Showing posts with label Pustaka Cahaya Kasturi. Show all posts
Showing posts with label Pustaka Cahaya Kasturi. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Kitab Al-Taudhih: Panduan Lengkap Kesempurnaan Haji & Umrah


Kitab Al-Taudhih: Panduan Lengkap Kesempurnaan Haji & Umrah 
 Penulis: Imam Al-Nawawi 
Penterjemah: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM70.00 

 Buku yang bertajuk Kitab Al-Taudhih ini sebenarnya hasil karya Imam Al-Nawawi Rahimahullah yang bertajuk al-Idhah fi Manasik al-Hajji wa al-Umrah. Kemudian diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para ulama. Kitab Al-Taudhih ini amat sesuai untuk dimiliki oleh bakal jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah Buku ini memaparkan gambaran yang amat jelas tentang ibadat haji.

Tuesday, June 7, 2016

Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Usulnya


Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Usulnya 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM11.00 

 Penemuan banyak artifak Islam seperti Batu Bersurat di Terengganu, wang syiling yang ada lambang Islam dan kesan-kesan yang terdapat di Kelantan, Pahang, Kedah, Acheh dan Palembang dan banyak lagi jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sudah lama bertapak di Nusantara ini.

Monday, January 11, 2016

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Kukenali


Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Kukenali 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM15.00 

 Pada pagi yang mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yang telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili ke rahmatullah setengah jam sebelum fajar. Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin. Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya. Ya Syaikhana, sesungguhnya pemergianmu membuatkan diri ini teramat sedih. Inna lillahi wa inna ilaihi raj'iun. Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk menerbitkan buku tentang beliau supaya ia dapat dikenali seluruh umat Islam.

Sunday, January 3, 2016

Maulana Syeikh Abi al-Hassan Ali al-Nadwi


Maulana Syeikh Abi al-Hassan Ali al-Nadwi 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM13.00 

 Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa: “Allah SWT telah mengurniakan kepada Syeikh Abi al-Hassan Ali al-Nadwi banyak kelebihan dan kepakaran yang melayakkan dirinya menjadi pendakwah yang ulung”.

Sunday, January 11, 2015

Tips Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki


Tips Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM7.00

Monday, June 2, 2014

Ahasin Al-Kalim: Syarah Al-Hikam Jilid 3


Ahasin Al-Kalim: Syarah Al-Hikam Jilid 3 
 Penyusun: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM60.00 

 Mengandungi mutiara kata yang indah dan bermanfaat serta mengupas berkenaan bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah). Supaya setiap ibadah dan amal diperbuat terhindar daripada penyakit-penyakit hati seperti takabbur, riyak dan ujub.

Saturday, January 4, 2014

Travelog Kembara Bumi Syria


Travelog Kembara Bumi Syria 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM12.00 

 Kehadiran buku Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan Syria ini amat tepat pada masanya untuk menjelaskan perjuangan rakyat Syria yang disorot daripada sudut sejarah dan perkembangan kontemporari. Semoga usaha murni Dr Zulkifli ini akan membantu memberikan pencerahan khususnya kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan rakyat Syria adalah tulen dan wajib dibantu daripada segala aspek khususnya bantuan kemanusiaan.

Thursday, November 21, 2013

Tangisan di Bumi Syria


Tangisan di Bumi Syria 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM15.00