H.E.L.L.O.

Showing posts with label Holidays. Show all posts
Showing posts with label Holidays. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Farm In The City, Hoyeah!



Alkisah dijadikan citer, brother aku blanje tiket free for us sisters bersukaria di Farm In The City kat Seri Kembangan. *Thank you bro!* maka pada cuti umum kemerdekaan ritu aku dan housemates sekalian pun gigih la melawat binatang sekalian. 
For those who know me, Melody dan binatang sama ada binatang liar, peliharaan mahupun ternakan memang tidak dapat disatukan. Bukan sebab aku benci binatang. Noooooo..i love to see cute animals but i'm juz so scared of them hahhha. I tried though, I tried hard tapi sesungguhnya aku memang belum mampu nak pegang-pegang manja hatta kucing sekalipun T_T

Maka bila aku diajak hangout with them sisters kat taman binatang, aku gigihkan walaupun aku takleh nak imagine camne nak menghadapi binatang-binatang tu semua. Yelah, sebab nama pun "Farm In The City". Berdasarkan pengalaman aku, kalau dah 'farm' ni maknanya animals semua lepas bebas bergaul dengan pengunjung ye. Bukan macam dalam zoo kena kurung pastu for display only tau. Haha, takpe, demi bonding time bersama sisters, I'm willing to do it. Hashtag thingsidoforyou sekarang! Hahahhaa...Chaiyok! 


The mandatory selfie at the entrance door hahahaha. Terima kasih ShiraShiro kerana menaja Gopro untuk hari ini. Mmuahhh.

Overall, best jugak la berkunjung ke Farm In The City especially jika korang adalah pencinta binatang. Siyesly syiok sebab bleh main-main ngan binatang yang comel-comel belaka. Boleh bagi makan dengan sayur kangkung yg penjaga farm dah sediakan. Boleh main kejar-kejar (aku la tu, takut sampai kena kejar dengan rusa hahhaha)
Giant turtle... Pic bagi mkn turtle ada kat laptop osmet, tak amik lagi.

Turtle yang tak giant pun ada banyak....bermain berenang-renang dengan asyiknya dalam kolam

Ada memacam jenis itik dan swan yang comel berenang-renang dalam tasik jugak

Hah..dak2 bandor yg taknah pelihara ayam tuh meh dtg sini

Sang rusa apetahnama saintifik tak tau panggil jela cik deer, tgh bermanja-manja ngan osmets aku

Aku yg penakut ni pun nak manjakan cik deer nih jugak tapi ketakutan menguasai diri hahahha. tengok gaya dah tau.. step macam get ready nak bukak langkah seribu dah tu. lols.

Tak tau pe nama. Bapak kambing agaknya.

Osmetsku ceria bermanja dengan si comel semua

Ada rabbit, guinea pig, hamster dan apatah nama diorang lagi tah. Semua comel.

Bagi makan ikan koi.
Sambil tunggu bila pasangan swan ni nak buat bentuk love macam souvenir kat kedai RM5 tu. ahahhaha

Owl sedang bersukaria di sebalik pokok. 

Sejenis rabbit. Omey!

Iguana tengah tidoq. masa aku bgambar dgn iguana tu dia dah bangun celikkan matanya. Hehe. Muka ganas dalam hati ada taman. Talking bout iguana, not me ah. Aku tak ganas kot. Haha.

Parrot kalerful tu sumpah nakal! Takleh dok diam! Hahhaha.

Raccoon comel. Atas kepala aku je diorang ni lepak. 

Poney pun ada ! And yeah ada poney ride for kids jugak, sekali pusing kandang tu RM7 n percuma vitagen katanya.
Pusingan kecik gilos...xpuas.. huhuhu

Aaaa..apa nama dia ni...yang ada dalam movie katun apa tu... haih..teruk nau ingatan T_T

Sebenarnya ada banyakkkkk binatang lain lagi. Tp tak larat dah aih nak post gambaq. Sebab tak larat adalah kerana gambaq semua ada dalam laptop osmet hahaha blom gigih nak amik stok gambaq. Nak tengok lebih, korang datang la sendiri okeh. Tapi kalau nak datang aku suggest korang datang weekdays, kompem syiok sebab tak ramai orang. Kalau pegi masa public holiday ramai giler manusia. Tapi nak wat camne dah memang masa public hols la kita ada masa nak pegi jalan-jalan ye tak.. Satu lagi, better pegi pagi. Farm ni bukak 9.30am. Masa aku pegi ni mmg 9.30 kitorg terpacak kat sini.. Suasana pun sejuk, tenang tak ramai orang lagi. Memang layannn...

