Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Monday, January 8, 2018

Pizza Waffle yg Sedap...



Assalamualaikum wbt..pizza waffle ni dah laaaaama Liza buat, cuma baru teringat nk upload resepi kat sini, ye la mana tau kan, kot2 nnt anak2 nak buat, senang boleh rujuk resepi kat sini je..
Dapat dr blog minah salleh ( dah lupa apa nama blog dia) , waffle ni mmg sedap n lembut sbb penggunaan buttermilk tu..








SAVOURY WAFFLE / PANCAKE

Bhn2:

2 cawan tepung self raising
1/4 cawan gula perang
1 s/t baking soda
1/2 s/t garam
2 s/t lada hitam kisar
3 biji telur
1/3 cawan unsalted butter - cairkan
2 cawan buttermilk ( guna yogurt + susu segar )
5 biji bawang merah - hiris halus
Minyak

- campur semua bhn kering 
- pecahkan telur dan kocok sikit, masukkan ke dlm bhn kering td
- tambah butter cair dan buttermilk..guna sudip kayu dan kacau waffle batter sehingga sebati SAHAJA
- masukkan bawang hiris dan gaul sebati
- panaskan waffle iron / pan dan sapu sedikit butter cair / minyak
- masukkan 1/2 cawan batter ke dlm acuan
- masak 4-6 minit atau sehingga golden brown dan crispy

Boleh gunakan apa2 filling kegemaran, cuma kali ni Liza letak filling pizza dan cheese dan grill kjp sampai cheese mencair.






Wednesday, November 15, 2017

Italian Pizza...



Buat lagi pizza guna resepi ni, tapi ada yg Liza olah sikit..kali ni buat 2 adunan, maknanya gandakan je bhn kat bawah ni

Filling tu Liza buat BBQ Chicken n Caramel Onion, Hawaiian Pizza n Tuna, Alhamdulillah licin, hihihi 
 
 


RESEPI ITALIAN PIZZA


BAHAN A :


1 sudu teh yis mauripan
60 ml air
45 ml susu segar
1 sudu teh gula kastor


BAHAN B :


180 tepung roti
1/2 sudu teh garam halus


BAHAN C :


1/2 sudu makan butter - guna minyak zaitun





CARA2NYA :


- Campurkan Bahan A dan biarkan ia hingga berbuih (lebih kurang 15 minit)
- Bahan B diayak ke dalam mangkuk, masukkan Bahan A dan C. Uli hingga lembut.
- Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia naik dua kali ganda.
- Setelah doh naik dua kali ganda, tumbuk doh dan biarkan ia naik semula dalam tempoh 15 minit.
- Canai dan tekan doh menjadi lebh kurang 3mm tebal dan ukuran 22cm.


CARA LAIN : ( GUNA BM )


- Satukan dahulu bahan2 basah untuk membuat doh ke dalam BM.
- Masukkan bahan2 kering.
- Pilih menu dough dan tekan butang ON. (siap dalam 1 jam setengah)








BBQ Chicken Pizza





Rupa selepas dibakar



 

Wednesday, January 25, 2017

Sourdough Pizza Crust...




Masih menggunakan sourdough starter yg Liza buat ari tu, dan dibakar atas terracotta tiles..mmg terbukti crust pizza ni lagi sedap..puas cari baking stone/ pizza stone tapi tak jumpa, maka terpaksa lah beli terracotta tiles ni...tima kasih bnyk pada Nurul sbb bnyka explain kt akak tentang sourdough n peel dia, hihii








SOURDOUGH PIZZA CRUST

  • 1 12 cups sourdough starter
  • 4 -5 tablespoons olive oil
  • 1 teaspoon salt
  • 1 12 cups flour (plus a little more or less to adjust consistency)









Directions

  1. Preheat oven to 500°F.- Liza guna 180C
  2. Mix starter, 1 tbsp olive oil, salt, and flour together in a mixing bowl until it blends and forms a ball (add more or less flour to adjust consistency; if you get it too dry just add a little more starter).
  3. Allow dough to rest for about 30 minutes (don't look for it to rise, just to get the dough where it is easier to roll).
  4. Roll out mixture on parchment paper or a lightly floured surface until it fits the size of your pan, turning the dough as you roll (if you want a more even circle).
  5. Par-bake the crust on a pizza stone or pizza sheet for about 7 minutes, then remove from oven.
  6. Before topping your pizza with any sauce, cheese, or toppings, brush the top of the crust all over with remaining olive oil (as needed), using a pastry brush (this helps keep soggy moisture out of the crust as it bakes).
  7. Top as desired and cook until browned and cheese is melted.
  8. If you use certain vegetables as a topping (onions are the first thing that comes to mind) you might want to cook those about halfway before topping the pizza with them (or they will be too crunchy).





