
Sebagai ibu kita hanyalah insan biasa yang tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Terutamanya pada anak-anak, jangan kita fikir sebagai seorang ibu kita tidak pernah atau tidak akan melakukan kesilapan pada anak-anak, kadang-kadang kita memarahi mereka dengan cara yang keterlaluan, maklumlah bila perasaan amarah dilayan semakin menjadi-jadi rasa marah. Lepas tu boleh terucap ker kata maaf seorang ibu pada anaknya??? Itulah yang sedaya upaya saya cuba lakukan mudah-mudahan dipermudahkan InsyaAllah.
Mulut orang perempuan ni kalau dah marah atau membebel tak ada titiknya sampai melalut tah apa-apa, tu yang sampai sumpah seranah yang bukan-bukan mintak dijauhkan terutamanya anak-anak remaja sekarang ni. Kalau tak betul didikannya mahu pening kepala kita dibuatnya macam-macam masalah yang timbul. Kalau marah anak yang masih kecil atau masih sekolah rendah boleh lagi dia nak dengar kata, kalau masih tak dengar juga boleh lagi dicubit-cubit, menjawab pun belum pandai lagi.
Yang remaja ni yang payah sikit, kasi kebebasan lebih sikit pun tak boleh, kalau dikasi tah ke mana-mana dia pergi apa lagi kalau dibagi motor lagilah besar langkahnya. Kalau tak kasi handphone kang dia kata kita ni tak ikut perkembangan sedangkan budak-budak sekolah rendah pun gi sekolah bawak handphone, bila dikasi lain pulak citenya asik sms tak kira masa bila kita tegur atau marah kang sekat kebebasan dia pulak, itu tak boleh, ini tak boleh tapi kalau dah i lap u, u lap me apa cite... ku mencintaimu kau mencintai ku macam mane.
Hari raya anak-anaklah yang kaya sebab banyak dapat duit raya, bila duit banyak mulalah nak beraya rumah kekawan, dia tak gi naik bas dia curi-curi bawak motor, dia kata nak beraya dekat-dekat jer tau-tau nun jauh berbatu-batu, kasi salah tak kasi pun salah.
Satu lagi dia mulalah nak gi ke bandar tengok wayang atau jejalan dengan kekawan dia, sebagai seorang ibu takkanlah kita nak kongkong dia kat rumah jer, walaupun kat dalam hati ni tak nak kasi dia pergi biar pergi dengan kita jer, sesekali dia nak juga dia jejalan dengan kekawan, tak terlarang kita ni.
Cuba bayangkan jika terserempak dengan anak kita yang keluar dari panggung wayang sambil berpimpinan tangan dengan seorang gadis. Bagaimana perasaan kita sebagai seorang ibu, sedangkan dia minta izin keluar dengan kekawan lelakinya. Apatah lagi anak kita tu masih diawal remaja.
P/S: Kalau sampai tak boleh nak kata lagi atau dah hilang semua kata-kata atau dah kering air mata hanya padaNya kita meminta doa yang terbaik untuknya moga dipulangkan ke pangkal jalan dan diberikan petunjuk.