Darlings

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Selamat pengantin baru Pn wanie & Pizie

Tribute satu entry khas untuk wanie & Pizie sebab tak dapat datang. Betul lah orang cakap.Manusia ni merancang. Allah jugak yang tentu kan. Planning baik punya setting calendar, Jumaat malam sabtu dah ready balut hadiah. Semangat waja cari wrapping paper pink colorrr. Sekali tak dapat jugak nak meraikan pengantin baru ni. Kesihatan Mr. Razman tak mengizin kan. Dengan aku sekali terseret EL. Nasib lah hari sabtu half day je keje.


So sekarang mampu tengok gambar aje laaah. Nak di jadi kan ceghita pulak, aku memang mengidam nak makan lauk kenduri ni. Mampu telan air liur jugak. Nasib la tak de gambar makanan kat fb wanie ni.

Maap pengantin sebab cilok gambar tak bagitau. Surprise kekonon. hehe







Pengantin kreatip ni. Bungan kantan okeh.


Untuk pengantin baru.


Walaupun dah bergelar suami isteri dah bape bulan. Tapi still nak wish selamat pengantin baru. May Allah bless both of u. Semoga cepat dapat baby. hikhikhik.

Nanti jangan lupa claim hadiah ye puan. hehe

Saturday, January 4, 2014

Pahit Manis 2013

Entri ni di update pada 31 december 2013. Tapi 4 January baru publish. Boleh cenggitu kennn.


Hari ni dah jadi penutup tirai 2013. Banyak suka duka yang dah aku hadap sepanjang 2013. Bila awal tahun hari tu secara rasmi nya menginjak ke 25 tahun a.k.a dah masuk suku abad. 

Kalau di pikir kan balik, zaman aku sekolah menengah diploma & degree, aku selalu letak target nak kahwin masa umur 24 or 25 tahun. Alhamduillah. Allah perkenan kan niat. So tak salah pasang angan angan ye dak. Janji kaurang ada usaha ke arah tu. Jangan takat pasang angan angan sajek. Usaha nya yileeeeek. Tapi kalau dah usaha , tak do rezeki tu lain citooo. Tu terserah pada takdir.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang hangat tahun 2013 ? hurmmm of cos la pasal kahwin, bab buat wedding prep. bab sakit kepala pikir kewangan goyah gile kahwin punya pasal. Bila dah lepas je bulan august. Ringan sikit beban kepala ni.

18.07.2013 - Cukup 2 tahun boleh hapus P dekat kete. Memang saat yang di tunggu sebab dengan ada nya P memang selalu kena buli je la kan. Nak nak duduk area glenmarie , jalan yg poyo manjang jammed.

Untuk wedding prep pulak, aku update je lah serba sikit gambar. takat yang ada kat hp.Pasal diy dulang hantaran. Memang agak mencabar pun hado. Tapi nasib ada papa yang dok tolong gam gam kan span dekat dulang. then aku siap kan cucuk cucuk bunga. Memang sempoi habis pun hiasan hantaran aku. Janji aku puas hati dengan keje sendiri.

Antara diy diy yang berjaya aku buat. 

ade 11, satu lagi in progress kot
Her to Him
Diy Handbouquet tuk sanding. Meghah meghah tangna pintal dawai

Him to her
Door gift tuk tetamu

Berinai pun dekat pukul 12. mata layu habisss. Tapi thank to cik wahida and sista sebab susah payah dtg rumah
Boleh dapat kan di Kedai Typo dekat setia mall.
Sanding day with le family

Outdoor dekat pantai senokkk. Terpaksa tunda hari laen sebab cuaca tak mengizin kan

Tu je la serba sedikit pasal wedding . Kalau details tu tunggu je la gambar. aku tak ambik lagi dengan photog. Sorang dok shah alam sorang dok kelantan. Malas nak berpos bagai.

11.09.2013

Tepat sebulan kahwin  aku semangat waja beli UPT digital tu tuk buat pregnancy test. Alhamdulillah rezeki bunting pelamin. Details pasal pregnancy nanti aku buat entry khas je. 

Our junior - 8 weeks

5 months 

Doakan semua selamat. Berjalan lancar.

Tu je la yang aku mampu update. Nak update panjang panjang tak kuasa deh. Dengan Si sepul yang suka curi curi tengok kat tepi ni.haha. Nama sepul pun boleh masuk kat blog. okeh lah. 

Chowss.

Friday, August 23, 2013

Wedding Invitation : Mr Razman & Lyaa a.k.a Norly

Dengan ini, segala hormat nya nak menjemput kawan kawan blogger yang sudi datang untuk meraikan Majlis Bertandang yang bertempat di negeri sembilan.

Buat masa sekarang ni memang tak sempat dah nak pos kad kawen. Tapi kat sini aku serta kan alamat & peta. Gps coordinat aku lupa pulak nak mintak dengan Mr. Razman. Nanti dah ada ke aku update lagi ler.




sape yang nak datang & nak tanya jalan. boleh call 012-9466940.

Thank you.

Bai!

Tuesday, April 2, 2013

D.i.y : Lace Vs Peplum

Kalau sentuh bad D.i.y , aku bukan lah manusia yang tangan berseni. Tapi semangat nak mencuba tu sentiasa ada. D.i.y yang aku try ni dah lama dan agak kebasian . Tapi saje nak update blog hari ni. So aku decide untuk update pasal d.i.y ni.

Bukan d.i.y yang hebakkkk sangat pun. Takat jahit lace kat peplum je pun. 

Masa ni dalam proses letak letak je pun. Nak tengok sesuai ke idok. Tengah pikir nak patch kan black or grey color. Sekali aku pilih grey lah.

Gigih tu memang gigih lah. Sebab aku memang beginner habis kan bab menjahit ni. Jahitan tak kemas. Nak pulak bahagian tangan. Memang hancur terus. Tapi semangat berkobar kobar. So, jahitan tetap di terus kan. 
Di sebab aku ni menjahit waktu malam je , so ambik masa dua hari jugak lah. Bila dah siap jahit, tangan gatal pulak nak letak manik sekali. Dah memang kebetulan aku banyak stok manik manik bagai ni. So sekali jalan ajeee. Salah satu punca gigih jahit lace ni sebab rasa peplum ni plain sangat. Lagi pun aku nak pakai untuk attend wedding Yna. So, try kreatip kan otak sikit lah.


Bila dah siap berjahit. gini lah ghupe nyaaaaaa. Time ni pagi pagi sabtu beb. odw nak p kojeeeeeeee. So aku padan kan dengan jeans dulu. Afta work baru aku tukar skirt. Kata nak p kenduri. Sesopan sikit pakai skirt kan.

 Kualiti gambar berubah sebab gambar yang kat bawah ni guna hp si model cantik anyss amira. Macam tak percaya jumpa kat wedding ynaa. Cantik teramat bila jumpa depan depan. Bab pengantin tu tok sah ceghita lah. Lagi berseri seri. ni first time jumpa yna tau. kenal dia through blog dah lama sangat.

congrats ynaaaa.


Conclusions nya. diy kali ni berjaya. Boleh try lagi next time. Dan tak luupa untuk yna. Thanks sebab invite ke ur wedding. selamat berbahagia hingga hujung nyawa. Jumpa lagi next time!








Thursday, February 14, 2013

Wedding : Ex Schoolmate

Balik kampung je mengigih kan diri p wedding kawan. actually ada banyak jugak wedding kawan kawan yang tak dapat nak attend. Kekangan masa orang cakap. Dalam hati, terkilan yang amat sebab terlepas peluang jumpa kawan kawan lama. Mungkin tak berjodoh lagi nak jumpa. Next time may be. 

Tahniah Puan nana & Suami. Semoga kekal sampai syurga. Di kurnia kan zuriat yang soleh solehah. Bahagia dunia dan akhirat. Doa kan untuk i jugak yeeee. Nanti wedding jangan lupa datang pulak.

Berkobar kobar p wedding nana sebab lama tak jumpa kan. n semangat nak jumpa cik mai a.k.a pemilik blog si polan melihat awan . Tapi nana cakap ada masalah teknikal sikit. Tak pe mai. Len kali kita jumpa ye.
The bride & Groom.
Orang cakap free style terus tak tau nak pose acane sbb ramai orang kat depan. Sogan !
Candid lah sangat kan.
Gambar versi lain sikit sebab camera ayu.

