my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan

Tart Nenas Nyonya yang sedap

Ketika update blog ni (selasa 22hb July, 2014) hujan lebat sangat, angin kencang. Dua hari lepas cuaca terik sangat, hinggakan waktu pagi pun nak beraircond. 
Kakpb tak dapat update panjang lebar nampaknya. Ada kerja tak selesai lagi ni. Apa lagi.....biskut raya ler....buat untuk mereka yang dikasihi. Setakat ni dah ada enam bekas. 

Kali ni kakpb tak main gulung2 punya. Main terap2 je. Ini pun dah sakit bahu. 
Resipi kakpb ambil dari Mat Gebu dan Mat pun ambil daripada Kak Jee. Kakpb memang suka sangat pastri tart nyonya ni. Tidak terlalu lembut dan tidak keras. Sedap je masuk ke mulut cikgu fahmi. Si Messy (kucing kakpb) pun suka. Pantang nampak dan berbau keluar dari oven je dia dah panjat meja...huhu...hari tu 2 biji dia bedal. Risau juga kakpb, takut ceret beret. Apa jenis kucing nak makan benda manis2.


Minta izin dari Mat dan Kak Jee ye....

TART NENAS NYONYA
@blogsurirumah
sumber: Mat Gebu
sumber asal : Kak Jee/Fauziah Samad

300 gm tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
200 gm butter (kakpb guna buttercup je)
2 biji kuning telor
jem nenas
sedikit pewarna kuning
esen vanila

Cara membuatnya kakpb tak ikut macam kak Jee tau. Style kak Jee tu buat kakpb teringat arwah atok. Orang dulu kan suka sepit keliling tart (penyepit pun takde). Memang cantik kalau disepit, nampak kemas je.
Ok, kakpb ayak tepung dengan gula icing sekali. 
Gaulkan butter dengan tepung hingga berderai.
Masukkan telor yang telah dibancuh dengan pewarna dan esen.
Kakpb tak simpan dalam peti pun. Terus canai.
Tenggekkkan snow flake atas jem nenas...hehe...cantik tak?
Bakar pada suhu (ikut oven kakpb) 170C lebih kurang 30 minit.
 Oven kakpb ni bakar apa pun mesti kena lebih masanya. Tak taulah kenapa.
Boleh dapat sebekas lebih. Maksudnya satu bekas kuih tu dalam 56. 
Adalah dalam 70 lebih biji untuk satu adunan menggunakan acuan seperti di bawah.

Kakpb canai guna lapik plastik yang beli kat Daiso tu. Senang. Sebelum canai, letakkan plastik atas adunan. Kakpb tak letak minyak pun, lepas canai terus buka secepatnya, jadi adunan tak lekat pada plastik.
Jem nenas pula kakpb guna yang readymade. Takdelah berair. 
Kakpb basahkan jari dengan air untuk bulatkan jem nenas sebelum letak atas tart.
Senang kerja tau. Kalau tak, melekit2.

Biskut Samperit Pandan yang perit dibulan puasa

Lamanya tak update blog. Kakpb kurang sihat seminggu dua ni. Lepas satu, satu lagi penyakit datang. Sakit kaki, sakit bahu, demam, selsema dan macam2 lagilah. Tak apa....sakit itu kan penghapus dosa kecil kita. Redha je laa.....

Dalam pada tak sihat tu, masak tetap memasak. Buat kuih raya lagi....hehe...dah tak balik kampung raya ni, kenalah ada kuih raya dalam balang. Nanti kawan cikgu fahmi datang, malu pula takde kuih raya.

Kakpb buat biskut samperit pandan ni dah dapat 2 botol. Ingat nak bagi mertua dengan emak sendiri. Satu adunan boleh dapat sebotol besar. 
Ada kisah disebalik samperit ni tau. Masa kakpb dah siap terap2 atas loyang, tetiba takde letrik!! Adui....bukan setengah jam, dari pukul 11.30 pagi hingga 3 petang tau. Naik angin dibuatnya bulan puasa ni. Sudahnya adunan samperit kakpb tu jadi keras. Sampai merah2 tangan meneran acuan tu. Susah sangat, kakpb tambah sikit susu cair dan adun semula. Sabo je.....

Resipi kakpb ambil dari KakWan kita tu. Memang suka sangat resipi dalam blog dia, terima kasih ye.


menunggu karen yang tak kunjung tiba :)

BISKUT SAMPERIT PANDAN resipinya di citarasawan

Raya2013 : Biskut Samperit, keretapi malam dan Syawal





PeaceTak habis lagi tayang gambar raya kami, janganlah mengata kami nak tayang rumah atau baju raya.....taaaak...saja nak simpan sebagai kenangan tahun 2013 ini. Lagipun ini bukan rumah kakpb tapi rumah abang ipar, kami ni menumpang beraya je.

Gambar keluarga yang tak berapa lengkap, ramai lagi yang belum jumpa masa ni. Rumah adik perempuan kakpb di Semenyih. Sekarang anak2 saudara semua dah membesar, tak terasa riuhnya. Kalau dulu, pening kepala bila mereka berlari sana sini. Paling kecil yang dalam perut adik ipar kakpb, belum lahir lagi.

Sebut pasal kelahiran baby, kakak kakpb terima juga 'cucu' petang raya pertama. Mok melahirkan empat anak sulung tapi tiga ekor mati dan hidup seekor. Sayangnya Mok tak pandai jaga anak. Lepas beranak pun dia tak bersihkan diri dia. Uri anak pun kakak yang tolong potongkan. Lucunya dia seolah2 hairan tengok anak dia tu menguit-nguit. Mungkin dia tertanya, apa yang keluar dari perut aku ni? Kakak terpaksa bagi minum susu kambing kerana ibunya langsung tak mahu dekat. Kami berikan nama Syawal.

Sayang, selepas dua hari lahir, Syawal menghembuskan nafasnya. Sedih juga ketika lihat instagram anak buah menyatakan Syawal dah tiada.Smiley is sad Mungkin salah susu kambing tu atau dia tak dapat pelukan kasih dari ibunya.

Oklah....tutup cerita Syawal.... kakpb nak share resipi kakak yang diambil dari emak. Asalnya kakak kakpb ambil dari seorang saudara kami di Johor. Dia kata, ni resipi dari emak awak juga....hehe....emak tak bagi resipi kalau tak diminta. Nak tau resipi dia, kena tengok apa yang dia masak. Jadi, kakpb ni masa dulu2 memang tak tau resipi emak melainkan asam pedas, laksa johor. Kakak lebih rapat dengan emak kerana dialah pembantu setia emak dari adik-adik kecil hingga sekarang. Banyak jasa kakak pada emak. Bukan macam kakpb ni, datok bela masa kecil lepas tu selalu pindah randah duduk dengan makcik di JB dan Trengganu. Bila tinggal balik dengan emak, kerja pula selama 12 tahun. Memang tak pandai sangat bab memasak seperti kakak.



Biskut samperit ni kakpb terpaksa buat juga pada raya ke dua, atas permintaan anak bujang kakpb. Dari KK lagi dia dah request. Kakpb tangguh2kan hinggalah menjelang malam raya, tak juga buat. Akhirnya kakak kakpb yang adunkan resipi emak ni dan kakpb hanya tolong taburkan gula hijau tu.....Brows kata kakak, bukan susah buat samperit ni, cuma perlukan kesabaran sedikit je.

BISKUT SAMPERIT
@blogsurirumah/resipi kakak

1 cwn gula halus
1 buku buttercup
1 cwn tepung kastad (yg kuning)
1 biji telor
sedikit vanili
1 sb susu pekat
1 atau 2 cwn tepung gandum (lebih baik guna red rose) bergantung pada adunan
Gula pasir yang di warna untuk tabur atas biskut

Cara membuatnya:
Dalam bekas, masukkan buttercup dan gula. Gaul sebati guna senduk kayu saja.
Gula tak perlu terlalu kembang sangat (kalau ada rasa kasar2 sikit pun takpe)
Masukkan telor dan gaul lagi.
Masukkan vanili dan susu pekat.
Kemudian masuk tepung kastad.
Akhir sekali masukkan tepung red rose sedikit2.
Masuk adunan dalam acuan samperit.
Jika suka hiasan, taburlah gula diatasnya.
(gaul pewarna kesukaan dalam gula pasir)




