Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

01 September 2012

Atmosfera yang 'dingin'

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







nikmat yang pling berharga selepas iman dan islam adalah memiliki sahabat yg soleh 
-Umar al-Khattab

'lagu apa ni ? bunyi macam bahasa daripada seberang je?'

'bahasa jawa lah,'

'oooohh . tak faham lah,'

'dengarlah dulu,'

********************************************

dan hari ini terasa sudah tiba masanya untuk bersiap siaga kembali ke pentas . bukan pada hari ini pada sebetulnya . minggu yang mendatang , jika diizinkan tuhan untuk beri nafas lagi lah . kehidupan akan terus berjalan , meninggalkan sebahagian daripada jasad kita . menunggu kebas yang kekal entah bila . masanya untuk bergerak ke tahap yang seterusnya . tiba di menara gading .

masa untuk usaha keras . untuk buat ummi dan ayah berbangga punya anak begini . buat bekal untuk balas budi mereka .

dan masa berputar tanpa belas kasihan . jarum tidak pernah mengundur , ia maju . meminta lelaki itu juga bangun daripada lelap . bangun . bangunlah . waktu untuk celik . rangka jadual baru . rancang pelan untuk gaya studi yang baru . kawal bajet bulanan . kenal-kenal dengan manusia baru . oh ya , cari kawan-kawan baru . satu lagi perkara yang penat jika berdepan dengan atmosfera baru .

di sini terbayang dan berharap tentang atmosfera itu . atmosfera yang bagaimana ya? janganlah buat hati ini rasa penat selalu di sana . moga-moga hidup baru di sana , senyuman molek sahajalah yang melekap di bibir . hati masih runsing walaupun cuba membayangkan bibir ini pekat dengan senyuman tika di sana nanti . hidup di ruang baru , bukannya senang . sukar . satu perkataan daripada si kalah . tapi , itulah yang jelas di awan kepul di atas kepala .

ah , sudah rasa penat .

mungkin terlalu berfikir . dek kerana terkesan dengan cerita si lelaki yang mati selepas membunuh seratus manusia . si lelaki yang tugasnya mencabut nyawa manusia tanpa rela , dan akhirnya didapati bakal mendapat tempat di syurga . aneh , bukan ? tetapi , dengan hanya satu sebab yang membolehkan dia punya hak untuk mendapatkan syurga - berkesempatan untuk bertaubat .

si lelaki yang mahu berubah menjadi baik setelah dia sedar kejahatan itu bukan fitrahnya . si lelaki yang berjuang bersungguh-sungguh untuk lari daripada ketagihan abnormalnya . untuk mendapatkan rangkulan daripada tuhannya . untuk buat taubatnya diterima Allah .

si lelaki yang tekad mahu berubah sebelum jam ke sebelas . dan plotnya disusun sehingga bertemu dengan seorang ulama' yang menguraikan klimaks kehidupannya . sebuah tempat . sebuah kampung . di mana erti kehidupan punya definisi yang dia cari selama ini .

tempat yang tenang . kampung yang aman . rakyat yang baik . penduduk yang penyayang . si lelaki itu rasa , inilah yang dia mahu . menamatkan segala yang kelam di dalam hidupnya . masa untuk menjadi lelaki yang disayangi tuhan .

itulah takdir . nyawanya hilang ditebas dalam perjalanan ke kampung budiman . tempat yang cantik . indah untuk menjadi lelaki baik . selamat tinggal dunia . dan taubatnya itu didengar oleh tuhan kerna niatnya yang kuat . niat mahu berubah menjadi lelaki baik . mengimpikan menjadi lelaki baik di kampung itu .

***********************************

' ermm apa ye formula force ni ? '

F = ma

' kalau S.I unit bagi force ialah Newton . macam mana pula dengan S.I unit bagi driving force ek? '

' kau diam . jangan nak berfizik sangat dengan aku time sekarang . aku tengah dengar lagu ni ,'

***************************************

hari-hari itu bakal tiba . dewasa mula menjengah tanpa malu-malu . sel-sel mula bercambah biak untuk matangkan lebih visi . kepala menjadi keras memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya . gusar dengan tempat baru . kawan baru . oh yalah , teman-teman untuk dibuat kenal . dibuat lambung . dibuat gurau . dibuat rindu .

tidak gemar untuk mencari peminat , kerna peminat akan lari daripada stadium jika pasukan bola sepaknya kalah berturut-turut dua puluh kali . tetapi sahabat akan setia menanti . membetulkan sendi-sendi yang lemah . bergelak tawa bersama . bersusah payah selalu . darah yang tidak sama tetapi seperti keluarga yang yang terpisah jauh .

kampung itu , ramai ke orang yang baik ? kerna diri ini seperti si lelaki yang mahu bertaubat . mencari atmosfera baru untuk berlindung daripada ribut yang lalu . dibantu penduduk kampung yang penyayang , mengubah menjadi lelaki yang baik . driving force , huh . salah satu nikmat yang terbesar . pastinya .

semoga di sana sejadah mampu dihamparkan . tafsir molek sahaja diselak . kopiah melekat di atas kepala . hati ini selalu ingat . berhati-hati dengan yang batil , jika tidak disibukkan dengan yang hak .

semoga kuat . doakan lah selalu . doa itu percuma .

ikhlas daripada penulis yang mahu berjuang .

Dari Abdullah bin 'Amr bahawa Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang apabila melihatnya membuatmu teringat kepada Allah, perkataannya menambah kebaikanmu, dan amal perbuatannya memotivasikanmu untuk meraih kebahagiaan akhirat."

[Shahih HR al-Hakim]


***********************************************

' tombo ati . '

' Sunan Bonang ? '

' ha ah . layan , '

Kaping pisan - moco Qur’an lan maknane

Kaping pindo - sholat wengi lakonono


Kaping telu - wong kang sholeh kumpulono


Kaping papat - kudu weteng ingkang luwe


Kaping limo - dzikir wengi ingkang suwe


















 
 

11 August 2012

Gadis berniqab

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





ada satu hari , mungkin beberapa bulan yang lepas . saya pergi ke pesta buku di negeri saya diami . pesta buku itu betul-betul berdekatan dengan kawasan rumah , maka ia akan menjadi satu jenayah kecil jika tidak mahu berkunjung ke sana sama ada mahu membeli buku atau sekadar bercuci mata melihat halaman depan buku .


saya membawa wang sekadar yang cukup untuk beli tiga buah buku . selalunya , saya akan merancang . menulis senarai buku yang mahu saya beli bagi mengelakkan pembaziran , tetapi tidak pada hari itu . saya spontan keluar ke pesta buku tersebut . dan ada beberapa buku yang berjaya menarik mata saya untuk menghulurkan tangan saya , membelek beberapa muka surat untuk memastikan buku itu enak dibaca .


tika sedang memerhati beberapa lagi buku yang enak , saya bertentang mata dengan si gadis yang berniqab . ia buat sendi kaki saya pegun mengejut . statik . tapak selipar merah hangat melekat di jalan tar . masa berputar kelihatan lama , dan tanpa saya sedari mata saya sudah pun bertembung dengan tangan saya mengeletar yang ketika itu sedang menyelak beberapa halaman sebuah majalah .

dia memakai warna kehitaman yang sedikit kontra dengan warna kulit cerahnya . matanya dibiar jelas di buat tontonan awam ( tentulah , dia berniqab ) . pakaiannya labuh tetapi dapat dianggarkan saiz badannya tidak menampakkan tidak terlalu berisi . dapat diagak usianya seakan sebaya-baya dengan pelajar matrikulasi . ya , masih muda . ( jangan tanya saya bagaimana mata ini boleh deskripsi yang kemas tentangnya =_=")


saya mengintai-intai di balik majalah yang besar saiznya dan sedikit tebal . ( berat juga ) dia seakan-akannya tidak memberi respons seperti saya yang tersipu-sipu . dia menyelak beberapa buah novel dan menunjukkan wajahnya yang teliti seolah-olah sedang memberi tumpuan yang penuh terhadap pembacaannya . wow , saya tak tahu nak cakap bagaimana mahu beri deskripsi berkenaan atmosfera pada ketika itu . ia buatkan saya berdebar-debar . saya ingat peluh mengalir laju tapi bukan terkesan daripada cahaya mentari petang . yang pasti saya tersipu-sipu melihatnya melalui ekor mata . sesungguhnya , mata saya sangat letih dek kerana tidak mengamalkan fungsi penglihatan yang sebenar-benarnya . oh .