 Tak puas hati betul dengan kualiti gambar kan. Saborrrrr je laaah.




Monday, December 17, 2012

Suka Duka Bertunang

Pejam celik rasa macam baru je bertunang. Tapi bila pandang cincin di jari ni macam dah lusuh gayanya. Lusuh tak lusuh tu belakang ceghita. Yang penting Value di sebalik cincin ni.

Orang orang tua selalu pesan kan. Adat bertunang tak elok lama lama. Oh bab tu kitorang dah langgar. Memang lama sikit sebab masing masing macam tak berapa nak ready nak lompat ke alam perkahwinan. Masing masing busy dengan benda benda alah yang aku sendiri pun tak tau hapebenda. 

Dugaan sepanjang bertunang?

Alhamdulillah setakat ni tak ada dugaan yang betul betul menggugat jiwa , Mungkin sebab dia banyak bertolak ansur. Time aku nak cari gaduh, dia buat derk. So secara tak langsung terus lah tak jadi gaduh kan.

Cuma dugaan dari segi duit la kot. Yang ni susah nak elak kan.Aku bukan di lahir kan sebagai anak orang kaya beb. So nak buat wedding versi wedding of the year tu nehi heyyyy. Cukup ada sedara mara sahabat handal. Satu yang aku syukur. Sebagai anak tunggal, Umi papa dah confirm confirm jadi main sponsor. Hoyeah. Big Clap untuk diri sendiri.


Rezeki?

Alhamdullilah. Sepanjang bertunang. Aku ada dapat dua tiga offer untuk exec, engineer pun hado. Tapi buat masa sekarang masih bertapak di Sini. Tempat keje lama. Mungkin belum tiba masa lagi aku nak tinggal kan first job aku ni.

Rezeki naik pangkat pun berpihak pada Mr Razman. keje keras dia selama ni berhasil. Aku tumpang bangga dengan pencapaian dia.

Preparation?

Yang tu kalau aku rajin aku update kat blog bride to be yang masih di private buat masa sekarang.

Sampai aku masa nanti aku public kan pada readers. 

okey guysss.

Bai.

Monday, October 1, 2012

Wedding 2012

Semalam dapat 3 wedding invitation. Tapi berjaya p 2 je. Yang satu lagi Cik Fa . Tak sempat nak p. Ralat habis babe. Sebab bila tengok gambar Cik Fa, terus rasaaa arggggh cantik nya kau ni Cik Fa. Speechless. Sebab aku tak dapat nak p. Tapi aku boleh ucap Tahniah kan kat belog ni. Maka aku dengan dengki nya cilok gambar Cik Fa dekat facebook dia.  Ampunnnnn.
Congrats Fa & husband. Semoga berkekalan sampai Syurga.
Stunning!

First Wedding yang aku pegi bertempat kat Dewan Banquet , MBSA. Grand habis dewan nya. Pelamin dia, fulaweh. Terkedu je lah pandang. Tak sempat nak snap gambar. Sempat snap gambar penganten tengah makan beradab je sekeping sebab aku rush nak p wedding Tasya kat Klang pulak.
Congrats Mr Syazrul & Mrs Juliza. U guys Sepadan sangat sangat.

Second Wedding bertempat kat Jalan Kebun, Klang. 

Tasya ni kawan aku & Mr Razman. Kenal masa attend event anak yatim dulu dulu.

Jom layan gambar lah.

Meet the Penganten Baru. Tasya & Zaki. Baju meletop sangat sebab kale pinkkkk..
Best jugak sebab sempat jumpa Cik model cun a.k.a Fifiey Suhaimi. Dia dah nak balik time ni. So sempat salam & bergambor je lah.
Aku jatuh hati dengan gambar pre wedding Tasya ni. Cun habis. At least lepas kawen ni, boleh ler gantung gambo ni kat bilik tidur ke ape kan.
Dah lama tak jumpa mak buyung ni.. Cuzzy si Tasha da penganten.
 Aku tertarik dengan guestbook Tasya ni. comel lote ore kelate cakap. Dah lah siap boleh ambik gambar poloroid then tampal dalam guest book. Kelas gitewww. idea by cik puan pingu

Wedding cake pun cun habis. Mana tak melting tengok.
The Pelamin
Tu je Kisah Hari Ahad. Ahad aku berakhir dengan jaya nyaaaaaaa. Tunggu weekend minggu depan pulak. Nak block date jumpa kak kin. Amin

Wednesday, June 20, 2012

Wedding Epa @ Dewan Serbaguna Sirim.

Last sunday, bertuah sebab dapat hadir kan diri ke Wedding Epa  her husband. Siapa Epa? Epa ni di antara kawan blogger aku di zaman awal awal blogging lagi. Sampai ler sekarang. Sebab aku cakap bertuah? 

Sebab aku jarang dapat spend masa untuk jumpa blogger yang rapat dengan aku. Kalau aku buat list. Ramai blogger yang aku nak lepaking sama sama. Macam Sis Ziera, Indah Mulya, Hazanis, Dak intan nurfateha, Nurulbadiah,Fasha, Nani ilias, Ee and Kak reen, Ila hunnybunny. Ishk. Kalau list kan semua memang tak terkira lah.

So, bila aku ajak Mr Razman , dia cakap okay. Aku ler orang yang paling happy.

Masuk dewan sirim je , terus aku nampak puan epa. Kuning di raja okeh. Manis je pakai songket. Seri penanten orang cakap.
Okeh. terasa pendek di samping Puan Epa.

Her sweet pelamin.

To Puan Epa & Husband.

Congratulation & Thanks for da invitation dear. Nanti tunggu Wedding kita yang entah bila tu pulak. hehehe. Nanti set masa untuk lepaking lagi.

Monday, June 18, 2012

Saturday yang awesome!

16 June, Lepas keje berkejar ke Kg Melayu Subang. Offismate buat akikah untuk puteri sulung dia. Tapi sekali pusing pusing, tersesat daaaa, Tak jumpa cari rumah. At the same time, umi aku call few times suruh datang Cheras dulu , attend wedding anak sepupu aku. Takut tak sempat jumpa umi aku, pusing ler balik p cheras dulu. Kang tak sempat jumpat umi pulak. Jalan pun boleh tahan jammed okeh. 

Luckily, aku sempat jumpa umi, sempat camwhoring lagi. Jumpa umi dalam sejam pun jadi lah, dari tak jumpa langsung kan.

Ramai ler jugak jumpa sedara mara kat sini, Tak sangka ramai jugak sepupu sepapat aku belah papa ni stay Kat KL. Heeee. Nampak sangat tak tau sebelum ni kan.

Kalau p wedding ape lagi aktiviti kan. makan , bergambar, chowsss ler. Nak stay lelama pun tak boleh. ada tempat lagi nak p.
  
Terjah gambar penanten dengan flower girls.
Baju penanten kebabooom habissss.
Familiess. Picha selalu blur sebab ambik dengan HP je. So, Redha ajo lah
Adik penantennnn
Okeh candid ibu dan anak . Umi tengah rembat udang penanten
Lepas umi bertolak balik ke Kelantan. Dengan secepat mungkin gerak p Kg Melayu Subang pulak. Ohh nasib baik ler sempat lagi p. Officemates aku pun ada lagi dok sembang sembang. Tak do lah raso macam kera sumbang sangat kan.
Diana a.k.a mummy Nur iman safiah
Cantik kan combination color. Pink & Blue.
Budak tecik comel ni. Gerammmmm!

Lepas kenduri akikah. Chows kan diri balik rumah. Sebab ada orang tu cakap nak rest, ganti tidur. Tapi tup tup pukul 8 call balik. Ajak p makan kaw kaw burger. heeeee. 

Aku ON je. sebab aku tengah kebulur kan. Tapi ni Kawan Mr Razman yang ajak, Kalau bukan sebab kawan dia yang ajak, Aku rasa memang tak la dia nak ajak, Dah kenal sangat Perangai dia yang tak suka beratur tu.


Aku amek set yang single aje, sebab aku tau, aku tak mampu nak habis kan double bagai. Single pun aku dah main sumbat sumbat. Review aku pasal kaw kaw burger? Boleh lah. Tak de la over sedap, tak de la tak sedap sangat. Ikut tekak masing masing kot. May be bagi certain orang sedap gile kan. Pendapat masing masing. 

Okeh? lepas ni nak p try Yazid burger kat shah alam pulak...