Bismillahirrahmanirrahim..
Tetiba nampak link ke blog sendiri..tiba-tiba chrome update macam mana ntah list blog ada di atas..
Ehh..rupanya dulu kita ada blog..saja scroll semula..dah lama rupanya tak berupdate..orang dah tak baca blog sekarang kan..orang banyak scroll TT dah..tapi macam nice jugak mulakan semula blog ni..
(boleh jadikan azam baru menulis di sini tanpa orang tahu)..=)
Dulu suka menaip suka menulis..sekarang dah tak berapa nak rajin rasanya nak menaip dan menulis ni..sekarang banyak scrolling atau layan drama saja..
Last post pasal anak ketiga..HAHAHA..
Sekarang anak dah empat orang..anak bongsu tu dah darjah 2 pun haaa..
Alhamdulillah selepas tiga lelaki dapat la sorang gegurl geng mama..nanti la ada masa terasa nak update pasal anak keempat boleh la cerita kan..
Life lately not OK but still ongoing. Just ikut flow. Macam biasa ikut saja perjalanan hidup selagi mampu sabar dan sabar. Semoga tahun 2026 terus membaik menjadikan saya lebih baik. In shaa Allah.
Taklifan 2026 pun bertambah. Satu lagi taklifan tak tertulis di situ..kena latih murid untuk MSSD Bola Jaring. Belum mula pun dah terasa penatnya..In Shaa Allah kena la kuatkan semangat selagi ada hayat dikandung badan..ikut je flow Allah Maha Mengetahui..
Moga dapat jalankan semua tugas dengan baik. Tahun ni makin susah nak capai KPI. Kenaikan gaji pun ada kaitan dengan KPI. Maka berhuhuhu la kita..in shaa Allah yang terbaik untuk kita terus berusaha menjadi lebih baik dari semalam kan..
Sekian..