22 April 2008
AKOK
06 March 2008
POPIAH BASAH
Bahan-bahan untuk kulit popiah:
150 gram tepung gandum
1 sudu teh tepung ubi kayu
400 ml water
2 biji telur Gred A, dipukul
½ sudu besar minyak
sedikit garam
Cara untuk Kulit Popia:
1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.
2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.
3. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.
4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab
Bahan-Bahan untuk inti dan sos:
Timun dihiris halus
Lobak dihiris halusTelur rebus (hancurkan)
Kacang tanah (goreng dan tumbuk )
Bawang goreng
Taugeh (celur)
Sengkuang (ditumis dgn bawang putih, udang kering, serbuk perasa - Masak sekejap supaya tak lembik)
Sambal Hitam untuk disapu:
@Cili kering/kisar
@Bawang merah /kisar
@Bawang putih /kisar
Gula merah
Gula sedikit
Serbuk perasa
Otak udang / petis sedikit
Cara-caranya:
1.Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,
2.Kemudian masukkan otak udang , gula merah , gula putih dan serbuk perasa,
p/s:kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)
3.Sejukkan terlebih dahulu.
Sambal hitam disapu pada kulit popiah,
Letakkan sayur, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah
Kemudian gulung kemas-kemas,
Setelah siap digulung, tuang sambal tadi ke atas popiah yg siap digulung.
Dan jgn lupa tabur kacang goreng ke atas sambal tadi.
JALA MAS @ URAT MAS
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)2-3 helai daun pandan4 cawan airDaun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara :
Tapis kuning telur dan pukul sedikitMasak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih.
Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.Angkat dan ’tos’kan.Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.Hidangkanp/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.