Nuffnang

Showing posts with label Berita Korporat. Show all posts
Showing posts with label Berita Korporat. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Mak ooii Gaji Pengerusi / CEO Syabas Setahun sampai Berapa Juta RM ? jom baca


Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari. 

“Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun

Wednesday, May 30, 2012

Berita sedih !!! Syed Zainal Abidin Letak Jawatan Daripada Proton

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Berita sedih bagi saya...orang lain saya tidak tahu ?
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, Selasa, mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -BERNAMA
P/s komen dari Abu Luqman, Datuk Seri Syed Zainal Abidin yang saya kenali
Beliau juga merupakan orang kuat di salah sebuah Masjid Negeri Selangor , Zaman Beliau juga Proton Mula membayar Zakat kepada Lembaga Zakat    Selangor, selepas ni diharapkan pimpinan jenerasi baru meneruskan apa yang telah dilaksanakan oeleh beliau.
Penulis pernah mengikut kursus motivasi yang disampaikan oleh beliau, memang dinamik dan teruja.
Datuk Seri Juga kalau tak kemana mana, beliau akan solat subuh berjemaah dengan mengenakan jubahnya, susah sikit la untuk GMD yang lain.. beliau juga sering mendengar kuliah di masjid kawasan beliau. semoga Allah memberi sesuatu yang lebih baik kepadanya , selepas beliau keluar dari Proton

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung