Nampak 4 biji dengan 2 design.Saiz sedang,mungkin untuk isi garam atau rempah.Ukuran tinggi lebih kurang 6" , setiap seginya pula berukur 3".Hanya ambil 2 sahaja.
Terpesona dengan kelawaan balang tanpa memikirkan dari syarikat mana free gift ni,Seteleh diperiksa rupa-rupanya dari F & N susu sejat tapi sayang bukan emboss hanya stiker kertas je yang ditampal.
Apa-apa pun simpan dulu.Harap-harap stiker tu tak koyak,lusuh atau tercabut sudahlah.
Kelawaan yang terserlah dengan decal buah ceri dan buah blackcurrant.
simpan apa saja barangan edisi terhad sama ada yang baru atau lama,sama ada dapat free atau beli dan juga barangan kenangan oldskool,antik atau apa-apa aje lah asalkan berkenan dan tertarik dihati.Blog ini dibuat untuk tatapan sendiri,pecinta-pecinta dan pengumpul-pengumpul barangan baru,lama,antik yang mempunyai hobi dan minat yang sama.Terima kasih kerana melawat blog ini.
folooo...
Memaparkan catatan dengan label Balang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balang. Papar semua catatan
02 April 2012
14 Disember 2011
25 April 2011
Bekas kuih Raya Lipton Milk Tea
Raya Puasa lambat lagi tapi aku dah gatal tangan nak ekpos balang kuih Raya dari Lipton Milk Tea ni.Tak kisahlah asal barang yang dipaparkan dapat dikongsi bersama dengan kawan-kawan.Mana tau lepas ni kawan-kawan nak cari juga,jadi ada banyak masa lagi nak menghunting kan?
Dapat bekas kuih ni dari Bro Shariff.Terima kasih pada bro Shariff.
Bekas ni adalah bekas biasa dan tidak mahal pun dan bentuknya pun memang biasa kita lihat di kedai-kedai atau di rumah-rumah saudara-mara semasa mengziarah di Hari Raya.Yang membuat aku berkenan bekas kuih ni sebab label dan chopnya.Lain dari yang lainkan?
Info keluaran bekas ni aku tak pasti pulak.Collector yang pernah simpan atau guna bekas ni mungkin boleh bagitau.
Raya tahun ni bolehlah aku guna bekas ni buat isi kuih raya...(selalunya kuih raya tak banyak mana pun..he he he..).
Sayangnya aku cuma ada 5 biji sahaja,tak cukup set.Dari 5 biji,1 pulak lain.Empat adik-beradik kandung 1 anak angkat..he he he..( biasanya yang satu tu yang lebih disayangi )

07 Oktober 2010
Balang Serbaguna dari Nescafe
Balang serbaguna dari Nescafe ini dapat percuma dengan pembelian barangan nescafe tapi lupa produk apa yang dibeli sebab sudah lama.Mula-mula dapat tak tahu nak buat apa dengan benda ni lagipun masa tu belum serius kolek barangan souvenir percuma untuk simpanan lebih kepada nak guna barangan tersebut.Orang rumah pula yang gunakan balang ni untuk simpan biskut cracker sebab stok biskut cracker memang sentiasa ada dirumah aku.Bila dah jadi collector maka balang ni aku cuci bersih-bersih dan berhentikan khidmatnya supaya dia berehat sahaja didalam almari.Sekarang dia dah ada keluarga yang agak meriah dari nescafe terdiri daripada sudu,gelas,mug,cawan piring dan bekas gula.
Harapan semoga keluarga Nescafe bertambah dan bertambah meriahlah sedikit almari aku ini dengan jenama Nescafe.Keadaan fizikal balang ini dengan ketinggian 7 inci dan lebar tapak segiempat sama adalah 4 inci.Bahagian mulutnya pula berukuran segiempat sama 5 inci dengan keadaan luas didalamnya semakin membesar keatas disebabkan dindingnya yang sendeng
Langgan:
Catatan (Atom)