Nuffnang

Showing posts with label Tuan Guru. Show all posts
Showing posts with label Tuan Guru. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Allahhu Akhbar : Terkesan Hiba Bila Ramai Yang Melihat Gambar Terbaru TG NIK Aziz NIk Mat.


Dia tetap hebat di mana-mana pun.... Hatta di atas alas mengelap kaki di muka pintu... Demikianlah Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya... Pimpinan kami Tg Nik Abdul Aziz Nik Mat..Semoga Allah memilih area kesihatannya.semoga beliau Tabah Dalam menghabiskan Issa sia Perjuangan sebelum berpindah Ke sana..
Allahurobbi
beliau tidak minta dilebihkan..
Allahuakbar Allah

Tuesday, April 15, 2014

Luahan Dr. Huda Haron: “AirAsia punca ayah saya (Ustaz Haron Din) masuk IJN!”

Luahan Dr. Huda Haron: “AirAsia punca ayah saya (Ustaz Haron Din) masuk IJN!” ?

AIR ASIA sangat terkenal dengan tagline “Now Everyone Can Fly”. Tidak dinafikan sejak wujudnya AirAsia, memang ramai yang dapat merasa naik kapal terbang dan ramai juga yang merasa hidden caj yang dikenakan oleh AirAsia.
Baru-baru ini, Ustaz Haron Din dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Najib, sempat meluangkan masa melawat beliau di IJN semalam.
Anak perempuan Ustaz Haron Din, Huda Haron baru-baru ini mendedahkan secara terbuka di Facebook, punca ayahandanya dimasukkan ke IJN.
Luahan_Huda_Haron_AirAsia_Punca_Ayah_Saya_Ustaz_Haron_Din_Masuk_IJN_
Baca Luahan Hati Dr. Huda Haron di bawah:
“Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah.
Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran Bagasi, hot seat .. bla bla bla… letih nak senaraikan.
Hatta khidmat wheelcair pun kena bayaran! RM60.. WOWW! Bayangkan ayahanda saya yang mengidap masaalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal.
PENERBANGAN : AOR – KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm
Docking punya lah jauh.. Tiada kerusi roda disediakan dan buka benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah. Letih nak senarai semuanya. Penat!! Tiada perikemanusiaan langsung.
Terima Kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN.”

Saturday, February 1, 2014

Gambar Sempoii TG Nik,Aziz Angkat Nikah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.


RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR TGNA TELAH MENGAKAD NIKAH EXCO KERAJAAN KELANTAN, YB DATO' ABDUL FATAH MAHMOOD.



YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat, Mursidul Am PAS, sebentar tadi telah mengakad nikah YB Dato Abdul Fatah Mahmood, ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan dan pasangannya, Wan Sakinah Wan Ismail di Kampung Banggol, Kota Bharu.

Abdul Fatah merupakan wakil rakyat Dun Bukit Panau Tanah Merah di mana isterinya sebelum ini telah meninggal dunia pada Mei tahun lepas.

Tahniah semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Monday, December 30, 2013

Gambar Sempoi Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ..Di Majlis Kenduri Pekahwinan Fiso Omar

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal Wan Mohd Hafizol Wan Omar atau dikenali sebagai Fizo, terharu apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir pada majlis kesyukuran perkahwinan beliau semalam.

Fizo dan pasangannya, Mawar Abdul Karim diraikan dalam satu majlis kasyukuran di kampung halamannya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan semalam.

Tuan Guru Nik Aziz yang juga mantan Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman pelakon itu kira-kira jam 2.30 petang disambut Fizo sendiri.

Menurut Fizo, beliau sangat gembira dengan kehadiran tokoh ulama dan politik itu pada majlis kesyukuranya sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

"Saya gembira dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sudi hadir bagi meraikan hari bahagia kami," kata Fizo kepada media.

Majlis perkahwinan tersebut disempurnakan dengan jamuan 10 ekor lembu disediakan secara bergotong-royong penduduk sekitar Bukit Jawa dan Selising.

Fizo dan Mawar sebelum ini selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan mereka di rumah pengantin perempuan, di Counrty Height pada 10 November lalu.

Wednesday, November 27, 2013

Gambar Terbaik Nik Aziz Di Muktamar PAS 2013


 Nik Aziz di kunjungi oleh Ulama PAS

DAto Husam dan Mustafa Ali Bersama TGNA




TGNA bersama Tuan Guru Hadi Awang

TGNA masuk Ke Dalam Dewan Muktamar

Wednesday, November 13, 2013

Kenyataan Penuh Tuan Guru Haji Hadi Awang.Berkenaan Laporan Akhbar Mesir.TGHA S.U. Agung Antarabangsa Ikhwan.


