Showing posts with label Beautiful Words. Show all posts
Showing posts with label Beautiful Words. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

Kata-kata indah dan bahayanya..

"Terbang,
Terbang tinggi walau tanah di kaki,
Kan ku cari langit"


Sedap kan??

Assalamualaikum WBT semua...

kat atas tu petikan lagu baru Yuna..tajuk lagu..LANGIT.

Mama memang suka kalau dengar bahasa-bahasa puitis ni...masyukkk aje rasanya...


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Yang ni pulak lirik Arjuna Beta, dendangan Fynn Jamal.

Masya Allah bakat diaorg dalam penulisan sangat-sangat unik. Tak nak ambilpusing pasal irama dia..tapi lentuk gaya penulisan mmg menyentuh kalbu..,,

Ye..Mama memang suka menulis..tapi tak berapa pandai..tapi memang Mama suka baca penulisan kreatif yang puitis2 ni...

Tapi..kena bataskan juga kreativiti kita dengan bahasa ni..

Mama pick Fynn Jamal punya lirik juga..
(maaf ye)

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Kena berjaga-jaga dengan kata-kata indah yang kita tulis. Takut kita terjerumus dengan syirik atau perkataan2 yang boleh menjerumuskan diri kita dalam "dot..dot..dot"

Lebih indah rasanya jika ayat itu ditukarkan kepada :

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
Allah sentiasa ada
takkan engkau tercela


Love you all
Igloomama
Shah Alam.

Kisah Cinta Ulung

Assalamualaikum WBT

Jatuh cinta dengan ayat-ayat ini...





Hubungan kita dengan Allah ialah sebuah kisah cinta

Ulangilah kata-kata cinta kita kepada Allah dengan sentiasa membasahi lidah dan hati kita dengan kalimah suci Al Quran dan Zikrullah.

Buktikanlah rasa cinta kita dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar

Prof Tariq Ramadan



Friday, August 29, 2014

Studio Hati : Kerana Dirimu Seorang Lelaki...




Kerana dia seorang wanita
Pada dasarnya lembut
Pada dasarnya gemalai
Pada dasarnya lemah
Pada dasarnya memerlukan

Kerana dia seorang wanita
Pada hakikatnya kasar 
Pada hakikatnya tegas 
Pada hakikatnya kuat
Pada hakikatnya diperlukan

Kerana dia seorang wanita
Dia tak boleh lemah bila dia perlu mengasari jemari mengurusi rumah.
Dia tak boleh gemalai pabila dia perlu bertegas mendidik anak-anak.
Dia harus kuburkan kelemahan demi menguatkan sebuah ikatan.
Dia tidak boleh terus memerlukan kerana dia sangat diperlukan.

Kerana dia seorang wanita
Dia punya sekeping hati
Yang kadang merasai lebih
Walau bibir senyum melirik
Yang ada masanya pedih
Walau tawanya mengekek
Yang dalamnya sudah rebah
Walau di luar nampak tabah 

Kerana dia seorang wanita
Jangan disentuh hatinya dengan senjahan
Jangan diganggu hatinya dengan kesedihan
Jangan diusik hatinya dengan sindiran
Jangan direnggut hatinya dengan kesangsian

Kerana dia seorang wanita
Sentuhlah hatinya dengan belaian
Usiklah hatinya dengan kegembiraan
Hiburkan hatinya dengan pujian
Cuitlah hatinya dengan kepercayaan

Kerana dirimu lelaki
Percayalah
Tak rugi kata-kata
Tak hilang kuasa
Tak lari hebat 
Bila wanita dijaga hatinya

Aida Ishak
Shah Alam 

Thursday, August 28, 2014

Studio Hati : Hikmah Musafir




Memandang, menikmati, melewati dan mengambil ibrah
Detik ke detik berlalu dalam waktu
Waktu di mana aku masih dia yang dulu
Cepat sekali senja mendatang sedang tadi mentari bersinar riang




Safar membuat diri lebih mengenali dan mengerti
Akan alam, akan manusia
Alam yang auranya berbeda
Manusia yang tersiratnya tersurat

Moga Allah sentiasa memeliharaku
Di waktu aku masih dia dan di waktu aku menjadi kamu.
Aamiin.

Aida Ishak
nukilan musafir solo Segamat-Shah Alam
27 Ogos 2014

Wednesday, August 20, 2014

Jangan laaa sedih.....

Assalamualaikum wbt

Mama tgh tolong Haarith Hashim buat homework..google punya google...jumpa gambar comel nih...ihihihi




ye..baiklah...
(comel sangat....tak jadik nak sedih..hhihihi)

Cheer up!!
We have the ability to endure all the trials in life coz Allah does not burden a soul above it's capacity

So,,
Dont Be Sad okeh!!

Igloomama
Shah Alam

Tuesday, July 15, 2014

Nak kena sabar sampai bila??

Assalamualaikum WBT

Fuhhh...sabar..sabar...



"Jika kita disakiti, lekatkan sabar dalam hati, doalah agar kita tidak menyakiti orang lain"

Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar.
“… Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Az-Zumar: 10).

Sampai bila perlu sabar?
Jawapannya : sampai mati.
Sabar tiada batas, bukan hanya rela, tetapi rela bertukar redha.
Quote from Hashim Ahmad Shiyuti

Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu pernah menuturkan: “Ketahuilah, bahawasanya (perumpamaan) sabar dengan iman seperti kepala dengan badan. Jika kepalanya terpotong maka binasalah badannya.”

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

*sabarlah wahai anak, puasa kan didik sabar..

Salam 17 Ramadan
Igloomama
Shah Alam

Tuesday, July 8, 2014

Cabaran Anak Kecil Berpuasa....

Assalamualaikum WBT

Cabaran!!

Salah seorang Hashimiz berasa tidak puas hati dengan menu bersahur semalam.
Sebelum tidur dia request burger ayam, dan Mama turutkan menu permintaannya. Namun, kerana kekangan mata yang tak terbuka luas, dia hanya menjamah separuh sahaja burger tersebut.

Apa yang terjadi hari ini mungkin pengajaran buatnya. Namun, kerana dia masih kecil dan tidak faham, maka kesalahan itu diletakkan pada Mama.
Keadaan di rumah agak tegang apabila Mama mengatakan perlu makan secukupnya jika tak mahu lapar atau sabar menanti waktu berbuka puasa walaupun perut berkeroncong tak sudah. Tapi...kejadian berlaku sebaliknya.

Maka dalam hal ini Mama senyap dan cuba bersabar. Dia masih kecil dan kurang memahami situasi. Namun ada di antara selang masa Mama cuba bertegas. Walaupun kurang berkesan, dia masih meneruskan puasa dan aktiviti lain dengan amukan yang mencabar.

Toleransi tanpa Ketegasan adalah ketidakupayaan
Ketegasan tanpa Ilmu adalah Ketidakcerdikan
Toleransi dan Ketegasan di atas ilmu adalah Kebijaksanaan.

"Dan orang yang berdoa : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa"
Al-Furqan : 74

Berusaha mencetak insan soleh perlu 'printer' yang premium kualitinya. Mudah bila sekadar bersemangat (seperti melihat printer yang baru dibeli) tetapi prosesnya bukan sekadar memetik suis printer.

Maafkan Mama, Mama belum lagi cukup ilmu di dada, kurang kesabaran kadangkalanya, cuma, ada masanya Mama perlu bertegas, moga suatu hari nanti kamu semua faham akan erti 'bebel' dan 'garang' Mama..

Salam 10 Ramadan

Igloomama
Shah Alam

Friday, April 4, 2014

Yang Dikatanya Laut..


Yg dikatanya laut..

Yg pergi ke tengahnya kekadang x kunjung pulang.
Yang bermain di tepiannya kekadang dijulang ombak hingga hilang
Yang melalui udaranya kekadang dirujuk tak datang
Yang takut dengannya tentu tak daya nak berenang

Tenggelamnya Firaun mengejar Musa A.S dek laut.
Api neraka disejukkan dengan laut.
Perumpamaan ilmu Allah dgn manusia juga laut

Suhu diseimbang dengan laut.
Air yang datangnya dari laut pulangnya juga ke laut.
Renjisan ombak, percikan tsunami peringatan Allah melalui laut.
Sang puaka dibuang ke laut.
Sang pujangga ilhamnya laut.

