Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Selamat Tinggal Syawal





kawan2 abang solat asar berjamaah


Hari ini 1 Zulkaedah, maknanya Syawal berlalu sudah. Hari raya 30 hari sudah tamat. Adios. Kita mohon Allah panjangkan usia untuk berjumpa lagi Syawal yg akan datang. Hari ini cuti ganti Hari Malaysia, dan kebetulan ramai kawan2 anakanda di UIA nak beraya di rumah kami maka nak tak nak isteri saya pun menyediakan juadah raya untuk meraikannya. Bertungkus lumuslah kami anak beranak terutamanya isteri dan kakak di dapur.




Dijangkakan rombongan dari UIA ini akan tiba sekitar pukul 2 ptg. Tup tup...ribut dan hujan lebat tiba. Aduhai...kawan2 Amir semuanya datang naik motor. Kesian, basah kuyup la nampaknya. Setengah jam kemudian hujan mulai reda.


Kawan2 kakak mula2 sekali tiba dengan Kancil. Lepas tu kawan2 shilah satu kereta. Seterusnya kawan2 abang pun tiba. Batch pertama dalam 15 bijik motor. Batch kedua dalam 10 bijik motor. Riuh jugalah laman rumah dengan bunyi motor. Juadah nasi dagang, nasi impit kuah kacang, lepat pisang, kueh lopes, rojak buah, agar2 hijau, kek carrot, pavlova, dan aneka biskut raya dan jajan dinikmati oleh tetamu sekelian. Alhamdulillah semuanya cukup untuk 50 orang yang hadir.




@@@

Saturday, August 25, 2012

Buah Salak Gred A



Buah Salak Gred A hasil usha anak sepupu saya Mohd Sowi (beberapa tahun senior saya) dari Kg Chenderong Batu, Kelantan. Asalnya benih Salak Sabah ini diberikan oleh bapa saudaranya iaitu arwah Hj Shafie, bekas Imam Masjid Chenderong Batu.


Dia telah menyemai bijinya dan menguasai teknik kawin jantan-betina pokoknya bagi penghasilan buah yang subur. Tanah kampung memang sesuai dan keredupan di bawah lindungan bayang pokok2 besar di sekitarnya memberikan pencahayaan 50-50 sangat ideal untuk pokok salak ini membesar dan hidup subur.


Kini Mohd Sowi adalah pemilik yang berjaya kepada ratusan pokok salak yang sudah matang yang sentiasa menghasilkan buahnya tanpa mengenal musim. Tahniah Mohd Sowi (yg saya panggil Abe Ngoh) atas budi mu pada tanah yang di balas Allah dengan rezki melimpah. Pada tahun ini sahaja sudah kurang lebih RM6,000 diperolehinya daripada jualan kepada peraih yang datang ke kampungnya. Pendapatan ini mungkin mencecah tiga kali ganda jika dia menjualnya secara langsung di pasaran.


Nota: Abe Ngoh hadiahkan saya 5 kg buah salak fresh sebagai cenderahati pada pertemuan kami di Hari Raya beberapa hari lepas. Terima kasih.


@@@

Sunday, September 26, 2010

16 Syawal






Pada 16 Syawal ini, isteri sibuk menyiapkan pesanan kek coklat dan biskut raya buat jiran yang membuat tempahan. Seterusnya di siapkan 'belda merah' dan kek coklat untuk di bawa ke 'open house' persatuan penduduk yang bermula pukul 10pagi. Petang nanti rombongan anakanda Amir bersama kawan2nya dari UIA akan berkunjung, jadi di sediakan juadah nasi tomato, gulai ayam, sambal lada & acar mentah, bersama kueh-mueh yang lain.


Alhamdulillah sekitar pukul 11tgh kami berkunjung ke rumah terbuka persatuan penduduk yang di adakan di hadapan Surau Al-Faaizeen, dihadiri seluruh penduduk taman Fasa Anggerik. Menu utama ialah Nasi Beriani hidangan Siti Catering yang di taja oleh salah seorang ahli khariah. Seterusnya segala juadah lain disumbangkan secara 'potluck'. YB Md Isa, Adun Batang Kali juga sempat meluangkan masa bersama isteri untuk menghadiri majlis.


Kemudian kami bergegas ke Majlis Kenduri anak pasangan Ustaz Hassan Basri dan Ustazah Jamilah yang diadakan di Dewan Orang Ramai bersebelahan dengan SMK BB. Kami yang sudah kekenyangan mengambil sedikit lauk-pauk untuk dinikmati bersama dessert dan minuman. Majlis di serikan dengan iringan lagu2 persembahan dari kumpulan Raihan.

Seterusnya kami pulang untuk mengemas rumah dan isteri ke dapur memulakan masakan. Sekitar pukul 2ptg sahabat saya Sdra Bakar sekeluarga tiba dari Rawang, kerana sms jemputan raya yang saya hantar kepadanya sebenarnya untuk hari sabtu depan tapi telah di anggap jemputan untuk minggu ini. Silap saya kerana menghantar sms itu awal sangat...he he. Maka kelam kabutlah buat apa yang patut. Juadah kering raya saja yang sempat disediakan. Jemput datang lagi untuk hidangan nasi dagang minggu depan ye Bakar.



Amir dan sahabat2nya tiba sekitar pukul 5ptg. Maka meriahlah suasana di rumah kami. Hidangan nasi tomato bersama gulai ayam itu licin di nikmati tetamu sekelian, Alhamdulillah. Dessert special iaiatu 'cocktail' sebagai pembasuh mulut. Mereka juga mendirikan solat berjemaah asar dan maghrib di ruang tamu.


@@@

TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...