saya tak tahu apa yang menariknya . dia si gadis yang menutup sebahagian wajahnya . maka , saya tidak dapat katakan wajahnya itu memikat hati dan membuatkan saya berlari dengan kencang bersama muka malu-malu . dia ada menimbulkan rasa yang buatkan saya tersipu-sipu melihatnya . gadis itu ada tarikan tapi jelas tarikan itu bukan ada pada wajahnya . ( matanya buatkan saya berpinar-pinar =_=")


saya masih mencari apa yang menarik berkenaan si gadis ini yang membuatkan jantung saya berdegup kencang dan berpeluh lebat . tubuh badannya ditutup labuh dan kemas . pakaiannya tidak menarik perhatian sepertimana pengunjung-pengunjung lain . saya masih tak tahu . apa yang saya tahu , dia menutup anggota badannya dengan sempurna . ( maka , tiada persembahan 'cuci mata' secara percuma )

dia masih lagi khusyuk membaca . sifatnya jauh sekali untuk saya tahu kerna dia orang asing yang tidak pernah wujud dalam kehidupan saya lebih dalam sehari . jadi , saya menggambarkan dia seorang yang sopan santun , pemalu dan lemah lembut . mata ini memang kadang-kadang silap juga memberi tanggapan pertama , tetapi saya senang hati dengan tanggapan begitu . hati ini begitu berbunga-bunga walaupun dada sudah mahu meletup .

namun , apa yang kita ramalkan selalunya perkara yang berbunga-bunga pasti akan terkubur . akal saya yang menari-nari dengan rentak riang , berkecamuk dengan derita . hati ini berkecai . dada ditekan-tekan kuat sehingga sukar bernafas . tetapi wajah ini berjaya dikekang daripada memberi reaksi supaya tidak sejajar dengan penangan sistem biologi tika itu .

' bang , bang ' panggilnya kepada seorang lelaki yang tinggi . jelas sekali nada itu bukan khusus untuk panggilan si adik kepada abang . ya , suara itu buat hati ini yang sebentar tadi berimaginasi terbang ke langit , jatuh semula menghempap ke bumi . kepala pula yang jatuh dahulu . sakitnya .

dia merangkul tangan besar dan panjang milik lelaki tinggi . ( sambil tengok tangan sendiri ketika ini ) berlalu pergi sambil memegang novelnya yang sebentar tadi dibaca dengan khusyuk .

kaki ini tidak melekat sebaliknya malu-malu meninggalkan arena 'perasan' seorang lelaki . ya , di saat kita mula bermimpi tinggi-tinggi , sakitnya jatuh ke lantai perhimpunan sekolah agak pedih juga .




ada orang kata menyukai seseorang insan itu tidak terhad pada wajah yang jelita dan tubuh badan yang cantik . menyukai seseorang perempuan itu sebahagian daripada misteri yang tidak dapat dipastikan . ada masanya kita terlalu kagum , dan ia akan berlalu pergi dengan perasaan jemu .

tarikan yang ada pada gadis berniqab bukanlah terletak pada kecantikan matanya yang tergantung di celah kain yang melitupi labuh tubuhnya . tapi , ia menggiurkan bagi pemuda yang mahukan kehidupan yang tenang di peringkat yang seterusnya ; nikah .

apa yang menariknya ? dia patuh kepada syariat . dia taat dalam beragama . dia menonjolkan sisi yang lembut daripada segi pandangan seorang lelaki . dan yang pasti dia memakai pakaian perempuan yang baik .

siapa tak nak jadi lelaki baik bukan , jika sudah nampak perempuan yang baik ?

p/s : sesungguhnya saya rasa letih bila jumpa gadis-gadis berniqab . kena lari lebih laju selepas ini =_=" .

06 August 2012

Aku penat

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang kurang bercakap . saudara mara dan sahabat handai panggil aku , pemalu . pendiam . aku sendiri tak tahu . kenapa aku kurang bercakap , mungkin aku tiada idea . mungkin aku rasa malas nak bercakap . tetapi , aku tidak lah terlalu lemah dalam bersosial dan berkomunikasi . teman-temanku agak ramai , pelbagai ragam . namun , itu rencah . ia buatkan aku tidak keseorangan . dan buatkan aku seorang encik yang berbeza dengan encik-encik lain .

aku dilahirkan di kawasan yang penuh dengan orang peramah . dan aku juga hidup sampai usia ini penuh dengan orang yang gemar bercakap . otak aku mudah letih untuk berfikir idea apa yang perlu dibualkan . aku banyak mendengar daripada bercakap-cakap sebagai tanda memberi respon . orang kata menjadi pendengar agak sukar , tetapi itu lah yang paling mudah bagi aku . aku cuma menerima dan kadang-kadang jiwa tipikal seorang lelaki akan memberi solusi bagi setiap masalah yang diterima dan adakalanya , aku cuma membuat muka simpati .

aku suka jalan bersendirian tetapi aku suka lihat lelaki yang jalan berkumpulan . ia menggembirakan . aku lebih memilih mengulangkaji pelajaran keseorangan berbanding belajar secara berkumpulan . tetapi , adakalanya jika berhadapan soalan-soalan yang sukar , aku akan bertanya kepada rakan-rakan yang bijak . aku suka bergaul dengan manusia yang punya sama minat dengan aku . selalunya , orang begini akan aku luangkan banyak masa dengannya .

aku seorang lelaki yang kuat bergurau . kadangkala , gurauan aku terlalu kasar sehingga menghiris hati . mungkin , aku memang sejak kecil lagi bergaul dengan manusia yang berjiwa kacau . haha . maaf , bagi aku , mereka bukan bermasalah .

aku kuat berkhayal . abiliti ini hakikatnya banyak memberi liabiliti . sukar untuk aku memberi konsentrasi dalam pelajaran . jadi , aku nampak seperti lelaki yang sangat rajin mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam . imaginasi aku sangat aneh . sehingga buatkan aku hidup di alam yang aku cipta sendiri . jadi , maaflah jika ada yang memanggil-manggil nama aku tetapi aku tidak memberi respons . ini kelemahan yang sangat besar . dan itu juga salah satu kelemahan yang sangat lucu . maaf .

muka aku mudah tersipu-sipu . maaf . ini pun lucu . lucu yang menjelikkan . tika bersua dengan beberapa perempuan bertudung manis , laju sahaja sel darah merah menerpa laju ke pipi . aku cepat penat jumpa mereka . jantung aku berdegup dengan sangat kencang . aku banyak berpeluh . tangan aku jadi sejuk . aku tak suka begini . aku penat . dan biasanya , aku akan elakkan diri daripada berjumpa mereka . namun , dalam hidup aku hingga sekarang , aku selalunya penat . =_="

maaf , aku mempunyai banyak betul perbezaan . muka aku agak dingin . ada orang kata muka orang yang bersahaja . aku rasa luaran aku langsung tidak mempamerkan dalaman aku . aku kuat gementar . ya , sekali lagi , memang memenatkan . apabila gementar , muka aku berkilat macam disapu minyak kelapa sawit . aku tak suka hal ini berlaku . kerna , orang yang lalu lalang sebelah aku , akan membetul-betulkan tudung mereka . umpama muka ini ibarat cermin yang berkilat . oh .

aku tak berapa kacak . dan aku tak nak ulas muka aku .

kepada mereka yang mengenal dan pernah berjumpa dengan aku . aku berharap muka dan identiti aku biarkan dirahsiakan . biarkan kita sahaja yang ada rahsia ini . jujur , aku takut . aku bukan orang yang dijangkakan . dan bila aku rasa takut , aku akan rasa penat . maka , janganlah buat aku penat . sungguh terseksa rasanya .

p/s : seronok pula tulis deskripsi watak bernama 'aku' ini .

04 August 2012

Jika hati ini sebuah kompas

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





jika hati ini sebuah kompas
letakkan kompas itu baik-baik di tangan mu
biarkan ia sedia di permukaan rata
jangan engkau sentuh jarum ini dengan jari-jari manis mu
nanti jarum itu terpinga-pinga
berlari-lari malu meninggalkan darjah

bawakan ke arah yang tepat
berjalan depan ke belakang
untuk pastikan jarum itu tidak terkebil-kebil lagi
menunjuk arah yang benar
jika hati ini sebuah kompas
engkau sebagai utaranya

01 August 2012

Taman sahaja

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





seekor burung itu terbang cemerlang di hamparan kanvas biru yang terapung di atasnya . meraba-raba bumi dengan pandangan mata burung , mencari ruang-ruang kebaikan . cacing yang mana akan dijemput untuk bersamanya terbang riang ke sarang sayang . bulu-bulu pelepahnya gugur berterbangan ditiup angin langit . menghinggap pada dahan besar . menikmati usia yang tidak lama , berehatnya cuma mengintai-intai ada lubang yang terisi penuh anugerah .

