i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts

Menu Petang



Bihun Goreng....lai..lai...






Ni la menu ptg semlm merangkap dinner sekali...Alhamdulillah!! korang jamu mata yekk nk bg sorg sket dh abis ..hihi


Bahan-bahan:


1 bungkus bihun - rendam
1 labu bwg besar - dikisar
3 ulas bwg putih - dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit sos ikan
isi ayam - potong dadu
2 keping fish cake - potong dadu
sedikit hirisan sayur kobis


Bahan hiasan:


1 cili merah 
1 cili hijau
daun bawang


Cara:


1. Panaskan minyak, tumis bwg yg telah dikisar hingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. 
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, kacau rata, masukkan ayam dan fishcake. Gaul seketika sebelum memasukkan bahan perasa.
4. Masukkan bihun dan sayur..gaul sebati.
5. Akhir skali, taburkan cili dan daun bwg sebelum dihidang. Siap.




~Linda~

Salah aku...???

Blog dah lama sihat..tp aku baru hari ini berkesempatan utk memasukkan N3...hehhe

Ni la pertama kali aku buat laksam..tetiba lak teringin sgt2 kalah orng yg preggy ni..ahakss..hihi..akhirnya berjaya juga walaupun kejadian xseberapa indah..kuikuikui.. Alhamdulillah..menepati citarasa ^_~

Laksam
Sumber: Kak Yani MYR



Bahan-bahan:

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Cara:

1. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat.

2. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

3. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung-supaya laksam kelihatan licin dan cantik.

4. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

psst....kak yani, linda minta izin C&P resepi laksam akak kat sini ye..harap maaf..dah cp bru nk minta kebenaran..ngeee

Bahan Kuah: rcp from my MIL

Ikan - direbus/ buang tulang - blend
Bawang merah/halia/lada hitam - diblend
Santan - lagi pekat santan lg sedap
Asam Keping
Garam/Gula

Cara:

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.

2. Masak dengan api sederhana kuat sehingga kuah mendidih. Sedia


Bahan Ulaman:

Timun
Kacang panjang - kehabisan stok
Tauge - habis sudah!!
Bunga kantan
Daun kesum

Bahan sambal:

Cili kering
Belacan
Garam/Gula
Air perahan limau


tengokla tu...kulit yg xseberapa licin namun pandangan luaran xbererti apa2 kerana ia tetap lembut bila dikunyah..ahakkss ~_~

Laksa oo laksa



Ni la menu aku sejak Jumaat lepas smpai arr ari Ahd..menu juz tuk aku n ank 1st aku jekk..depa yg len mkn nasi arr..ntah asal ntah asyik nk mkn laksa jekk..tmbh2 g laksa tu letak kicap.huh memang terangkat la..kihkih..teruk tul kan..hhaha, kla korang lyn arr pic laksa ni..klu da sesapa yg nk tu minta mahap bebanyak ye sbb dah pinish already, last aku hidang tuk aku time breakfast ari senin b4 g keja..hahah..hubby aku kata buang tebiat mkn laksa pepagi buta..huhu


Mee Udang Che Iza
Copy & Paste: umah Kak Ummi
Asal: Che Iza@ myresepi


Bahan-bahan ( 3-4 org):-

1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia (bertanda * dikisar)
1 sb petis (akak xda stok ni..letak je belacan sikit..hehe)
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) - *akak letak 2 biji sederhana besar
gula n garam secukup rasa
taugeh n sawi - dicelur sekejap
daun bawang
bawang goreng

Cara-cara:-

1. Rebus udang hingga masak, tapis keluar udang n asingkan. Air rebusan jgn dibuang.
2. Dalam periuk panaskan minyak dan tumis lada boh hingga garing.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga betul garing n naik bau.
4. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih.
5. Masukkan sos tomato, sos cili n petis. Renehkan kuah (dengan api perlahan).
6. Masukkan garam n gula secukup rasa.
7. Reneh lagi (# Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap.... )
8. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah. (# Kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh.)
9. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur mee, taugeh n sawi.

Cara hidangan - Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.


Tens ya kak ummi sbb share rcp..n tens to kak iza sbb rcp ni mmg best..

Tetiba jekk rajin??

Rcp dah lama..time Selangor cuti ri tu, kebetulan adik aku xkoje..makanya dgn bangga nya dia telah menggodek satu rcp ni kat tenet...at last dia jmpa rcp yg aku sndiri pun xpernah jumpa n try.. balik jekk aku dari koje terus serbu ke dapo sbb nak tau pa dia masak yg smpai spesel sgt tu.. amik ko...sampai separuh periuk dia masak sup...huhu..ish..aku dah start beletiaq, satgi kot x sedap membazir ja...p dok msk bebanyak tu pasai pa pun xtau...hmmm.. Last, aku suwuh dia p panggei family MIL aku mai mkn kat umh mlm tu..abis tu xkan nk buang jekk...at last, diorang leh mkn gak kan..xyah susah2 msk...ngeh2

Dia wat 2 types of food... Koey Teow sup & Spagetti sup

Tiba saat tuk mkn...huh, memasing diam xterkata apa..mmg sedap la wehh...pandai gak adik aku wat ekk...walau pun rcp dia amik dari tenet.. sbb sup tu baru pestime aku rasa sup yg dicampurkan dgn ubi kentang yg telah diblend hancur...ermmm sedap...tmbh lak dia wat cili kicap yg mmg wat suma org terangkat...hehehe...

Korang sila layan gambo dolu ekk...rcp, nnt aku p godek2 kat dia...pastu aku hupdate..ok..

Kway Teow Sup China
Kiriman: norlinda azzuddin (MYR)



Bahan-Bahan:

2 paket kway teow nipis
½ daging
½ ayam
½ udang
1 batang carrot
10 batang sayur sawi
suku sayur kobis
chili padi
limau kasturi
bawang merah 3 ulas
bawang putih 3 ulas
ubi kentang 10biji
rempah sup adabi 2 sudu besar
1 paket sup bunjut
bawang goreng
daun sup.

Cara:

ubi kentang hendaklaa direbus dan dilenyek sehingga benar2 hancur. tumis bawang merah dan bawang putih,berserta sup bunjut dan rempah sup sehingga naik bau, tumis kan pula ayam,daging,dan juga udang sehingga benar2 wangi. masukkan pula air secukup bersama ubi kentang yg siap dilenyek untuk memekatkan kuah. selepas mendidih bolehlaa letak garam secukup rasa dan ajinomoto.

Cadangan Hidangan:

sayur-sayuran tadi hendak laa direbus terlebih dahulu dan asingkan megikut jenis sayuran dan hidangkan bersama2 kway teow tadi. bilas kway teow bersama air panas letak kan kway teow didalam mangkuk tuangkan kuah tadi bersama kway teow menambahkan haruman masakan tadi bersama bwg goreng dan daun sup.

Tambahan:

jika mahu lebih pedas.
chili padi 30btg
kicap manis
bawang 2 biji
gula 2 sudu besar
kesemua bahan nie hendaklah di kisar hingga hancur dan hidangkan sekali bersama kway teow sup china. cuba laa resepi saya ini. pasti menarik selera yang gemarkan mee lebih lagi pada kanak2 yang tidak sukakan pedas.



Tens ya pd tuan empunya rcp ni sbb sudi share rcp kat myr..aku juz C&P jekk, lenkali adik aku leh wat lg..hikhik

Mee Rebussss

(MEE REBUS versi FAMILYKU..)



Bahan-bahan:

2 bungkus mee kuning - peket besar
1kg tulang & daging tetel
2 biji keledek kuning - direbus & kisar
1/2 biji labu kuning - direbus & kisar
1 cwn kacang tanah - digoreng & dikisar kasar
1 mangkuk udang sederhana besar
5 sudu besar cili kisar
5 keping asam gelugur

Bahan hiasan:

Tauge - dicelur
Tomato - dibelah 2 & hiris nipis
Limau kasturi/ nipis - dibelah 2
Tauhu - digoreng & potong dadu
Daun sup&daun bwg
Bawang goreng

Cara:

1. Rebus tulang & daging hingga empuk. Masukkan ubi keledek & labu kuning yang telah dikisar halus.
2. Kemudian masukkan cili kisar serta kacang tanah yang telah dikisar. Biar seketika sebelum dimasukkan udang.
3. Masukkan asam keping dan perasakn garam/ gula/ serbuk perasa. Kuah kena sentiasa dikacau supaya bahagian bwh tidak melekat dan hangit.
4. Pastikan kuah tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat. Sedia untuk dihidang...

Note: Untuk melembutkan tulang dan daging dengan cepat, korang semua boleh masukkan antara 4 ke 6 biji buah kurma.. InsyaAllah...hasilnya mmg membanggakan... :)





Curry Mee

(Mee Kari Linda's Family)





Bahan-bahan Kuah:

1 Bawang besar - dibelah 4 n dihiris halus
2 ulas bwg putih - hiris halus
3 cm halia - dihiris halus n memanjang
1 mangkuk kecil ikan bilis - dikisar
2 peket rempah kari ikan
2 tin sambal ikan bilis
santan - 1 1/2 biji kelapa

Cara:

1. Tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari , ikan bilis yg telah dikisar, sambal ikan bilis dlm tin n kacau hingga terbit minyak.
2. Setelah rempah agak sebati, masukkan santan dan perasakan.
note: Kuah ni selalu mmg masak kosong..

Bahan-bahan:

2 peket mee kuning - dicelur
tauge - dicelur
sawi - dicelur
fishball/fishcake - rebus
tauhu kering - dicelur
psst..korang leh letak apa yg korang suka, aku selalunya bhn tabur atas guna bahan2 yong tau fu..Then, dah letak suma dlm mangkuk baru masuk kuah...

 









(Mee Goreng)



Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning
5 ketul ayam - potong dadu
3 keping fishcake
1 biji bawang besar - mayang
3 bawang putih - mayang
cili boh - cili kering yang dah diblend
sos tiram
sos cili
sos blackpepper
sos tomato
kicap
tauge
kucai

Cara:

1. Tumis bawang yang telah dimayang hingga kekuningan.
2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili, sos blackpepper, sos tomato dan kicap. Gaul sebati, pekat tambah air sikit.
3. Masukkan ayam dan fishcake. Biarkan seketika. Rasa dah ckp masin ke x.
4. Last, masuk mee, tauge dan kucai. Gaul sebati.






Rcp ni aku c&p dari blog akak ummi..mmg sedap la..cam mkn kat kedai jekk rasanya...kata kak ummi, ni rcp dari kak pah sherry..aku lgsung xedit apa2 ikut betul2 arahan dia..hasilnya..ermmm...delicious!!..cuma bhn aku letak byk2..bhn smpingan je yg xde..hihi.. xpe janji sodap!!

(Mee Bandung)


(tgk la tu..smpai xnmpak ghupa mee..hihi)

Bahan:-

Mee kuning - basuh, celur dan toskan
100 gm udang basah
100 gm daging - hiris nipis (ummi x letak pun)
5 batang crab stick - kerat 2 (ummi xda gak ni)
2 biji telor (ummi letak 4 biji cukup2 tuk hubby n kids)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
1 biji bawang besar - belah 4
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 kiub pati ayam Maggi
Garam
sedikit gula
lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil
200 gm bunga kobis - potong kecil
15 tangkai snow peas - ummi ganti putik jagung
1 biji tomato - belah 6
3 - 4 cawan air/secukupnya
Minyak

Bahan sampingan:-

Bawang goreng
Tauhu - goreng kekuningan dan potong kecil
Daun sup & daun bawang - hiris halus
Lada kicap - cili merah dihiris dan campurkan dgn kicap cair n perahan lemon

Cara Memasak:-

Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Masukkan bawang besar, kemudian kicap cair. Masukkan daging dan tuangkan sedikit air, biarkan empuk baru masukkan udang dan crab stick. Tuangkan air dan biarkan mendidih, masukkan semua sayuran dan kiub pati ayam, garam, gula dan lada sulah. Seimbangkan rasa. Akhir sekali pecahkan telor terus ke dalam masakan dan perlahankan api. Biar telor masak dan matikan api.

Untuk hidangan, letak mee dalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak bahan sampingan tadi




pssttt..kak, tima kasih la kongsi rcp ni..mmg diterima suma...harus ku buat lg...amat mudah!!







Bakso..bakso..sapa nak bakso..jemput2 mai umah..hehehe...ntah la tetiba jekk aku tingin nak mkn bakso..hahah...tekak melayu tp kekadang nak gak rasa mkanan paling femes kat Indon tu..hehe...sedap oitt...aku wat sup dia dari tulang gear-box tu..aku rebus smpai 4jam lebih hggakan segala isi2nya lembut-selembutnya..hahah...sedapppppp.....wat sup cam besa2 ja..cuma xde nak tumis apa2 juz rebus dat tulang n daging2 serta lelemak tu smpai la sup dia pecah minyak sendiri...pastikan bahan2nya fresh utk dptkan sup yang ngancam tekak dan manis ... bukan manis bubuh gula tau...pastu aku wat bawang goreng sendirik serta bebola daging yang segera tu .. akan ku pastikan beli dari penjual beragama Islam... Then, wat cili kicap serta sos cili + sos tomato + sos tiram = sedap, cam mkn bakso yg real dari Indon...xcaya..cuba la!! pastikan mee + bihun sket..ok







Dinner smlm...juz a simple but delicious 4 me & hubby n some fruit 4 my kids...

Bihun Goreng versi Linda



Bahan-bahan:

1 bungkus bihun - direndam/ ditoskan
15-20 cili padi * (ikut tahap kepedasan masing2)
1 mangkuk kecil ikan bilis *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 sudu makan sos tiram
1 mangkuk kecil isi ayam
1 mangkuk kecil udang sederhana
1 mangkuk kecil hirisan carrot
1 mangkuk kecil daun bawang
3 biji telur - digoreng dadar & hiris halus (tabur)
1 biji tomato - hiris (tabur)

Cara:

1. Kisar halus bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam n udang serta garam/gula/serbuk perasa. Tambahkan juga sos tiram, gaul rata.
3. Masukkan bihun, carrot, daun bawang dan gaul hingga sebati. Angkat.
4. Hidangkan bersama dengan hirisan telur dadar dan tomato.



Fruit 4 my kids...dorg ni mmg suka makan buah...bg la buah apa pun suma habis...ermm..bagus2!!



Spagetti sup




wat sup ayam macam biasa cuma tambahkan pati ikan bilis = siap!!




dikala kemalasan melanda diriku..............





1 peket perencah megi + serbuk cili + serbuk kari = megi kari berapiiiiii..........ku persembahkan!!





menu lunch kelmarin..aku juz masak simple jekk sbb ptg tu nak wat project kat dapur sket...juz wat bihun tomyam yg xmenyengat lgsung sbb takut along n angah xleh mkn lak bila pedas sgt.. so korang tgk je la gambo tu..aku snap khas tuk tatapan korang..











"saki-baki..."

Laksa


Mggu lepas aku wat laksa...dah lama xmkn laksa, sesekali wat..perghhh mmg xhengat dunia..hahaha!! Aku ni dlm kategori antu laksa gak..hehe..cedap oo..slurp!!slurp!! Mkn2 punya mkn aku lupa nak snap gambo..tu la org kata "mkn xsedar diri".. bila dah tinggai saki-baki baru la dok terhegeh2 nak amik gambo..dah tu time tu apa la yg tinggai..ulam2 pun dah xda...tp kan, aku suka sgt mkn laksa yg ditambah kicap..nnt kuah dia lg manis la..ntah la..cam budak2 pun ada gak ni...




Bahan-bahan:

1 peket laksa

5 ekor ikan kembung/ temenung
1 tin sardin - dikisar
2 bwg besar *
15 cili kering * (klu suka pedas tambah la)
sedikit belacan *
secekak daun kesum - lg byk lg sedap
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugor*
optional - udang segar yg kecik

Bahan Ulam:
Daun selom
Daun salad
Timun
Bawang
Cili padi
Limau kasturi/nipis
Telur
Nenas

Cara-cara:

1. Ikan direbus dan diasingkan isi dan tulang. Air rebusan ikan jgn dibuang.
2. Isi ikan dikisar jgn smpai lumat..manakala tulang ikan dikisar hingga hancur dan ditapis untuk amik air dia.
3. Panaskan periuk dan tuangkan bwg besar; cili kering; belacan yang telah dikisar. Agak naik bau masukkan daun kesum; bunga kantan.
4. Kemudian masukkan air rebusan ikan td (ditapis terlebih dahulu); isi ikan; sardin; dan air dari tulang ikan serta udang.
5. Kalau kuah agak pekat tambahkan air, seelok-eloknya, kuah jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair.
6. Masukkan asam gelugor dan biar kuah smpai mendidih..Perasakan dengan bhn perasa.
7. Sedia untuk dihidang bersama2 dengan bhn2 ulaman.