Memaparkan catatan dengan label CORETAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CORETAN. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2013

MAJLIS GRADUASI TADIKA & PERSEMBAHAN TASKA 2013

Assalamualaikum, bersua kita semula setelah lama menghilangkan diri dari dunia blog. Yelah seorang ibu yang bekerja mana sempat nak mengadap blog selalu. Pada 09 November 2013 Jue menghadiri Majlis Graduasi Tadika Tiara Bestari dan Taska Tiara Murni bertempat di Hotel Grand Continental Kuantan. 

Majlis bermula dari pukul 9 pagi hingga 1230 tengahari. Jadual waktu yang cukup padat dengan aktiviti sepanjang majlis tersebut. Tapi alhamdulillah walaupun penat coz kejap duduk kejap bangun untuk ambil gambar dan video Jue sangat berpuashati. Manakan tidak ini kali pertama R. Afiqah sekolah taska. Hi3... Ibu yang xcited lebih..

Oklah jom tengok gambar2 kenangan...



Menunggu kehadiran semua pelajar 4 tahun








Antara persembahan bagi taska 4 tahun





R. Afiqah bersama Maisarah seumur dengannya. Suka sangat dapat bergambar bersama kawan.


Hadiah bagi setiap pelajar 4 tahun yang buat persembahan


Selesai semua aktiviti termasuk selepas dapat hadiah terus diorang lepak kat lantai siap buka hadiah lagi.   



Ucapan dari Ibu Nor pengasas Taska dan Tadika, gambar penyampaian sijil bagi kanak2 6 tahun, persembahan hafazan oleh kanak2 transit dan persembahan kanak2 umur 3 tahun





Lastly sempat lagi posing di hadapan Hotel Grand Continental sebelum balik







Selasa, 24 September 2013

SUKAN TAHUNAN TASKA TIARA 2013

Assalamualaikum..
Hai semua pembaca, setelah sekian lama tak update blog dengan entry terbaru arini baru Jue berkesempatan nak share cerita2 terkini.. Kihkih.. Punyalah lama bersarang blog ni..

Ok lah baru ni pada 21 September 2013, taska Afiqah ( Taska Tiara) telah mengadakan sukan tahunan bagi kanak2 taska dan tadika.. Kira2nya ini pertama kali bagi Afiqah dan ibu untuk sertai aktiviti tersebut. Memang seronok tengok keletah Afiqah dan rakan2 ada yang suka, ada yang menangis mungkin tak biasa bila ramai orang dalam futsal UTC dan keadaan yang bising dengan lagu semasa acara senam robik berlangsung. Nasib si Afiqah rileks je tapi ada geramnya coz sibuk duk tengok kawan.. Adoi...

Di bawah ni Jue masukkan gambar2 semasa acara tersebut berlangsung tapi gambar tak banyak yang banyak adalah video tapi Jue tak upload la yek...

 Cikgu pakaikan reben biru bagi mewakili kumpulan biru. Time ni Afiqah xcited nak bersenam ngan kawan2..

 Cikgu2 taska dan semua anak2 murid taska dan tadika.





 Senam robik dah bermula..





 Tunggu turn main selipar besar.. Macam takde mood je muka si Afiqah ni..


Ini medal yang Afiqah dapat setelah penat bermain sukan.. Kumpulan biru menang naib johan, kuning johan dan merah tempat ketiga. Akhirnya baru nak senyum.. Suka lettew..


 Ibu dengan muka yang bambam.. huh teruknya! Nak jugak enterframe wat sama geli je ngan anak.. Kihkih..
Apapun memang seronok jugak dapat tengok anak sertai aktiviti sukan kerana ini pertama kali coz anak dah umur 4 tahun.. Tua dah si ibu ni... 
Kepada ibu Nor pengasas Taska/Tadika Tiara semoga sukan tahunan di masa hadapan lebih berjaya, menarik dan banyakkan lagi hadiahnya..




Rabu, 29 Ogos 2012

Salam lebaran semua..

Lama tak update cerita dan gambar terbaru.. Urmm gambar raya nanti la jue update ek..
Ni gambar masa kenduri tahlil dan sempena sambut bulan puasa.Tapi sayang gambar masa menjamu xsempat nak ambik.

Gambar ni sebelum majlis berlangsung bersama anak yang manja sangat2..


Budak comel tp banyak karenah (Rabiatul Afiqah)


Gambar Wan bersama cucunya Nur Syafiqah.

Gambar Wan bersama cucunya Rabiatul Afiqah. Dua orang sepupu ni umur lain2 sorang 3 tahun lebih dan 2 tahun lebih tp ketinggian xnampak beza pn.

Jumaat, 20 Julai 2012

:: Salam Ramadhan ::

Salam, sudah lama jue tak update blog.. lama betul dah rasanya..
Dan sekarang pulak pejam celik pejam celik dah nak berpuasa semula. Esok semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan al-mubarak.

Persiapan untuk bersahur dah sedia ke? Jue tunggu petang ni lah balik kerja baru pergi beli dengan mak. Agak2 nak masak apa untuk menu bsahur ye.. Ala kadar jelah lagi pun hari pertama kemudian tak elok jugak makan berlebihan cukup sekadar ala kadar je.

Dikesempatan ni jue nak mohon kemaafan diatas segala kesalahan jue pada semua sepanjang mengenali jue ini.. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti dan seribu makna sepanjang kita berpuasa.. Sama2 lah kita menunaikan ibadah Allah ini..

Khamis, 20 Oktober 2011

Pagi Khamis..

Cuaca di Kuantan pagi ni sejuk n mendung cz hujan pg td.. Wah klo dpt tdo tanpa diganggu tentu best.. hahahaha... jp lg nk start bekerja.. byk yg perlu diselesaikan.. kerja oh kerja..



Jumaat, 14 Oktober 2011

alhamdulillah....



akhirnya.....setelah sekian lama
blog ini akhirnya siap....

harap-harap lepas nih takde lah
blog nih bersarang pulak lepas susah payah
nak siapkan blog nih....

bolehlah nak berkongsi resepi ngan kengkawan dan
tambah kenalan baru...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...