Siap, dapat 3 botol (lebih kurang) sedap dan rangup. Ikut style kakak, dia tak suka tabur gula (biasalah, dia tu ikut macam emak) tapi kakpb suka kaler2 Winking smiley (macam anak dia...hehe). Satu botol untuk kakpb, satu botol untuk emak kelantan dan satu botol untuk kakak. Itulah kuih raya dia tahun ni. Memang dia tak buat langsung sebab sibuk jaga cucu.

Raya kedua malam, kami bertolak ke pantai timur dengan keretapi malam. Pilihan anak bujang, nak katil atas. Ayahnya pun kat atas (silap pilih katil masa booking...haha...) kakpb sorang kat bawah. Kali ni kakpb rasa cepat pula sampainya. Tahun lepas banyak kali berhenti, lama pula tu. Naik 9 mlm sampai 9.40 pagi esok.

Dari mula naik, baca buku kejap lepas tu ngadap game. Terus tidur sampai ke pagi, dikejut pun taknak bangun lagi. Sedap sangat agaknya tidur dalam keretapi? Kita ni sekejap bangun, sekejap baring, tak lena tidur.

Bersambung nanti bila sampai sana............







Biskut Samperit


Biskut samperit ni airtangan terakhir kakpb untuk dibawa pulang ke kampong cikgu fahmi. Jenuh menekannya, kenyit-kenyit mata kat cikgu fahmi tolong tekankan....;) nasib baik dia tolong yang last tu...adeh....tangan kiri ni pulak sakit, salah tidur kot. Dapatlah dua bekas bulat yang rendah tu.

Biskut ni rapuh dan sedap kata tukang komen dua orang dalam rumah ni. Kena simpan resipi ni untuk masa akan datang atau kakpb nak buat sesaja lepas raya nanti. Resipi kakpb jumpa dari Kak Rose dan asalnya dari Nziela.
Terima kasih kerana berkongsi resipi dan kakpb simpan di sini sebagai rujukan akan datang.

BISKUT SEMPERIT
@blogsurirumah
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit. 

nota kakpb: agaknya sebab susah menekan biskut ni, tu yang namanya 'perit' hujungnya kot?



Selamat pulang ke kampung masing-masing dan berhati-hati di jalanraya. Baca doa ketika naik kenderaan dan pandu dengan mata yang segar, badan yang sihat dan fikiran yang waras. Insyaallah selamat sampai ke destinasinya. Doakan perjalanan kakpb dan keluarga juga, esok awal pagi dan akan tiba di pantai timur sebelum berbuka.

Biskut Suji Kristal...pojaan hatiku!!

Sekadar berkongsi....
SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.


Semalam kan.....mood kakpb merewang :( jauh ke semenanjung sana. Sedih dan sayu hati ini mengingatkan kembali saat kami sekeluarga (masa tu bujang lerr...) berbuka beramai-ramai. Dengan anak-anak saudara yang berciak miak #:-S masing-masing pilih tempat duduk nak berbuka, maklum la.....dah ramai-ramai mana boleh duduk semeja, tak cukup. Bagi yang otai je dok meja, kecik-kecik..... hingusan dok jauh-jauh.....

Bila dah kahwin, ada keluarga lain, kena utamakan dulu sebelah suami. Walau kekadang hati tidak merelakan, inilah hukum Allah, kena redha. Walau sesukar mana keadaan kita, mohonlah padaNYA, hanya Dia tempat kita mengadu segala kepahitan, keperitan dalam hati. Jika kita mengadu pada seseorang, dia hanya boleh mendengar, kemudian berlalu pergi tanpa ada penyelesaiannya.

Tak mo sedih2 la....;) nanti raya muka tak cun, tak berseri kan? Mesti ada yang dah pergi spa buat rawatan muka, ada tak? Kakpb spa dalam toilet 'pondokburuk' je.....sental ler dengan hampas kelapa ke, kopi ke.....buah tomato....nenas...hilang semua daki-daki tu.

