Monday, March 28, 2011

Nak pilih diploma / Matrikulasi / Asasi ?

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak buat entry tentang 3 benda yang dalam tajuk tu dengan harapan dapat membantu adik-adik kita yang baru lepas SPM buat pilihan.

Dah lama aku nak buat entry ni sebenarnya tapi asyik malas nak cari info, jadi hari ni aku decide nak buat jugak! Yang nama kurang, korang boleh tambah/bagi pendapat kat ruang komen ok.

zaman matrik aku kat KMPP  -,-

Sebelum aku bagi opinion aku, mari kita faham dulu apekah Diploma, matrikulasi dan juga asasi :

Program Matrikulasi KPM

  • Terbahagi kepada dua : Program Satu Tahun ( 2semester) dan Program Dua Tahun (4 semester)
  • Terdapat hanya empat jurusan : Sains Hayat. Sain Fizik, Perakaunan dan juga Teknikal ( dikenalkan pada tahun 2009)
  • Jumlah yuran : Untuk Sains RM250 below (tak ingat harga sebenar)                                                                           Untuk Perakakunan RM 212 
  • Yuran Penginapan dan pengajian ditanggung penuh oleh kerajaan
  • Elaun RM1250 setiap semester.
  • Untuk menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah, boleh apply melaui UPU dan USM.

Program Asasi IPTA

  • Program satu tahun hingga 2 tahun.
  • Dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Terbahagi kepada beberapa jurusan .
  • Setiap jurusan lebih khusus untuk ke peringkat ijazah ( masa asasi ambik kos tu, ijazah pun still ambik kos yang sama)
  • Antara Universiti yang menawarkan kursus Asasi adalah UPM, UM, UIAM,USIM,UiTM dan UPNM.
  • Jumlah Yuran bergantung pada kursus yang diambil.
  • Diberi elaun RM1000 untuk setiap semester.
  • Yuran pengajian RM350 dan Yuran Penginapan RM300 untuk satu semester perlu ditanggung sendiri.
  • Lulusan Program Asasi UM dan UiTM perlu memohon melalui UPU dan USM untuk ke peringkat Ijazah tetapi diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti asasi universiti mereka sendiri. 
  • Untuk Universiti yang lain, mereka diterapkan terus ke univeristi mereka dalam jurusan Ijazah ( Jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan)

Program Diploma IPTA

  • Temph pengajian 3 tahun
  • Dikendalikan sendiri oleh Pihak Universiti
  • Dikhususkan kepada bidang tertentu ( perlu ada matlamat kerjaya yang hendak diceburi awal-awal)
  • Jumlah bayaran semasa pendaftaran bergantung kepada jurusan.
  • Yuran Penginapan dan pengajian perlu ditanggung sendiri ( Boleh memohon biasiswa / PTPTN untuk menampung kos pengajian selama 3 tahun)
  • Selepas grad diberi dua pilihan : Terus bekerja / sambung Program Ijazah.
  • Perlu Memohon melalui UPU atau USM untuk ke peringkat Ijazah.

Jadi, Pandangan aku ( atau akak :P ) (juga seorang bekas pelajar matrikulasi 1 tahun dan sedang mebgambil program ijazah kejuruteraan)

 setiap Program ada kelebihan dan kekurangan masing-masing :


Bagi yang ingin memilih Matrikulasi:

Aku taw ramai yang pilih matrikulasi sebab dapat jimatkan masa belajar kan? Ye, betul, tak salah korang fikir macam tu. Tapi kalau sematra-mata kerana sebab tu korang silap kerana Orang yang memilih Matrikulasi ni sebenarnya :

