Petang semua..dah petang baru akak dapat nak update aktiviti akak sefamily buat semalam.Akceli semalam akak buat sikit jamuan sempena birthday Acid yang ke 5 tahun.selalunya akak hanya buat kek sebiji dan makan sekeluarga.tapi disebabkan acid teragak nak buat majlis untuk meraikan ulangtahun kelahiran dia,jadi untuk tidak menghampakn harapan dia akak buat jamuan kecil aje.hanya ajak adek ipar akak dan sepupu dak acid nie..birthday acid sebenarnya jatuh pada sabtu lepas,15hb,tapi kakak dan abang2 dia sekolah(hari ganti) tak dapat ler nak buat..yelah mana nak buat kek,(hehehe huduh tu kek akak!),puding roti resipi Hana,popia,dan buat mee hailam..menu yang akak masak semalam..alhamdulilah tercapai hasrat dak acid..seronok benar dia..nak nak bila tengok deko kek yang hancuss..tu..
puding roti Hana..adek ipar akak suka tul makan sampai minta resipi..sedap sangat kata dia..
popia goreng
kek orange nie mmg gebu dan sedap sangat.resipi akak amek kat rumah AZ NZ..cuma akak ubah letak parutan kulit oren dan jus oren..wangi semerbak masa dibakar....
Acid dan anak sulong akak memotong kek..masa nie dia dah tak sabar benar nak motong kek tu..anak anak laa katakan!!!