Tetiba je saya buat GA ye. Macam tak percaya pulak. Oh..silalah percaya. Dari bulan February nak buat GA untuk kawan-kawan tapi takut takde orang yang nak join. Waktu tu kononnya sempena birthday Si Kembar dan Danish.
Lepas tu konon nak buat bulan Mac tapi terasa tak konfiden lagi so terbantut lagi. Semalam saya saja ambil gambar bear-bear Yani dan Yana yang setiap hari bersepah tu. Tiba-tiba terasa nak buat GA simple je. Harap maklum, tuan tanah nak mengira bear-bear dalam gambar tu pun naik berpinar biji mata. Siap suruh Danish dan Danial tolong kira. Hampeh je minta tolong diorang. Si Danial jawab 79..mak ko...mana datang 79? Danish jawab, sipi-sipi.
Masih belum join? Jomlah join. Eksesais tajamkan mata. Hahahaha....hadiahnya? Takla grand mana. Semua hadiah ditaja oleh Big D's Crafts (sambil berGA, sambil promote bisnes)..hehe...
Sila Klik SINI untuk join
Penaja GA ^_^
Nota kaki : Tengah sibuk ngan Gwiyomi ... lupa sekejap pilihanraya hahaha.