KAMI BEBUDAK ENGINE, NASIB TIMBUL TENGGELAM, SUSAH HANYA SEKEJAP, SENANG PUN X LAMA,KAMI JADI ENGINEER BERKAT SABAR DIHATI WALAUPUN HEP BENCI, TAPI KAMI SENANG HATI,DIBANGUNAN MENARA,KAMI KACAU MAKWE,TETAPI SYG SEKALI, SEMUA MAKWE X NK KAMI,KELAS X PYAH PERGI,TUTORIAL AMAT JAUH SKALI, BILA FINAL EXAM,KTA AMBIK MC, ADA CHANCE REPEAT SKALI LAGI,DA PENAT OTAK KAMI STUDY,INILAH MASA MEREHAT DIRI,KAMI X LUPE KEPADA JANJI,MASUK UITM NAK DPT DGREE!

IKLAN YANG AGAK BERKULAT

Saturday, March 10, 2018

SENI



Sesuatu yang dihasilan dari bakat dan adakala ianya boleh dibentuk mengikut acuan dan bahan- bahan dari sumber yang hebat, namun kebiasaannya penghasilan daripada bakat itu lebih sempurna dan damai coraknya. Seni ini jikalau acuannya salah bisa jadi seperi racun  halus meresap kedalam akar kehidupan. memusnahkan segalanya. ya segalanya termasuk minda.

Dalam Seni itu ada kesunyian. Benar seni bisa buatkan mereka kesunyian, mereka itu bermain degan masa dan emosi yang adakalanya lansung tidak mampu mempedulikan sekeliling.mereka mencipta watak hinggakan mereka lupa akan realiti yang sedang mereka harungi namun ianya kebahagiaan iaitu keseronokkan dalam mengamati sebuah karya. 

Jika dilihat melalui perspektif lahiriah seni itu indah.ianya elemen yang bisa wujudkan ketenangan dan kegembiraan. Seni ini perlu digubah melalui tatacara sempurna dengan ilmu yang akhirnya akan jadikan pengajaran dan renungan kepada manusia.

Kini hampir segalanya sudah dimanipulasi, sukar untuk jumpa keikhlasan dalam setiap cerita. dirosakkan dengan lakaran dan abstrak lucah asalkan beri keuntungan.Semoga masih ada mereka yang mampu mencorak sebuah cerita gunakan bahan yang bersih dibasahi dengan ilmu agar generasi yang lihat nanti bisa gunakan akal yang tidak akan terus dirosakkan.


Sunday, September 18, 2016

SUDAH TIGA TAHUN



Sudah hampir tiga tahun tidak lagi menulis dan selama itu jugalah pelbagai perkara yang buatkan aku lebih kenal dengan diri sendiri. sudah 2 tahun aku dikurniakan amanah yang perlu dijaga dengan sempurna. terlalu banyak cerita dan perubahan yang berlaku yang boleh disimpulkan dengan satu senyuman. Kini Jari dan minda sedikit kaku bila mula menaip. terlalu perlahan untuk keluarkan output yang lazat.

Sekian..

Sunday, October 20, 2013

GURU PERTAMA




Selautan kasih sayang itu memang tidak mampu dibeli dengan harta dan wang ringgit yang banyaknya seperti gunung. oh itu statement karut yg bisa kau buat tukun dilautan. zaman ini cuba kau bilang apa lagi yang tak mampu dibeli dengan kuasa dan wang?..maruah?.itu jawapan gampang.

sering ku merenung rentetan imaginasi kehidupan tika aku mula mengenal senyuman dan menangis bila kesakitan. hidup yg dikurniakan insan berlabel ayah dan ibu. keluhan dari sepasang bibir mereka tidak lansung  pernah aku kedengaran apatah lagi aku tafsirkan yg tersirat, sampai aku kenal apa itu perempuan,cinta dan nafsu. mereka berikan ku makanan yg aslnya dari penat dan lelah dan tuntas aku melihatnnya dgn mata yang kala itu belum paham arti susah.seingat ku mereka kelihatan biasa2 saja walhal kerja yg dilakukan berat.mungkin derita dan penat mereka tika itu disimpan kemas disebalik wajah yg dilakar dengan senyuman indah tiap kali ak menatap wajah mereka.