Overall, bleh la bawak budak-budak berkenalan ngan alam dan haiwan kat tempat ni. Jangan kang budak2 tu tengok ayam dalam ipad je tapi rupa ayam sebenar pun tak penah tengok melainkan yang dah kena sembelih buat goreng makan malam. Huhu.

Okbye for now. Thanks for reading hahahha. 
Cheers!

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri! Have A Blessed Eid!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

I'd like to wish Happy Eid to my fellow families and friends, an all readers who are celebrating Eid-al-Fitr wherever you are.

Semoga Syawal ini membawa jutaan rahmat dan barakah pada kita semua. Ramadhan telah berlalu pergi, tapi harapnya apa yang kita sudah pelajari dalam 'sekolah Ramadhan' sejak sebulan yang lalu tidaklah dibiarkan begitu sahaja menunggu datangnya Ramadhan tahun hadapan pula.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja,baik sanak saudara, sahabat handai, kenalan rapat mahupun kenalan di alam maya, malah yang belum menjadi kenalan dan pembaca/pelawat yang memilih untuk tidak menunjukkan diri. Maaf andai ada tulisan yang mengguris hati, maaf jika ada janji yang belum tertunai, maaf jika ada salah dan silap, maaf segalanya sama ada yang saya tidak sengaja, apatah lagi yang sengaja.

Have a wonderful celebration and May Allah Bless You.

Ikhlas,
Melody Myzmyn @ iramahati
-live in kampung-
Hehhehehe..

Am taking quite a long break from blogging. (But masih menulis di buku nota kecil biru kesayangan). Mahu cuti puas-puas. See you after 2 weeks time!!

Tuesday, August 3, 2010

Snoodies: 1 Sudah Selamat, Lagi 9 InsyaAllah...

Snoodies ada 10 orang semuanya. Alhamdulillah, Sabtu 31 Julai 2010 yang lalu, selamat sudahlah Izzatun Nadiah @ Nutz menjadi isteri kepada Ikmal Adri aka Kong. Kami para Snoodies amat gembira dan berbahagia sekali.

SELAMAT PENGANTIN BARU IZZATUN NADIAH DAN IKMAL ADRI!!!!

(Sila klik gambar kalau tulisan tak jelas, tapi tak perlu baca pun tak apa. Bukan ada apa pun)


wanzu: nutz, sebelum kami serahkan ko kpd kong, ko kena jawab denda dulu.
art: betul2 tu wan..aku sokong!
nutz: alaaaa..korang nak buat apa ni.. hehehe
kong: (dalam hati) ish, diorang nak ragging nutz ke?



kong: sayang, i selamatkan u..mari, kita balik.tayah jawab denda.
wanzu: mana boleh macam tu kong



nutz: sayang, i nak ikut u balik lah macam ni..
kong: jum sayang..
wanzu: zue, tahan zue...denda nutz tu dia tak buat lagi mana boleh balik!!
zakiah: cepat zue, tahan..kita kena suruh nutz baling bunga kat kita dulu..



nutz: lorrr..cakap la awal2 nak suruh aku baling bunga, aku pikir korang nak suh aku menari wakawaka eh eh
snoodies: cepatla baling nutz, tak sabar nak rebut nih..



nutz: ok aku baling ni..sedia..1,2,3..sambut!!
snoodies: aku punya! aku punya!



Oh ya, did I mention Snoodies ada 10 orang semuanya tadi? Kalau kira balik, ada 9 je kat atas ni. Mana lagi seorang Snoodies?




To Nutz and Kong, congrats and we are so happy for you!!
Semoga beroleh kebahagiaan sampai ke syurga dan mendapat zuriat yang soleh,solehah dan comel macam mama dan papanya ye.

And that's how I spent my holiday last week. Full of excitement!! (sebab bukan senang 10 Snoodies berjumpa bersama ni tau. Rindu korang!!!!)

(P/s: Dialog tu tambahan dan rekaan aku saja ye, saja mau tiru gaya Abang N*** punya blog post hari ini. Hehehe.)

Monday, September 14, 2009

Sudah selamat tiba.

Akhirnya selamat sampai juga saya ke tanah Miri semalam walaupun memandu secara solo kali ini (kebiasaannya kongsi kereta dengan adik, tapi adik masih belum mula cuti, maka dia balik sedikit lewat, naik kapalterbang). Solo tak solo sangatlah, ikut kereta ayah dari belakang. Kiranya konvoi 2 kereta lah. Rindunya saya kat rumah dan bilik saya di sini.