matanya membelek-belek sekitar taman yang penuh warna hijau dan sedikit kekuningan di sebelah timur . bunga-bunga tampak belum matang usianya lagi . masih mentah . menanti-nanti waktu yang cukup untuk memberi indah panaroma sebuah taman hikmah . ada sebatang pokok yang sudah tua usianya , namun gagah dan teguh . menjadi perhiasan utama . akarnya kuat mencengkam dan daunnya cukup rimbun . teriakan matahari yang menggila membentuk serangan ke pori-pori . dan di situlah perisai tubuh . payung semulajadi . menjadikan kawasan rehat bagi organisma-organisma .

encik lebah yang datang ingin menghirup madu , dicutikan sementara waktu . menanti bunga yang belum selesai menjadi yang baik . masa untuk bersalam-salaman . masa untuk berterbangan gembira di lautan rumput . mencari kenangan yang manis untuk dibuat kenang-kenangan . memperbetulkan segala kesilapan tika di sarang . bersama-sama mencari kemanisan yang lebih manis daripada madu .

oh , hari ini penuh watak-watak kumbang yang beristirahat di bawah dedaun hijau . menanti awan putih , menahan silauan mentari . hari yang bertuah untuk kumbang berkomunikasi antara satu sama lain . mencari persamaan yang selama ini berbeza . keluarga yang mana akan menjaga makanan . membaiki sarang . bernyanyi riang . mencari sepakat pada waktu yang sangat sementara .

carilah dia . carilah teman . carilah encik cacing yang sangat pemalu . sangat pendiam . duduk di bawah tanah kerna bimbang dengan dunia luar akan memberi sakit kepada jiwanya . berjiran pula dengan inche semut yang banyak bercakap . sangat peramah . aktif bekerja . sedang rajin mengecat busut . lelahnya tadi berbaloi , stok untuk musim hujan cukup untuk buat kongsi . mengutamakan yang perlu lebih daripada hendak .

di manakah taman yang penuh sketsa , hijau yang bagaimana rumputnya . luas yang mana bagi sebuah taman penyayang itu . besar dan tinggi sebatang pohon itu , masih penuh kah daunnya . hidup penuh ilham . jangan berhenti memandang yang sedikit kerna yakin yang nilainya itu tidak berharga . hargailah apa yang ada . yang ada inilah harapan . harapan inilah yang akan buat sendi menabur bakti .

percaya kepada yang benar . hidup dengan kepercayaan yang benar . bersyukur dengan ketidaksempurnaan , dan yakinlah yang sempurna itu akan selalu bersama . pasti . titik .

30 July 2012

Hati , kebaikan yang spontan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” 

(HR Bukhari dan Muslim)




lelaki yang baik dinilai daripada segumpal daging yang bernama hati . hati bukanlah organ yang menyahkan toksik dalam badan yang sedang dibicarakan sekarang , ia hati yang tidak kelihatan . organ ghaib . organ yang memberi kita gelaran lelaki baik .


lelaki yang baik ialah lelaki yang bertakwa . takwa itu takut terhadap Allah . takut untuk meninggalkan perintah Allah dan takut untuk melakukan laranganNya . dan takwa itu disimpan kemas-kemas di dada manusia . di dalam hati . hati yang ghaib .


rupa seorang lelaki baik itu bukan diukur daripada fesyen islaminya . berjubah putih , berserban , bercincin , berjanggut dan memakai wangi-wangian . belum cukup lagi untuk diberi markah tinggi , mendapatkan gelaran lelaki baik . markah yang paling tinggi ialah terletak pada bersihnya hati lelaki itu . betapa hebatnya takwa yang disimpan di dalam hatinya . itu lah menentukan gred cemerlang untuk menggapai gelaran lelaki baik .


namun , tidak dinafikan juga pemakaian baik-baik ini memberi sedikit manfaat untuk membersihkan hati . kerna dengan berjubah , berserban , bercincin , berjanggut dan memakai wangi-wangian mampu mencipta 'driving force' ( daya memandu , eh) . kebaikan yang telah ada pada luaran mampu 'memaksa' seseorang itu supaya menjaga matanya . menghalang kakinya . menahan tangannya .





kerna apa? luarannya sudah comel maka di situ bermulalah proses pembersihan hati . namun , tidak juga mencukupi sekadar pemakaian yang comel begitu mampu membersihkan hati , ia juga perlu disokong dengan amalan-amalan yang disukai oleh Allah dan manusia di sekeliling .


hati yang baik -----> lelaki yang baik

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kalian, dan akan tetapi Ia memandang kepada hati dan amalan kalian”.

 (HR Muslim)





*************************************************


ada seorang lelaki yang masuk ke dewan makan bersama teman-temannya . berjalan dengan muka yang senang hati di kala waktu itu baru usai menjawab soalan matematik tambahan yang susah . hampir pecah kepalanya menyelesaikan soalan itu selama sejam lebih . dan akhirnya dia berjaya memberi jawapan . oh , senangnya hati .


di hadapan pintu dewan makan , terdapat seekor kucing berbulu lebat dan cantik warnanya , berbelang-belang hitam putih . mungkin banyak makan ikan yang selalu diberi oleh pelajar-pelajar di situ yang kurang gemar makan ikan goreng . dia lelap sebentar setelah kenyang untuk menghadam isi putih ikan goreng yang diberi pelajar perempuan bertudung manis .


tanpa disedari , lelaki yang berwajah senang melalui pintu masuk dewan makan dan......terpijak ekor kucing yang berbulu cantik . sel reseptor sakit mula bercambah menghantar impuls ke saraf otak si kucing cantik dan dihantar semula ke kaki depan dan kaki belakang si kucing yang cantik .


kaki belakangnya melompat tinggi dan kaki depannya bersiap dengan kuku yang kemas untuk memberi cedera kepada si lelaki yang berwajah senang . si lelaki yang masih lagi bertemankan atmosfera gembira-gembira , mula memberi refleks . beralih ke atmosfera kejutan yang penuh errr errr kejutan dan kejutan . kakinya juga dilambung tinggi dan dia melatah kuat sehingga penuh gegar dewan makan itu .


laungan perkataan itu kuat terpacul daripada mulutnya kerna terkejut dengan aktiviti 'memijak ekor kucing dengan tidak sengaja' . si kucing yang cantik itu menolak kaki belakangnya untuk beredar dengan pantas . seluruh warga asrama memandangnya dengan muka yang ketat .

muka yang jelik . muka yang mahu mencebik si lelaki itu . juadah makan tengah hari yang masih tersisa di tangan warga asrama itu mula tidak diendahkan . sebaliknya , masing-masing melihat muka si lelaki yang baru terpijak ekor si kucing yang cantik .




' oh ,tuhan ! apa yang aku cakap tadi ? ' kata si lelaki yang masih lagi dalam atmosfera kejutan .


************************************************************

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Muslim:


“Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah.”

perbuatan dan percakapan bagi seseorang lelaki itu menggambarkan isi hatinya . andai perkataan yang tidak elok itu terpacul keluar secara spontan , mungkin sahaja perkataan itu selalu dilazimi oleh setiap hari dalam kehidupan kita . andailah laungan kalimah tauhid yang diluahkan secara spontan , maka itulah tandanya hati seseorang lelaki itu mula bersih .




Allah sentiasa memberi kita ruang-ruang untuk kita berbuat kebaikan tanpa kita sangkakan . seorang nenek yang sedang membawa banyak barang yang ingin melintas jalan . dan ketika itu ada seorang lelaki yang masih punya otot dan sendi yang sihat . adakah hati ini terdetik ?

adakah hati ini terfikir apa yang perlu dilakukan ?

adakah hati ini terdetik melihat al Quran ?
adakah hati ini terdetik melihat manusia yang lapar?
adakah hati ini terdetik melihat hujan ?
adakah hati ini terdetik melihat kanak-kanak yang penuh darah ?

menangiskah mata yang ada dalam hati ini ? adakah sudah ada air mata yang lahir dalam hati ? sudah bersihkan hati ini ?



رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِذْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


surah ali-Imran : 8





hati yang bersih tidak akan ragu untuk memberi . dan hati itu akan terus memberi secara automatik setiap kali hati itu terdetik . hati yang bersih ini selalu terdetik untuk bercakap dengan cara hati yang bersih . dan untuk melakukan perbuatan dengan cara hati yang bersih .

hati yang bersih ialah hati yang telah diberi sakinah . hati yang penuh kebahagian . tiada tekanan melihat duit dalam akaun bank hilang secara tiba-tiba . tiada rasa sedih melihat yang tersayang pergi buat selama-lamanya . tiada rasa untuk berbuat bertentangan dengan kebaikan .

hatinya dijaga dan nafsunya berada dalam kawalan yang cemerlang . hatinya penuh kalimah tauhid . hati yang bersih selalu beroperasi secara automatik dalam memberi kebaikan . automatik tangannya untuk menghulurkan bantuan kepada yang susah . automatik mulutnya untuk berkata yang baik-baik dan diam .

dengan punya hati yang bersih , segala organ luaran juga menjadi bersih . tatkala , dalaman itu sudah cantik , pastilah luaran itu menjadi comel .

berbahagialah jiwa yang tenang itu .