Ni, biskut suji kristal kegemaran cikgu fahmi (semua kegemaran dia, kegemaran bini dia mana tah!) Terima kasih Ummi, Azlita, Kak Wan dan kawan-kawan lain yang pernah tayang kat blog. Biskut ni memang sedap dan lembut. Pasti sesiapa yang punya pak dan mak mertua yang takde gigi tu akan suka......oppss...cair di mulut, kenyang di perut!!

BISKUT SUJI KRISTAL
@blogsurirumah
sumber asal : kak wan
copy paste: ummi kuantan dan Azlita masam manis

Bahan A - Diayak bersama
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang (kakpb beli yg dah siap kisar)
  • 1/2 sudu teh perisa vanila
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning (kakpb guna merah, biru dan kuning)
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
 Cara Azlita - Ita bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dengan gula caster.

nota: masa mula2 buat kakpb timbang juga 3 gm, lama-lama.....hemmm....minta maaf ler nak menimbang, main agak2 je...



Biskut Red Velvet Coklat Chip

Agak-agak dah berapa jenis biskut teman-teman blogger kakpb buat? Mesti berbalang-balang kan? Eh...jarang guna perkataan balang ni...teringat pula kat Anymz, dia yang mula sebut balang kat facebook hari tu. Dalam bayangan kakpb, balang ni......botol besar jenis kaca, iye ke?


 comel tak bendalah tu mencanak ke atas? buruk je......nak tukar style lain pulak lah!

 Bila mengukis kuih raya ni.......teringat pula kat kawan kita si Doktor Cinta ni, apalah yang di buka dan di sahurnya? Opkozz la dia menapau je kan? Mana ada lelaki yang nak masak hari-hari melainkan kalau kerjanya sebagai Chef di restoran, hotel dan gerai :)

Kakpb nak share sesuatu dari facebook, ayat-ayat yang menyentuh hati (sebelum buat biskut, kasi motivasi dulu)

"JANGAN SESALI APA YANG SUDAH PERGI
               JANGAN TANGISI APA YANG SUDAH TIADA
TETAPI BANGKITLAH DAN BINA KEMBALI
       APA YANG TELAH HILANG DAN PERGI"

BISKUT RED VELVET CHOCOLATE CHIP
oleh: @blogsurirumah

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula - kakpb guna gula castor
1/2 cawan gula perang
1 biji telor - kakpb guna telor omega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan chocolate chip (putih/coklat)

Cara membuatnya:
Putar butter dan gula dengan mesin pengadun/hand whisk hingga sebati.
Masukkan telor, esen vanila dan putar lagi hingga lembut.
Masuk pewarna merah dan serbuk koko.
Kemudian masukkan tepung, baking soda, garam dan akhir sekali chocolate chip.
Gaul sebati dan cedukkan adunan menggunakan sudu atau apa saja.
Susun dalam loyang pembakar.
Suhu oven 375F (kakpb guna 160C)

Untuk biskut yang kakpb buat ni, kakpb tak campur choclate chip ke dalam adunan sebab kakpb nak guna acuan tart. Malas nak main terap-terap. Kemudian choclate chip tu kakpb tenggek sebiji je atasnya. Lepas ni kakpb nak buat lagi tapi nak campurkan coklat chip dalam biskut sekali gus. Kalau ada kaler putih lagi cantik kot.
Tak kesahlah......yang penting rasanya yang sedap tu, krup krap garing dan terasa koko.

CHOCOLATE CHUNK COOKIES

Assalammualaikum, bloggers sekalian sihat? Kak pb biasalah....on off...kejap sakit kaki, kejap sakit kepala, kejap sakit lutut....apa tandanya eh? Rasanya macam kena bawa pergi bercuti kot.....hemm...mungkin tidak kalau tengah bulan begini. Hujung bulan, ada kemungkinan (dah berapa kali mungkin daaaa....manjang cancel)

Cookies ni pb buat hari selasa petang, disebabkan hari rabu wordless punya pasal, perap la dalam draf. Mula-mula rancang lain, nak buat pau goreng sebab ada inti kacang dalam peti ais. Lepas tu macam nak buat kuih koleh kacang pulak sebab bahan memang ada. Taknak ahh.....nak buat biskut2 biasa yang boleh kunyah-kunyah depan tv atau dok bersila rapat mengadap cerita Little Star sambil cicah teh o.

