Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan, dengan kerjasama Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA) akan menganjurkan: Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UITM 2025
Tarikh: 25 – 27 November 2025 (Selasa – Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
Dengan bertemakan “Ledakan Kreativiti,” pada tahun ini, sebanyak 20 kumpulan terbaik UiTM yang akan berentap mempersembahkan hasil inovasi dan kreativiti mereka dalam memperkukuhkan budaya kualiti, inovasi serta kecemerlangan organisasi.
Siaran Langsung Majlis Penutup:
YouTube Live – Fakulti Sains Kesihatan UiTM
Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan konvensyen ini.
Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat kami hargai dalam menjayakan penganjuran Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2025.
Sekian, terima kasih.
UNIT KUALITI
FAKULTI SAINS KESIHATAN