21 July 2012

Kekeringan dalam berdoa

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.”

Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.


lambat atau cepat itu bidang kuasa Allah . tidak dimakbulkan pasti sahaja digantikan dengan perkara yang lebih baik . bersangka baiklah dengan Allah , Dia maha mengetahui . siapalah kita melainkan cuma seorang hamba .

pohonlah apa sahaja nescaya Allah akan makbulkan . dengan waktu yang mustajab yakni pada bulan ramadhan ini , janga sia-siakan lah perluang ini daripada meminta kepada yang maha pemurah .




pentingkah untuk meminta ?

ia penting . kerna menunjukkan kita lemah dan kurang . kita cuma hamba . ibaratnya , seorang anak yang tinggal bersama ibubapanya . si anak tidak merasa makan minum setiap hari kerna semua itu sudah ruitn disediakan . dia cuma meminta apabila dia mahukan duit untuk membayar yuran , duit untuk membeli pakaian baru dan duit untuk permainan cantik .

namun itulah yang baiknya , kesusahan itu mendidik kita meminta-minta demi mengeratkan hubungan antara tuhan dan hambaNya . 

samalah kita sebagai manusia , oksigen sudah ada . mentari menyilau vitamin D . angin menderu mengusap peluh . jarang sekali kita merasa seperti bab makan minum yang disediakan ibubapa . kita hanya menadah tangan untuk meminta tatkala waktu sempit . waktu peperiksaan akhir . waktu sedang berlari , lambat hantar assignment . waktu sakit kaki sebab kemalangan motor .

itulah kita yang selalu ingat waktu lapang , kita tiada rasa ( feel ) untuk berdoa kerna susah itu telah ditarik . tatkala , susah itu hadir . kita menjadi bersungguh dan bertenaga untuk meminta-minta . namun , itu tidak salah . malah , dipuji .

cumanya , waktu tidak susah . kita kekeringan idea untuk meminta . sekurang-kurangnya , waktu jatuh motor . kita akan minta tuhan supaya sembuhkan kembali kaki ini . namun , apabila sudah sembuh . sudah tiada idea lagi untuk berdoa . itulah selepas solat fardhu , susah sekali kita menghayati doa imam kerna segala yang ada ini sudah tiada rasa . senang . tidak ada lagi yang perlu dipinta .

waktu susah bukan sengaja untuk diada-adakan untuk menyeksa manusia . ianya cuma ada tangan ghaib yang cuba dihulur kepada kita untuk biar berdamping selalu . barulah ada banyak idea untuk meminta jika kita selalu susah . maka semakin eratlah air mata dengan hamparan sejadah .

hikmah , hikmah dan hikmah itu ada di mana-mana sahaja .

berjalanlah wahai hamba .





Pergilah pada hambaKu, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya. 

Hadis Riwayat Thabrani



mungkin sahaja kita sudah mempunyai semuanya . namun , ada juga yang masih tidak mempunyai apa-apa . mereka derita . hidup susah . diselubungi sengsara . hinggakan terlupa untuk berdoa .

berjalanlah , berjalan melalui lorong kehidupan manusia lain . andaikata , diri ini sudah punya pelbagai . ketahuilah , yang belum punya pelbagai itu mungkin sahaja belum tahu apa itu merintih kepada tuhannya .

berdoalah , doa untuk mereka . sekurang-kurangnya kita dapat idea untuk berdoa tika kita berjalan di lorong-lorong kehidupan manusia lain . pasti mereka sangat perlukan doa .


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”  

Al Baqarah: 186

12 July 2012

Aku yang salah

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani









manusia buat silap . ramai yang terlibat dengan kesalahan yang beraneka ragam . kesilapan-kesilapan ini membuat hidup manusia itu celaka . porak peranda . mungkin untuk beberapa saat . mungkin juga untuk beberapa hari . dan bertahun-tahun lamanya .

kesilapan mengajar kita untuk menulis pembetulan . itu fitrah . kesilapan manusia itu perlu diambil ibrah .


kesilapan sesama manusia perlukan toleransi . kesilapan perlu dikongsi . bukan meninggalkan terus pesalah yang terpinga-pinga dibelit emosi muram . dan bukan juga untuk kekal meletakkan kesalahan yang total kepada pesalah . segala kesilapan itu yang melibatkan hubungan manusia itu perlu dibahagi-bahagikan .


bukannya meninggalkan satu pihak itu keseorangan . kesunyian tanpa tangan yang menghulur . terus dan terus memberi diskriminasi . dan menyangka meletakkan kesalahan kepada seseorang itu walaupun dia benar yang bersalah itu jalan penyelesaian . tidak sama sekali .




seorang pelajar lelaki dimarahi kerna tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian matematik . malah keputusan yang sangat corot sehinggakan reputasi seorang guru itu terus mencerun . maka , yang berapi itulah pasti kepala gurunya .

gurunya marah . dan memaki yang si anak murid ini malas . tidak bersungguh-sungguh . tidak memberi tumpuan yang penuh di dalam kelas . tahunya menguap lalu tidur disebalik buku teks yang ditegakkan , buat pelindung dibaling marker pen .

kadang kala , kita terlupa seorang manusia itu menunjukkan perilaku sebegitu mempunyai asbab tersendiri . si anak murid cuba menarik perhatian si guru melalui cara penyampaian bahasa tubuhnya yang tidak disengajakan . ya , mencari asbab ; mengapa si anak murid memberi laku begini ? dan bukannya terus meletakkan beban kesalahan kepada si anak murid .

sangkaan itu pelbagai . boleh jadi si anak murid berbuat begini kerna ada masalah yang begitu . menuduh anak murid itu dengan pelbagai alasan yang dicipta untuk melindungi reputasi seorang guru itu , tandanya kurang bijak .

kita menuduh manusia dengan pelbagai alasan yang tiada bukti kerna kita tidak mahu bertanggungjawab berkongsi kesalahan .

mereka bukan malas dan tidak bersungguh-sungguh . mungkin ada sesuatu yang buat mereka begini . inilah peluang kita untuk mencari sesuatu itu . sesuatu yang buat mereka malas dan tidak bersungguh-sungguh . 

( ini cuma analogi , saya anak murid yang baik ^_^ )

tepuk dada . tanya diri . adakah aku yang bersalah ? sentiasa katakan ya ! walaupun ada bisikan yang jelas mahu menebalkan ego .

terkadang kita lupa berbual hati ke hati dengan pesalah yang rupa-rupanya kita juga bersalah . bersalah kerna lupa untuk menyelami hati dan berbincang untuk menyelesaikan masalah dan menulis pembetulan .

sudah-sudahlah tu salahkan dia



apabila seseorang anak murid itu mula bosan dengan kelas . yang ada dalam kepala sekarang bukanlah terletak kesalahan seorang anak murid yang mula hilang fokus , tetapi juga kesalahan si tukang mengajar yang perlu berusaha keras untuk menyiapkan gaya penyampaian yang lebih efektif . efektif sehingga tangan mereka menjadi lebam , minat menulis banyak latihan . hah .

tanya diri , kesalahan engkau bukan engkau seorang sahaja yang tanggung , mungkin aku juga yang berbuat silap . mari berkongsi dan mengukir senyum .

11 July 2012

Memberi yang lebih

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




kadang kala , saya suka seorang teman yang datang kepada saya . ucapkan terima kasih atas bantuan yang dia peroleh daripada saya . dia senyum-senyum . bibirnya mengoyak tanda bahagia . terus memberi refleks yang bibir kering ini terus aktif mencerna mesej daripada raut wajahnya yang mula lembut . tenang . gembira kerna ada yang menghargai pertolongan yang sedikit daripada tangan ini .


saya dijadikan teman di kala waktu sunyi dan sedih . mereka datang untuk pinta nasihat . berbincang masalah yang mencerunkan hati . memberi gundah gulana . berbual daripada hati ke hati . dan melepaskan kata-kata yang lembut hasil cetusan hati yang hangat . dan mereka sebut terima kasih . kerna hadir di sini .


hati ini juga mahu berterima kasih . kerna sudi berkongsi . sudi bersama walaupun tempoh yang singkat . waktu sedih ini selalunya pendek . tapi , tidak mengapalah . yang penting muka bahagia itu sukar sekali untuk dilihat . inikah efek keihklasan dalam amalan yang buatkan manusia senyum-senyum .


mereka tepuk-tepuk bahu dan senyum-senyum . dan berlalu pergi . mereka pergi selepas beberapa peratus masalahnya telah mula kelam . disuntik semangat untuk mencari penyelesaian . senyum di muka yang semakin hilang . lupus daripada pandangan .





namun , itulah fungsinya hati . merakam senyum yang singkat . untuk dibuat kenang-kenang semoga senyum itu tidak mudah diterbangkan angin lupa .

terima kasih kerna suka dengar nasihat . terima kasih kerna memberi puji . terima kasih kerna selalu senyum . terima kasih kerna buatkan diri ini selalu dihargai . terima kasih kerna beri saya peluang untuk mengukir harapan .

terima kasih kerna memberi ruang saya untuk memberi yang lebih . 

tatkala , sampai waktunya saya menjadi bersemangat untuk memberi yang lebih . saya tewas dalam banyak perkara .

kadang kala seperti sampah yang ditiup angin sepoi . hanya duduk di situ dan bergerak apabila dihembus angin . tak berguna . statik . tidak boleh memberi lebih . 


pilihan yang ada hanyalah melihat . memandang . memberi mata . berkata kasihan . kasihan . dan kasihan .

dan cuma berdoa . 

ramai yang kebulur , namun diri ini hanya melihat . 

tiada bumbung untuk berteduh , namun diri ini hanya melihat . 

manusia yang menzalimi manusia lain di depan mata , namun diri ini hanya melihat . 

pertumpahan darah saudara di sana , namun diri ini hanya melihat . 

pilihan apa lagi yang masih ada ? cuma berdoa dan terus berdoa .

mahu memberi lebih namun tersangkut di perbatasan diri sendiri . gigi diketap . hati mencengkam . saya hanyalah manusia yang tiada guna . di mana ruang-ruang saya untuk memberi yang lebih ? ya , ruang-ruang itu perlu dicari . tapi , bagaimana? sekali lagi , seperti manusia yang tiada guna .




yang masih ada ialah kudrat tulisan tangan ini . menyampaikan kata . menjadi pengganti mulut yang malu . ditukar dengan tangan yang pantas bicara . itu sahaja yang ada . tapi , adakah itu sudah cukup untuk memberi yang lebih ?

dan pilihan utama yang ada bagi mencipta ruang-ruang untuk memberi yang lebih adalah dengan berdoa .

kembali menjadi hamba . bahawa manusia ini perlukan tuhan dan bukannya material semata-mata untuk berbuat sesuatu .

mari sebarkan senyuman di muka mereka . agar kita juga bahagia . ^_^

28 May 2012

Hadiah daripada paksaan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




' gua nak berhenti merokok la der , tapi belum sampai lagi satu tahap gua kene berhenti laa '


' pakai tudung ? hari tu ada pi usya utube ustaz azhar idrus tentang tutup aurat dengan sempurna . tapi , still liat nak suruh diri sendiri tutup aurat kat luar rumah . mungkin dah biasa kot '


kecil-kecil




tika waktu saya kecil , mungkin umur budak tadika . saya telah di 'paksa' untuk mengerjakan solat lima waktu oleh ibu ayah saya . solat subuh , zohor , asar , maghrib dan isya' . saya solat hanya melalui zahir semata-mata . luaran . yakni perbuatan sahaja yang jelas terpamer tanpa ada unsur dalaman .


gaya solat budak-budak kecil memang terkenal dengan trend 'patuk ayam' . lagi-lagi kalau ada rancangan kartun yang disiarkan selepas tamatnya azan berkumandang ataupun waktu asar , selalunya adalah suara sumbang yang suruh lajukan pergerakan solat semata-mata untuk bermandi peluh di padang . maka di situ lahirlah ideologi patuk ayam .

disebabkan khuatir dengan ideologi ini yang mula mengganas , si ayah memberi amaran keras kepada anak-anaknya yang mempopularkan ideologi ini . sambil melihat rotan ' roti john ' panjang tersemat di belakang si ayah , anak-anak yang tadi termangu-mangu baring menghadap ke rancangan keluang man di skrin televisyen , terus menelan air liur . takut-takut juga libasan itu bakal menyiat kulit mulus belakang badan .




saat itu , si ibu mula mengajar bacaan dalam solat setelah sekian lama tidak mempedulikan bacaan dalam berdiri , rukuk dan sujud . selalunya , nombor-nombor dalam subjek matematik tadika yang menggantikan bacaan-bacaan arab dalam solat . nakal betul masa kecil-kecil .

berdiri betul : kira nombor 1 sampai 30
rukuk : kira nombor 1 sampai 10
sujud : kira nombor 1 sampai 10

*sila jangan tiru aksi di atas =_=" 

pernah juga bertanya kepada si ayah yang garang , untuk apa kita bersolat ? jawapannya ialah jawapan yang paling mudah sekali . supaya Allah selalu sayang . mudah bukan ? tetapi waktu kecil , apalah sangat tentang jawapan itu . jawapan yang biasa . kerna dunia tika itu masih lagi ditatap dengan tidak sampai suku penglihatan .

ikhlas




si ayah sangat tegas dan juga garang . jika ada anak-anaknya yang tak solat , dirotannya sehingga terngiang-ngiang azan isya' ke telinga si anak . menangislah si anak yang tidak mengerti sifat si ayah yang menyakiti tubuhnya . tadi bersifat penyayang , kemudian apabila azan berkumandang , rotan itu mula membabi buta , hinggap ke kulitnya . aduhai , pedihnya .

disebabkan rasa gerun yang terlalu , solat itu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan rasa pahit itu terpalit di hati . masih terang lagi bisa itu berbekas walaupun sudah bertahun menyengat di kulit . memori itu sentiasa diputar kerna rasa aneh yang bukan sedikit . ia buatkan hati ini tertanya-tanya tentang apa ertinya ' ikhlas ' dalam melakukan ibadah melalui ' paksaan ' .

' aku belum bersedia nak solat  . sebab aku belum ikhlas lagi . '




bersyukur kerna si ayah dahulu menegur dengan rotan yakni mengamalkan unsur 'paksa' dalam mengingatkan anak-anaknya dalam urusan solat . dengan adanya pendekatan si ayah yang tegas kepada si anak yang kepala batu ini , mereka mengenal apa itu solat . bermula dengan pergerakan solat yang aneh yang selalu diperhatikan masa kecil , kemudiannya mengenal bacaan arab dalam solat .

dengan adanya unsur 'paksa' itu juga , mereka kenal solat itu tiang agama dan amalan wajib bagi para manusia yang bergelar muslim . dan keterpaksaan daripada pendekatan si ayah kepada anak-anaknya , mengembangkan lagi pengetahuan mereka tentang solat .

ianya berkembang dan terus berkembang . daripada hanya terkumat-kamit membaca perkataan arab tanpa tahu apa ertinya , kini berkembang dengan perasaan kesedaran diri sendiri yang setiap muslim itu juga perlu tahu apa ertinya setiap maksud dalam bacaan solat demi menggapai kemanisan khusyuk .

dan ianya akan terus berkembang sehinggalah kita sedar yang pada mulanya kita dalam keadaan paksa dalam bersolat , kemudiannya timbul kesedaran diri akan betapa pentingnya solat itu di sisi agama . keikhlasan dalam melakukan ibadah itu boleh digapai melalui proses ibadah seperti solat yang pada mulanya kita malas untuk solat dan akhirnya disebabkan kita bermula dengan paksaan , ikhlas itu bisa hadir dalam sanubari muslim .

paksaan itu sangat berkuasa . kita memandangnya sebagai sesuatu yang kasar . tanpa ada rela hati . mencabul hak kebebasan manusia . tapi hakikatnya , paksaan dalam melakukan perkara-perkara yang baik , akan membuahkan ikhlas dalam melakukan perkara-perkara yang baik .




“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”

riwayat Abu Daud

' aku belum sampai seru lagi nak pakai tudung ni '

belum cuba belum tahu . bak kata pujangga ^_^ . mungkin kita sudah biasa dengan kebiasaan kita sehinggakan kita takut-takut untuk melakukan hal-hal yang luar biasa daripada kebiasaan kita . apabila kita mula mahu melakukan sesuatu yang bukan perkara biasa yang kita selalu buat , kita akan rasa ragu . kita akan berfikir seribu kali .

ibaratnya , bagi seorang lelaki yang duduk di garisan khatulistiwa yang diculik di benua eropah yang bersalji . dan ragu apabila perlu berski di atas pergunungan salji demi meloloskan diri daripada penculik . ini perkara luar biasa bagi lelaki yang duduk di khatulistiwa . boleh juga diibaratkan seorang lelaki yang perlu membuat lompatan bungee . dia akan berfikir banyak kali untuk membuat keputusan sama ada melakukannya atau mengundur diri .

dengan adanya unsur 'paksa' , maka seseorang itu perlu membentuk tekad untuk memaksa dirinya melakukan sesuatu yang baharu . memaksa dirinya melakukan perkara yang baik-baik dalam agamanya . paksa diri untuk bersolat walaupun belum bersedia . paksa diri untuk menutup aurat dengan sempurna walaupun belum bersedia . paksa diri untuk berhenti merokok walaupun belum bersedia .




dengan keterpaksaan dalam melakukan kebaikan dalam agama , ia akan menghasilkan proses dalam membentuk ikhlas di hati . keikhlasan tidak boleh digapai sebelum melakukan solat ataupun sebelum pakai tudung . tetapi keikhlasan bisa dicapai melalui sepanjang proses amalan itu .

bacalah surah al-fatihan dengan perlahan . rukuk dengan perlahan . sujud dengan perlahan . lakukan pergerakan dalam solat secara perlahan .

jika kita cuba-cuba untuk bersolat walaupun hati belum ikhlas , rasailah setiap rakaat itu dengan bacaan dan maknanya sekali . buat dengan perlahan supaya kita dapat fokus setiap makna dalam bacaan yang kita baca dalam solat . insyaallah , dengan izinNya ikhlas itu akan hadir ke dalam hati kita .

Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis

riwayat At-Tabrani.

jika tidak mampu , pilihan yang ada hanya paksaan . paksaan bukan kerna tidak ikhlas dalam berniat , tetapi demi menggapai ikhlas dalam erti sebuah amalan dalam paksaan . mungkin sahaja kita tidak boleh menangis seikhlas hati pada hari ini , hari-hari yang mendatang pasti dengan kuasaNya , kita mampu memberi tangis bersama ikhlas .

ikhlas itu boleh digapai dalam proses ibadah . langkah-langkah dalam ibadah . procedure dalam ibadah . jika rasa malas , paksalah diri . mujahadah . nak atau tak nak sahaja . 




' bukan ke Islam tidak mengamalkan paksaan , seperti termaktub dalam al quran '


Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


al-Baqarah : 256

ya . benar sama sekali . namun , ayat itu jelas mengatakan tiada paksaan kepada ahli kitab yang mahu menukarkan agamanya kepada Islam . ayat itu khusus kepada ahli kitab sahaja .

seandainya kita yang sudah bergelar muslim , unsur 'paksa' itu sepatutnya sudah tiada dalam kamus hidup kita . kerna tika kita sudah menyebut syahadah , maka secara automatiknya kita wajib percaya pada rukun iman dan melaksanakan rukun Islam .  yang ada hanyalah perkataan rela dan bukan paksaan kerna kita sudah memeluk agama Islam .

fikir kembali , atas dasar apa kita memeluk Islam jika kita malas untuk bersolat , enggan menutup aurat dan mengabaikan perintah-perintah Allah . bukan ke jika bila kita sudah mengucap syahadah , maka kita wajib melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya .




jika kita masih lagi rasa berat untuk melakukan yang baik lagi benar dalam agama , maka bermujahadah lah yakni tekan diri kita dan paksa diri sendiri melakukan suruhanNya demi mencari erti ikhlas dalam proses tersebut .

ingat , jika keikhlasan itu tidak dapat dicari waktu niat mahu bersolat , maka paksalah diri sendiri bersolat dahulu dan rasailah setiap makna bacaan solat itu . dengan izinNya , di situlah ikhlas itu terhasil dalam proses melakukan solat .

bila sudah muslim , yang ada hanya rela dan bukan paksaan semata-mata kerna kita sudah berjanji yang kita akan setia bersama denganNya .



' siapa yang nak jawab soalan nombor 6 ? sesiapa kat sini sukarela ? kalo tak paksarela ? ^_^ '

* mata disepetkan , kepala ditundukkan , muka buat-buat fokus atas buku matematik =_="

26 May 2012

Statik , kabur .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani






seorang pemain bola sepak terkemuka di dunia ditemu bual oleh wartawan sukan ( mestilah sukan ) . dan dalam temu bual bersama wartawan itu , dia diberi satu soalan yang dia sentiasa nantikan . satu soalan .

' mengapa encik boleh memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak ? ' 

dia senyum . hanya yang senyum-senyum sahaja punya jawapan yang tepat .

waktu kecil , saya tidak tahu apa kelebihan saya . saya keliru . saya tak dapat buat keputusan sama ada saya perlu mengikut sahaja mulut orang tua saya atau pun statik . tidak bergerak . apapun , sekurang-kurangnya saya bergerak jika saya memilih yang pertama .

namun , apabila saya mula kenal permainan bola . bermain dalam pasukan yang hebat . bersama kawan-kawan yang hebat dan suka mengambil berat . saya temui kehidupan . saya cuba mencari bahagia dalam kehidupan . dan akhirnya kebahagiaan itu dapat dilihat , apabila saya menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan saya pada saat yang terakhir .

***********************************************************

dapat A dalam ujian biologi dalam semestar awal . bermimpi menjadi doktor yang berjaya . dan kurang bernasib baik dalam semestar akhir . mimpi yang lama menjadi ragu . bergerak atau statik . ataupun ada pilihan ketiga , berpatah balik semula .

keliru . yang mana mesti pilih . kedua-duanya kabur sekali . yang mana bisa memberi bahagia yang total . 

tak ada duit yang cukup untuk melihat masa depan . tetapi tidak perlukan duit untuk bermimpi . mimpi itu samar-samar . untuk menajamkan visual mimpi , perlu mencipta kehidupan hari esok . merancang dengan teliti sambil mengharapkan tuhan yang sebaik-baik perancang berpihak kepada kita .

namun , tidak semua mimpi itu jelas pada hari esoknya kerna tuhan itu memang sebaik-baik perancang . rancangan Dia yang lebih hebat sehingga kita tidak nampak mana hikmahnya hari ini . yang pasti Dia sentiasa berpihak kepada kita kerna itu janjiNya dalam kalam .

di manakah kebahagiaan seorang lelaki pada saat terakhir sebagaimana seorang budak kecil yang menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ? 

kepada diri sendiri , 

manusia tidak boleh statik . manusia kena berjalan . berlari jika perlu . melompat jika boleh . berehat tika sampai waktunya .

 
لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

18 May 2012

Onigiri dan belon

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




kadangkala , rasa cemburu dengan nikmat orang lain . dia hebat dalam fizik . dia kaya . dia seorang pelari yang pantas . dia pandai melukis . dia sempurna . rasa macam bodoh . rasa seperti orang yang tak kenal erti syukur . rasa yang aneh . aneh dari sisi yang tidak elok . rasa jahat .

setiap orang punya belon yang terapung di bawah tonosfera . diikat kemas di jari telunjuk . gas helium itu tidak kering , sudi sahaja memberi apung kepada belon . usia yang muda tika itu , kagum sahaja . memandang ke langit . senyum-senyum melihat belon yang terapung .

malangnya , langit biru itu tidak selalu redup dipayungi awan . terik mentari itu menyilau pandangan ke langit . memaksa mata memandang datar . awan-awan kumus yang berlari , memayungi belon-belon milik orang lain . pandangan datar itu pula kagum dengan belon yang bukan miliknya . belon milik sendiri itu tidak dipandang kerna sudah silau diserang mentari .

belon itu persis kelebihan dan nikmat kita . usai sahaja kita gembira dengan apa yang kita miliki , kita dikejutkan dengan kelebihan dan nikmat yang lebih menarik . kelebihan dan nikmat yang paling enak itu selalu bukannya milik kita , tetapi itu selalu milik orang lain .

bersyukurlah . waktu awan yang pada mulanya memayungi belon milik kita . ada manusia lain yang punya belon disinari mentari , terasa cemburu dengan nikmat yang ada pada kita . cukuplah dengan ini . semoga pencipta awan itu selalu dekat dengan kita .


umeboshi + onigiri = ^_^




kelebihan yang ada pada seseorang itu umpama umeboshi dalam onigiri . kelebihan seseorang itu selalu melekat di belakang mereka . persis umeboshi yang melekat dalam onigiri . manusia di seluruh dunia ini umpama onigiri . setiap orang punya umeboshi dengan bentuk yang berbeza . warna yang berbeza . rasa yang berbeza .

tetapi disebabkan umeboshi itu tersangkut di belakang mereka . mereka tidak punya daya untuk melihat umeboshi di belakang mereka .




' saya bukan seorang yang istimewa . saya cuma nasi putih . '

itu tidak benar sama sekali . saya boleh nampak dengan jelas umeboshi awak yang melekat di belakang badan awak . manusia bisa cemburu disebabkan mereka bisa lihat dengan jelas , umeboshi di belakang manusia lain . saya juga manusia yang bisa lihat , bisa lihat dengan sempurna sekali .

ada umeboshi yang menakjubkan di belakang awak .