Google kat sini naik rambang mata ni. Akhirnya dah berkenan kat Chocolate Chunk Cookies, bahan pun ada. Apa lagi, sinseng lengan timbang gula, tepung dan lain2. Dalam peti ais ada sekeping besar coklat (yg selalu buat homemade coklat tu), pb tak cukup coklate chip jadi pandai2 la nak ganti apa. Confident buka coklat bar tu mati2 ingat jenis koko, laaa....rupanya coklat putih. Ya Allah.....tangan dah gigil ni, gigil nak marah pun ada sebab gula dengan butter dah bancoh elok tu. Bongkar peti ais terjumpa coklat masakan, ahh.....boleh la...bukan sape nak makan, sendiri je. Pb potong kecil2 dan simpan dulu dalam peti sementara nak adun tepung dengan butter.

Time nak bakar biskut pun satu hal. Kertas minyak pula tak ada......sakit hati betul. Sudahnya pb kebas A4 hubby, janji boleh lapik kan? Memang banyak stok pb yang dah langsai. Hujung bulan ni  kena shopping lebih sikit.

Resipi pb dah ubah suai sikit. Pb tambah kacang walnut, lebih sedap rasanya. Suka sangat kalau cincang kacang ni, tak perlukan tenaga....lembut dan rangup. Kalau nak lebih detail resipi ni sila la ke joyofbaking.


Bila di gigit bunyi krup krap....krup krap....tak sedar beberapa keping dah masuk ke mulut....




CHOCOLATE CHUNK COOKIES
sumber: blog surirumah

2 cawan tepong gandum
1 1/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan mentega unsalted suhu bilik
2/3 cawan gula pasir (130 gm)- gula castor
2/3 cawan gula perang
1 biji telor
1 biji kuning telor
1 1/2 sudu teh vanilla paste
1 1/4 cawan ketulan coklat/coklat chip (210 gm)- pb ganti dengan coklat masakan yg di potong kecil2.
1/2 cawan kacang walnut - tambah sendiri

Cara-cara membuatnya:-

Panaskan oven 177C- pb lebihkan sikit 190C
Gaul tepong, baking soda dan garam.
Dalam mangkok adunan, pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang (2-3 minit)
Pukul sedikit telur bersama vanilla paste.
Masukkan bancuhan telur kedalam adunan butter tadi.
Perlahan2 masukkan tepung sedikit-sedikit bersama ketulan coklat.
Lapik loyang pembakar dengan kertas minyak.
Sudukan adunan yang telah siap atas loyang tadi, jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang bila di bakar.
Bakar dalam 15-17 minit atau hingga keperangan.


Sebelum di bakar.....senang banyak kerja pb, pakai sudu je, cepat siapnya...


Dapat satu tin besar untuk satu adunan, sebelum masuk dalam tin tu dah berapa keping hilang dalam mulut pb, tu tak kira mulut hubby......hehe....suka sangat dia biskut ni. Kena upah ni......boleh bawak pergi bercuti tak hujung bulan ni? boleh laaaa...

Biskut Cornflake Thumbprint (Bro Rozzan)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mesti ingat raya kan kalau nampak biskut ni? Raya Haji pun dah dekat, pb tak biasa buat kuih untuk raya haji. Kali ni saja nak mengabiskan cornflake dalam simpanan. Tengok resipi Bro Rozzan pun simple je, tak perlu macam2.



BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT
sumber drp ROZZAN


225 gm mentega
½ cawan gula perang
2 biji telur (asingkan kuning dari putihnya)
1 sudu teh esen vanilla
2½ cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
½ cawan kacang walnut (dicincang halus)
1 cawan cornflake yg dihancur halus, dicampur dgn kacang walnut
jem raspberry secukupnya (pb guna jem blueberi)

Cara:

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan golek ke dalam bahan cornflake dan kacang.

3. Dgn hujung jari ditekan leper dan dibentuk lobang kecil. Isi dgn jem raspberry dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12-15 minit sehingga kuning emas.

senang je buat biskut ni, bulat2....lepas tu tekan dengan jari tengahnya, kemudian isi inti apa2 yang kita suka.

tak manis sangat, sesuai untuk orang tua2 (termasuk pb), jem pun tak la manis melekat orang kata..


Banyak juga dapat dalam 2 botol yang sedang besarnya. Boleh la untuk raya......hehe...saje nak sedapkan hati sebab raya kali ni masih di Sabah. Kalau dulu2 raya haji kena osom, balik mana dulu. Biasa kita orang gilir-gilir, kalau raya puasa di sebelah hubby, raya haji kena sebelah pb dan sebaliknya. Cuma 2 tahun kebelakangan ni terpaksa raya rumah sendiri. Nak masak apa eh?

Oh ye, pagi tadi pb lalu kat tempat keretapi dan lori yang accident tu, masih tak boleh operasi lagi dan ada van polis disitu.
Mushkil juga kan? Driver keretapi dah nampak lori kat tengah2 laluan, kenapa tak berhenti. Lori tu pula katanya tersangkut kat tengah2. Mungkin dia fikir sempat lori tu melepasi laluannya sedangkan lori tu ada masalah. Pb pun hairan, pagar penghalang tidak secara automatik jadi pelbagai masalah akan dihadapi. Setakat ni tak dengar lagi keretapi langgar orang, lepas ni kalau ada, baru nak diubah kot.

Farmbrozen Kenari (aduhai....)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb jumpa cookies ni masa jalan rumah E-na (Japan) terus berkenan. Adunan pun macam senang nak buat, bahan tak banyak. Tapi........pb rasa ini kali pertama dan terakhir membuatnya. Tak sanggup den.......menunggu bakar biskut ni, punyalah lama. Naik letih dibuatnya, ditinggal kang.......hangus pulak..

Oh ye, ingat nak update pasal pergi makan2 kat restoran Senario di area One Borneo hari tu. Tapi pb rasa takde orang yang berminat nak tau, siapalah kita ni kan? Kalau blogger popular, mesti ramai yang terjah. Pb nak bagi hadiah pun takde orang nak join, nak buat macam mana, simpan je la hadiah tu atau bagi kat sape2 yang nak kahwin nanti.

Resipi ni pb copy paste je dari blog E-na, takpe kan?  Rasanya E-na tak kisah.......dah ramai yang buat cookies ni, bukan E-na saja, ada lagi pb tengok kat blog kawan2.


FARMBROZEN KENARI
Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm (pb guna loyang utk pizza, habis bongkar almari, takde size 4 segi kecil)

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  lapisan base /cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya. (pb ganti jem kiwi)
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi seperti dalam gambar 2.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan seperti gambar 3. 
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry seperti gambar 4.
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan.

Guna loyang pizza dan sapuan filling tu guna jem kiwi tapi pb terletak banyak kot, meleleh2 masa nak potong.......seksanya...

Hubby kata, gajus tak rangup, tak best....nyampah la...dah la 1st time buat...

Terkial2 pb potong kuih ni, rapuh sangat. Atau mungkin jem kiwi tu terlalu banyak. Entah bila boleh buat lagi. Kalau buat pun lepas ni, guna acuan tart yang kecil kot.

Terima kasih kepada tuan punya resipi yang asal.

Biskut Snow Almond

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ketinggalan! Orang dah tak buat biskut raya tapi pb barulah pergi cari bahan kat bakery. Tapi pb nampak, ada juga mak2 orang tengah cari bahan untuk buat kuih. Agaknya nak buat open house kot?

Biskut Snow Almond ni pb makan masa kat rumah kawan mak mertua di Kelantan. Kita orang pergi dah malam, setiap tahun wajib pergi rumah dia. Masa kita orang makan biskut ni, hubby puji2 sedap. Makcik tu kata dah nak habis dah kuih tu. Memang cukup2 untuk kita orang je masa tu. Dapatlah rasa sekeping sorang.

Jadi pb pun bercadang, balik nanti nak buat jugak. Hari tu jalan2 ke blog Cute Oven, Small Kitchen....NAZ dan jumpa biskut ni, terus tak fikir panjang dah, rembat resipi tu....hehe...Terima kasih ye Naz dan mereka2 yang berkaitan memanjangkan resipi ni di blog masing2. Anak pb suka sangat, pagi makan, petang makan, malam pun dia bedal lagi.

Minta izin copy paste resipi ye Naz.

BISKUT SNOW ALMOND
copy paste dari NAZ

Bahan A 
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Beza sikit dari Naz, pb buat biskut tu bulat2 sebab malas nak keluarkan barang2 terapan. Duduk depan tv sambil menggentel kuih......hehe.....lepas tu pb dengar budak2 bagi salam. Alamak, tengah berselerak ni ada pula nak datang beraya. Rupanya kawan anak, pb pesan datang esok je ler......hehe...takpe, dia orang tak kisah pun.

Tengok tu, besar gedabak jadinya......

Lembut bila dikunyah, rangup diluar dek bread crumb tu.....


Dapat banyak juga kalau satu adunan, kalau habis boleh buat lagi. Rasanya tak perlu tunggu raya biskut ni, anytime nak makan pb akan buat lagi sebab bahan dia tak susah mana pun. Botol kuih takde dalam simpanan jadi pb terpaksa simpan dulu dalam tupperware.

TAT SINGAPURA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dari semalam dan semalamnya tak sempat duduk depan komputer lama2. Update blog pun sambil2 je ni.......sekarang pukul 5.15 pagi.....lepas ni nak gosok baju pula.

Ok, ini tat singapura yang pb buat semalam. Dari buku Tat & Brownies oleh Salhah Bujang.



nanti pb sambong, ada hal kejap.......




dah settle keje, sambong resipi Tart Singapura.....
400 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
100 gm tepung jagung
2 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Inti nanas secukupnya

Cara membuatnya:

Pukul mentega, gula, esen vanila dan telur sampai sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli lembut hingga menjadi doh. Rehatkan doh sekejap.
Canai dan terapkan doh, letakkan inti nanas di tengah doh yang diterap dan letakkan lagi doh yang diterap di atas inti nanas tadi. Susun dalam loyang.
Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180C.
Sejukkan tat dan hias dengan coklat putih cair. (pb letak kaler merah)

Inilah satu2nya biskut yang ada kat rumah pb. Akan datang mungkin buat lepas raya, tu pun kalau rajin.


Selamat pulang kekampong halaman masing2 pada semua teman yang singgah ke blog ini. Semoga perjalanan kalian di lindungi olehNYA.

Pb bertolak pulang Sabtu malam, kena berbuka di airport nampaknya. Entah dapat update blog ke tidak, laptop taknak bawa. Tumpang sesape yang ada komputer je.....itupun kalau sempat...

Tat Bluberi Crumble

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dalam pada badan tak sihat (sikit je) pb sempat buat tart untuk Kak Rose/ kakyon yang datang bercuti di Sabah 3 hari ini. Bagaimanapun ketika ini pb belum sempat berjumpa dia kerana kakrose sekeluarga masih belum pulang dari kaki gunung Kinabalu. Seronok sakan kakrose dengan famili yang ramai tu.......

Tat Bluberi Crumble ni dari buku Kompilasi TAT dan BROWNIES oleh Salhah Bujang. Dah lama beli, tapi bila nak buat tart, selalu tak jumpa cari. Sekarang ni pb dah susun semua buku resipi kat satu tempat.

Pb tolong salinkan resipi kat sini ye. Cuma bahan pastrinya pb tak ikut dalam buku ni. Kalau ada sesiapa yang nak cuba, silakan. Seeloknya buat separuh adunan dulu.

Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung gandu
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  1.  Bahan topping:
  •  180 gm tepung gandum
  • 80 gm gula merah/perang
  • 80 gm mentega lembut
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Jem bluberi secukupnya

Cara membuat kulit tart:

  • Campur tepung dan gula aising. Gaul rata.
  • Masukkan mentega dan uli lembut sehingga menjadi serbuk yang kasar.
  • Tuangkan telur dan esen vanila. Uli hingga lembut.
  • Bentuk doh di dalam acuan tart.
  • Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180C.