Tuesday, October 25, 2016

Pizza Pepperoni....

 
 
 
Buat lagi pizza guna resepi kat SINI, tq kak Azie...pizza ni mmg lembut n sedap

 
 

RESEPI HOMEMADE PIZZA DOUGH
 
Bhn2:
 
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

 

Cara cara:

 

Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.


Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.


Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan


Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.


Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian


 
Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping
 

Thursday, September 29, 2016

Homemade Pizza Dough...



Dah lama rasanya tak buat pizza, sampai adik pun selalu dok sebut..so, ari tu terpaksa merajinkan diri utk buat sbb adik ckp nk makan pizza tuna

Alhamdulillah Liza sgt berpuashati dgn resepi pizza dough dr Kak Azie ni, tq kak




Yg  ni versi tuna utk adik, tak nak bawang..mmg selera dia mkn



 
 



RESEPI HOMEMADE PIZZA DOUGH

Bhn2:

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)
 
Cara cara:
 
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.


Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.


Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan


Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.


Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian
 
Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping
  
 



Liza campak je semua bhn dlm BM sbb malas nk uli tangan,hihii

Wednesday, May 18, 2016

Pizza Roti Arab...







Bila tgk gambar ni, menjejes air liur keluar...adoiiii, bila la nk kurus kalau cmni..
Ni sebenarnya dah lama Liza buat, saje nk bagi idea pada kawan2 utk breakfast esok..sng n cepat, beli je roti arab kt kedai..pastu balik taruk topping pizza n cheese, pastu kita bako sampai cheese cair....perghhhh







Kat atas cheese tu Liza letak daun parsley. bila buat cmni mmg anak2 tak mampu kata tak nak,hihihii...bijak kan


Monday, June 23, 2014

Pizza Roti Pita...



Piza ni pulak Liza buat utk bekpes minggu lepas, anak2 mmg suka sgt la kalau dapat mkn pizza cmni..nak buat pun senang je..
Liza guna lebihan sos spaghetti je, pastu koyak2kan cheddar cheese, pastu bako hingga cheese cair...dah siap




Thursday, March 7, 2013

Italian Pizza....



 

Assalamualaikum wbt, salam manis buat semua....hari tu try buat pizza guna resepi dr dapur Intan, katanya dapat dr buku masakan Chef Agnes Chang...mmg best n lembut je pizza ni, anak2 pun suka, mak diaorg pun suka jugak....ihihii



Terima kasih ye Intan sbb sudi kongsikan resepi ni, akk mintak izin share kat dapur akk pulak ye...

RESEPI ITALIAN PIZZA

BAHAN A :

1 sudu teh yis mauripan
60 ml air
45 ml susu segar
1 sudu teh gula kastor

BAHAN B :

180 tepung (saya guna tepung roti) - Liza pun guna tpg roti
1/2 sudu teh garam halus

BAHAN C :

1/2 sudu makan butter

FILLING : filling terpulang pada selera masing2..

3 sudu makan pes tomato (saya guna sos spaghetti ready made je)
4 sosej yang dihiris
3 sudu makan tuna spread (saya tambah, saya guna tuna mayo Ayam Brand)
1/2 lada benggala hijau
1 biji bawang besar
300 gram mozarella cheese yang diparut
5 biji bawang putih dicincang halus dan dicampur dengan 2 sudu makan minyak

CARA2NYA :

- Campurkan Bahan A dan biarkan ia hingga berbuih (lebih kurang 15 minit)
- Bahan B diayak ke dalam mangkuk, masukkan Bahan A dan C. Uli hingga lembut.
- Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia naik dua kali ganda.
- Setelah doh naik dua kali ganda, tumbuk doh dan biarkan ia naik semula dalam tempoh 15 minit.
- Canai dan tekan doh menjadi lebh kurang 3mm tebal dan ukuran 22cm.

