapur belek pi belek mai.... hmmmm.... yeahh... mmg dia membeli. dan membeli dan membeli...
coba lihat ini... masyaAllah! bawang mcm nak buat kenduri... harus la busuk sementara aku nak bleh perabih guna tu oooiii... jenuh la, berlambak! pehtu segala perencah apa2 jer berpeket2 dia beli. katanya ada org wat promosi, dia rembat aaa... senang aku masak tak payah sedia bahan byk2! ha elok... pehtu sume pakat2 luruh rambut botak mcm awak lerrr ek... ishhhh laa. sup bunjut mak siti! sejak bila aku pernah beli brand tu, ada ka? selalu adabi ja... ni mai mana tk tau. perencah nasi goreng pun ada! mmg tk pernah aku beli nih... cemana la dia bleh terpikiaq nk beli tak tau?? haruuuu....
ha... sayur bayam n kailan (nampak segar kira A nih,) pehtu tomato kaler2 yg kenet2 tu...fuiiyyoooo... aku selalu beli 3-4 biji yg gedabak tu ja! dia kata saya tk reti pilih. amik ja yg dah pack, senang! owhhh yeahhh sangat senang encik edi. telur siap berpelekat tarikh luput gitu. ihhihiii, lawak aaa laki aku nih... ya, kadang2 kami lupa nk makan gak telur tu elok la dia lekatkan tag date tu sekali. tima kasih di situ.
uuuiiissshhh... siap bersusun dalam freezer, pandai lak dia isi dlm freezermate aku nih. hihihiii... sekali bukak tengok, adooiii... ikan 5 ekor jer?? alahaiii, lemahnyer rooppaaa ikan tu! ala2 jer haaa... hhhmmm... dia pilih ka dia main bungkuiihh ja nihhh weeiii!!! pehtu sotong n udang penuh tupperware lak tu, ha elok sgt la sakit2 mata ni dok nak suh masak barang2 ni mau gatai garu sampai lobbaaammm bijik mata tu!
kalau aku cakap byk satgi dia kata aku tk appreciate, kalo aku tk ckp dia kata aku tk bgtau... kalo aku gelak dia merajuk langsung paiihhh ni hang pi la beli sendiri... masalahnya aku tk suruh pun... mmg aku ada ajak dia, tp sbb tengok sakit mata tk baik2 lagi kan, aku pun tk kisah la... alah takat mkn ja apa yg ada buleh aaaiihh ikhtiar buat masak makan bagi! hiihihii... tu diaaaa... sekali dia hangkut, semata2 ikan dan sayur. dia igt masak campak2 ikan dan sayur pehtu hidang ja? hhmmm... tarik nafas panjang2 sikit... sejak insiden dia kata ikan merah tu ikan emas! dan beli daun sup mcm beli sawi secekak berlambak jenuh aku nk perabih guna hari2 hiris buat hiasan!! aku mmg tk pernah mintak dia beli barang2 dapur sendirian lagi. semua org ada kelebihan dan kekurangan and i believe he has got lots of talent in other things compared to being a good kitchen helper. so on the way nak pegi amik kekanak pulang dr nursery, aku kena la singgah kedai lagi dan membeli segala perkakas bahan asas nak masak / stok barang dapur... sebab semlm pun aku dah wat checklist apa nak beli, tk sangka pulak ada pembantu yang SANGAT SUDI mengofferkan diri diam2 pi beli dulu... KEZUTAN la konon!! tima kaceh jugak la dgn ucapan salam sayang yg tk terhenggaaaa nih!! nah... cili, serai, halia, kentang, santan, lada, garam, kunyit dan segala bagai yg lain... huiiiishhh, baru lengkap and syok nak campak2 ke kuali! honey... honey... apa bleh buat. nway, he's the best for me and i believe we complete each other perfectly. *ngee*
***sigh*** ~ THE END ~
p/s : dunia akhir zaman... hubby MC / terpaksa habiskan annual leave hujung thn sanggup tolong wife kemas, cuci & dobi rumah kasi bersih cun and wangi, pi pasar cari barang masak (membibikkan diri la sekejap even dia beli sesuka hati ja)... tapi si isteri kalo cuti, pintu mall pun sanggup tolong bukakkan sbb koi 10 dah terpacak kat sana! then kalo nursery tak kata koi 6.30ptg kena amik anak, agaknya smpai mlm la dok bershopping sakan! aku la tu... ish ish ish... bila nak insaf nih???!!!

Related Posts with Thumbnails