Sebenarnya blog saya ni ada masalah teknikal sikit, saya
Wednesday, 4 November 2009
tukar blog lagi?
Sebenarnya blog saya ni ada masalah teknikal sikit, saya
Friday, 30 October 2009
halloween
Esok sambutan halloween, malam ni mesti ramai yang sedang berparti. Pasaraya semuanya bertema oren dan hitam. Yang berlonggok-longgok di pasaran buat masa ini semestinyalah labu. Di Kelantan, labu sira merupakan pencuci mulut yang dihidangkan semasa kenduri kahwin. Masa kecil-kecil dahulu, saya memang tidak suka labu sira. Bagi suami saya pula, pertama kali dia merasa labu sira semasa kenduri kahwin sepupu saya beberapa tahun yang lalu. Dan dia amat sukakannya. Semenjak itu, setiap kali dia membeli labu, menunya mestilah labu sira. Untuk menyediakannya tidaklah rumit, labu perlu dikupas dan potong. Lumurkan dengan kapur dan perap lebih kurang sejam. Setelah itu, bersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama gula melaka(nnisae), daun pandan dan bunga cengkih. Tutup periuk dan masak sehingga empuk. jangan beli labu halloween tu...rasanya kurang enak, kena guna labu masakan juga baru best
Thursday, 29 October 2009
medieval tapestries
Satu perkara menarik yang telah saya lihat semasa berkunjung ke Stirling baru-baru ini ialah cara menganyam tapestry. Tapestry merupakan gambar digunakan untuk menghiasi dinding istana dan gereja. Jika dilihat dari jauh, ia seolah-olah dilukis tetapi sebenarnya gambar itu dianyam secara manual daripada benang.
Sekarang ini 7 bidang tapestries(salinan) yang bertajuk The Hunt of the Unicorn dipamerkan di Stirling Castle. Set tapestries ini menceritakan tentang pemburuan seekor unicorn, akhirnya ia mati dan hidup kembali. Tiada siapa tahu cerita sebenarnya yang dimaksudkan oleh penganyamnya. Kesemua tapestry itu bertarikh antara 1495 hingga 1505 dan bertulis AE sahaja. Ada pendapat yang mengatakan tapestries itu ditempah oleh Mary Queen of Scotland. Ia ditemui di sebuah ladang di Perancis pada tahun 1850an oleh keluarga La Rochefouchauld dan dijual dengan harga 1million USD kepada John d.Rockefeller. Akhirnya tapestries yang asal itu didermakan ke Metropolitan Museum of Art,New York dan sehingga kini masih dipamerkan di sana.
Kini, set tapestries ini dianyam lagi buat kali kedua. Ia dilakukan secara berasingan di West Dean, Weast Sussex dan Stirling Castle. Di Stirling Castle, hanya 3 orang pakar ditugaskan untuk menngayamnya dan dalam sehari mereka boleh menyiapkan sepanjang 2.4 cm sahaja. Set ini dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2014 dan akan digantung dalam dewan istana di Stirling Castle. Mengikut perancangannya dewan tersebut akan dihias sepertimana istana zaman kurun ke 18.
Wednesday, 28 October 2009
sir william WALLACE
Setakat yang saya tahu Sir William Wallace merupakan seorang pahlawan yang cuba membebaskan Scotland daripada penjajahan England. Sehingga kini pun sebenarnya Scotland masih berusaha untuk berpisah daripada UK. Apa yang sudah berlaku kepada Wallace? Sedikit petikan saya copy daripada wikipedia
Wallace's capture and execution
Wallace evaded capture by the English until 5 August 1305 when John de Menteith, a Scottish knight loyal to Edward, turned Wallace over to English soldiers at Robroyston near Glasgow. Wallace was transported to London and taken to Westminster Hall, where he was tried for treason and was crowned with a garland of oak to suggest he was the king of outlaws. He responded to the treason charge, "I could not be a traitor to Edward, for I was never his subject." With this, Wallace asserted that the absent John Balliol was officially his king. Wallace was declared guilty.
Following the trial, on 23 August 1305, Wallace was taken from the hall, stripped naked and dragged through the city at the heels of a horse to the Elms at Smithfield. He was hanged, drawn and quartered — strangled by hanging but released whilst he was still alive, emasculated, eviscerated and his bowels burnt before him, beheaded, then cut into four parts. His preserved head (dipped in tar) was placed on a pike atop London Bridge. It was later joined by the heads of the brothers, John and Simon Fraser. His limbs were displayed, separately, in Newcastle upon Tyne, Berwick-upon-Tweed, Stirling, and Aberdeen.
Tuesday, 27 October 2009
jetlag ke?
Ahad, 25 Okt 2009
United Kingdom telah menukar waktunya daripada BST(british summer time) kepada GMT(greenwich mean time). Pada musim panas kerajaan UK memendekkan waktu siang sejam berbanding waktu asal, dan pada musim kembali kepada waktu asal. Ini bermakna pada musim panas beza waktu antara Uk dengan Malaysia ialah 7 jam lebih lewat dan pada musim sejuk 8 jam lebih lewat.
Bila malam lebih panjang, secara automatik saja kita mudah rasa mengantuk. Pada mulanya saya berpendapat mungkin pengaruh psikologi, tetapi kawan saya kata bila hari gelap badan kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meyebabkan kita mengantuk. Betul ke? Patut la binatang-binatang di kutub boleh tidur sampai berbulan-bulan masa musim sejuk.
Monday, 26 October 2009
teman sebelah katil
Siapa? Neera, teman semasa di MMP. Kami pernah duduk bersebelahan katil, sama cute, sama comel tapi dia jauh lebih pintar. Sama terjun dalam dunia pendidik tapi saya bergelar cikgu dia bergelar profesor. Hari ini dia meraikan ulang tahun perkahwinannya di Edinburgh dan singgah menjenguk ke teratak kami. Terima kasih Neera, happy anniversary dan datanglah lagi.
Apa komen Neera?
banyak-banyak bandar di UK yang kami telah pergi, Edinburgh la yang cantik sekali.
Dan dia bukanlah orang pertama yang kata begitu. so, Kepada sesiapa yang ingin melawat UK, atau sedang berada di UK, tidak rugi rasanya kalau singgah ke Edinburgh... promote lg..hehehe
Saturday, 24 October 2009
STIRLING
Sabtu, 24 sept 2009
Sempena cuti autumn, kami jelajah ke Sterling, Scotland. Tempat yang harus dituju di Stirling semestnyalah castle yang glamour itu. Ia merupakan salah satu daripada 10 castle di UK yang menjadi tarikan pelancong. Penat juga memanjat bukit untuk ke sana. Tengok dari luar, cantik.. macam Edinburgh Castle juga, malah mungkin lebih cantik. Tapi didalamnya tidaklah seluas dan segah Edinburgh Castle. Sesapa yg datang edinburgh tu x rugilah klu masuk...hehehe, promote..promote
Alang-alang sudah sampai tu, kami masuk la ke University of Stirling. Bangunannya moden. Yang kami terkilan sikit, di sini tiada perkhidmatan bas hop on hop off. Terpaksalah naik bas 1st atau stagecoach untuk melihat sekitar bandar. Tiketnya lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan Bas Lothian.
Salah satu tempat tarikan pelancong di sini ialah Wallace Monument. Disinilah diabadikan sejarah pahlawan Scotland yang bernama William Wallace. Untuk sampai kepuncaknya perlu mendaki sebanyak 249 anak tangga. Dari situ kita dapat melihat pemandangan yang amat menarik. Memandangkan hari melepasi waktu asar disertai dengan hujan renyai-renyai, maka kami batalkan niat untuk ke sebuah taman yang cantik iaitu King's Knot. Babai.