  • Shortcut untuk ke program Ijazah.
  • bukan perlu belajar selama setahun, tapi atlest 4 tahun hingga 6 tahun. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab pelajar yang memilih untuk memasuki matrik diandaikan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah ( at least).Kalau matrikulasi korang setahun + kos engineering 4 tahun = 5 tahun. See what i mean?
    Semangat belajar perlu kental, maksudnya korang bukan kena fikir untuk setahun je, bila korang memilih untuk memasuki matrikulasi, korang kena fikir untuk 5 dan 6 tahun akan datang sebab 5 hingga 6 tahun tu lah sebenarnya sijil korang laku untuk kerja, bukan setahun kat matrikulasi kerana matrikulasi adalah hanya medium untuk korang meneruskan program Ijazah.
  • Risiko yang tinggi kerana korang ada 2 sem je untuk dapat keputusan yang bagus. Kalau sem 1 korang dah teruk, contoh dapat 2.5 dan sem dua dapat 4.00, still korang tak boleh nak baiki dah pointer korang dan grad dengan pointer yang 3.25 , Jadi, bila masuk je matrik, korang perlu ready mental dan fizikal untuk score!
  • Kat matrikulasi korang dijaga mcam kat asrama, keluar outing pada hujung minggu ( sabtu dan ahad) .
  • Tahan tekanan belajar. biasa la belajar semuanya ada tekanan, korang kena rajin untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik sebab saingan dari rakan-rakan yang gempak habis dan silibus yang banyak tak hengat. ( jangan gelabah, kalau ambik diploma/ asasi pun leboh kurang je, mana ada benda senang dalam dunia ni)
  • Jangan sedap hati sangat time nak exam sebab kat matriks, bukan macam kat diploma atau asasi, soalan exam korang memang tak boleh korek dari lecturer, bodek-bodek lecturer pon tak jalan  sebab bukan lecturer korang yang buat soalan dan bukan lecturer jugak yang bagi markah kat paper korang, semuanya Kementerian yang handle. So, untuk final exam, 100% kena belajar semua.
  • Peluang lebih luas berbanding diploma/ asasi sebab kat matrik korang tak dikhususkan belajar dalam krusus tertentu, korang diberi banyak pilihan untuk pilih kos untuk ijazah ( jika pointer baik, jika tak, korang akakn dapat kos lelong), contohnya budak fizik kalau dapat 4.00, boleh ambik ijazah dalam bidang kedoktoran, See? Jadi, masa kat matrik korang boleh kenal pasti minat korang ke arah mana untuk bidang ijazah nanti.
  • Masa nak pilih kursus dalam bidang ijazah, jangan pilih ikut nafsu, tapi pilih ikut kemampuan. Ijazah sangat sangat lain dari diploma/matrikulasi/asasi. satunya,  masa yang lama  (4 tahun untuk krusus professional) , duanya, tahap ketahanan dan minat korang. Kalau boleh, pilihla kos yang korang betul-betul minat dan boleh bawak. Aku dalam bidang engineering ni payah nak survive kalau tak betul-betul kental. Ramai yang keluar sebab tak mampu nak bawak, kalau dari matriks, jadi macam ni, rugi la korang keluar macam tu je, kalau diploma at least boleh jugak mintak kerja dengan sijil dipoma kan?
Tu je lah kot info penting yang aku rasa perlu diambil kira untuk korang pilih yes/no untuk masuk matrik berdasarkan pengalaman setahun aku kat matrik. Aku tak bagi opinion untuk diploma dan asasi sebab aku taw sikit-sikit je, jadi aku harap ada yang tampil komen kat entry ni, nanti aku tempek komen korang kat entry ni untuk tolong adik-adik kita yang baru nak masuk alam matriks dan diploma ni :)

Jangan kedekot sangat nak share pengalaman tuh, sharing is caring kan? Aku berani share benda yang aku sendiri dah tempuhi je =))

**opinion peribadi : alam matrik memang paling best selepas alam sekolah, yang tu tak boleh dinafikan.ouhh.ouhh..haha. Nih buktinya :

Lecturer yang sporting dan kawan praktikum yang superb!! :DD

Thursday, March 24, 2011

Undang-undang dan facebook. Baru aku taw.

Assalamulaikum!

hai hai hai .
kembali dengan mood  ceria setelah bermacam-macam masalah timbul gara-gara manusia!
huhu. Lets talk about life.

People can make our life happy but people also can ruined it!

i learned something new 2 3 hari lepas.

**********************************************************************************
1st : Pasal undang-undang

Yela , before nih mana aku tahu sebab aku mana pernah belajar undang-undang. Even it is small matter, but we can actually ambil tindakan yang betul-betul serius.
Seperti :
  1. Menunding jari kat seseorang dan bercakap kasar, >>> boleh didakwa atas kes ugutan.
  2. Memukul seseorang dengan menggunakan tangan >>> boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dengan waran.
  3. Memukul seseorang dengan menggunakan ape-ape jenis senjata dan mencederakan mangsa >>> boleh ditangkap serta merta tanpa waran

Fuhhh. Tu la ape yang aku baru je taw. So, pasni kepada yang ada niat nak pukul orang tuh, beware la ek. Negara kita ni ada undang-undang kot, bukan ikut suka hati je nak buat ape, konon nak tunjuk hebat . Tak payah r der, tak kemana pun, last-last meringkuk lam lokap.ish3.ni yang kita tak nak. kalau tengah belajar, dibuang dari universiti terus.

