Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

air terjun lagi

Tahun ni kami pergi lagi ke Marmore Falls. Kali ni kami gi beramai2. So suasana lebih meriah lagi. Kitorang gi time ni Public Holiday kat Italy, giller ramai org yang melawat air terjun ni jugak pada hari tu.



Suasana sangat panas. Kene percikan air terjun ni rasa segar dan nyaman sekali.






Kat area ni kitorang berhenti kejap. Ada jugak tempat nak shopping untuk survenir.

Selepas berhenti beberapa minit kitorang sambung perjalanan. Menuju ke puncak air terjun ini. Giller penat nak naik tangga ni. Mengah sekejap. Da la lama aku tak buat aktiviti2 fizikal ni.

Yang lain2 semua da maju ke depan. Tinggal aku ngan Mirko jer yang ketinggalan di belakang. Tak larat, dua2 pancit...

Finally, selepas hampir setengah jam berjalan dan mendaki tangga yang sempit dan penuh sesak ngan manusia, sampai jugak kitorang kat puncak bukit ni. Kat sini leh nampak air tejun ni depan mata.


Orang ramai nak mampus. Nak tangkap gambar pun payah.



Indahnya pemandangan dari sini. Saujana mata memandang =)





Ha... nampak tak gambar di bawah ni, area yang kitorang berehat tadi. Kat area jual survenir. Tinggi kan kitorang mendaki. Tinggi tak tinggi sangat la... Orang cam aku yang da lama tak bersukan ni mula la cepat penat. Tambah plak lemak da semakin berleluasa.. Hahahahahah

Selepas melepas penat dan bergambar kitorang terus turun balik. Orang terlalu ramai bersesak2. Nak relax2 pun tak leh. Tambahan plak perut da lapar. Tak sabar nak turun sebab nak gi makan plak.


Menikmati pemandangan2 yang indah kat area ni. Banyak lagi tempat yang kitorang tak abis pusing. Disebabkan terlalu lapar kitorang just ignore jer. So next year la plak kan leh gi lagi.

cuci mata


Alkisahnya kitorang gi Varese bahagian utara Italy da dekat ngan sepadan Switzerland. Tujuannya adalah untuk melawat seorang kawan org Malaysia jugak yang berkahwin dengan orang italy (sama kes ngan aku la ni) yang berada kat sana. Da lama dia asyik dok ajak gi rumah dia. Aku je yang tak pergi2 lagi. Masalahnya Rome ngan Varese amatlah jauh. Lebih kurang 660 km atau 7 jam perjalanan (tak termasuk berhenti rehat)

Da banyak kali dia ajak beraya bersama. Memandangkan tahun ni dia dijangkakan bersalin selepas raya, aku pun ambil la peluang menziarah orang jauh ni. Tambah lak time tu da mintak cuti raya. Hehehehehe....


Memandangkan Varese nagn Switzerland da tak berapa jauh, hanya 30 km lebih kurang setengah jam perjalanan, kitorang pun gi la jalan2 kat sana. Gi area berdekatan jer sebabnya kalau nak masuk highway Switzerland kene bayar 40 Euro. Mahal bebenor. Kalau sesiapa yang tinggal area tu kira berbaloi la jugak sebab 40 Euro valid hingga setahun. Kitorang setakat nak jalan sehari pun kene bayar 40 Euro jugak tak payah la kan...

Kitorang pun gi la Lake Lugano. Sangat cantik pemandangan kat sini. Rasa tenang aman damai sekali. Pemandu kat sini bukan cam pemandu kat Rome. Orang Rome bawak kereta ganas nak mampos...


Sila cuci mata pemandangan sekitar Lake Lugano ni...













udara tepi laut

Selepas balik dari Kota Pompei kitorang ingin meneruskan perjalanan kitorang ke Sorrento. Da alang2 sampai kat Naples kan baik la pusing2 tempat menarik kat kawasan berdekatan. Tak jauh pun dari Kota Pompei tu. Lebih kurang 20 km.

Sorrento mmg terkenal dengan pemandangan semulajadinya yang cantik.

Untuk ke Sorrento ikut jalan sepanjang2 tepi laut. Cantik giller pemandangan kat sini. Banyak tempat2 berhenti. Kitorang pun berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan. Ni actually belum sampai lagi ke bandar Sorrento. Kawasan ni namanya Peninsola Sorrentina.

Nampak tak Gunung Berapi Vesuvio tu. Tersergam indah. Depan gunung berapi itu adalah pekan Naples.

Masa ni matahari da mula nak tenggelam. Suhu pun mula sejuk....

Sila layan gambar di sekitar kawasan ni... Cantik bukan.

Untuk pengetahuan korang, last2 kitorang tak sampai pun di pekan Sorrento ni. Bukan apa, traffic jammed giller. Terpaksa patah balik. Kalau tak mau kitorang sampai lambat ke Rome. Maklumla esoknya hari Isnin. Kang tak pasal2 sampai lambat ke tempat keje. =)


next visit planning

Planning nak gi Gunung Berapi Vesuvio plak selepas ni. Bila tu tak tau la plak kan. Baru planning jer. Masa gi Pompei aritu ingat kot nak terus ke Gunung Berapi tu pas abis pusing Kota Pompei. Tapi disebabkan cuaca yang panas yang telah menyebabkan aku sakit kepala, semua org pun da tak larat nak jalan so kitorang pun cancelled la buat masa ni.

Tour guided to the Vesuvius with guide vulcanologica authorized by the Region Campania, in mother language, the visit has a duration of about 2 hours.

Cost of the visit par person

Transfer privated included

Ticket of entry excluded € 8.00

Info for groups to contact: info@pompeiholiday.com

Call Center: +39 081 536 98 69

http://www.pompeivesuvio.info

Kota Pompei, Naples

Last weekend kitorang ke Kota Pompei di Naples @ Napoli. Kitorang bukan pergi berdua sahaja. Kitorang berempat. Bertolak dari rumah kul 8 pagi. Perjalanan dari Rome ngan kereta mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Tiket Euro 11 untuk org dewasa. Kanak2 separuh harga.


Bersedia untuk memulakan perjalanan. Nasib kami baik. Hari Ahad lepas cuaca sangat baik. Cerah, agak panas namun angin yang bertiup segar nyaman. Manakala kat Rome pulak mendung dan hujan.

Jom lihat pemandangan sekitar Kota Pompei ni.







Mesti ramai yang tahu sejarah Kota Pompei ni. Kota Pompei telah dimusnahkan akibat letupan Gunung Berapi Vesuvius @ Vesuvio.

Untuk menambahkan pengetahuan korang sila baca kat website ni. Aku nak bercerita pun tak berapa nak reti.

Ha... Nampak tak gunung berapi tu. Sungguh dekat sekali. Da ler dekat, besar lak tu. Untuk pengetahuan korang gunung berapi tersebut masih lagi aktif.


Selain dari Gunung Berapi Vesuvio ini terdapat lagi 2 gunung berapi yang masih aktif di Italy iaitu Etna dan Stromboli. Giller banyak gunung berapi kat Italy weh....



Disepanjang2 jalan dalam gambar di atas, banyak sgt jumpa belanga seperti gambar kat bawah ni. Menurut sumber2 dari kawan kitorang, belanga ni tempat orang2 Pompei simpan wine. Betul ke tak aku pun kurang pasti. Mungkin ya kot sebabnya kat dalam kawasan Kota ni terdapat banyak tanaman pokok anggur.






Salah satu fenomena akibat letusan gunung berapi ni 2ribu tahun yang lepas. Aku tak tangkap banyak gambar kat mayat2 ni sebab takut... Takut kang malam tak leh tdo.... Huhuhuhuhuh

Pompei ni mmg terkenal dengan cuacanya yang panas. Tanyala semua orang yang pernah ke Pompei. Mesti diorang akan jawab, Pompei sangat panas... Agaknya kesan dari letupan gunung berapi ni kot.


Masing2 da penat. Besar sungguh Kota Pompei ni. Tak terlarat nak pusing setiap pelusuk. Kalau sesapa nak dtg sila pastikan anda memakai kasut sukan ok.


Da penat sangat dan perut pun da lapar. Singgah tempat teduh untuk berehat sebentar.

Kitorang makan biskut jer dulu sambil menikmati pemandangan Kota Pompei ni berlatar belakangkan Gunung Berapi yang telah memusnahkan sejarah kota tersebut.

Kitorang bawak bekal sebenarnya. Tapi bekal kat dalam kereta. Lepas da lepaskan lelah terus pecut ke tempat parking kereta. Kebulur giller time tu.

Sekian saja dari kami. Next trip kami planning nak mengembara ke Gunung Berapi Vesuvio tu. Kalau jadi pergi akan aku cerita kat blog ni.

Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month