Senyapmu bukan lemah.
Ganasmu bukan sakti.
Engkau hijau, engkau biru bahasamu tetap sama, bisu.
Kerana bisu, dosa fitnah umpat, kamu bebas.
Rahsia, kamu simpan kejap tak terlepas.

Hashim & Aida
Kuala Terengganu
26.3.2014

---

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Thursday, January 30, 2014

Tinta Hati : Wanita Biasa


Wahai suami
Ku hanya wanita biasa yang ketika kahwini
Yang harapnya bukan sekadar teman

Wahai suami
Ku masih lagi wanita biasa walau sudah bergelar isteri
Yang kadangnya tak pandai mengatur langkah, menjaga diri

Wahai suami
Ku masih juga wanita biasa setelah melahirkan
Yang ada tika semua tak tertanggung dengan kudratku

Wahai suami
Ku ingin menjadi luar biasa di matamu, di hatimu, di mindamu
Tapi ku masih menjadi wanita biasa juga
Yang ada kalanya tak kuat, goyah, penat dan kabut.

Wahai suami
Ku sedar
Ku tetap wanita biasa.
Bukan bermakna tak bercita-cita

Biarlah tak setanding sesiapa
Asal hayunan langkahku tak lelah, tak patah
Biarlah tak sehebat mana
Asal sendiri tak rebah,

Bantulah diriku untuk cekal
Ampulah diriku untuk kuat
Sokonglah diriku untuk tabah
Pimpinlah daku bersamamu..
Matlamat yang satu
Mencari redha Allah....

Igloomama
Shah Alam
30012014

Wednesday, November 20, 2013

Pelangi

Assalamualaikum WBT



Mengapa pelangi?
Pelangi indah,
Walau hadirnya sebentar.

Pelangi indah,
Walau ianya jauh.

Pelangi indah,
Walau ianya statik.

Mengapa pelangi?
Gapai tak sampai,
Tetapi digilai,
Capai tak sampai, 
Tetapi disukai.

Mengapa pelangi?
Ianya berwarna warni.

Pelangi,
Indah bagi pencinta,
Tenang bagi pencari,
Ubat bagi yang gundah,
Penawar bagi pesakit.

Pelangi memberi,
Memberi bukan kerana ada,
Tapi memberi bagi meng'ada'kan
Memberi bukan kerana kaya,
Tapi memberi bagi sama-sama merasa,

Apalah makna ada jika tidak memberi,
Apalah makna milik jika tidak ada yang rasa,
Kerana apa yang ada juga diberi,
Memberi daripada apa yang diberi.

Aida Hashim
16112013

**Sharing dibenarkan hanya dengan credit kembali ke blog Mama ye...TQ


Friday, November 1, 2013

Sayyidul Ayyam...

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah..

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam...



Berpagi-pagi dengan tanggungjawab menghantar Hashimisz meraih ilmu dan juga berbisnes.
Syukur rezeki masuk awal2 pagi..Alhamdulillah.

Balqees Hashim dan Haarith Hashim ada grading taekwando..moga bertukarlah warna belt mereka next term nnt, aamiin...

Aiman Hashim hari ni sangat mudah diurus..kejut sekali aje dah bgn, mandi dan terus solat Subuh tanpa disuruh. Alhamdulillah..(moga berterusan begini ye nak..)

Anees Hashim tak ke sekolah hari ni (smlm pun) dengan alasan takut ada kawan yang garang sangat..lagi garang dari Mama..(?????). Anak ini selalu ada alasan yang 'kreatif'. Moga kreatif mu bertempat ye anak...aamiin.

Ma..tak berapa sihat..pening katanya..kesian bonda ku..moga Allah memberi kesihatan yang baik padanya...aamiin.

"Kalau mahu gembira, elok dikongsi bersama. Kalau mahu berjaya elok diajak bersama. Lebih beerti. Lebih memberi kepuasan hati." - Ustaz Hasrizal Jamil.

Sharing is caring
Sharing is loving
Happiness through sharing..

p/s jangan lupa baca Al Kahfi hari ni ye...

Picture : Carian Googles. TQ


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara