Thursday, July 20, 2023

Unexpected gift at 40

 Dulu-dulu plan nak berhenti beranak sebelum 40. Maklumlah macam-macam risiko bila mengandung umur-umur macam ni.

Tahun 2017 gugur

Tahun 2019 gugur lagi

Lepas tu covid. Musim covidkan musim stress. Jadi put on hold la dulu. Ada juga rasa takpelah, cukup je lah 2 orang je. Dahlah selalu sakit belakang. Kalau mengandung lagi macam-macam.

Tapi bila tengok baby, teringinlah juga 😄

Bila dah ready, alhamdulillah masih ada rezeki. Bila gi scan, nampak kantung. Rifqipun ok je boleh terima dengan baik. Risau juga sebab bila tanya sebelum ni, dia cakap taknak. 

Bila ada spotting, gi scan kali kedua. Patut dah nampak tapi ada kantung je. Masa tu redha dah kalau takde rezeki sebab masa gugur sebelum ni pun macam tu juga. Kantung je ada. Atas nasihat adik ipar, terus gi jumpa pakar kat KMI. Bila scan, ada rupanya. Siap boleh detect heartbeat lagi. 

Sekarang baru lepas separuh jalan. Tapi dah tak larat rasa. Dengan kaki bengkak, dan start sakit-sakit urat. Umur 40 mestilah tak sama dengan pregnant masa umur 20-an. Masa pregnant kan akif dulu, jalan berkilo meter masa tengah sarat. Yelah, masa tu belum beli kereta. ke mana2 naik bus atau train. Nak berjalan ke bus stop dan train station bukan dekat.

Lepas bersalin ni berazam untuk lebih fit. 

Monday, April 4, 2022

Epitome of a child

I often think that Rifqi is an epitome of a child. Akif jarang tanya silly question yang budak2 selalu tanya. Tak tahula kot diapun sama je tapi mungkin dah lupa.

So a few days ago, gigi Rifqi tanggal. Dia nak letak bawah bantal. Ibu tak bagi. 
Konon nanti tooth fairy datang. Adoi... 

Ibu: Tooth fairy is not real. Dalam tv, dalam youtube je ada. 
Rifqi: Tapi Rifqi nak tengok.....(Dengan nada tak puas hati)

😂😂😂

Selang sehari, tanya dia, mana gigi yang tanggal tu? Rupa-rupanya dia letak bawah bantal. 
Dia cakap ada darah kat gigi tu. Jadi Ibu suruh dia gi basuh, guna berus gigi. 
Masa dia basuh, gigi tu jatuh dalam lubang sink.
Menangislah dia. 
Penatlah Ibu tahan gelak sambil pujuk. Tapi sempat lagi ambik gambar. 
Dengan Rifqi sokmo kena tahan gelak. 

Menangis kesedihan gigi jatuh dalam lubang sink. Simpan sini buat kenangan.

Lepas nangis, dia gi buat/main benda lain. Tapi tak lama lepas tu, datang balik kat ibu dengan muka sedih. "I still remember my tooth..." 

Masa tadika dulu, ada sorang kawan. Dia anak bongsu. Kakak dia cikgu kat tadika tu. Cikgu merangkap kakak dia selalu la bercerita pasal member ni. Masa kakak dia solatpun boleh kacau kakak dia, suruh kakak dia buat susu. I was like, laa... kan orang tengah solat, mana boleh kacau.

Ha... sekarang dapat anak yang late bloom, dah angkat takbir, boleh pusing belakang tanya ibu, 3 rakaat kan?

Rifqi oh Rifqi



Sunday, January 9, 2022

Lullaby

 Dua hari lepas, dekat time tidur dah, akif dan rifqi berebut whiteboard kecik. Rifqi tarik, Akif lepas, makanya terkena bibir rifqi, berdarah. Tak de lah banyak sangat darah. sikit je. Tapi bahagian bibirkan sensitif, lama juga la nangisnyer... 

"Tak boleh tidur, sakit kuat..." makin kuat pulak nangis... 

Ibu offer, nak ibu sing a song? Twinkle2 little star nak?

Tak nak, nak Titanic song 

😂😂😂😂

Makanya google la ibu lirik lagu My Heart Will Go On. Lepas ibu nyanyi, buka pula MV. Lepas tu baru tidur...

Malam tadi sebelum tidur,dia suruh ibu nyanyi lagi 😅😅😅

Takdenyer.... Kang tiap2 malam ibu kena nyanyi.

Tuesday, June 29, 2021

Paper review

 Tiba-tiba datang angin nak update blog. Dah penuh sawang dah blog ni. Tengok kat list blogger belah kanan, satu je kot yang aktif. Yang lain last updated a year ago.

So hari ni tal bercerita pasal nak kena review paper. Dapat email dah sebulan kot. Due esok. Tapi tak berapa ada mood nak baca paper. Tapi bila dah dekat nak sampai due date ni, banyak pula due date benda-benda lain. So hari ni azam nak siapkan review. Tengok-tengok. Eh, bukan satu, ada 2 paper rupanya nak kena review. Dengan perasaan malas, printla dulu. Then gi buat donut. Uli guna breadmaker je. Dah siap donut, baru la belek the first paper. Seb baik paper yang mudah faham. Cepat je la siap. Ni ada lagi satu nak hadap. 


   

Thursday, January 10, 2019

Batalkan Polisi Insuran Takaful Ikhlas

Hujung Disember tahun lepas saya telah membatalkan polisi insuran Takaful Ikhlas yang saya mula ambil 10 tahun lepas. Jadi kat sini saya nak cerita apa dokumen yang diperlukan. Saya buat pembatalan ni di branch Kuala Terengganu. Guna google untuk cari pejabat Takaful Ikhlas kat mana. Tapi google bagi alamat salah. Call the office dan staf yang jawab tu bagi direction. Tak jauhpun dari alamat yang google bagi. Kawasan tu ada banyak pejabat insuran tapi saya dah lupa exact location kat mana. Area Tanjung, Kuala Terengganu.

Dokumen yang diperlukan:
1. Buku polisi (kena serah balik kepada Takaful Ikhlas)
2. Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan (tak perlu pengesahan)
3. Buku bank dan salinan buku bank mukasurat yang ada nama dan nombor akaun (tak perlu pengesahan)

Proses senang je. Isi borang dan sign. Disebabkan saya buat pembayaran insuran bulanan melalui potongan angkasa,  biasanya perlu 3 bulan sebelum potongan dari gaji dihentikan. Jangan risau, duit tu kita akan dapat balik. Selepas potongan dari gaji dihentikan, kena pergi semula ke pejabat Takaful Ikhlas untuk claim duit kita yang dia potong selepas kita tamatkan polisi. Kalau lepas 3 bulan potongan angkasa masih dibuat, cepat-cepat maklum kepada mereka. Kalau kita ada ambik insuran yang ada saving, duit tu kita akan dapat kurang dari 3 bulan (dah lupa dalam masa brape hari).

Apa yang perlu dilakukan kalau buku polisi hilang? Okay, ini apa yang saya dengar dari pelanggan sebelum saya. Kena beli setem hasil (1 ringgit atau berapa ringgit ye? Sorry, lupa.) Sebaiknya call branch yang anda ingin berurusan. Pegawai yang saya berurusan tu nice je. Tak tanyapun kenapa cancel polisi.

UPDATE: Duit (saving)  dah masuk pada 4 February lepas.  Saya ingatkan dapat dalam 8ribu je. Rupa2nya dapat 15ribu lebih. Alhamdulillah. . . Nak naik rumah baru nanti banyak nak guna duit ni...

UPDATE: Bulan Mac dah stop potongan gaji. Jadi gi pejabat takaful ikhlas. Staf yang incharge takde. Staf baik hati bagi print akaun bank dan fotostat ic kat sana. dan isi borang. tunggula pula duit masuk.

Wednesday, January 9, 2019

Ibu wish Ibu boleh pindahkan berat badan kepada anak2

Rifqi ada 'masalah' berat badan. Graf berat dia biasanya kuning, merah atau sikit je atas kawasan kuning. Badan kecik, selalu pulak sakit2 jadi sekitar bulan 7 tahun lepas, decide bagi dia minum susu Pediasure. Harga 3-4 kali ganda dengan susu yang biasa guna. Tapi takpelah, anakpun 2 org je baru. Tapi selepas hampir setengah tahun, berat dia lebih kurang sama je. Naik dalam 1kg mcm tu je. Tinggi dia naikla sikit. Bila beli baju, saiz dia ialah 2-3 years old. Orangnya dah 4 tahun lebih.
Lepas minum Pediasure ni rasanya kurang sikit Rifqi sakit. Kalau tak, kejap-kejap batuk. Akif pula lagi kerap sakit berbanding dia. Jadi Akifpun ibu bagi minum Pediasure. Bila order, kena order 2 flavour. Rifqi suka yang coklat, Akif suka yang honey. 

Berat badan Ibu pula makin bertambah. Sekarang dah cecah 60. Makan macam biasa je. Agaknya faktor umur. Seperti biasa, excercise selalu on off. Maghrib pula awal. Lepas hantar Akif ke sekolah ngaji, tak sempat nak gi pusing track. Beberapa hari lepas start zumba semula. Buat sorang-sorang je. Lepas dengar lagu CNCO rasa nak berzumba. Kali ni pilih satu video zumba dan hafal step dalam video tu untuk satu lagu. Seronok sikit. Harapnya semangat berzumba kali ni berpanjangan. 

A/N: Ini bukan iklan Pediasure ;P 

Tuesday, December 27, 2016

Tujuan asal tulis blog

Blog ni dimulakan semasa dalam proses mencari tempat untuk sambung phd. The first few entries tulis in english sebab masa tu nak ambik ielts. First time ambik ielts tak lepas sebab speaking dapat 5.5 je. tak lepas syarat curtin. tahun sebelum tu boleh je. nasibla kan time saya dia ubah syarat. tak prepare sebenarnya bahagian speaking sebelum ambik tu. tapi masih bangga dengan diri sendiri sebab overall dapat 7 dan reading dapat 9. bangga sebab masa sekolah rendah selalu je fail english. ingatkan upsr pun fail english. nasib baik lulus.

Bila speaking ielts dapat rendah dari requirement curtin, terpaksalah ambik lagi sekali. ha, kali ni well prepared. google cari topik2 soalan yang ditanya untuk bahagian speaking. dan buat text atau point apa benda nak cerita.  tips ni bagus  kepada yang nak ambik ielts/muet dan sebagainya. kenapa kena prepare points? masa dalam test kita tak dela nak tergagap2 nak cakap apa. terus boleh cakap sebab point dah ada. tips lagi satu; jangan berhenti cakap selagi pemeriksa tak suruh berhenti. cakap je... alhamdulillah, kali kedua lepas. speaking dapat 6.5.
tapi disebabkan concentrate pada speaking je masa ambik kali kedua, tak buat latihan writing, bahagian writing dapat 6 je. seb baik lepas syarat. dah gabra dah masa jawab sebab dah lupa tips dan tak praktis.

Alhamdulillah. Pada 6 Jun 2014, dapat surat senat dari curtin. dah 2 tahun lebih dah. Patutnya attend graduation ceremony pada September 2014 tapi baru lepas bersalin rifqi maka attend graduation pada February 2015.

masa start phd, keyakinan untuk berjaya complete phd hanya 50-50. buat phd tak macam buat degree. cubaan dan dugaannya tak sama.

Since blog ni dimulakan dengan proses nak sambung phd, rasanya perlu tepek kat sini gambar masa grad. heehee