Topping:

  • Campur gula merah, tepung gandum, serbuk kayu manis dan serbuk penaik. Digaul rata.
  • Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi serbuk yang kasar (crumb). Biarkan sekejap.
  • Masukkan 1/2 sudu makan jem bluberi kedalam kulit tart dan tabur crumb di atasnya. 
  • Bakar sekali lagi selama 20-25 minit pada suhu 180C.




Tart ni sesuai dengan mereka yang tak suka makanan manis. Sedang elok je......

Harap kak rose suka ^..^

Biskut Coklat Chip ala Famous Amos (2)

Salam Sejahtera....

Rasa tak sihat badan tak menghalang aku menjalani ibadah puasa dan kerja2 seharian. Dari pagi sampai ke petang aku selsema. Walau bagaimanapun biskut raya untuk ku bawa pulang, siap juga 2 botol. Kalau rajin aku buat lagi. Tapi cukup rasanya. Nanti berat sangat pula bagasi tu......tapi aku nak jimbit je nanti. Faham2 je la kalau naik Air Asia, semuanya duit.

Kali ni aku nak share resepi daripada www.resepiruziatuladibah.com/ terima kasih ye.....

BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS

125 gm butter
150 gm gula perang
180 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikabonat
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
120 gm coklat chip
60 gm badam berkulit panggang (racik) - aku tak guna badam tapi kacang walnut
3 sudu makan kelapa kering (tak guna kelapa tapi ganti dengan quaker oat)

Cara:-

Pukul butter dan gula perang.
Masukkan telur dan esen vanila.
Masuk tepung gandum yang di ayak sama dengan baking powder dan soda.
Masukkan coklat chip, quaker oat dan walnut.
Jika doh lembik, masukkan dalam peti ais supaya senang di bentuk.
Sudukan adunan dalam loyang pembakar.
Bakar pada suhu 150C selama 25 - 30 minit.

nota: suhu rendah dan masa yang lama untuk memastikan biskut rangup.

Chocolate chip ala Famous Amous

Balik dari airport tempohari, anak ku dapat sebungkus biskut famous amous. Suka sangat dia....sebabnya? ibu dan ayah dia tak pernah belikan sebelum ni. Bukan taknak beli tapi setiap kali melalui kedai2 di airport, kami jarang singgah. Benda mahal siapa nak beli? Kalau dah ada tempat yang murah, takkan kita nak pergi tempat yang mahal, betul tak? Melainkan kalau terdesak memerlukan barang tu, barulah di beli.

Sambung balik cerita pasal biskut famous amous tadi.
"Ibu......kalau ibu buat biskut tu, buat banyak tau sebab Aziz nak makan pagi, tengahari, petang dan malam. Nak bawa bekal ke sekolah lagi!"
"Amboi? hari2 nak makan biskut je? ok la....ibu cuba buat, kalau tak sama.....jangan komplen pulak"


Cari2 resepi biskut famous amous tu, terjumpa fotopage erynejasmine........terima kasih ye, walaupun ada lagi resepi yang macam ni tapi aku berkenan cuba eryne punya..

CHOCOLATE CHIP ALA FAMOUS AMOUS

1 cwn butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bikabonat
1 cwn gula halus
1 cwn gula perang
2 1/2 cwn oat mesin halus
12 oz coklat chip (kalau tak tau ukuran dlm gram, klik kt hp je)
1/2 s/k garam
9 oz coklate cadburry (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cwn chopped nut (saya campur walnut dan badam)
1 s/k vanilla


Pukul butter dan gula hingga gebu.
Masukkan telur, vanila, tepung, oat, garam, baking powder, soda bikabonat.
Masukkan chocolate chip, cadburry bar dan lain2. Gaul rata.
Sudu dalam loyang dengan jarak 2 inci.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.

nota: terus terang biskut aku tu tak lengkap chocolate chip dan chocolat cadbury
tapi tetap rangup dan sedap kerana ada oat dan kekacang.