Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, 14 June 2022

Bestnya Dediangs ke G2G Animal Garden Serdang

Salam hai, korang pergi mana je masa cuti sekolah hari tu? Kitorang tak dapat pergi mana pun sebab semua tak sihat, tapi nasib baik sebelum tu kitorang dah merayap ke Melaka dan pergi mini zoo hari tu, so tak terasa sangat lah bosan kan..hihi

So, dalam entry ni aku nak cerita pasal Mini Zoo yang kitorang pergi hari tu. Lama dah aku aim nak pergi sini, tapi entah kenapa tak dapat green light hahaha.. so kebetulan masa tu parent aku datang tido rumah, maka aku usulkan cadangan untuk ke sini hihihi.. ye lah daripada pergi Mall nanti habis duit beli ntah pape, baik lah pergi zoo tgk animals, dediangs pun suka :)


Dekat je dengan rumah kitorang, G2G Animal Garden ni area Maeps Serdang tu ha, memang dalam tu pun. Besar rupanya kawasan dalam tu, dah masuk dalam tu hujungggg tu nanti baru lah sampai tempat nya.

G2G Animal Garden ni berkonsepkan petting zoo, so haiwan yang ada kat situ semua nya haiwan2 yang jinak daripada kucing, arnab, sampai lah ke haiwan2 ladang seperti kambing, kuda dan sebagainya.


Jom tengok apa yang bestnye pasal G2G Animal Garden ni :D

1. RUANG YANG JUST NICE UTK JALAN KAKI

Yes, ni yang paling best! Jarak antara satu rumah haiwan dengan haiwan yg lain dekat2 je tapi teratur kawasan dia. Not bad lah bagi aku, maybe sebab sebelum tu kau dah berpenat-lelah menapak dalam Zoo Melaka yang sangat luas itu, jadi bila g Mini Zoo camni rasa macam ya Allah, seronoknya sebab tak penat jalan sangat~ Hahaha!

First masuk, korang akan melawat taman burung dulu sebelah kanan. Dia punya tempat burung pun sangat lah best, even ramai tapi sebab burung dia pun banyak, so takdelah berebut sangat nak tengok. Boleh beli kuaci yg disediakan utk bagi makan kat burung2 tu.



Marissa masa ni dah tak kelihatan dah sebab dia nangis, nak bagi burung makan kuaci, tapi takut.. lepas tu nangis pulak hahalahai lah anak~



Background yg ada gambar burung2 ni colorful, cantik sungguh! Tapi ada satu kejadian masa aku bergambar sorang kat situ, orang yg jaga tu pergi letak burung kakak tua yang suka menggigit tu kat bahu aku tanpa diminta, hadoi haa habis tanggal dia gigit brooch tudung aku kat belakang tu hahaha~ aku dh risau dah lepas tu dia mcm letak paruh dia kt pipi aku.. kang dia kokak naya je hahaha!


Seram tau haha, nasib baik lah masa ni i'olls pakai tudung belit2 yg menggunakan banyak brooch, so boleh lah ganti brooch belakang tu dgn brooch tepi2 bahu tu kan~ 

2. KERUSI BANYAK DISEDIAKAN

Bagi korang yang bawa mak ayah yang mungkin tak boleh berdiri lama, sakit kaki, or korang sendiri yang penat tengok anak tak nak berganjak bila tengok haiwan favourite masing2, haa jangan risau. Ada je banyak tempat duduk disediakan untuk korang tunggu.



3. HAIWAN YANG KIDS FRIENDLY

Dah kata konsep dia petting zoo kan, haruslah semua haiwan boleh dipegang haha~ tempat kucing dia best tau dalam aircond~ kayangan betul! Masuk je dalam semua tengah tido. Dasar kucing mahal, acah2 mainan pun dia berat nak gerak haha.. tapi takde gambar pulak, ralit tengok kucing hihi.. 



4. TANGKAP IKAN PASTU BOLEH BAWAK BALIK

Haaa ni paling best lah kot aktiviti kat situ. Tapi yang tak bestnya aku rupanya takde bakat langsung dalam aktiviti tangkap2 ikan ni hahah~ ikan dia pandai pulak tu, diorang mcm dah kenal je dengan jaring tu. Nampak je terus beramai2 lari daripada jaring.. hahah~ nenek dediangs duduk tepi je memula tu..


Lepas tu dia pun turun kolam haa, agaknye dalam hati agaknye, eh geram aku tengok anak menantu aku ni tangkap ikan tak dapat-dapat, hahahah!


Ni lah dia mak dediangs yang fail tangkap ikan tu, pandai bebel je lebih sebab takut anak aku termasuk pulak dalam kolam ikan tu~


Akhirnya dapat lah jugak sorang sekor hasil kautan daripada dedi nya~ Sempena hari bapa yang just around the corner ni, usaha2 kebapaan macam ni memang wajar utk diingati dan dihargai oleh isteri dan anak2 sekalian hahaha (>_<)

5. HAIWAN LAIN PUN ADA JUGA!


Free je tau ambil gambar dengan encik ular ni.. Ostrich pun ada juga :)


Paling santai rumah si penyu ni lah, best redup je ada pokok rendang depan dia haha..


Okay itu saje lah sharing cerita kami berjalan-jalan dekat G2G Animal Garden hari tu, Alhamdulillah pergi pada weekend pun rasa macam okay je hihi.. ramai tapi tak lah padat pun, masih berpeluang lah pegang haiwan2 ni semua dengan aman :)

CARA BELI TIKET ONLINE

Hari tu pergi kami beli online ticket je, korang boleh pergi ke website G2G ANIMAL GARDEN ni, dan klik buy ticket.. haa pilih lah mana korang nak. Ada pakej family sekali tau, dapat lah murah sikit, hehe


Family pakej tu 2 orang adults, 2 kids. Lagi dua tu tiket mak abah aku :) So, mana yang belum pernah pergi tu, boleh lah datang bawak anak2. Best lah sebab dekat je dgn selangor. Hehe :)

Ni beli sebagai kenangan hehe :)



Thursday, 19 July 2018

Review Hotel Eco Tree Melaka

Salam :)


Hoho! Inilah percutian yg tak dirancang sebenarnya. Tetiba pergi Melaka ni pun sebab nak merasa tidur kat ada satu hotel yg tetiba jadi viral sebab hotelnya harga berpatutan, tapi dalam dia mewah macam 5 bintang! Tapi tulah, terlambat book, so dah full. Sedih~ apapun percutian harus jugak diteruskan sebab dah canang kat parents aku kan nak bawak diorang pergi jalan2. Hahaha, so kena lah cari hotel lain pulakk~

Cari punya cari, akhirnya nekad nak stay kat sini. Memang dah google dulu baca review sume, so bila nampak je hotel ni, terus setuju!

Hotel ni agak Chinese looked sikit sebab masa tu tengah musim Chinese New Year. See! Punya lama baru aku dapat update entry pasal ni kan? Hahaha~ so jom baca review Eco Tree Hotel, Melaka ni :D

Decoration


Rooms
Kitorang ambil dua bilik, satu Deluxe Room je dan satu lagi bilik Studio Suite. Jom tengok gambar untuk memudahkan pemahaman korang, hahah :p

Ni lorong bilik-biliknya. Belah sini bilik aku, bilik parents aku hujung sana.. sana tu semua jenis bilik Studio Suite. Dekat je,so senang lah nak hantar anak aku main2 dgn atok nenek dia, muahahaha~



So ni gambar untuk Studio Suite, dua tingkat, tingkat satu living room ada tv dan bilik air. Tingkat dua ada tilam queen dan ada tv jugak. Sesuai untuk family yg ada 4-5 orang kalau jenis yg tak kisah tidur merata, sebab sofa dan ruang bawah tu mmg best untuk tidur secara bergelimpangan :p Hahah!


Untuk pengetahuan, ruang atas tu dia jenis open, kira naik tangga terus je nampak tilam semua tu, takde pintu. So kalau jenis penyegan nak tidur open camtu, better ambil connect room kalau jenis yg family ramai ok :D Ni pandangan daripada ruang atas ke bawah:




Okay tu untuk Studio Suite, skang ni kita tengok bilik Deluxe Room pulak :)




Haa bathroom dia semua jenis camni tau. Cermin pastu ada see-through sikit kat bahagian atas bawah dia tu. Pastu yg mcm legap sikit tu ala2 boleh nampak dalam je kan, hahaha! Actually kitoang hampir cancel duk kat hotel ni sebab bathroom dia ni laa...

Tapi staff bijak sebab bagi kitorang tengok dulu bathroom nya, aku siap tunduk2 lah nak tengok nampak ke tak kalau kita tgh mandi kan, haha nasib baik ok. Memang ok sebenarnya, tak nampak ape pun. Kaki pun nampak if korang menepek kat lantai tu haa... haha

Breakfast

Breakfast jenis buffet, banyak makanan, ada nasik lemak, bubur nasi, cereal, roti2 bagai, dan entah apa lagi pun aku xsempat nak survey. Gambar susun cecantik pun xsempat nak amek. Hahaha kebulur sgt kot masa tu :p

Dan yg paling best adalah, lepas breakfast kita pergi lepak kat rooftop pool hotel! Yahoooo~~~





  





Best gila sebab langsung takde orang dan pool tu mcm kitorang punya lahh, hahaha. Rugi tak mandi. Nak ikutkan mandi kat situ kena pakai baju renang, tp dah sebab ade kitorang je...boleh je mandi camtu je. Sebab pool level 9... bilik kitoang level 7... mmg bukak2 lift je terus sampai, so mmg boleh sgt kalau nak terjun kolam.. cuma tu lah, xbawak towel apa semua... wuwuwu so xdpt lah mandi. Rugi betul kalau igt balik! Hahah :p

So, tu je lah reviewnya. Eco Tree Hotel juga ada sediakan servis basikal kot lah korang nak menjelajah bandar Melaka naik beskal kan. Hihi!

Price


Kalau nak murah, boleh booking online dulu daripada walk-in macam kitorang. Btw, boleh survey2 dulu lah kot kat mana2 web untuk bandingkan harga mana yg lagi murah, bak kata Trivago. Hihi :D Tu je, terima kasih sudi baca :D

P/s: lama gila xmenulis, ayat pun macam tunggang-terbalik. Hadoi~

Thursday, 20 November 2014

4 Hotel Malaysia Yang Unik Khas Untuk Backpakers


Salam \(n_n)/
Whoa! Rasa teruja sebab baru tahu kat Malaysia ni wujud rupa-rupanya hotel-hotel penginapan yang unik macam kat luar negara sana tu. Design dan rekabentuk penginapannya amat sesuai sangat untuk backpackers-backpackers sekalian dan harganya juga amat berpatutan! Jom lihat~

1. Tubotel, Langkawi


Dibina dengan menggunakan paip pembentungan projek bawah tanah yang terbengkalai yang diubahsuai hingga menjadi sangat menarik kerana bentuk dan warnanya kelihatan comel dan berwarna-warni. Ditambah pula dengan keselesaan katil dan di dalam, memang tempat terbaik untuk menikmati pemandangan laut yang terbentang luas betul-betul di hadapan bilik hotel ini.



Harga 1 malam dari Rm138

2. Bustel Klebang, Melaka


Haaa...walaupun nampak buruk dan kokak daripada luar, tetapi dalaman bas ini telah diubahsuai menjadi sebuah bilik penginapan yang selasa untuk para tetamu! Kat sinilah korang boleh mengimbas semula kenangan naik bas lama-lama yang aku gelar roller coaster ni. Memang nostalgia. Idea yang menarik. Syabas, negeri Melaka!


Sumber
Jangan risau tentang nak mandi kat mana, sebab bilik air dah siap tersedia sekali dalam setiap bustel yang ada. Kalau nak makan pula, turun dari bustel anda, dan naik bas-bas yang lain yang dijadikan kafeteria.


Harga 1 malam dari Rm120


3. Container Hotel, Kuala Lumpur


Nice! Ingat pekerja buruh je yang boleh tinggal dalam container macam ni, haa sekarang ia dah jadi penginapan ekslusif untuk sesiapa saja. Reka bentuk dan suasana persekitaran amatlah moden dan stylish.


Cuma aku tak pasti dia kalis bunyi ke tak..haha


Harga 1 malam dari Rm56

4. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang


Anda pencinta alam semulajadi? Bosan dengan kerja yang memenatkan dan suasana bandar yang bingit dan huru-hara? Ya! Bercutilah ke sini dan nikmati pemandangan hutan hijau hanya dari 'capsule' anda. Pastinya menyegarkan!



Harga 1 malam dari Rm118

********************************

So, camne? Bestkan Malaysia sekarang ni ;) Tak payah nak buat hotel-hotel yang mewah sangat sebab sekarang ni ramai manusia yang lebih tertarik kepada keunikan dan kepelikan macam ni. Masing-masing bercita rasa tinggi dan gemar mencari serta mencuba sesuatu yang lain dari yang lain demi menambah pengalaman berharga mereka.

Okay itu saje, semoga bermanfaat. Maklumat lanjut, sila google ya (n_n)

P/s: nanti aku nak pergi jugak! \(n_n)/