my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label beli belah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beli belah. Papar semua catatan

Ke Kota Belud tamu

Tadi pagi, awal pagi kami ke Kota Belud. Entah angin apa cikgu fahmi nak kesini. Kakpb ni agak 'trauma' sikit dengar nama Kota Belud. Kenapa? Hanya orang tertentu saja yang faham maksud kakpb ni.

Takde yang menariknya tamu Kota Belud bagi kakpb. Kerosang tudung pun tiada yang cantik, lebih baik cari di Gaya Street atau Kampong Air. Cikgu fahmi kata nak beli parang. Dalam hati kakpb, macam nak berkebun je......nak kata tebang pokok pisang....pokoknya sebatang dua je. Rumput pun tak sampai paras betis. Ahh...lantak dia la....

Kakpb beli barangan kraf tu, dulang bulat dan bujur. Lain-lain hati tak berkenan. Mood menyoping tak berapa nak sangat. Gambar pun ambil mana yang pelik bagi kakpb. Berbungkus hijau tu, katanya tapai beras. Sebelahnya, yang coklat tu......rasanya tembakau sebab ada nampak rokok daun. Paling lama kakpb leka tengok hamster tu nyonyot air dari botol. Anak bujang beli jersey Italy sehelai. Sebenarnya kalau di Kelantan lagi banyak pilihan, ni dah tak sabar punya pasal.

Sebenarnya, shopping moping ni terapi minda kakpb yang akhir-akhir ni sering di duga olehNya. Ikutkan hati memang nak memerap je dalam rumah. Taknak jumpa sesiapa sekali pun keluarga sendiri. Rasa kecewa, kecil hati, rendah diri teramat sangat, marah dan segalanya bercampur baur. Tadi kakpb baca blog  ABIL, kakpb copy sikit ye....suka pula dengan nasihat Abil ni...

Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...? Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..



 Hidup ini bukan perlukan makan minum, beranak pinak sahaja. Janganlah seperti hamster tu......lepas makan terbongkang tidur, jadi tontonan orang luar. Kena fikir masa depan anak, isteri dan semua keluarga kedua belah pihak. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang akan menyinggung perasaan orang yang kita kasihi.

lain dicari, lain dibeli

Asal tujuan kami semalam nak ke Mid Valley. Tak tau le apa yang nak dicari suami ku. Ikutkan hati memang malas, tapi bila dengar kakak ku kata semalam Sogo ada 'sales', wah......tunggu apa lagi? Tujuan nak ke Mid Valley pun lupa, terus ke Sogo.

Tiba disana orang masih belum ramai. Mata ku tertumpu di bahgian baju wanita. Tapi hampir sejam mencari dan mencuba baju2 disitu, hati masih belum berkenan. Setiap kali ke Sogo, walau offer kain baju murah2, aku tak pernah beli. Entah kenapa, citarasa ku tak sesuai disini. Mungkin kerana fesyen yang ku cari tak jumpa, bila jumpa, takde saiz pula.

Sudahnya...........suami ku pula yang beli baju dia. Aziz pula dapat sehelai, botol air jenama 'Ben Ten'. Aku pula memilih bedak compact baru, yang ada hampir habis. Kopak jugak la dalam seratus lebih. Suami kata takpe, hadiah sempena bonus dia.........hehe....kalau setiap bulan dia dapat bonus, kan best.............
Budak yang merungut letih tunggu ibu dan ayah dia shopping tadi, kini senyum lebar, tak sabar nak balik main dengan kawan dia.

Bukan nak menunjuk apa yang kami beli pada orang luar tapi gambar beg di atas ni adalah hadiah dari suami untuk ku. Taklah mahal sangat dan bukan jenama guess yang berharga tiga empat ratus. Sekadar berkongsi cerita tentang suami yang memang suka membawa ku dan anak berjalan sambil membeli apa yang dah lama kami tak beli. Kalau di fikirkan dulu memang aku tak pernah terniat nak dapat ini semua. Aku pula jenis orang yang suka hidup serba serbi sederhana, ada takpe, takde pun tak apa.........

Lumrah manusia, suka yang baru tapi bagi ku, tetap sayang yang lama walau ianya buruk dan ketinggalan zaman.



Membeli belah di Sogo

suka la tu, ibu n ayah dah nak balik dr jogging!! dia bukan jogging pun, main kereta dia........aku pun tak la lari jauh mana, keliling tempat dia bermain je. Risau pula tinggalkan dia, sekarang banyak kes culik budak2. Minta di jauhkan................

Selepas jogging dua tiga round kat taman tasik, perut menggelodak ni, minta di isi.
Kena pulak kedai yg biasa kami singgah tu, berdekatan dengan taman. Nasi dagang........kesukaan ku.........hai, yg di bakar tadi belum pun hancur dah masuk yg berlemak pulak. Nak buat macam mana kan? Nafsu susah nak kawal..........tapi bukan hari2, hehe.......sekali sekala je.........nanti dah ke Sabah, rindu pulak nak merasa masakan pantai timur ni.

Kat sini memang sedap masakan dia. Orang lain aku tak tau, tapi aku memang suka masakan pantai timur ni. Kalau pandai masak memang aku tak makan kat luar. InsyaAllah, satu hari nanti nak cuba juga.

Lepas makan, rancang ke Sogo pula. Ada lagi barang keperluan yang tak lengkap. Tiba di sana, tengok ramai orang berkumpul depan Sogo. Parking pun tak boleh masuk. Aku agak mesti ada kes ni, ntah2 ada orang pasang bom ke (lawak la pulak terfikir ke situ). Takpun ada orang terjun bangunan........ish..jangan la.......
Terpaksa parking kereta dibangunan sebelah. Macamana pun aku nak tau juga apa sebab yg orang berkumpul kat Sogo. Tanya2 orang kat tepi jalan, katanya ada kebakaran, tapi aku tengok orang2 keliling biasa je. Memang ada bomba datang, kalau terbakar mesti ada asap berkepul2. Dalam pada tertanya-tanya tu, datang sorang kakak tu beritau, sebenarnya pihak Sogo sedang buat latihan kebakaran. Laaa........latihan rupanya.

Kami tak kuasa nak shopping tempat lain, tunggu juga kat situ dalam setengah jam. Selesai tugas bomba tu, menderu orang ramai serbu masuk Sogo, termasuklah aku sekeluarga.



Letih mencari baju, seluar dan jaket Aziz, kami singgah makan dulu di food court. Aku dan suami taknak makan berat jadi pilihan kami popia. Teringat pula kat Nadia Af. Cukuplah makan tengahari ni..........tadi pagi dah makan yg berat.....




Pilihan Aziz dah tentu nasi ayam madu. Lapar sangat la tu, habis sepinggan nasi, lauk tak makan sangat.