ibu dan ayah kamu insan mulia,
pernah bertelagah dek kerna memilih  warna baju melayu ku
walhal baju mu tak pernah bertukar ganti saban raya menjelma
bahagia kamu kongsi bersama derita kamu saja yg rasai

Sering ku titipkan masa aku menadah tangan pada pencipta agar ditetapkan hatiku untuk menjaga mu spt mana kau menjaga ku dahulu. menatang mu diusia senja mu..memberikan keselesaan yg bisa buatkan kau bahagia.senyuman mu hadiah yg tiada ternilai bagi ku ayah dan ibu..titisan kristil dari mata mu xkan ku biarkan jatuh lagi.tiada manusia bisa menghina mu lagi..segalanya akan ku sapa lantas aku mahu lihat kau senyum ceria memiliki apa yg belum pernah kau rasai, menikmati apa yg belum pernah kau kecapi. yang ku pinta doa dari mu.

mari sini bagi padaku semua derita yg dulu pernah kau rasa. senyum ayah,senyum ibu..terima kasih untuk segalanya.yah segalanya.







Tuesday, May 7, 2013

WAKTU AKAN TIBA




Aku sedang berada diwaktu buntu dimana setiap hari diselubungi kekeliruan dasyat yang sampai bikin kan aku sukar untuk membezakan manusia dan haiwan,apatah lagi jika kau tanyakan padaku mana fitnah dan kebenaran.benar aku terlalu naif untuk itu kerna aku sendiri tidak tahu mana perkabaran palsu dan yang asli. ini adalah waktu dimana manusia suka memaki sesama manusia, bertelingkah sesama khalifah, melaknat seperti tuhan, aku tekankan  manusia seagama ku,sama warna kulitnya dengan ku.mungkin mereka dikalangan yang masa kecilnya dulu lupa diajar dengan cara memberikan nasihat atau tidak deberi pendidikan ugama secukupnya.maaf aku hanya membuat perkiraan. 

Aku yakin mereka itu dari kalangan pejuang handalan, tidak bacul seperti aku yang sering mengintai dibalik jendela dengan binokular murah. Mereka pejuang agama sejati yang punyai semangat raksaksa. namun setiap perjuangan ada kemenangan dan kekalahan, kegembiraan dan kesedihan. Persoalannya jelas dibalik kekalahan itu adakah kau benar-benar kalah??.Didalam perjuangan menegakkan agama tiada kekalahan aku kira, yang ada cuma permulaan kepada sebuah kebangkitan dan kau perlu ingat yang setiap tindakan dan keputusan itu adalah ketetapan.benar ketetapan bukan ketetapan manusia tetapi yang maha mengetahui,pengasih dan penyayang.

Aku kira untuk menjadi yang hebat, Jiwa ku yang kosong ini perlu aku isikan dengan islam yang sempurna,iman yang senantiasa bertambah dan ihsan diantara sesama mahkluk.emosi dan amarah perlu ada tapi harus aku belenggu bila aku berhadapan dengan si kaki belit yang punyai tahap ego durjana  teragung. mungkin aku juga perlu kurang kan berkata-kata kerna nanti takut aqidah terpesong dek kerana terlalu teruja berbicara sampai lupa arti perjuangan sebenar dan kufur atas segala pemberian yang ada. 

Cuba kau buka hijab dihati kamu itu lantas lihat kepada apa yang terjadi.sangkal dan betul kan lah aku nanti jika kata-kata ku salah kerna ingin aku katakan yang semua ini adalah ujian dari pencipta kepada semua khalifah yang masih dilindungi dengan cahaya islam. Ujian dari pencipta yang sangat sayangkan umat kekasih akhir zamannya. kekasihnya yang pasti menangis melihat perpecahan umatnya.umat yang terlalu disayanginya sampai ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Duhai sahabat perkuatkan lah diri kamu dan bersabarlah untuk sedikit masa lagi kerna kesusahan yang kamu hadapi ini bukan lagi kesusahan yang terlalu hebat.bila nanti ujian yang terlalu berat lagi ditimpakan dan tika itu kamu rasa sudah tidak tertahan sakitnya dan masih bersabar yakin lah yang bantuan penciptamu itu sudah dekat.

Tuesday, February 26, 2013

KITAB USANG UNTUK DEWI CINTA



Aku sering buntu bila lihat kitab ini.ianya semakin berdebu dan usang.tiap kali aku cuba mengarang pasti tandus dan tiada nafsu.tapi ini kali aku tutup kan kalimantang putih dan biarkan samaran cahaya bulan masuk dari celahan palang-palang besi bersawang sambil melayan tarian sang angin munculkan diri menyapa tubuh sasa ku.ianya penting untuk kesan yang menarik.ini bukan gurauan tapi satu cerita sadis.

Mungkin debu setebal ini lah yang menyelaputi fikiran ku sampai aku lupa akan sesuatu yg sangat penting dalam perjalanan hidup dan apa yang telah aku miliki. ini cerita seorang looser yang sering lupa cara memberikan apa yg dipanggil cinta.ya cinta?.benar aku jiwang tp untuk kau saja.aku ulang untuk kau saja. Perkenalan yang lama itu takkan menjanjikan kebahagaian dan keserasian.statement familiar yg sering keluar dari mulut mereka yg kecewa. cinta tak semestinya memiliki dan itu ayat pilu yg guriskan hati. 100% aku yakin dan yg paling merabakkan adalah jika kau ditinggalkan tanpa kau bersedia dan x pernah terfikir ianya akan terjadi.tp apa yg bisa dilakukan seorang looser spt aku..?

Saban hari aku akan kirimkan pesanan pada dia,biar pagi atau pun malam,biar ada paparan namanya menghantar kembali atau tidak tapi aku tetap teruskan.mungkin dgn cara ini kebenciannya akan terus menebal pada aku.aku biarkan rasa benci itu sampai ke klimaks agar nanti dia bisa lupakan aku tanpa rasa seksa kerna aku telah biarkan hidupnya derita sampai rasa kasihan seorang manusia itu hilang. 

Tahukah apa aku lakukan?.ak ragut segala kesabarannya dgn sifat lalai dan sambil lewa ku.aku rosakkan kepercayaannya dgn janji palsu yg aku sendiri x mampu tunaikan. aku yakin aku bnyk bazirkan masanya dan kesedaran ku hanya sekejap datangnya.peluang sudah tak terkira rasanya dan sebab ini aku kira SI pemberi cinta ini mula menghilangkan rasa kasih dan sayang nya pada ku. 

Aku tidak lagi mengejar kesempurnaan kerana aku cukup sempurna bila dia dengan ku,benar aku tidak dusta.dia bidadari yang terlalu prihatin tentang hidup aku smpai bisa abaikan dirinya.Sekarang aku mula memahami apa itu takdir dan hakikat bercinta itu perlu bersedia untuk kecewa.aku pohon pada kamu Si pemberi cinta agar segala seksanya kau beri lah pada ku,derita dirinya mari datang pada ku, kerna kini aku sedar yang dia datang untuk mengajar aku tentang cinta iaitu tentang aku,tentang hidup dan siapa aku dan dia akan pergi tanpa ucap selamat tinggal serupa dengan cara dia datang sapa hati ku dulu. 

Masa berganti masa ingatan ku tak kan pernah hilang dari memikir dia,namanya tak akan pernah diselaputi debu,terlakar kemas dan akan aku gilap kerna dia insan sempurna pertama dan mungkin terakhir yg pernah sapa aku dengan seribu kebahagiaan yang jika aku karang ianya x kan pernah tamat.izinkan aku memanggil kau sayang buat kali terakhir. 

"sayang hubungan ini sudah berakhir, 
terima kasih untuk setia moment bahagia yang diberikan,
lupakan aku untuk hidup kamu 
permintaan kamu semalam telah dimakmulkan
nyata aku bukan pilihan terbaik untuk kamu
maaf untuk setiap rasa kecewa dan derita kamu,
mencintai kamu adalah HADIAH beharga."

Aku bilang namaku Ali.Ali bin abu kassim.dan ini cerita sadis ku.aku ditinggalkan atas sikap sambil lewa melayari cinta bukan sebab kekasih gelap atau apa2 dan untuk kalian yang membaca,cubalah menghargai setiap pemberian kerna ianya tidak akan bisa kau dapat kembali jika sudah pergi. Sekian.aku tutupkan kitab ini.nah  untuk kamu si dewi cinta yg sedang berbahagia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...