Followers

Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Makaroni Bakar Extra Cheese

Assalamualaikum dan salam sejatera,



Ni adalah entry lama yang tak sempat nak post. Bagi mereka yang gemarkan pasta & cheese . Hidangan ni pasti menyelerakan . Mudah dan cepat . Akak mmg selalu buat ni. Kalu nak cuba bole semak resepi kat bawah ni.Kalu letak mozarella cheese ni kena makan panas2 baru lah bertali camni ya...kalu dah sejuk dah tak jd camni dah ...

Makaroni Bakar Extra Cheese
Sumber 1 : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Sumber 3: Kak Nita

Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken/seafood
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti - kak nita guna Kimball
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam -kak nita tambah
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables (akak tambah)

Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese (kak nita tambah)

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

nota dapur mamasya;
oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.
 dan salam sejahtera ,

**nota Kak nita :
kalu nak letak extra cheese macam akak tu ,kurangkan garam dalam sos daging ya!

Saturday, January 5, 2013

Mac & Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Salam Sabtu buat semua...diharap semuanya sihat sejahtera . Dah selesai sedikit sebanyak kerja2 pendaftaran sekolah , asrama , transit ,kelas mengaji & fardu ain ,bills dan mcm2 lg lah kan.....Rafiq (anak akak yg bongsu -insyaAllah) dah selamat menduduki darjah satu ...Nampak macam ok dan dah boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru~ kelas dan jadual harian baru yg mana dia kena bangun awal ke transit dan tengahari kesekolah dgn van .Harap2 semangat kesekolah tu akan berterusan hingga ke menara gading., insyaAllah.

Rafiq hari kedua di sekolah.

Antara yg paling kecil disekolah.

Hari cuti ni lah anak ibu nih request nak makan itu dan ini...Pagi2 tadi makan sandwich. Tengah hari makan nasi . Petang pula minta akak buatkan lain dr yg lain sikit konon .... Teringat pula dah lama tak buat Macaroni & Cheese ni. Barang2 ni mmg dah beli tapi tak dan nak buat. hari ni akak buatlah ikut citarasa akak gitu....Anak2 mmg suka Mac & Cheese version moist & creamy nih. Simple ja..jom kita tengok resepi dibawah ni:  

Mac & Cheese
Sumber : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan: 
2 cawan macaroni (direbus dg air dan sedikit minyak hingga kembang dan lembut dan ditoskan)
1/2 tin Campbells Chicken & Mushroom soup
4 sudu besar  spagetti sos ( akak guna jenama Kimball-original)
3 sudu besar isi tuna( tapis minyaknya -kalu tuna in oil)-boleh guna isi ayam/daging  
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus 
2 sudu besar carrot -di parut
5 slice cheese 
secubit garam ( sikit jer sebab mush room soup & cheese tu dah masin)
sedikit lada sulah
1 biji telur ayam- dibasuh 

Cara2nya
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing
  2. Masukkan sos spagetti /bolognese kacau hingga mendidih ,masukkan parutan carrot ,tuna ,garam dan lada sulah 
  3. Kemudian masukkan macaroni. Kacau sebati masukkan dalam bekas .
  4. Didihkan mushroom soup dengan 3/4 cawan air hingga mendidih .Tutup api dan terus masukkan telur dan kacau.Tuangkan dlm bekas makaroni tadi dan taburkan sedikit daun sup jika suka.
  5. Akhir sekali taburkan cheese keseluruh permukaan makaroni tadi .
  6. Bakar selama 30 min @ sehingga cheese tadi sedikit garing.
  7. Hidangkan panas-panas.

Anak2 ibu cakap : Sedappppp wooo!

Selamat Mencuba ye...

Sunday, July 8, 2012

Chicken Lasagna

Assalamualaikum dan Salam Pagi Ahad ye....



Hari ni akak nak masukkan N3 ni...makan malam kami semalam...Chicken Lasagna. Dah lama akak tak buat ni.Kekadang kalu teringin tapi tak dan nak masak ,makan je kat Pizza Hut .Semalam akak free,bila dah semua org kata tak nak makan nasi...akak pon buatlah yang ni dan juga Garlic bread & pasangannya Mushroom Soup.Alhamdulillah ,semuanya kenyang dan puas makan...Resepi utk Chicken Lasagna ni akak dapat dr blogKak Ida~1001resepi. Terima kasih ya Kak Ida...sedap sungguh resepi  ni..



Chicken Lasagna
Sumber Asal : Kak Ida (koleksi1001resepi)
Dikongsi Oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
Kepingan pasta lasagna 

Sauce Merah
Olive Oil
Bawang Putih
Bawang Besar
Mince Chicken (isi ayam hancur -ada jual kat Tesco@ mana2 pasaraya)
Pasta Sauce
Brown Sauce-kak nita tambah
Kiub ayam-akak tambah
Dry basil ~kak nita tak letak sbb dlm Kimball ni dah ada basil boleh juga gantikan dgn bay leaves
Sedikit sos cili-kak nita tambah

White Sauce/Cheese Sauce
3-4 cawan susu full cream-akak pakai susu cair
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
Garam & serbuk lada hitam

Cara2nya.


  1. Panaskan minyak ..tumiskan bawang putih & bawang besar yg telah didadu until slightly golden in colour... 
  2. Masukkan mince chicken, kacau sebentar sebelum masukkan button mushroom dan sebotol besar original pasta sos...kak nita gunakan Kimbal Spagetti sos.
  3. Kacau sehingga sos pekat. tambahkan sedikit garam, gula dan serbuk perisa. akhir sekali masukkan fresh atau dry basil. 
  4. White sauce/Creamy cheese sauce....panaskan 3 sudu besar butter, masukkan 2 susu besar tepung gandum dan kacau sebentar sehingga tepung slightly golden. 
  5. Masukkan 3-4 cawan susu full cream dan biarkan susu mendidih hingga pekat sedikit....masukkan 2 ke 3 cawan grated cheddar cheese. 
  6. Kacau sehingga sos pekat. season with salt and pepper. ready to use. 
  7. Dengan menggunakan bekas tahan panas.
  8. Sapukan minyak zaitun sebelum ratakan sedikit sos pasta tadi
  9. Susun kepingan pasta, sendukkan sos pasta keatasnya dan kemudian cheese sos untuk layer seterusnya. susun kepingan pasta lagi dan diikuti dengan sos pasta sebelum akhir sekali cheese sos...  taburkan mozarealla dan parmesan cheese dan bakar pada suhu 180C selama 25 ke 30 minit (kalau oven kak nita 160C -25min). 
  10. Selepas dikeluarkan dari oven biarkan lasagna selama 15 minit sebelum di hidangkan...apabila sejuk lasagna akan shrink sedikit....enjoy!


Wednesday, June 13, 2012

Makaroni Keju Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa khabar semua ? Diharap sihatlah semuanya...akak ok aje tapi anak akak (Irfan ) pula yg demam , so terpaksa bercuti separuh hari ni sbb ngantuk sangat ..Semalam suhu badannya tinggi sangat..lepas bagi ubat ok ...tapi bila tengah malam panas balik...sampai takut nak tidor balik. Hari ni pening2 lalat ler... 

Bila ditanya nak makan apa? Dia cakap tak lalu makan ...tapi lapar.Tak lama pastu  dia request nak makan Makaroni Keju Bakar yg macam dlm Majalah Kuntum ni... Ok lah..lg pon dah lama akak tak buat ni.Selalunya akak buat versi dewasa~ pedas sikit tapi  kali ni buat versi kanak2 la pulakkk...Sedap dimakan panas-panas.Muka demam yg monyokk tu terus ceriaaa....sekali ngan  adik2  pulunnn...






Yg akak buat ni main campak jer....tak ikut resepi pon tapi ikut rasa. Yg mana bahan2 utamanya Makaroni, Mushroom Soup Maggi, isi ayam yang didadu,sosej, sedikit susu segar, telur , garam ,lada sulah , slice cheddar cheese, carrot, brokoli,sedikit butter ,bawang besar & bawang putih.




Khasiatnya
Info : Majalah Kuntum  

  • Jumlah Karbohidrat Tinggi
  • Kaya dengan Kalsium : cheese ~ yg mana bagus utk pertumbuhan gigi dan tulang.


Sunday, April 1, 2012

Fettucine Bolognese

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Minggu ni semua anak2 akak ada dirumah. Seronok sungguh dapat masak dan makan reramai satu family sambil gelak2,sembang2...macam2 cerita dapat dikongsi....tapi org tua2 kata tak boleh cakap2 masa makan kannn? Petua tu sebenarnya ada juga kebaikan dan keburukannya . Antara kebaikannya makanan tu dapat dimakan dengan sempurna dan cepat. Keburukannya pula nnt bila bercakap2 mungkin akan tercekik la gitu pulak...hehehe...Apa-apa pon yg penting pandai2 la kita nak mengamalkannya ikut kesesuaian dgn cara hidup kita. Zaman sekarang ni waktu makan tu la yg kita dapat berkumpul ,bersembang dan sebagainya .
Salah satu  makanan yg direquest oleh anak2 tu adalah Fettucini Bolognese. Pasta ni mmg tak pedas sesuai untuk budak2. Simple dan cepat....



Fettucini Bolognese 
Sumber resepi : akak sendiri yg campak- mencampak

Bahan2nya
1/2 pack fettucine ( kalu nak spaghetti/macaroni pon boleh ye...)
1 tin tomato soup Campbell's ( 320g)
2 ketul isi  dada ayam - didadu ( kalu nak letak seafood/beef / tuna pon boleh ye ...)
1 biji Bawang besar -didadu
1 biji bawang putih -dicincang
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada sulah
garam,gula dan kiub pati ayam knorr-secukup rasa
1 sudu makan sos cili
1/2 cawan air

Cara2ya:
Fettucini direbus dengan air (1/2 periuk)+ sedikit minyak  sehingga empuk. Dibasuh dan ditoskan  dan biarkan sejuk.
Kuah :
Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan , masukan bawang besar , ayam -kacau sebati .
Masukkan tomato soup, garam ,gula,kiub ayam dan sos cili dan air. Biarkan mendidih dan pekat.
Jangan lupa ...rasa dulu kalu cukup rasa ...barulah angkat dan hidangkan...
Selamat mencuba!!!!.