CARA LAIN :

- Satukan dahulu bahan2 basah untuk membuat doh ke dalam BM.
- Masukkan bahan2 kering.
- Pilih menu dough dan tekan butang ON. (siap dalam 1 jam setengah).


- Letakkan doh di atas dulang pembakar yang telah disapu butter.
- Sapukan sos spaghetti di atas doh diikuti dengan tuna spread.
- Susun sosej yang dihiris diikuti dengan bawang besar dan lada benggala.
- Taburkan parutan mozarella cheese dan minyak bawang bawang putih.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C dalam 15-20 minit



Tuesday, December 25, 2012

Mini Pizza Lagi....


Kalau buat mini pizza ni, biasa la kan, kompem request dr anak2....suka sgt diaorg dgn roti ni, mula2 roti tu diaorg habiskan,sosej dioarg simpan...last sekali baru habiskan sosej tu, bila tgk diaorg mkn rasa kelako la pulok...

Resepi ni Liza gunakan resepi yg pernah Liza gunakan dulu..jom kita tgk..


RESEPI MINI PIZZA

Bhn2:

200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping:
- pizza cheese
- mini tomato - Liza gunakan sayur campur
- sosej
- sos tomato / sos pizza - Liza guna sos cili n mayonis
- telur untuk sapu pada roti

Cara-cara


- Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
- Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
- Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
- Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.

- Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Tuesday, September 18, 2012

Pizza Riang Ria Raya....




Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali 2 Zulkaedah  1433H....sebenarnya jgn terkejut ye, Liza buat pizza ni dah lama, biase la tuan umah ni kdg2 ada, kdg hilang....hihihii

Liza buat pizza ni pun guna serunding daging dgn rendang daging yg lebih masa raya ari tu...so, jadi la nama dia pizza riang ria raya....amacam, riang tak?? hihihii

Liza buat pizza ni guna resepi roti yg biase Liza buat...cuma tambah ape yg patut je, jadi la pizza..senang kan...moh kita tgk resepi dr Roshayati Johari ni...

RESEPI BASIC BREAD DOUGH

Bhn2:


(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.



                                                  Jemput makan semua....hihihii


Sunday, June 10, 2012

Mini Pizza la konon....


Assalamalaikum wbt dan salam manis buat semua....pejam celik pejam celik besok dah bukak sekolah kan, maknanya xtvt pun bermulalah cm biasa...rasa macam semalam baru cuti sekolah...hihihihi

Hari tu sempat jugak la buat mini pizza sempoi ni, main taruk je apa yg ada...walaupun serba kekurangan, tapi tetap licin...Liza buat pizza ni guna resepi roti yg biasa Liza buat...

MINI PIZZA

Bhn2:

A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Nota MaDiHaA: MaDiHaA uli gunakan BM. Jadi MaDiHaA ikut saja arahan BM & tekan setting utk doh. Liza pun ikut cara madihaa...






Wednesday, April 11, 2012

Pizza Roti Pita....


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua...hari ni pizza lagi, Liza mmg suka yg simple2 cmni, tak yah dok pikir nk wat doh dia tu...tap kalau takde, terpaksa buat la jugak kan...alaaa, nk buat bkn susah pun, cuma nk roti pita jer, roti hotdog atau roti burger pun Liza belasah jugak....hihihihi


Topping dia tu ikut suka la yer,cm Liza ni Liza letak pop chicken, sosej n crabstick..soooo simple n tasty....yummmyyyyy

Tuesday, April 3, 2012

Pizza Roti Hotdog...


Assalamualaikum wbt dan salam semanis gula buat semua....ari ni jom kita buat pizza guna roti john pulak yer...apa yg kita perlu pun senang jer, takyah nk uli roti pagi2 buta ni kan....hihihihhi

Jom kita tgk bhn yg kita perlukan..

RESEPI PIZZA ROTI HOTDOG

Bhn2:

Roti hotdog sedukupnya - belah 2
Sos Pizza -Liza guna lebihan kuah spagetti
Sosej
Cheese

- panaskan oven 180C
- sapu sos pizza atas roti yg dibelah td dan letakkan sosej atau apa2 lauk kegemaran.
- taburkan hirisan cheese dan bakar 5 minit atau hingga cheese cair...
- dah pun siap kan....



Monday, March 19, 2012

Mini Pizza...


Assalamualaikum wbt dan salam berjumpa kembali pada semua teman2...masih dlm mood cuti lagi ke?
tiap kali cuti rasa pendek jer kan, tak puas rasanya nak beristirehat dan bersenggang senggang menternak lemak....kuikuikui

Jom kita tgk mini pizza yg dah berkurun Liza buat ni, tak sempat nk publish, bz katakan...hihihihi
Resepi ni Liza amik dr Fendi MyR, mmg sedap n lembut jer...thnx yer, tp Liza buat dlm bekas mapin tu jer, senang kan ( ala2 kedekut)...hihihihi

RESEPI MINI PIZZA

Bhn2:

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung

  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - sos tomato / sos pizza - Liza guna sos cili n mayonis
  • - telur untuk sapu pada roti

 
 

Cara-cara

- Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
- Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
- Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
- Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.


Monday, January 30, 2012

Sandwic Pizza....


Assalamualaikum dan salam manis buat semua kengkawan....bila dah mula sekolah ni bermakna bermula jugalah aktiviti yg kelam kabut kan...hihihihi

Mgkn ramai yg dah pernah buat sandwic pizza ni kan...act kan, idea ni anak2 Liza yg bagi...kalau dulu2 Liza biasa buat inti tuna jer, tp one day, diaorg suruh Liza try buat inti pizza pulak....hhmmm good idea kan...lepas Liza buat tu sampai sekarang pun,ni la sandwic peberet diaorg...bila ada lebih kuah spagetti tu, diaorg akan mintak Liza buatkan sandwic ni la....senang dan cepat...." anak suka, ibu setuju"....hihihhii

RESEPI SANDWIC PIZZA


Bhn2:

Roti sandwic secukupnya
Sos pizza / spagetti
Cheddar cheese
Sosej - direbus dan dipotong nipis



- ambil sekeping roti, sapu sos pizza diatasnya, letakkan sosej yg dipotong nipis.
- letak sekeping cheddar cheese di atas roti td.
- ambil sekeping lg roti dan letakkan di atasnya.
- letakkan roti dalam sandwic maker dan tunggu roti masak.
- taraaaa dah pun siap...



Kadang2 idea anak2 ni boleh guna pakai jugak kan...bg Liza sandwic ni mmg sedap sbb rangup kat luar..bila gigit tu terasa cheese yg mencair....perggghhh mmg sedap la...so, bg sesape yg nk mkn pizza segera tu, blh la cuba buat sandwic ni....gerenti tak rugi...






Monday, January 9, 2012

Mini Pizza Telor.....

Assalamualaikum dan slmt berjumpa kembali di hari Isnin 9 Januari 2012....alhamdulillah kita semua masih diberi peluang utk melihat keindahan Allah.....

Hari tu Liza ternmpak mini pizza telor kat dapur Kak Paty, mmg nmpk menarik dan gerenti anak2 Liza akan suka....so umi dia pun bereksperimen la, disebabkan kat umah ni takde stok roti arab, so, Liza guna roti burger jer dan buat cam burger.....alhamdulillah mmg ramalanku benar belaka, anak2 suka sgt dgn pizza telor ni...

                                                     Ni rupa pizza sebelum dibakar yer....

RESEPI MINI PIZZA ROTI

Bhn2:

Roti burger
Butter
Telur
Ajishio black pepper
Mayonis
Sos cili
Mix vege - Xde stok
Cheese


- sapu roti dengan sedikit butter dan biarkan sekejap di atas kuali leper dengan api kecil. Angkat dn ketepikan.
- masukkan acuan ke dalam kuali leper. Letak sedikit butter dan pecahkan sebiji telur. Kacau-kacau sedikit supaya kuning telur pecah. Letak sedikit serbuk lada hitam.

- taburkan mix veges di permukaan telur. Picitkan mayonis dan sos cili. Biarkan sebentar.
- apabila tepi telur sudah mula mengeras, tanggalkan acuan.
- sapu permukaan roti tadi dengan sedikit mayonis dan letakkan telur yang sudah siap di atasnya.
- lakukan sehingga habis.
- letak mini piza telur yang telah siap di atas dulang pembakar. Tabur dengan mozarella cheese...Liza guna cheddar cheese.. Dan bakar ikut keadaan suhu oven masing-masing sebentar saja sehingga cheese cair.