Beberapa sepupu masih belum tiba di sini, maka saya masih merasakan ada ruang kosong pada hari saya. Saya tak sabar mahu jumpa mereka dan bertukar-tukar cerita macam tahun lepas, dan tahun-tahun sebelumnya. Kesian kami kan, jumpa setahun sekali saja. Lusa kami akan bergerak ke Limbang pula, ke rumah datuk nenek untuk menyambut 1 Syawal.

Entah kenapa tahun ni saya rasa selamba sangat menjelang 1 Syawal. Hmm...


Friday, September 4, 2009

Balik Kampung To-Do-List

Raya nanti, insyaAllah, kami sekeluarga pulang ke kampung. Macam biasa, drive sendiri saja. Sebab kalau balik kampung tak ada kereta, susah jugak tu nak jalan-jalan. Tapi, sebelum aku boleh balik kampung dengan aman damai, kena pastikan perkara-perkara di bawah ini settle dahulu.

1. Cari manpower backup.
Pastikan shift backup sudah dicari sebelum memohon cuti (Thanks guys, korang punya festive season nanti I ganti korang okeh)
2. Pastikan cuti diapprove oleh boss.
Kalau ada backup, tapi cuti tak lulus, tak boleh jadi jugak.
3. Servis kereta.
Kuching - Miri 12 hours, Miri -Limbang another 3 hours +++ (ada +++, tertakluk kepada kesesakan lalulintas di pos sempadan Sarawak-Brunei. Setakat ini, rekod kami adalah 3 jam setengah, pada 3 Syawal tahun lalu).
4. Ambil baju dari tukang jahit.
Sudah ambil separuh, separuh lagi jangan terlupa ambil. Nanti beraya pakai baju kitar semula. Tapi kan, kisah apa kalau kena pakai baju kitar semula. Asalkan pakai baju, dahlah kan. Peduli apa kalau aku pakai baju kurung 3 tahun lepas.
5. Ganti tayar kereta.
Oh, hari tu ayah cakap dua tayar belakang dah cukup syarat untuk diganti. Alamak, berapa ringgit eh?
Apa lagi?
Oh, korang nak tahu berapa jauh aku balik beraya? Lihat peta kat sini


(^_^)


Monday, February 2, 2009

Cuti CNY '09 : Kenangan Yang Indah!

Ini post aku sebelum aku terbang lebih seminggu yang lalu...Dan terselit di antaranya komen aku sesudah kembalinya aku ke Bumi Kenyalang ini.

Oh, too much singing for the month!Have I mention that I am going to KL soon? Yes, SOON. On 23rd Jan 2009. That's just around the corner.

Oh, memang aku terlalu banyak menyanyi sepanjang Januari 09. Malah cuba untuk menulis lagu khas untuk kembara aku di Tanah Semenanjung itu. *Oh lagu temalah tu kononnya*. Hasilnya? Selesai satu lagu, tapi aku tak puas hati dengan mutu lagu aku. Maklumlah, amatur. Maka aku simpan saja dulu sebelum aku cukup yakin untuk mendedikasikannya kepada mereka yang berkenaan. Mungkin Memang perlu diubahsuai.


Am going there with one of my best buddies Iliyana, to meet our beloved Snoodies there. Well, not all of Snoodies. But hey, even if I got to meet only 1 snoody, I am heavenly happy!

Daripada keseluruhan 10 orang Snoodies (termasuk aku dan Iliyana) 7 orang menghadirkan diri. Walaupun tidak berjaya mengumpulkan semuanya serentak, aku tahu perancangan adalah milik manusia dan pelaksanaannya adalah atas ketentuan Tuhan. Terima kasih kepada cik pengarah projek merangkap tuan rumah merangkap ibu sementara ketika kami masing-masing di perantauan. Macam-macam aktiviti. Tak tertulis di sini. Cukuplah untuk aku kenang dalam hati.


Yang pasti, walaupun setahun tak jumpa, kami masih boleh berbual seperti zaman belajar dulu. Masih boleh berkongsi cerita hidup. Mesra berkongsi suka dan duka. Berkongsi bantal di ruang tamu sambil TV melihat kami. *Haha* Makan berkongsi pinggan. Minum berkongsi cawan. Sangat-sangat mengimbau kenangan di zaman universiti.

Kepada yang hadir, terima kasih banyak-banyak. Kepada yang tidak berkesempatan untuk berjumpa tempoh hari, tak mengapa, insyaAllah kita jumpa nanti bila ada rezeki.

*Mungkinkah kita akan berjaya berkumpul bersepuluh pada hari perkahwinan pertama Snoodies? Yang agak-agak dah nak sampai seru tu, silakanlah hulur-hulur kad jemputan. Hehe*


And yes, am looking forward to meet my Senandika buddies.Kita main bowling and karaoke (kedua-dua ini aktiviti wajib kami, haha!) like always ya.Dan temankan aku tengok teater malam Sabtu orite. Zrul jangan escape, ko dah janji!

Seperti kujangka, memang ada aktiviti bowling. Kali ini Alumni Senandika/Senandika Seniors vs Senandika Juniors. Aku berada di pihak Alumni Senandika/Senandika Seniors. Dan kami menang besar!! Hmm..Aku hanya menumpang tuah. Dalam kumpulan aku, jatuhan pin aku yang paling teruk! *Ouch!*

Karaoke bagaimana? Hehe, kami bernyanyi di tepi tasik saja, sambil berjalan-jalan menghirup udara petang. Aktiviti tasik adalah antara yang paling menarik hari itu. Mujur hari sudah petang dan kami perlu beredar ke Stor DBP untuk menyaksikan teater, kalau tidak, entah-entah tanpa sedar kami buat persembahan percuma lakon improvisasi di tepi tasik tu pulak nanti. Hehe.

*Ya, memang kami selamba tak hiraukan pakcik makcik abang kakak adik-adik yang lalu-lalang berjoging di tepi tasik itu*

Dan teater pula? Seronok! Enough said.

*Senyum dengan lebih lebar lagi*


Ouh, my cutey lovely junior, so sorry I cannot make it to UMP for the convocation.Sudah ada janji pada 24 Jan. Saya tak boleh mungkir.Tapi kamu tahu kamu sentiasa ada dalam hati saya kan!

Memang ralat tak dapat hadir ke majlis konvo juniorku yang rapat ni sedangkan aku sudah ada di bumi Semenanjung. Tapi apa boleh buat. Semoga lain kali berkesempatan berjumpa kamu. InsyaAllah.
*Tapi kamu tahu hati saya macam mana, kan sis?*


(Gambar konvo ini diculik daripada blog Daoz)

Juga kepada juniors lain yang masih gigih meneruskan perjuangan di universiti, how I really miss all of you! Really want to meet you guys!Kalaulah jarak KL-Kuantan macam KLCC-Midvalley!

Oh saya sayang kamu semua Senandika Juniors! Walaupun KL-Kuantan tidak sedekat KLCC-Midvalley, tapi kamu tetap gigih mahu hangout bersama. Walaupun tidak semua, tapi saya sudah lebih daripada gembira. Maaf, saya tiba lewat! Kalau tidak, tentu lebih banyak boleh kita bualkan.
*Tepuk dahi sendiri*


Rakan seuniversiti yang berada berdekatan kawasan KL mahupun Selangor, harap ada kesempatan untuk bertemu kalian. Lama rasanya tak berborak panjang dengan kamu.Siapa the latest pengantin-to-be sekarang?

Sempat juga aku jumpa beberapa rakan sekelas/seuniversiti. Walaupun tak ramai, tapi cukup untuk aku mengimbau memori indah zaman belajar dahulu. Bila masing-masing dah kerja ni, barulah sibuk-sibuk nak stay kat U. Dulu malas nak ke kelas, malas buat assignment, tension nak exam. Sekarang? Ambik kau,baru tahu life kerja lagi tension daripada life as student ok!!
*Majoriti datang ber'teman', dan jika seorang pun, jemarinya sudah ber'cincin'....aku bila lagi ye?*


Not to forget, one sweet lady and one soon-to-be birthday guy yang sangat aku teringin nak jumpa, semoga ada kesempatan untuk bertemu. Dapat senyum-senyum say Hi main mata sikit pun jadilah!

Sayangnya, tak ada rezeki mahu jumpa gadis manis yang menjadi inspirasi kekuatan hati aku semenjak dua menjak ni. Dia sangat sibuk dengan pelbagai urusan. Tekanan kerja. Peperiksaan. Aktiviti sampingan lagi. Dan aku tak sampai hati mahu mengganggu.
*Sob Sob Sob*

Tapi tak mengapa, aku dapat bertemu dan berbicara yang bukan sekadar 'senyum-senyum say Hi main mata sikit' dengan soon-to-be belated birthday guy itu. Sedikit lucu dengan sebahagian daripada pertemuan itu, tapi dia sangat sporting.
*Merah muka sendiri bila teringat perkara-perkara yang aku rasa agak kebudakan yang telah aku lakukan pada hari kejadian*


Aku sangkakan tiada yang sedar reaksi keanak-anakan aku pada hari kejadian, rupanya ada yang boleh membaca ekspresi wajah dan gerak tubuh aku!
*Siap boleh tegur aku lagi tu. Huhu. Sekali lagi, blushing!*


That was my beautiful one week of holiday. Aku rasa macam tak mahu balik. Tapi aku kena balik Sarawak juga, sebab ada tugas dan tanggungjawab menanti.
*Uiks! Tiba-tiba rasa macam dewasa sangat lah pulak*
Semoga pada kesempatan yang lain, akan ada rezeki lagi untuk aku bercuti ke sana lagi dan berjumpa mereka lagi. Amiin~


Cheers!
(^_^)




Wednesday, January 28, 2009

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur

Macam-macam pengalaman...
Pelbagai kenangan..
Nantilah akan diceritakan...

Yang pasti, aku sangat gembira!

Cheers!!
(^_^)

Wednesday, January 21, 2009

KL Menjerit? Bukan...

Oh, too much singing for the month!
Have I mention that I am going to KL soon?
Yes, SOON. On 23rd Jan 2009. That's just around the corner.

Am going there with one of my best buddies Iliyana, to meet our beloved Snoodies there. Well, not all of Snoodies. But hey, even if I got to meet only 1 snoody, I am heavenly happy!

And yes, am looking forward to meet my Senandika buddies.
Kita main bowling and karaoke (kedua-dua ini aktiviti wajib kami, haha!) like always ya.
Dan temankan aku tengok teater malam Sabtu orite.
Zrul jangan escape, ko dah janji!

Ouh, my cutey lovely junior, so sorry I cannot make it to UMP for the convocation.
Sudah ada janji pada 24 Jan. Saya tak boleh mungkir.
Tapi kamu tahu kamu sentiasa ada dalam hati saya kan!


Juga kepada juniors lain yang masih gigih meneruskan perjuangan di universiti, how I really miss all of you! Really want to meet you guys!
Kalaulah jarak KL-Kuantan macam KLCC-Midvalley!

Rakan seuniversiti yang berada berdekatan kawasan KL mahupun
Selangor, harap ada kesempatan untuk bertemu kalian. Lama rasanya tak berborak panjang dengan kamu.
Siapa the latest pengantin-to-be sekarang?

Not to forget, one sweet lady and one soon-to-be birthday guy yang sangat aku teringin nak jumpa, semoga ada kesempatan untuk bertemu. Dapat senyum-senyum say Hi main mata sikit pun jadilah!

Cheers! (^_^)





Wednesday, October 8, 2008

Berjalan Melihat Tempat Orang

Since me and my parents are still in holiday mood, so my dad came out with an idea to go to visit Kota Kinabalu for a day. It was an ad-hoc trip, but as school holidays have just ended, we were pretty confidence that there will be many hotel rooms available for us. We went yesterday morning, and get back to Sarawak this evening.


on the way

Unlike our previous trips in previous years, this time we have less photo sessions, less shopping, more travelling in the car driving around town, and even went to see the kampungs nearby. So I have a different view on travelling for this time. Travelling is not just visiting interesting places, go to all shopping malls and spend money on stuffs, or eat whatever food you cannot find elsewhere. To travel to other places is also to see what exactly living in these places would be. See what actually the people around do. How each and everyone with different faces mix with others. And many more apart from the usual activity that we travellers always do. I just wished that I can stay there longer.

By the way, the trip to KK was fun though!


pemandangan di sepanjang perjalanan...


welcome!

Friday, October 3, 2008

Eid Celebration

I am enjoying each and every second of my Aidilfitri. Meeting lots of long-lost relatives and friends, it's a great thing that I still have chance to meet them. Though there were some matters that I am not so happy with (which is the fact that Brunei and Malaysia were not celebrating their 1st Syawal on the same day!! Duhh~ *sigh* ) but overall I'm happy and grateful that I have chance to celebrate Syawal in peace and harmony this year.

It's 3rd day of Eid (2nd day for Bruneians), today me and my family are going to Miri. Yay!!