~ Tohru Honda - Fruit Basket ~

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu

surah Ibrahim : 7

12 May 2012

Mahram itu

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



tika leka berjalan menghirup udara bandar , datang seorang perempuan berambut hitam pekat dan panjang . matanya bundar dan menarik hati . oh , oh susahnya menahan pandangan daripada terus melekat yang comel . ikut kata hati ada dua bisikan ; yang baik-baik dan yang jahat-jahat . manusia itu sentiasa ada dua jalan . kiri dan kanan .

jika mahu ke kanan atau ke kiri , pilihlah jalan yang sudah nampak ke akhirnya . ya , bagi setiap pengakhiran antara dua jalan itu , pasti ada hujungnya . iaitu destinasi terakhir . destinasi yang baik-baik atau destinasi yang jahat-jahat .

dan perempuan yang punya senyum manis itu , menghulurkan tangannya . ingin berjabat tangan dengan seorang lelaki yang mudah terkena sihir pengasih daripada seorang rupawan . oh . oh hati ini diserang dengan satu rasa indah . bisikan halus dan menggoda itu asyik sekali .

ilmu di dalam kelas mula menjadi antibiotik . mencengkam antigen-antigen pengasih dalam darah untuk dileburkan . sitotoksik T sel merangkul erat antigen jahat dengan sentuhan pembunuhnya . minda menjadi stabil . akal berbicara . pesan-pesan itu bukan untuk sekadar paparan teori tetapi untuk praktikal dalam memilih satu sahaja jalan yang menuju ke destinasi yang baik-baik .


Lelaki


Perempuan

p/s : pesan-pesan untuk diri sendiri yang selalu lupa ^_^

01 May 2012

La tahzan , kerlipan cinta

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



muhasabah sejenak .









Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....


saya dah lama kenal dengan masa silam . selalunya , dia selalu mengekori saya daripada belakang . dan akhirnya , disebabkan rasa ingin tahu , saya berpaling ke belakang . saya hanyut . mengingati kenangan manis . menangisi dosa silam . saya berhenti dalam masa yang lama sehingga lupa untuk berpaling ke hadapan semula .

saya selalu nampak masa sekarang . dia betul-betul bertenggek di atas kepala saya . dia tak pernah berjalan . dia cuma statik . ikut sahaja ke mana arah jalan saya yang tak pasti . tuju ke kanan , dia ke kanan . tuju ke kiri , dia ke kiri . dia mengikut rentak kaki saya yang melangkah .

saya susah nak bersua muka dengan masa depan . mereka samar-samar . mereka selalu jauh . sejauh mana saya berjalan dan berlari ke arahnya , mereka tetap lebih pantas menjauhkan diri . dan penamat masa depan saya ialah sesuatu yang pasti . sesuatu yang semua manusia bakal hadapi . masa yang sudah tamat . tarikh luput yang tuhan sahaja tahu .

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati




saya suka lepak dengan masa silam . saya berhenti memandang ke depan . saya menyesali kesalahan semalam . saya merintih untuk kembali pada masa lepas . untuk perbaiki yang khilaf beberapa tahun yang lepas . saya malu . saya banyak berbuat zalim pada zaman silam . dan saat ini saya mula berhenti . berhenti memandang ke depan . saya cuma pengecut . takut memandang ke masa depan disebabkan persiapan yang kurang pada masa silam . 

hanyut . saya lupa . saya alpa . dan akhirnya saya dipaksa oleh masa sekarang . dipaksa untuk memandang terus ke masa depan . kerna saya diingatkan bahawa janji-janji tuhan itu benar seperti yang ditintakan olehNya . dan itu buat saya cuba percaya . percaya kerna saya seorang muslim . 

saya cuba meninggalkan masa silam . tetapi , ia tetap mengekori saya . walaupun saya berjalan , ia tetap berjalan di belakang . walaupun saya berlari , ia juga berlari di belakang . masa silam tidak boleh dipisahkan . ia akrab dengan saya . saya hanyut . terus merintih . terus menyesali . lupa dan alpa memandang ke depan . kerna masa silam itu betul-betul jelas di kotak memori .

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

ayat tuhan datang memujuk . saya tidak tinggalkan masa silam lagi . saya tidak mahu lagi meletakkan masa silam di belakang saya kerna saya telah meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya . saya zalim . saya mahu letakkan masa silam saya di tempat yang betul .




saya mahu letakkan ia di sebelah saya tika saya sedang berjalan ke arah masa depan . saya tidak mahu hanyut dihantui dosa semalam . saya tidak mahu lupa tanggungjawab hari ini dan esok disebabkan kecuaian semalam . saya tidak mahu alpa kerna yang pasti itu akan datang menjamah bila-bila masa akan datang .

dan masa silam itu diletakkan di sebelah untuk dijadikan panduan . supaya saya tidak lagi mengulangi dosa semalam . dosa yang membuatkan saya lemas , tidak berdaya .

usahlah bersedih , peminat rahsia maha agung sentiasa mahu bersamamu . Dialah maha penyayang dan Dialah tuhan maha memberi .

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

30 April 2012

Bukan ustaz , cuma nakama

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



terlalu cepat menghakimi ? sama ada sengaja atau tidak sengaja . lebih baik kurangkan bercakap di bibir , dan jangan cepat bersangka buruk dan tidak kepada pantas memberi perkspektif yang negatif kepada seseorang . dia hanya manusia . manusia biasa seperti kita , yang banyak lupa dan selalu membuat kesilapan di balik garisan kebenaran .




tak pernah bencikan perokok . hampir semua kawan saya ialah perokok tegar . saya susah nak berniatkan untuk meminggirkan mereka . bagi saya , mereka adalah yang terbaik di mata ini . mereka ajak saya main futsal waktu petang-petang . mereka belanja saya makan sarapan pagi di kedai roti canai mamak . mereka kejutkan saya bangun subuh tanpa saya berpesan pun kepada mereka sebelum tidur .

namun , agama yang ada dalam jiwa menyelit rasa tidak selesa . tetapi , saya pasti itu petanda Dia masih sayang kepada saya . saya tak pernah bencikan mereka . mereka juga hebat . akademik mereka maju , sukan mereka aktif dan akhlak mereka juga tidak kurang . mereka menjaga hubungan yang sangat baik dengan saya mahupun rakan-rakan lain . walaupun , adakalanya bahasa mereka itu sangatlah kasar , tapi itu langsung tidak membuatkan saya rasa ingin merosakkan hubungan baik yang mereka jaga .

perasaan saya terhadap asap tembakau ialah di bawah skala 0 per sepuluh . saya benci asap . semua jenis asap , saya tidak suka . namun , saya sukar untuk membenci perokok . mereka ialah bintang di mata saya . namun , bintang yang terus bergemerlapan itu akan cair warna sinarnya ditenggelami gelap malam juga . saya juga tidak pernah berasa kesal untuk terus lepak dengan mereka , walaupun saya berjuang mengempiskan lubang hidung saya , elak bergelar perokok pasif .




saya benci idea mereka untuk mengisap rokok . saya benci perbuatan mereka menghembuskan asap rokok dengan gembira . saya benci perbuatan mereka menghembuskan asap rokok dengan pelbagai aneka corak dan bentuk .  saya benci sikap mereka berbuat nakal di komuter menuju ke shah alam tempoh hari . saya benci idea penghasilan rokok . saya benci stok-stok rokok itu disebar meluas ke seluruh dunia lebih-lebih lagi di kawasan saudara seagama dengan saya .

 saya tak pernah benci tembakau . tembakau itu ciptaan daripada tuhan saya . saya juga tidak pernah benci kepada perokok tegar . kerna sebahagian daripada mereka ialah kawan-kawan saya yang sangat penyayang . baik hati . mengambil berat . pemurah . lepak dan santai . saya tak pernah benci mereka . mereka hadiah .

namun , adakalanya saya tidak selesa . saya tidak benci mereka tetapi saya benci tika mereka bermain rokok . saya cuba tidak benci mereka secara total . saya jaga hubungan baik dengan mereka . belanja mereka makan . main bola dengan mereka . belajar sama-sama . ketawa tengok filem . gembira bersama mereka .




beri mereka ' first impression ' . waktu azan , kita jadi pendiam . waktu nak solat fardhu , mesej lepak di kafeteria bersebelahan dengan masjid . baca al-Quran di bilik dengan nada yang lembut tanpa menganggu mereka menyiapkan assignment . laksanakan bangun malam , waktu mereka main DOTA berjemaah . bercakap dengan gaya bahasa mereka tetapi jangan gunakan bahasa kesat dan kasar . lepak sekali dengan mereka , tetapi berhenti dan pergi ke masjid tatkala muazzin itu melantunkan suaranya .

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


surah an-Nahl : 125

jangan buat mereka lari daripada kita . jangan memberi nasihat kepada mereka tatkala mereka belum betul-betul percaya kepada satu hubungan yang kita bina . tunjukkanlah nasihat kita melalui akhlak yang baik dan perbuatan yang comel . comel seperti di atas . jadilah kreatif . bijak menyusun strategi memalingkan mereka daripada tanpa arah ke arah senyuman tuhan .

' jangan merokok la der , ko nak masuk neraka cepat ke !? '


jangan memberi nasihat berbentuk kata-kata yang terlalu terus ke maknanya . takut mereka belum bersedia meminta kata-kata daripada kita . bina tanggapan positif mereka kepada kita . kitalah taiko . kitalah brother , kitalah stylo . kitalah superb . kitalah mamat awesome . dan gelaran itu dipamerkan dengan akhlak dan perbuatan yang super cool di sisi Islam . kreatif dan bijak , itu sangat perlu . mujahadah itu pahit . sepahit menutup corong hidup yang besar daripada asap beracun masuk .


' couple ini haram ! rokok itu haram ! ini haram ! itu haram ! haram dan haram ! '


jangan pinggirkan mereka dan lari daripada mereka , jika hubungan kamu sudah erat . silaturrahim itu jangan diputuskan . jadi pintar dalam perancangan . berdakwah melalu sentuhan magis , melalui cara penyampaian yang baru . tunjukkan akhlak yang sempoi dan layanan bertaraf lima bintang . niat yang baik itu sentiasa dipermudahkan .




 jadi dai'e yang bukan dipinggirkan kerna latar belakang kewarakan agamanya . bercakap pun ada ' sesungguhnya ' dan 'adapun' lagi . beri nasihat mengikut acuan zaman semasa , kita bukan di zaman bermain konda-kondi lagi , ini zaman ipad . zaman yang penuh maklumat di hujung jari .

jangan jadi 'ustaz' di depan mereka . jadi member yang stylo di mata mereka . 

jangan jadi dai'e yang mereka takut-takut untuk dekat dengan kamu . takut-takut mendekati suasana Islami dan kehidupan ad-Din . jangan mengasingkan diri dengan minda yang jumud pada zaman modenisasi , cipta identiti sesuai dengan piawaian Islam dan cuba masuk ke dunia mereka . fokus kepada mad'u , kenal rapat dengan mereka dan bina hubungan yang erat dan baik . beri impresi pertama yang baik . lepak dan santai . jadilah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain .




dan hey saya tak pernah bencikan perokok . jangan lari daripada mereka dan jangan buatkan mereka meminggirkan kita . jadi kreatif dalam memberi dan berlapang dada dalam menerima . nasihat untuk diri sendiri yang selalu lupa . semoga Allah sentiasa memayungi muslimin dan muslimat dengan rahmatNya . insyaAllah .

26 April 2012

Hey Hey baju ungu , saya suka.....

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



' boleh saya minta nombor telefon awak ? '


daripada : Tanpa Nama


ada rasa bahagia . mestilah rasa bahagia , lelaki mana yang tidak gembira dipuja dan diminati diam-diam di sekolah menengah dulu . adakalanya , rasa jengkel . rimas kerna selalu diperhati di balik tingkap surih kelas . ada juga di balik celah dinding ketika sedang pulang ke asrama . namun , selalunya yang rasa bahagia itu juga yang selalu mengerumuni sel-sel darah merah menerpa laju ke pipi .

dan akhirnya , perasaan itu tidaklah berbalas . malu . segan . itulah perasaan yang dipendam daripada jauh . beban yang mungkin mata dan hati menanggung sama . rindu . mahu lama memerhatikannya di balik celah konkrit blok akademik . lelaki ini termangu di koridor asrama . meneropong alam imaginasinya . bahagia ini mencurigakannya sekian hari . perasaan yang buatkan merah pipinya hingga ke langit . apakah ?





' makanlah lollipop perisa nenas ini , semoga anda sentiasa ceria-ceria selalu ^_^ '


daripada : Tanpa Nama


entah siapa , mahu dikatakan guru kelasnya , tidaklah begitu tepat . mungkin ini datang daripada rakan sekelasnya yang mahu mengenakannya . rasanya , tidak juga . kad ini beraroma pewangi perempuan . tetapi , tidak mustahil juga mereka mahu bermain helah . runsing , sambil menghisap hingga menjadi kecil dan dikunyah laju untuk ke kelas makmal fizik .

angin dingin terapung-apung meniup angin panas keluar daripada makmal . mengusir formula fizik . menerjah ke alam fantasi semula . rasa nenas masih lagi tersisa . yakinnya , ada rasa bahagia itu mengulit dalam minda lelaki ini .

 senyum . senyum . dan senyum . siapalah yang mengintai di balik tembok mahupun di balik kaca , mungkin juga siapalah yang mengintai di balik yang buku teks di kelas ini . hati menyanyi girang , sebuah lagu dendangan lelaki yang sudah berbunga . apakah ?

peminat rahsia




' oit , ada sorang minah ni , dia memang minat giler ngan lu r ! '

usia merangkak-rangkak , semakin jauh daripada saat kali pertama puberti . hati yang berputik , semakin mekar dengan bunganya . hari ini terasa cantik sekali . jantung ini berdebar laju , darah ini dipam deras dan dialir membentuk kolam air yang jernih . jernihnya air itu menyuburkan warna warni bunga , mekar dengan senyuman yang hangat .

namun , adakalanya bahagia itu disepit oleh rasa yang aneh . rasa yang seperti sedang berperang dengan rasa bahagia . bahagia yang tidak selesa . rasanya seperti tidak puas . namanya pun peminat rahsia . sudah tentulah tidak kenal itu pemilik badan . mungkin , peminat rahsia itu sedang memerhati lelaki ini sekarang . mungkin juga di balik kerusi-kerusi di dewan kuliah . senyum .

dan perempuan cantik itu senyum-senyum . senyum yang buat lelaki ini berteka-teki . ini kah dia ? perempuan ini jika diimbas daripada mata kasar . dia umpama langit yang teguh tanpa tiang dan lelaki ini cuma daratan yang terlalu rendah daripada paras laut . perempuan yang sempurna . ada rasa gerun menatapnya buat kali kedua .

tetapi , ada juga rasa bahagia yang hadir . menimbang-nimbang yang perempuan itulah pemilik nama peminat rahsia . senyum-senyumnya itu menghentikan saat jam randik . mana mungkin lelaki ini yang biasa-biasa imannya tidak jatuh hati . pasti lelaki ini sudah pun membungakan harapan . harapan seorang lelaki yang tidak mahu ditolak .

lelaki yang mudah perasan .




 apabila sangkaan itu salah , lelaki ini ada dendam . dendam kepada diri sendiri kerna tidak dapat meneka dengan betul . ya , perempuan yang murah dengan senyuman itu sudah pun berpunya dan lelaki ini hanya mudah perasan . bahagia palsu . rasanya seperti mencucuk-cucuk dan sebak . hati ini bagai dicarik-carik kerna ditipu dengan diri sendiri .

ditipu oleh perasaan yang selalu mudah perasan melihat perempuan-perempuan cantik yang memandangnya . perempuan-perempuan comel yang murah dengan senyuman yang cuma hanya melintas di sebelah hati lelaki ini tanpa dilihat sedikit pun . patah hati .

dan saat itu , lelaki ini mahu ubah . mahu ubah pipinya yang mudah merah tika memandang senyuman empunya perempuan-perempuan yang cantik . di situ , bermulalah hikayat lelaki yang dingin . lelaki yang mahu menjaga hati daripada perempuan-perempuan cantik itu berlalu ke dalam hatinya .

namun , ada satu perasaan kasihan . kasihan kepada peminat rahsia . bersyukur atas hadiah bahagia sekejap . bahagia yang tidak diketahui pemilik nama peminat rahsia .




hey hey lelaki ini bukan barang bagus seperti yang abang kedai blok 18 selalu cerita . lelaki ini ialah lelaki yang mudah perasan . lelaki berbaju ungu di dalam kumpulan lelaki berbaju hitam . cuma lelaki yang biasa-biasa tetapi dipandang luar biasa . pendiamnya .

hey hey lelaki ini suka berbaju ungu . baju ungu warna tampan . warna tampan bagi lelaki ini . bukan warna comel tetapi warna yang buat lelaki ini ingin selalu berbuat resitasi .

resitasi cinta . tatkala warna ungu itu disarung , hujan bahagia akan turun daripada langit . curahan daripada tuhan yang maha pemurah dan penyayang ke bumiNya . tatkala , peminat rahsia tak bernama itu hadir dalam hati lelaki ini , tuhan telah dahulu menempah namaNya di dalam hati sejak azali , membawa bersama rahmatNya kepada seluruh alam .

hey hey lelaki ini suka berbaju ungu . baju ungu untuk peminat rahsia . peminat rahsia yang namanya besar di dalam hati . semoga peminat rahsia yang di sana juga ada peminat rahsia yang besar namanya di dalam hati dia . ^_^

Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu


surah al-Baqarah : 152