Sunday, March 18, 2012

my honey

salam


alhamdulillah nina dah selamat melahirkan cahaya mata kedua ^_^
13 Mac 2012
 10.38 pagi
2.6kg
Nur Hani Syafiqah binti Ismail

nasib baik tak bersalin dalam kete!!hehe
bb hani kena jaundis
kena bf banyak2 kan...

thanks sebab singgah sini.. 

 =) love
 ibu danial & hani

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012 ^_^

 salam

hari ni 29 Februari - insyaAllah lagi 4 tahun baru jumpa balik tarikh ni kan
ibu nak bersalin hari ni boleh??
;p
hahahah yo lah tu
tengah cuak ni weh
 dah terasa macam nak bersalin...
rasa Braxton Hicks dah nak seminggu...

ni info yang ibu dapat pasal Braxton Hicks ni
google2 dan jumpa kat http://duniaayien.blogspot.com/

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS
Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.com

mungkin sebab hari tu ibu dukung Danial 2 3 kali naik turun tangga
Danial dah 13kg okeh...
rasa larat lagi nak dukung dia jadi ibu dukung lah...
baby memang aktif sangat-sangat..lebih aktif dari abang dia..
lepas tu...malam nye takleh nak tdo
baby mengeras...sakit dah kat bawah ni..
sampai ayah pun dah cuak ;p
baring dan usap-usap perut sampai tertido...
eh ibu pun cuak jugak...walaupun ni anak kedua

sekarang BH ni kerap jugak lah jadi...
kadang sakit kadang tak..huhu
barang-barang nak bawa ke hospital pun dah siap-siap masuk bonet :)

bila masuk bulan 3 tiap-tiap minggu nak kena g checkup
07hb Klinik Kesihatan jumpa misi
14hb Hospital
22hb KK jumpa doktor
due date 31hb 3...insyaAllah lagi sebulan
doakan kami selamat ya :)

thanks sebab baca ni.. 

=) love
 ibu danial

Tuesday, February 7, 2012

berombak-ombak~

 salam

lamanya tak update..teehee
 my honey dalam perut nih aktif sesangat ^_^
 rasa berombak-ombak perut nih
dan terasa beliau membesar dengan jayanya
sampai asyik heartburn pun ye..
cepat mengah pun ye..
 dah masuk 32 minggu ++
tapi barang nak bawa g hospital tak packing lagi pun
huhuhu

mode sekarang : pink pink pinkyyy
scan dua kali doktor kate gegirl insyaAllah ^_^
instinct ibu pun rase gegirl

'dapat sepasang bolehla tutup kedai' - tauke cakap
erm erm~
ibu senyap je malas nak komen..

Danial pulak memang makin manja
super duper punye manja
nak berdukung aje kekadang tu
selagi ibu larat, ibu layankan aje

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, January 12, 2012

12012012

salam
hari ni Danial setahun lima bulan sudaaa
dan hero kecik saye itu demam :( 
tadi masa ibu balik makan rasa badan nye dedar
tak berapa ceria, muntah susu dan nak dok atas pangku je
huhu


 cepat sembuh ye sayang...
time terasa nak update blog, time tu keje datang selambak
masa oh masa...

thanks sebab jenguk sini..

=) love
ibu danial

Thursday, December 29, 2011

my baby my boo my boolat ;)

salam
malam tadi bawa Danial g gunting rambut
ni yang ke brape kali ntah dibotakkan..
haha ape daaa lupe ;p
masuk2 kedai ok lagi
nak cukur tu terus menangis sampai ke sudah
nasib baik en hubby yang pegang
eh, ibu pun pegang jugak...
meronta tak hengat...
anak la anak


 bulat kan?hahahah ;p
baru bangun tido nak mandikan dia pagi tadi nih...


 eiii geramnyeee kat kamu
teehee ;)

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger