Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Kari Udang dengan Nenas

Alhamdulillah.. dapat berita gembira dari ofis semalam. Lega.. penantian setiap tahun.. hahaha.. org dpt bonus akhir tahun.. kita dapat awal tahun. Bersyukur la dapat juga dari tak dapat apa-apa. Semalam first time acha pergi kelas mengaji. Syukur sebab dia suka. risau je sbb hari tu, hari pertama sekolah agama dia cabut lari.. terpaksa la berhenti kan. Kang x pasal-pasal dia lari dari skolah lagi takut. Terpaksa la upah ustazah datang mengajar mengaji dan jawi di rumah. Nasib baik dia suka ustazah ni.. pheewwww.. Insya Allah rezeki boleh di cari, anak ini je la amanat kita dunia akhirat..

Resepi hari ni slalu juga saya masak di rumah. Sebab saya anak beranak memang suka makan seafood especially udang. Udang sedap di masak dengan buah-buahan sama ada nenas atau pun mangga. Dapat rasa kemanisan udang dengan kemasaman buah.. mmmmm.. yummy. Oklah ini resepi nya..

Bahan-bahan
500gm udang sederhana (siang dan bersihkan)
Separuh biji nenas dipotong nipis
1 biji bawang besar (kisar halus)
2 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu rempah kari ikan / udang
Minyak untuk menumis
1 cawan santan
1 sudu kecil asam jawa Adabi (agak-agak kalau pakai asam jawa yang ada biji, sebab ia cair bila di campur air)

Tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar bersama dengan rempah kari. Masukkan garam semasa menumis lagi sedap. Minyak biar lebih sikit supaya rempah masak dan garing secukupnya. Tumis hingga naik bau. Kemudia masukkan asam jawa dan udang. Gaul rata dan masukkan air dan nenas. Masak hingga nenas empuk. Kemudian masukkan santan. Reneh selama lebih kurang 3 to 4 minit. Padamkan api dan hidangkan dengan nasi panas..



emoticon Jumpa lagi 


Monday, February 2, 2015

Cucur Udang Geragau dan Kisah Balik Kampung!!


Oklah hari ni kasi blanja satu resepi kegemaran saya, Cucur geragau. Tengah musim udang geragau.. banyak jual tepi jalan. so apa lagi, adun jadi cucur la. Sedap dan lemak. Bagi yang tak tau apa itu udang geragau, ia adalah udang yang halus dan selalunya digunakan untuk buat belacan dan cencalok. Udang yang fresh memang sedap.. lebih-lebih lagi buat cucur.

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
100 gm udang geragau
1 sudu cili serbuk
Sedikit garam
Air

Bancuh semua bahan dengan air. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Pastika adunan boleh dibentuk dengan sudu. Agak-agak ye. Kemudian goreng dengan minyak panas. Hidang dengan cili sos ye..

Oklah nak story sikit, semalam selepas kelas taekwondo anak sulung, terus bergerak menuju ke Melaka. Sekali sekala melayan kerenah anak-anak. seronok.. dalam excited, tetiba keretaku meragam di tengah jalan.. ohhh.. first time duk tersadai di tepi highway. Selama ni hanya nampak orang je, kali ni kena pada diri sendiri pukul 12.30 tengahari pulak tu masa matahari tengah tegak kat kepala. Kereta tetiba mati sendiri dan tak bole start semula. Rasa nak menangis pun ada, dah la encik suami takde.. cuma kami 3 beranak je. Tengok muka anak pun kesian. Dah berpeluh-peluh menahan panas, yang si kecik pulak asik merengek kepanasan. Apalagi, nak tak nak kena la keluar dari kereta dan tunggu tepi divider dengan payung sebatang... saddiisssss.. 5 minit kemudian polis bantuan plus datang membantu. Mereka sangat baik dan siap assisst dari senawang hingga ke linggi.. Alhamdulillah kereta boleh bergerak semula tapi still kena cari workshop bila sampai rumah nenek kat Masjid Tanah. Dugaan sungguh, nasib baik takde apa-apa berlaku sepanjang kami duduk di tepi highway tu. Syukur pada Allah.. thank you PLUS.

Oklah lupakan citer sedih, hari ni pegi hantar Murtabak Cheese Frozen kat cikgu sekolah Sk Bachang. Mula-mula dia hanya order untuk diri sendiri, sekali buka order pada kawan terus jadi sampai 60 peket..hahaha Alhamdulillah rezeki.. Lepas antar murtabak, bawa anak-anak pergi Klebang nak rasa Coconut Shake yang femes tu. Sedap tapi anak kurang gemar. Mungkin manis sangat. Tp mak dia memang laju je menyedut.. hahahaha
nah belanja gambar satuuuuu
Pas cuci tekak kat klebang, kami ke pantai puteri a.k.a tanjung kling bawa anak main pasir.. Seronok tengok anak-anak enjoy, main buat istana pasir.. priceless moment.



Wednesday, August 21, 2013

Udang Galah Masak Tempoyak

Assalammualaikum smua.. apa la nak jd dgn blog sy ni... haha.. bukan stakat bersawang je tp mcm hidup segan dan mati x mau je.. masih mencari kekuatan dan kerajinan untuk berblog. Klau ada, ada la ye.. sblum tu nak bgtau.. sy dah pun selamat melahirkan baby boy pada April lepas (giler lama.. baru announce hahaha) Alhamdulillah..sihat baby, sihat mama.. dan makin bertambah malas nak tulis lama2 kat pc hehehe.. Hari ni pulak tetiba rasa rindu.

Semalam terlebih rajin, so memasak la kita.. nasib baik baby x meragam.. tido je lepas balik dr umah pengasuh.. Klau ikut resepi turun temurun, nenek guna ikan bilis.. tp sy gantikan dgn udang galah.. mmmm sedapnya tak terkata..(sbb sy mmg hantu udang hehehe)

Klau ada kelapangan, cubalah ye.. Insya Allah jadi..




Udang Galah Masak Tempoyak

Udang Galah 10 ekor
Jantung pisang (1 biji sederhana) hiris halus
Pucuk Ubi (hiris halus)
Serai 1 batang (hiris halus)
Daun Kunyit 1 helai (hiris halus)
Petai (potong kasar)
Tempoyak (ikut kepekatan yg disukai - sy pakai 2 senduk)
Santan 1 cawan

Bahan Kisar
Cili Padi 15-20 biji (ikut tahap masing2 ye..)
Bawang besar 1 biji
Kunyit hidup 1 inci

Masukkan bahan kisar dalam periuk dan renehkan hingga mendidih.. kemudian masukkan pucuk ubi dan jantung pisang dan rebus hingga lembut. Setelah lembut, masukkan bahan hirisan yang lain seperti petai, daun kunyit dan serai. Kemudian masukkan tempoyak. Perasakan dengan garam dan gula (lauk ni sedikit manis dan pedas ye). Akhir skali, masukkan udang dan diikuti dgn santan. Masak sehingga pekat sedikit. Sedia dihidang~


Tuesday, January 25, 2011

Mee Udang Vs Sambal Ikan Keli & Sayur Lemak Putih

Salam... adusss..lemah sungguh rasa satu badan. I think i need to find something to boost my energy level and stamina. Easily tired nowadays..erkk nape speaking lak ni..haha..sukati la kan.. blog sy..  Okla, menu simple sebab keja banyak, so buat yang ado je.. Nak masuk entry pun rasa malas je.. slalu sy buat asing2 kan.. ni bile penyakit M dh datang.. amik ko.. smua smbat dlm satu entry..ahakksss..jangan marah ye.. skali skala je.. Ok la.. mee udang ni jgn mintak resepi ye sbb bukan saya yg masak.. ni ehsan dr my sister yang tapaukan mee udang dari Kuala Sepetang.. Tp nak jugak amik gambar sbb geram tgk udang2 tu... saje je nak bg korg terliur.. Mee udang mak teh ni mmg femes kat sana.. mmg sedap sgt lebih2 lagi klau makan dgn cili padi jeruk..perghh berasap telinga, berair idung..ewwww..hahah


Terliur kan????


Hah.. yang ni kita masak..

Sambal ikan keli
2-3 ekor ikan keli (bersihkan dan goreng garing dgn serbuk kunyit an garam)
2 kpg asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
15-20 cili kering
1 1/2 biji bawang besar
1 inci belacan
1 sudu besar kan bilis

Tumis bahan kisar hinga wangi dan garing, masukkan asam keping dan garam  dan gula. Kalau nak letak bawang merah kecil pun bole, sedap.. saya suka rasanya manis. Setelah cukup rasa, masukkan ikan dan gaul sebati. Masak hinga kuah sedikit kering. Hidang~




Sayur Lemak Putih
4 btg kacang panjang
1 btg lobak merah
5 biji jagung muda
1 keping tauhu putih (goreng)
1 keping tempe (goreng)
Suhun dan Tauhu Kering (sy tak letak sbb terlupa..huhuu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Yang ni paling senang masak...haha.. masuk je semua dalam periuk dan rasakan dengan garam. Masak hingga mendidih dan sayur lembut.. bukan lembik ye.. ok siap!


Monday, January 17, 2011

Asparagus Goreng Udang

Kebetulan baru turun dari Cameron semalam, belila asparagus ni.. mahal jugak.. satu ikat (lebih kurang 12 batang) RM10..huhuu.. tp suka.. Jumpa lak cendawan butang yang kecik dan comel... campurkan sekali.. senang dan mudah.. makan dengan sambal tumis petai tadi.. perghh.. nenek makan bertambah 2 kali...hahah


1 ikat asparagus
10 ekor udang
1 bungkus cendawan butang segar(lebih kurang 200gm)
Lada sulah dan garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Masukkan udang. Kemudian masukkan sayur asparagus dan cendawan. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian hidangkan.


Sambal Tumis Petai dan Sotong Kering dan TAGGING

Salam semua... fuhhh.. penatnye rasa badan setelah berjalan tanpa henti.. dr Shah Alam ke Perak, kemudian ke Penang kemudian ke Johor, balik semula ke Perak dan Penang.. akhir sekali baru balik rumah. Rasa mcm nak tercabut pinggang duk dalam keta lama-lama.. Sebenarnya bercuti ni tak dirancang. Adik perempuan saya yang suka buat cuti mngejut slalu muncul kat rumah tiba-tiba dan ajak berjalan. Kebetulan minggu lepas suami sibuk, jadi bole la ikut.. (cuti free ko.. sape tak nak..hahaha.. jangan mare..) Okla, menu hari ni permintaan nenda ku tersayang.. kbtulan dia ada kat rumah.. jadi tunaikanlah permintaan nya sementara dia masih ada.. Memang sedap giler sambal ni.. takde pakai gula.. tp sangat membuka selera. Petai pun tak buang kulit..mmm.. sedappp..


5 papan petai padi (kecik2 buahnya.. klau pakai petai papan pun bole..)
* kikis kulit
5 ekor sotong kering (sy guna yang kecil- rendam hingga lembut)
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar (hiris halus)
Minyak untuk menumis dan Garam secukup rasa
2 sudu air asam jawa

Bahan Kisar
20-25 cili kering
1 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu besar ikan bilis

Tumis bawang besar yang dihiris halus sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan air asam dan rasakan dengan garam. Masukkan petai, ikan bilis dan sotong kering. Masak lebih kurang 5-7 minit dan pastikan sentiasa kacau agar sambal tidak hangus. Kemudian siap!!




Okla.. sambil makan sambal tu, ni nak citer pasal tagging dari Kak Lin yang bagi tag Segmen Jom Berkenalan. Tima kasih banyak Kak Lin.. terharu sy..heheh.. nak kenal kita ngan lebih rapat ye.. ok.. mari kita tgk soalan2nye yang mencabar..ekekeke

Apakah status anda?
Saya ni bini orang..

Ceritakan tentang diri anda?
Hmm.. sy seorang yang suka masak dan suka makan. Dulu ahli sukan, tapi sekarang ni badan mcm dipam2.. haha.. suri rumah dan home businesswoman buat masa ni. Mempunyai seorang anak perempuan yang sgt comel dan lasak. Umur sy 30 tahun..apa lagi ye..hmm

Cerita Tentang Blog Anda...
Haa.. part ni sy suka nak menjawab.. Blog ni asalnya sy nak promote bussiness kek yang sy usahakan hampir setahun lepas.. tapi kawan2 asik tanya resepi.. so dengan murah hati sy  buat la blog ni. Selain dari promote business kek yang sy buat, sy dapat tambah kenalan (mcm kak lin), dapt kongsi resepi, dapat tips dan petua.. seronok rupanya.. Senang citer, blog sy ni mesra alam la...hahaha

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Pandangan sy, tulis blog ni sama mcm kita berkarya. Apa yang kita tulis dan paparkan merupakan legasi yang akan kita tinggalkan pada anak-anak kita.. kalau baik yang tulis, baiklah pandang yang kita terima.. klau buruk yang kita tulis.. buruk la pandangan org pada kita.. jadi tepuk dada tanya selera... sebaiknya gunakanla untuk berkongsi ilmu dan ke arah kebaikan.. jgn la dok gossip je ye.. :)

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..
Buatla cantik-cantik.. nant sy suka dtg melawat..hahahaa.. lg satu bila dah buat blog tu.. jgn la lupa link kita skali ye.. hehehe

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Unik? hmm.. tak tau la.. biasa je.. just suka2 nak sharing ngan org.. takde unik.. paling tidak pun suka tukar background banyak kali..hahahah.. jgn pening ye..

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi larat dan ada masa.. selagi tu la sy menulis blog ni... impian agar business yang sy jalankan mendapat tempat dihati pelanggan saya.. Sy ikhlas mencari rezeki untuk anak2 sy.. 

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Hmmm... salam perkenalan ye pada list di bawah..

okla.. itu aje wat masa ni ye kak lin... nant kita sembang lagi.. pasni nak masukkan entry sayur plak.. Layannnzzzz..


Thursday, January 6, 2011

Asam Pedas Pari Dengan Belimbing Buluh

Salam semua... hari ni sesi mengemas rumah dan mengabiskan stok..haha.. sok nak pi bercuti kat Perak lg.. Hari ni kita basuh dua bakul baju, haha dah mcm kedai dobi rumahku.. maklumlah.. minggu ni busy sikit kat dapur. Rumah pun dah mcm kapal karam..hahaha.. banyak harta karun ko.. ok la.. mengarut je lebey.. ari ni masak menu lengkap ckit sebab ari ni baru rasa lapang, 2 ari tak masak.. makan kat kedai je.. Orang selatan mmg tak leh berpisah dgn asam pedas..kena plak dgn cencaluk, mak mentua lalu pun tak toleh dah.. :D

ok tu menu lengkap ari ni.. sup telur dgn kubis, asam pedas ikan pari dn cencaluk... ada ikan goreng tp tak masuk dlm gmbr.. lupa la.. hahaha



Ikan Pari 5-6 keping
Belimbing buluh
Air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
10-15 cili kering
1 sudu belacan

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Minyak biar banyak ye lebih kurang 4-5 sudu. Setelah wangi, masukkan air (lebih kurang secawan), garam dan ikan pari. Didihkan kemudian masukkan air asam jawa (sy masuk satu sudu je sbb belimbing dh masam) dan belimbing buluh. Reneh hingga masak dan kemudian hidang dengan nasi panas-panas....



Cencaluk tak payah la resepi.. sonang jo.. hiris bawang, cili padi kemudian perah limau... perghhh.. br lpas makan td. tgk cencaluk ni rasa lapar balik pulak...huhuu


Friday, December 3, 2010

Kerabu Sotong, Mangga dan Epal Hijau

Menu kedua ni ala-ala mcm orang mengandung plak.. ngidam-ngidam gitu (takde maknanye..) penuh ngan rasa masam dan sedap, ngeh ngeh ngeh... kerangupan epal hijau, kewangian mangga dan kelembutan sotong (awww..) pergh..kena lak dengan lauk masak lemak cili api tadi. Berpeluh ketiak.. ewwww.. hahaha..

Oklah.. merapu lak den.. silala salin kalau berkenan ye..


Sotong 4 ekor
Mangga Muda 1biji
Epal Hijau 1 biji
2 sudu air panas
1 sudu gula
1/2 sudu garam
3 biji limau kasturi atau 2 biji limau nipis
Serai 1 batang
Bawang Merah 2 biji
Cili padi 2 biji

Celur sotong dalam 1 minit dalam air panas (jangan lama, nanti liat). Parut atau hiris mangga dan epal hijau. Hiris bawang, cili padi dan serai. Campurkan semua bahan hirisan dengan sotong. Untuk dressingnye (cewahh).. Campurkan air panas, gula, garam dan perahan limau, kacau hingga larut semua dan curahkan atas hirisan tadi. Gaul sebati dan Jemputla makan ye.. ngeeee..

pssst.. saje tak letak udang kering or berbagai yang lain sebab nak kekalkan rasa manis sotong tu.. klau suka bole la tambah ye. Sedap juga kalau tambah hirisan daun limau purut..

Masak Lemak Cili Api Udang Daun Pegaga

Salam Jumaat, penghulu segala hari... Alhamdulillah masih bernyawa lagi dan baru lepas makan tengahari. Hari ni agak kengangtukan sikit sebab semalam tidur lewat membuat bunga gula (sugar flower) untuk tempahan kek kahwin. Hujung tahun ni ramai sungguh mendirikan rumahtangga. Saya pun tumpang gembira dan seronok. Terimbas semula perasaan semasa nikah dahulu..hahaha.. Sebab tu memenuhi jemputan perkahwinan adalah perkara yang paling saya seronok dan suka untuk memenuhi jemputan walaupun jauh. So klau ada yang nak jemput saya, dengan berbesar hati dan tangan terbuka saya menerimanya (erkk...tak malu sungguh ;))

Oklah berbalik resepi ari ni, mata pun tak berapa buka sangat (ngantuk) jadi masak ala kadar je la ye. Masak lemak cili api memang tak leh berpisah ngan saya. dalam seminggu pasti sekali saya masak lauk ni. Tak kira dgn ikan atau ayam atau pun makanan laut.. sentiasa membuka selera.


Udang 500gm
Bawang besar 1 biji
Cili padi 8 biji
Kunyit 2 inci
Santan 1 cawan
Daun Pegaga 1 ikat
Garam secukup rasa


Bersihkan udang dan tos. Kisar bawang besar, cili api dan kunyit. Masukkan dalam periuk bersama dengan santan dan garam. Panaskan hingga sedikit mendidih, masukkan udang dan daun pegaga. Saya masukkan sekali sebab udang tak perlu masak lama kerana nanti dagingnya liat. Masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Bolelah makan dengan nasi panas-panas ye..

Tuesday, November 30, 2010

Mee Goreng

Slam.. hari ni mood biasa2 je.. minggu ni ntah kenapa malas betul nak makan nasi.. tekak rasa mcm nak makan mi je.. Kebetulan mee ari tu ada lebih, so goreng kan je la. Layan gak, saje buat tak pedas sebab nak bagi si kecik skali makan...



Untuk 3-4 orang makan

Mee kuning 500gm
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 biji
Serbuk cili 1 sudu besar (kalau suka pedas, tambah la ye)
Kicap manis 2 sudu
Sos tomato 1 sudu
Sos cili 1 sudu
Telur 1-2 biji (ikut selera, saya pakai 1 je)
Garam
Kerang
Fishball
Udang
Taugeh
Sawi
Daun kucai


Hiris bawang besar dan bawang putih, kemudian tumis dengan cili kisar sekali hingga naik bau. Kemudian masukkan smua sos di atas serta garam dan kicap, kacau dan masukkan fishball, udang, dan kerang. Bila smua dah sebati, masukkan mee dan sayur. Gaul dan akhir skali masukkan telur dan masak hingga kering (ala-ala mamak). Siap dan senang..


Saturday, November 27, 2010

Mee Kari dan "HORMAT?"

Helooo.. salam sabtu ye.. masak apa ari ni eh? wah..wah..wah.. celik mata je pkir pasal makan kan..:D Mood ari ni sedang-sedang je.. pagi2 dah berkejar ke pejabat pengurusan kondo, bayar bil air dgn pengurusan intercom. Harap2 dengan ada intercom ni, security makin meningkat kat cni..huuhu.. Banyak tul penjenayah skarang ni.

Sbelum kita citer bab makan, ni nak share ckit pasal 'hormat'. Subjek mmg biasa dengar, tapi betul ke kita praktikkan. Apa maksud hormat? Bukan apa, pagi2 tadi lagi dah ada drama kat atm machine, petrol pam. Sorang nenek dgn cucu remaja perempuan. Beratur depan saya. Si nenek nak kluarkan duit, dua tiga kali cuba masukkan kad, tp kad kluar balik. Si cucu "nek, cepat la.. nanti lambat".. Saya diam je la..Bila tgk dah banyak kali masukkan kad tak bole, saya cuba tolong "makcik, kad tu terbalik, cip patut kat depan".

Dengan tak semena-mena, si cucu jeling saya. Nenek pusingkan kad dan cuba ikut cakap saya, tiba-tiba si cucu kata dengan suara yang tinggi "salah la ni nek, ni pun tak tau" sambil terbalikkan kad tu atas bawah pula. Stripe hitam kat atas plak. At last, kad tu kena telan. Nenek tu kata "la, apsal tak ikut ckp kakak tu td.." Si cucu " nenek la ni, benda senang mcm ni pun tak tau.. menyusahkan orang betul" sambil berlalu kluar. Nenek pegi mengadu kat kaunter pasal kad kena telan. Saya terkedu kjap.. Kesian kat makcik tu, dalam hati berkata ada juga manusia mcm ni ye. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Mana pegi rasa hormat? Adakah sebab kita sentiasa bersama melayakkan kita bercakap mcm tu? Dalam keadaan mcm tu nak je rasa tampar mulut budak tu, tapi siapa la kita nak mengajar orang..huhu.. tp rasa sedih pun ada.

Penah terbaca artikel, kalau kita terlanggar orang, kita akan minta maaf... betul tak? Tapi bila kita terlanggar anak or adik beradik or ibu bapa kita, kita marah dia lagi.. kata "tak nampak ke?" atau "jangan la sibuk" atau "nape duduk sini, orang nak jalan pun susah" atau "ala mak ni, biarla.." Kenapa dengan orang kita bole bersopan dan cuba menjaga air muka, tetapi sebaliknye kita berkasar atau tidak meminta maaf dengan orang yang kita sayang... hmm.. entahla.. renungkan la ye ;)

Ok berbalik pada menu kita ari ni.. takde mood nak makan nasi la. Makan mee je ari ni ye.. Sedap makan dengan kerang dan udang.. yummy!


Utk makan 2-3 orang

Mee kuning 500gm
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia 1 inci
Udang Kering 2 sudu kecil
Belacan 1 inci
Rempah kari 3 sudu besar
Santan 1 cawan
Serai 1 batang - titik
Minyak dan garam secukup rasa
Tauhu pok 1 pkt
Fish Ball
Tauge
Kerang (rebus dan kopek)
Udang (rebus dan simpan air rebusannye)
Limau
Telur 3 biji (rebus)

Sambal
Cili Kering 10-15 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
Udang Kering 1 sudu
Garam dan Gula secukupnya

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, udang kering dan belacan. Tumis bahan kisar bersama serai dan serbuk kari. Masukkan garam. Tumis sehingga naik bau dan garing, masukkan air rebusan udang dan tunggu hingga mendidih. Masukkan tauhu pok dan fish ball. Masukkan santan dan tunggu hingga masak.

Sambal ~ Kisar dan tumis sehingga garing dan kering. Jangan lupa masukkan garam dan gula ye. Sambal ni sedikit manis agar seimbang dengan rasa lemak kuah mee kari tu.

Hidang dengan kerang, udang, telur dan limau.. Siap!!


Sunday, November 21, 2010

Sambal Serai Udang

Baru dua ari lepas dah buat sambal tumis, so ari ni ubah sikit sebab susu cair masak nasi tadi ada berbaki.. so dari membazir basi dalam esbox, masukkan la dalam lauk. Senang je masaknye, bole la cuba buat tambah koleksi yang ada..;)



Udang sederhana 400gm
Cili Kering 8-10 biji
Belacan 1 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 1 biji
Serai 1 batang
Susu Cair Ideal 1/2 cawan
Asam keping 2 kpg
Garam secukup rasa


Kisar belacan, bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai. Tumis semua bahan kisar dan asam keping sehingga wangi dan garing. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula. Setelah sebati masukkan susu cair dan masak hingga kering. Done! ;)


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)