2nd : Pasal facebook.

Lain kali jangan suka hati je nak tulis ape-ape status kat facebook dengan niat nak mengata orang or whatsoever , sebab bila jadi kes polis, polis akan siasat, kita buat dengan niat or without niat, senang kata dari a sampai z lah kan die siasat.

Yang penyiasat ni pulak bukan orang biasa-biasa sebab bila kita rasa tanak bagitaw semua info pun, last-last kantoi gak sebab Pandai gila penyiasat ni psiko orang.So, kalau kita di pihak benar, takde masalah pun, cuma kalau yang nak menipu tu baik tak yar r kan.huhuhu.

Ni boleh jadi bukti yang kukuh la. So, bila nak menaip tu, jangan suka hati sangat, kalau orang print screen, pergi tunjuk balai, melingkup la ko dalam lokap. dan orang yang komen-komen tuh sekali pun kena.

See? Tak kemana jugak manusia jenis camni,dok top tap top tap dalam bilik buat status, gelak-gelak sebab ada orang komen, jap g bunyi pintu rumah kena ketuk, polis tarik p balai. Yoooo. sambung lah ekau golak dalam pagar besi.nyiahahaha.

3rd: Pasal mesej.

Mesej yang berbaur cacian, makian or ala..macam mengutuk orang kat facebook la boleh di report atas dasar kurang ajar dan tidak sopan,menjatuhkan maruah orang. See, nampak cam kecik je kan, tapi sebenarnya boleh buat kes polis der. Mesej la salah satu bukti yang buat kerja polis senang nak tangkap orang >> kata penyiasat tu la kat kitorang.huhuhu.

4th : Jangan jadik minah kepoci tak tentu hala

Dok bawak mulut bagitaw hal orang, aduhai...tak de kerja lain ke?
Sebab ape jangan kadi minah kepochi. Sebabnya, bila kes ni sampai ke polis, minah kepochi ni la polis tarik pergi balai dulu sebab PUNCA nya dari kepochi.oK? So, ko pun sama melingkup terlingkup la dalam Jel. Sebab jadi batu api dok sebar cerita sampai orang bergaduh.

**********************************************************************************

Tu la serba sedikit ape yang aku baru belajar minggu ni. Ape lagi lepas ni tak taw ler, tapi ini semua buat aku lebih berhati-hati dan boleh berfikiran dengan lebih CERDIK bukan di tahap lama, dok nyot nyet nyot nyet sibuk orang lain, buat status emo-emo...oh no no no.

Dulu aku macam tu gak,tapi sekarang aku bukan lagi manusia seperti itu (yang buat status emo je ok..y bab jaja cerita orang tuh bukan aku!! ), tapi tuh semua dulu..hahaha. Sekarang kita ignore je ape orang nak cakap,  Tu semua perangai orang kurang matang bagi aku sebab benda tu semua sangat BODOH la bagi aku sebab aku dah taw akibatnya macam mana, tak bagi manfaat langsung kot =)

And kepada yang tak puas hati dengan aku, keep it up. Teruskan menambah dosa-dosa yang dah berbakul, tapi tak effect langsung pun dekat aku.hahahhaha. Hentikan menambah dosa  :))))
Aku langsung tak kisah pun sebabnya hidup aku ni tak bergantung harap kat orang-orang yang macam ni, yang penting, kawan-kawan aku kenal siapa aku dan mereka-mereka ni lah buat hidup aku lebih bermakna, bukannya orang-orang yang emo, suka mencarut carut dan cetek akalnya. =))))

Aku buat entry nih sebab nak share info penting , mana la taw kot-kot ada yang tak sedar benda ni sebab benda ni penting kot untuk kita tahu. Kalau yang tak tahu tuh, jangan ego sangat nak terima ape yang kita buat ni salah, aku pun mengaku aku buat silap dan aku berubah, Jangan jadi manusia yang ego dan tidak mengaku kesilapan kerana sampai bila pun kita di takuk tu je.

Happy sangat sebab kali nih fikiran aku sangat tenang sebab aku boleh ambik cabaran dalam hidup aku ni sebagai semangat untuk terus maju. :)))))))

So pesanan akhir, ELAKKAN DENGKI TINGKATKAN PRESTASI.chill out la mennn hahaha :DDD

p/s: line tidak mengizinkan aku untuk mengupload gambar.nanti aku uodate denagn gambar if line laju :))) bui2.

Nuffnang Ads