Friday, September 26, 2008

Balik Kampung

Kebanyakan daripada rakan sekerja/sekuliah dahulu mula bercuti pada hari ini. Dan ramai pula yang akan mula memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, termasuk la aku.

Maka, ini sedikit petua untuk aku dan kawan-kawan sekalian yang akan memandu.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

(Sumber : http://www.panducermat.org.my )

SELAMAT BALIK KAMPUNG!!!!

Thursday, September 25, 2008

Hari Kegembiraanku

Hari ini hari kegembiraanku.

1. Last day bekerja sebelum memulakan 19 hari bercuti raya.
2. Pagi-pagi lagi dah nampak dia... :)
3. Of all the empty seats, dia pegi duduk sebelah aku. :) :)
4. Tak banyak line issue yang teruk2 kat dalam fab, maka hari ini punya stress level adalah rendah.
5. Dapat kad raya daripada orang yang tak disangka-sangka :)
6. Family aku pun dah mula cuti, jadi semua orang ada di rumah :)
7. Kuih raya aku dah siap.
8. Lain-lain perkara

Tapi aku juga sedikit terkilan.


1. Kad raya untuk dia dan mereka tertinggal kat rumah..esok pulak sudah mula cuti. Tak sempat sudah mahu bagi.
2. Aku tak sempat jumpa dia sebelum bercuti untuk mengucapkan selamat hari raya, kerana tadi dia sangat busy maka aku tak mahu kacau dia. Sedar-sedar saja sudah sampai masa balik. Huhu.
3. Tak boleh nak beraya bersama kawan-kawan Kuching (especially kawan sekolah yang jarang sekali dapat kumpul ramai-ramai kalau bukan di hari raya), juga kawan-kawan sekerja (1st time ada kawan sekerja time raya maaa)
4. Means, tak boleh la aku nak ikut mereka beraya ke rumah dia.
5. Apatah lagi nak menjemput dia beraya ke rumah aku.
6. Paling tak best, aku terlupa nak ambil sesuatu kat dalam komputer ofis aku untuk dibawa balik ke rumah sebagai bekalan cuti yang panjang. (?)

Namun begitu, aku tetap gembira. :) :) :)
Dan aku berharap sepanjang cuti ini aku akan terus gembira. :)

Selamat bercuti semua!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Pandulah dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. (*_^)

Monday, September 22, 2008

Menjelang Hari Lebaran

Aidilfitri is coming soon. But somehow I dont feel the spirit of Hari Raya. What makes me happy for now is my loooonngggg holiday (almost 3 weeks no need to go to work. Yay!), not Hari Raya. Huhu..dah tua sangat ke aku sampai tak berapa nak terasa kemeriahan Ramadhan dan Aidilfitri? Yelah, kan orang selalu cakap Hari Raya adalah hari untuk kanak-kanak bergembira. Bagi orang dewasa pulak, Hari Raya adalah hari di mana poket akan menjadi semakin kering. Huhu. Sekarang baru faham perasaan mak ayah. Dulu kecik-kecik main sebut je nak macam-macam. Sekarang dah keje baru tahu camne rasanya mencari duit. Dan sebab aku dah keje jugak, maka awal-awal lagi sudah ade yang berbisik-bisik kat aku, tahun ni aku kene bagi duit raya kat diorang. Weih, aku lom kawen lagi, mane bleh bg duit raye...Terima duit raya bleh laa... =p

This weekend, I'm going back home with my family. Balik kampung, yay! Boleh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Especially my close cousins. The last time I was back in kampung was last December. Almost a year by now. Tapi memang pun muka aku ni muka balik kampung setahun sekali jeh..Hehe. (It was because I am so far away at Kuantan previously - alasan!)

Dulu-dulu kalau balik kampung orang selalu tanye.."Form berapa sudah? Ooo..abis SPM..Sambung blaja ke mana?" Last 2 years masa aku balik,"Bilanya nak abis study?". Tahun lepas plak, "Tahniah, dah abis blaja. keje sudah? Oo..blom...So apply di mana? ". Tahun ni agaknya apa la soalan yang bakal ditanya pada aku ek? Curious plak aku.


Arghh..cant wait to go back. I wish something good will happen in Miri. I dunno whether I will be lucky enough to have that chance this year, but I am praying hard that it will happen. Ya Tuhan, please please please answer my prayer. It's been 4 years (or maybe 3), please dont let me wait for another 1 long year.. Ameen~