Dah pun siap....terima kasih Kak Paty atas kesedapan pizza telor yg mmg tak terkata ni.....'senyummm tak perlu kata apa2'....hihihihihhi

Wednesday, December 21, 2011

Pizza dan Roti.....All In One (Basic Sweet Dough)


Pagi td dah breakfast berat kan....so utk lunch ape kata kita mkn pizza pulak....ringankan sikit perut tu....tp awas yer,tetap tak boleh mkn bnyak2 nnt seluar mkin kecik sape yg ssh......Liza jugak yg susah kan....hihihhihihi



Alkisahnya nak buat roti guna resepi ni tp masa bibik dok sibuk menguli anak2 request pizza la pulak....so ape lg, kena tukar plan la....maka terjadilah pizza n roti dlm satu resepi.....senang kan....hihihihi

Liza buat roti kali ni ikut resepi dr Chef Noraini...mmg gebu dan lembut sgt....dah sejuk pun still lembut pizza tu...best wa cakap lu....

Malas la nk citer pjg2, jom kita intai resepi kak noraini yer.....

RESEPI BASIC SWEET DOUGH

Bhn2:

400 gm tepung roti
100 gm tepung superfine (kek)
100 gm gula kastor
5 gm garam
20 gm susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1 biji telur B, dipukul
1 peket (11 gm) yis segera Mauripan
40 gm shortening
250 gm air

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung, bread improver dan yis. Gaul rata.
2. Buatkan lubang di tengah dan tuangkan telur dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar.
3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Jika guna mesin 10- 15 minit. Pakai tangan 20 minit. Doh yang cukup elok diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.
4. Masukkan dalam bekas besar dan biarkan ia mengembang selama 45 minit dan naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh bagi membuang anginnya dan uli sebentar ke bentuk asal.
6. Timbang doh seberat 60 gm dan bentukkan. Boleh juga diletakkan inti di tengahnya.
7. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan ia naik 30 minit lagi . Masa bergantung kepada suhu bilik. Ia perlukan suhu 35 - 40 darjah celcius untuk naik dengan elok.
8. Gliskan dengan campuran telur dan air susu .
9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit hingga masak.


RESEPI SOS PIZZA

Bhn2 sos :
1 biji bwg besar - kisar halus
2 ulas bwg pth - kisar halus
1 biji tomato buah - kisar halus
1 tin kecil tomato puri
3 s/b gula
1 s/t garam
2 s/b minyak masak
Rempah oregano
1 paket daging kisar

Topping:
1 biji cili benggala
1 biji bwg besar
Keju mozarella
Nenas kiub
Sosej ayam /dgg
hirisan tomato
cheese mozarella
cheese cheddar


- panaskan minyak dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau.
- masukkan tomato puri dan dgg kisar.
- masak hingga dgg masak dan biarkan mendidih kjp.
- masukkan rempah oregano, garam dan gula secukup rasa.
- masak hingga sos pekat dan blh lah diangkat.
- sejukkan sebelum disapu ke atas pizza...
- sapu sos ke atas pizza dan tabur topping kesukaan.

Liza buat 2 jenis topping, satu sosej dan satu lagi topping tuna..

Topping Tuna:                                    

Sos pizza

1 tin tuna mayonis
Sos thousand island /mayonis
Nenas kiub
Crabstick
Cheese mozarella
Cheese cheddar
- tabur semua atas pizza dan bakar hingga cheese cair yer.....yummmyyy
Satu lg roti yg Liza buat dr adunan doh yg sama...roti ni Liza letak filling jem stroberi...anak2 liza pun suka jugak roti ni, berebut2 pulak diaorg nk mkn....
Sebenarnya buat sendiri lg puas hati kan...blh letak topping bnyk2...kalau kat kedai ciput jer diaorg letak, kedekut bebenor.....hihihihi


Saturday, July 2, 2011

Panazzzz...

Mini kek coklat untuk minum ptg...


mini pizza kegemaran anak2...jugak untuk dibawa ke Seremban...


                                           roti pintal gula dibuat istimewa untuk Mr.Hubby...

Ari ni layan gmbar je ye...tuan rumah xlarat dah...nnt lain kali kita kongsi resepi ye...


RESEPI DOH ASAS ROTI ( ROS)

Bhn2:
  • 300 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180 ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • sedikit gula
  • mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, Yatie sapu gliss pastu tabur gula, boleh juga bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...