:::: BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR MESIR MENDAWA TGGH S.U AGUNG ANTARABANGSA IKHWAN MUSLIMIN :::

Sehubungan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang 

mendakwa saya ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.



Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat 
mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan 
diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.

Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja 
PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan 
Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah 
nak letak saya sebagai setiausaha agung.

Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa.

Justeru itu, Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk 
menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan
 sewajarnya.

a.k.a via Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tuesday, October 1, 2013

Lihat Gaya cara PEMIMPIN PAS dan BN ..bermesra dengan Isteri .


Cara pemimpin kita dan pemimpin mereka bermesra dengan isteri.... pilih laa mana yg baik...

Klilk SINI KALAU NAK LIHAT GAMBAR SEMPOI

Monday, April 29, 2013

Friday, April 5, 2013

Terkedu BN Lihat MB Kelantan selamba Je ..makan NASI Bungkus ..Selepas Mesyuarat EXCO..





NASI BUNGKUS... Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menikmati nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Sejak beberapa tahun lalu, Tuan Guru mengarahkan supaya mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang kerajaan negeri.

Gambar ini dirakamkan pagi semalam, sewaktu beliau bersarapan pagi kira-kira jam 10.35 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.

Semalam adalah mesyuarat exco terakhir untuk penggal ke-12 selepas Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri jam 10.36 pagi semalam.

Klik FB FAN PAGE ORANG KAMPUNG  Untuk Mendapatkan Berita Terkini.
.

Tuesday, April 2, 2013

NST menyiarkan Kelantan Sebagai Bandar Maksiat ? Atau Ada agenda lain..


Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Sunday Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?

Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram. Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin UMNO Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.

Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.

Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?

Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama..Admin Tuan Guru Nik Aziz

Tuesday, March 26, 2013

Tuan Guru Nik Aziz Ziarah Perajurit Kita Yang cedera sewaktu bertempur Di Lahat Datu


[admin] YAB Tuan Guru membacakan ayat-ayat penyembuh ketika menziarahi Lans Koperal Zariman Ibrahim di Kampung Kangkong, Pasir Mas sebentar tadi. Zariman merupakan antara anggota keselamatan negara yang cedera sewaktu bertempur dengan penjenayah di Lahad Datu baru-baru ini. Turut serta ialah YB Haji Hanifa Ahmad, ADUN Pengkalan Pasir dan YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, ADUN Chetok.

Monday, March 25, 2013

Gambar Tuan Guru Nik Aziz [ Yang Sempoi ] yang Tiada dalam media Nasional..

 cukuplah gambar bercerita..

gambar di ambil oleh  syairul sewaktu beliau 

ke Masjid Pulau Melaka ,bersebelahan rumah Tok Guru pada Maghrib tadi.

THIS IS MENTERI BESAR KELANTAN !!

Thursday, March 14, 2013

Gambar Yang Tiada Dalam Media Arus Perdana Hanya Media Pakatan Rakyat.

Sedekahkan Al Fatihah teman, buat pahlawan yang sudah gugur di medan juang;
Gugurnya bunga di tengah jambangan,

Moga kekal dalam ingatan,

Gugurnya pahlawan di medan juang,

Moga ganjaran Allah sediakan.



Tanamkan niat untuk mati syahid pada hati kalian, semoga hidup ini bererti.Menanti kehadiran jenazah Askar yang terkorban di Lahad datu;
Gugurnya bunga di tengah jambangan,

Moga kekal dalam ingatan,

Gugurnya pahlawan di medan juang,

Moga ganjaran Allah sediakan.



Foto oleh Rizal Tahir.

Saya minta dari guru-guru PASTI supaya mendidik anak-anak PASTI menjadi orang Islam, bukan hanya Melayu..TGNA


"Saya minta dari guru-guru PASTI supaya mendidik anak-anak PASTI menjadi orang Islam, bukan hanya Melayu.


Nabi Muhammad SAW berbangga di akhirat jika melihat umatnya ramai. Jika hanya jadi Melayu, belum tentu kita boleh duduk bersama Nabi Muhammad SAW.

Tetapi jika menjadi Islam, insya Allah boleh bersama Nabi Muhammad SAW sekalipun kita tidak Melayu." TGNA, 22 Mei 2010...

Jom KLIK FAN PAGE ORANG KAMPUNG untuk mendapatkan maklumat terkini 

Monday, March 11, 2013

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung